Searching...
Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts
Showing posts with label artis kontroversi. Show all posts
Monday, 2 July 2012
06:39 0

Neelofa Belajar Dari Kesilapan


BUKAN sedikit maruah diri yang tercalar akibat perbuatan orang lain. Dan bukan sedikit juga kata-kata nista orang yang tak mengerti hinggap di bahu sejak kebelakangan ini. Tidak terfikir keadaan akan menjadi semakin rumit, Neelofa semakin mengerti apa yang harus dilakukan.

Rentetan daripada perang dingin dengan Anzalna Nasir yang tercetus beberapa minggu lalu, Neelofa tahu dia berada di landasan yang benar. Tidak ada apa yang perlu disorok mahupun disembunyikan daripada pengetahuan semua.

Maruahnya sudah tercalar. Dia perlu bangkit memperbetulkan keadaan dan membersihkan onar yang ditinggalkan oleh orang lain. Bukan tidak geram dengan perbuatan mereka yang memburuk-burukkan dirinya tetapi dia tahu ada jalan terbaik buat dirinya.

Setelah menghantar tuntutan notis tujuh hari kepada pelakon itu akibat artikel fitnah membabitkan dirinya, sudah ada jalan baru buat mereka sebetulnya.

Atas dasar campur tangan pihak persatuan Seniman, Anzalna khabarnya bersetuju untuk mengemukakan permintaan maaf kepada Neelofa rentetan daripada kes berkenaan untuk tidak memanjangkannya ke peringkat mahkamah.

Bagi Neelofa dia bersedia menerima permohonan maaf daripada pelakon itu asalkan dia mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan tidak lama lagi.

“Saya tidak boleh mendedahkan apa syarat-syaratnya. Tetapi antara syaratnya, saya tidak benarkan Anzalna mengaitkan nama saya dalam apa juga kenyataannya selepas ini.

“Selain itu saya juga tidak mahu dia mengungkit apa yang telah berlaku antara kami. Dia juga tidak boleh memperbesarkan isu yang dia sendiri bangkitkan selepas persetujuan dicapai,” kata Neelofa yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah.

Biarpun sudah tiga minggu isu itu tercetus, Neelofa masih terluka dengan apa yang telah berlaku. Tidak tahu bagaimana isu dua tahun lepas boleh dikeluarkan kembali, pelakon yang cukup popular dengan drama Tahajjud Cinta itu cukup yakin dengan tindakan yang diambil.

Namun begitu masih ada lagi cakap-cakap belakang yang mengatakan dia tidak konsisten dalam soal ini. Ramai yang mahu pihak Neelofa mengheret terus kes ini ke mahkamah atas kapasiti mempertahankan maruah yang sudah dirobek.

“Bukan saya nak heret orang sesuka hati dan saya juga bukan takut naik mahkamah. Tetapi saya sudah melantik peguam dan dia harus mengemukakan notis tujuh hari kepada pihak kami.

“Bila dia tidak membalas notis tersebut, pihak saya bagi dua pilihan kepadanya. Mahu memohon maaf atau saya akan failkan kes ini ke mahkamah. Nampaknya dia memilih untuk memohon maaf dan saya terima.

“Saya mahu kes ini segera selesai dan tidak dipanjangkan. Siapa yang memulakan, dia juga perlu mengakhirinya. Mungkin keadaan tidak akan jadi seperti sedia kala tetapi setidak-tidaknya ia mampu menjernihkan keadaan,” katanya.

Hentikan cerita

SEBELUM dikaitkan dengan kontroversi bersama Anzalna, Neelofa terlebih dahulu dikatakan bermusuhan dengan Tasha Shila dan beberapa pelakon lain. Apa yang berlaku itu cukup mendebarkan jantung sesiapa sahaja kerana dia masih lagi terlalu baru dalam industri.

Benarkah sikap pelakon ini semakin diva dengan pelbagai kontroversi yang melanda?

Tidak mahu terus mengenang apa yang telah berlaku, Neelofa percaya antaranya dengan artis-artis yang dimaksudkan tidak pernah ‘bercakaran’ seperti mana sangkaan orang ramai.

“Saya tidak pernah berperang mulut dengan mereka pun tetapi kenapa orang boleh kata saya bergaduh dengan orang itu, dengan orang ini?

“Saya tahu ‘peperangan’ yang tercetus ini selalu sahaja disebabkan oleh orang ketiga yang tidak perlu saya nyatakan siapa. Kalau mereka lebih pandai mereka-reka cerita, impaknya terkena kepada kami juga.

“Mereka inilah yang banyak mereka cerita sampaikan terjadi banyak perkara yang saya sendiri tak ingini. Mereka lebih suka melihat saya menderita menjawab pelbagai tomahan yang mereka cipta.

“Apapun kita kena ingat, tidak selalu kita berada di atas. Ada masa nanti pasti mereka akan duduk di bawah dan merasa sendiri keperitan yang mereka sendiri tidak dapat bayangkan” tegas duta Avon dan Bellavita ini.

Cuma, ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. Bagi Neelofa, dia sudah semakin ‘masak’ dengan industri dan sudah pandai membawa diri.

Kejujuran dalam berkata hal yang benar juga ada kalanya menjerat leher sendiri. Seperti mana yang berlaku dalam beberapa kenyataan sebelum ini, dia juga akhirnya yang dipersalahkan atas dasar kejujuran.

“Industri kita tak besar mana tetapi masalah-masalah seperti ini yang akhirnya akan menjerat diri. Tak mengapa, saya sudah banyak kali terkena dan saya belajar daripadanya.

“Nak cakap apa pun, saya kena fikir impaknya pada masa hadapan,” katanya kesal.

Rezeki masih ada

SAAT namanya semakin mekar sebagai pelaris kepada beberapa produk terkemuka jenama antarabangsa, saat itu juga dia dihimpit dengan pelbagai cerita panas. Mungkin pada sesetengah orang menganggap ia tidak akan menjejaskan apa-apa tetapi bagi Neelofa dia tetap terkena tempiasnya.

Dia bukan sahaja membawa nama sendiri sebaliknya turut membawa nama beberapa jenama produk antarabangsa yang diwakilinya seperti Avon dan Bellavita.

“Bila kes ini meledak, saya cukup risau jika ia memberi kesan kepada tugas saya sebagai duta kepada produk mereka. Sebab itu saya sedaya upaya cepat-cepat membersihkan nama selepas ‘dicemarkan’ oleh mereka.

“Memang agak penat sebenarnya nak menjawab soalan-soalan daripada peminat dan kenalan yang bertanyakan hal tersebut. Jadi, itu juga menjadi antara sebab kenapa saya bertegas dalam soal ini.

“Orang percaya pada saya dan saya kena menghargai mereka. Kehadiran saya dalam industri ini tidak sekadar membawa nama Neelofa semata-mata sebaliknya nama keluarga dan nama produk lain yang saya wakili.

“Sudah enam bulan saya bersama dengan Avon. Dalam tempoh itu juga saya telah menjelajah ke seluruh negara bersama dengan mereka. Dari segi layanan dan kemesraan itu yang membuatkan saya selesa.

“Bila pihak Avon mahupun produk-produk lain memberikan kerjasama yang baik, rasanya sudah menjadi tugas saya pula untuk membantu mereka melariskan produk. Saya tidak mahu menjejaskan apa yang telah saya rasai selama ini. Jadi perjuangan untuk membersihkan nama itu untuk semua!” tegasnya.

Saat ditanya mengenai tawaran berlakon pula, jelas Neelofa dia banyak menerima tawaran sejak akhir-akhir ini.

Jelasnya, ramai yang mengharapkan dia dapat menyertai produksi mereka tetapi dia terpaksa memilih akibat kekangan waktu sebagai seorang pelajar juga.

“Alhamdulillah tawaran berlakon tak putus-putus saya terima sejak hari pertama bergelar anak seni. Ramai yang memberi semangat untuk saya lebih fokus dan memberikan yang terbaik dalam bidang ini.

“Kalau saya tidak berusaha untuk diri sendiri, siapa pula yang berjuang untuk kita?,” katanya
Sunday, 1 July 2012
13:35 0

Anzalna hangat sensasi


BUNGA yang baru hendak berkembang ke dunia lakonan, Anzalna masih dalam situasi lega kerana perangnya bersama Neelofa belum sampai ke tahap melarat. Dia hanya menunggu tarikh yang bakal ditentukan pihak Persatuan Seniman untuk satu perjumpaan tertutup bagi menyelesaikan perbalahan itu secara baik.

Sejak pengacara Nona serta pelakon filem Azura, Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengemukakan tuntutan notis saman menerusi dua peguamnya kepada Anzalna pada pertengahan Jun lalu, baik atau buruk dua pucuk muda itu cukup panas diperkatakan. Impak yang paling ketara, daripada sekadar pelakon baharu yang tidak menonjol, pemilik nama Nur Anzalna Md. Nasir, 24, semakin diperhatikan.

"Saya lebih selesa menjadi Anzalna yang dahulu, tidak perlu menyusun kata-kata untuk memberi jawapan paling baik kepada wartawan dan jika habis kerja saya bebas buat aktiviti yang saya suka. Bukan tak suka dengan perhatian yang diberikan, tapi bentuk perhatian sebegitu buat saya kurang gembira," katanya mengakui merasa impak diperhatikan kerana hangat dilanda kontroversi.

SENIMAN
Saya lihat ia sebuah persatuan yang seboleh-bolehnya berusaha untuk kebaikan bersama para artis yang bernaung bawahnya. Saya ahli baharu tapi masalah saya mendapat perhatian yang sewajarnya. Saya serahkan kes saya itu kepada Seniman sebab persatuan sendiri sudah ada peguam yang bertauliah.

MAHKAMAH ATAU BERJABAT TANGAN

Saya pilih jalan penyelesaian yang tidak merumitkan keadaan. Status kepada penyelesaian itu belum ada tapi saya yakin akan ada jalan. Buat masa ini, saya tunggu dan lihat. Saya telah katakan, saya sanggup minta maaf kepada Neelofa.

RESPONS SEKELILING

Saya masih tidak berasa kekok jika ke lokasi penggambaran sebab ramai yang ambil berat dan selalu beri kata-kata semangat supaya saya jadi lebih kuat. Setakat ini tak ada insiden yang memalukan lagi selain saya sendiri yang merasa agak malu dikenali kerana pergaduhan sesama sendiri.

TEMAN LELAKI

Namanya Hanif Zaki, 24, dan dia sekarang menjalankan perniagaan sendiri. Dia seorang yang sangat rasional dalam apa sahaja yang berlaku di sekeliling saya. Dia okey sangat dan saya sendiri lega kerana tidak perlu menyembunyi status bercinta dengan sesiapa. Bagi saya, saya akan mengaku sahaja daripada memberi jawapan ‘no comment’ atau macam-macam alasan bila ditanya soal hati. Kalau asyik beri jawapan ‘no comment’ atau macam-macam alasan, kekasih sendiri pun boleh terasa hati.

KERJA LAKONAN

Sekarang saya masih di lokasi Adam & Hawa, sebuah drama bersiri 80 episod untuk Astro Bella. Watak saya biasa sahaja, mula-mula jahat kemudian jadi baik. Saya pegang watak Dee, wanita yang jatuh cinta terhadap Adam lakonan Aaron Aziz, malangnya cinta Dee tidak kesampaian. Masuk Julai, ada dua projek sedang menunggu, sebuah telemovie dan sebuah lagi drama bersiri. November nanti, filem pertama saya, Sepah The Movie akan masuk pawagam.
Saturday, 30 June 2012
15:17 0

Awi Rafael Buang Tatu Melalui Pengubatan Islam



KUALA LUMPUR – Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam.

Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.

“Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.

“Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.

Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.

Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.

“Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.

“Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut,” ujarnya.

Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.

“Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya,” katanya.

Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.

“Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur,” ujarnya. (mstar.com.my)
Tuesday, 26 June 2012
11:50 0

Jue Aziz Jawab Isu Peluk Lelaki Bertatu Semasa Bercuti Di Bali

EKORAN penyebaran gosip mengenai beliau berpelukan dengan seorang jejaka bertatu di Kepulauan Bali, dua minggu lalu, pelakon cantik, Jue Aziz akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

“Saya rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi sejujurnya saya terkejut dengan penyebaran gosip ini sebab mereka tak selidik dulu perkara sebenar,” ujar Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie, ‘Mencari Wali’, baru-baru ini.

“Bagi saya, benda ini isu kecil saja. Kami pergi bercuti beramai-ramai dalam enam orang dan kami ke sana hanya untuk berseronok saja. Saya yang paling tua dalam kumpulan itu dan semua yang pergi saya anggap macam adik-adik saya saja.

“Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu ‘Henna’ saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja,” ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi.

“Bila saya solo, janganlah suka-suka asyik gosipkan saya dengan sesiapa. Saya dah muak apabila Jue Aziz sering dikaitkan dengan orang itu dan orang ini. Penting sangat ke isu ini, saya rasa cukup-cukuplah. Walau bagaimanapun, siapa yang tak nak berkahwin, insyaAllah, doa-doakanlah saya. Saya tak memilih dengan siapapun, saya redha dengan jodoh saya.”

Tambah Jue lagi, “Jika tak ada aral melintang, insyaAllah saya rancang nak mengambil anak angkat. Seorang budak perempuan mungkin akan beri anak yang dikandungkannya sekarang selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti. Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak.”
Sunday, 24 June 2012
Saturday, 23 June 2012
15:20 0

Panas ! Rumah Tangga Retak - Akhirnya Engku Emran Tampil Perjelas Isu Sebenar!

SELEPAS berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.
00:10 0

Sami Yusuf Feat. Dato' Siti Nurhaliza - Gandingan Hebat, Lagu Mantap, Tapi Peminat Kecewa?

Awesome. Pertama kali mendengar lagu You Came To Me dendangan Sami Yusuf dan Datuk Siti Nurhaliza, Abang Nara terus terpaku. Gabungan suara yang sangat padu, lirik yang amat bermakna dan melodi yang menenangkan jiwa. Memang lagu ini sangat best!!!

Namun daripada komen-komen yang ditulis di YouTube video klip lagu ini, ada segelintir peminat yang agak kecewa dengan penampilan Datuk Siti semasa merakamkan lagu ini. Ada yang berpendapat seiring dengan mesej dakwah, seharus Datuk Siti lebih peka dan menutup aurat sepenuhnya ketika rakaman dibuat. Video klip lagu You Came To Me di bawah untuk tatapan anda.
Pendapat Abang Nara, Datuk Siti sudah pastinya memikirkan perkara ini masak-masak dan itu adalah keputusan yang terbaik dari dirinya. Walaupun memang sangat molek sekiranya Datuk Siti bertudung lengkap ketika menyanyikan lagu ini, namun perkara yang lebih penting ialah mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu You Came To Me ini. Penampilan Datuk Siti hanyalah satu perkara kecil berbanding mesej yang boleh kita terima dengan mendengar lagu ini. Apa kata anda? - Beautifulnara.com
Friday, 22 June 2012
18:50 1

Pelakon Erin Malik, Kantoi Ambil Ganja Di Lokasi Drama?

PELAKON Erin Malik enggan ulas isu ganja yang telah tersebar di laman blog serta akbar kononnya mendakwa dia telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu.

Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 18, berkata tiada apa yang boleh diulas kerana gosip yang tersebar itu sama sekali tidak berasas.

"Saya tidak mahu komen lagi. Jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.

"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Erin Malik menambah dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut.

Walaubagai mana pun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa orang itu sanggup menabur fitnah ini. Mungkin juga dia cemburu atau entah apa lah.

"Saya tidak akan berdiam diri jika isu ini masih berlarutan, saya akan ambil tindakkan yang sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah ini.

"Saya tidak takut kerana saya ada bukti untuk mendakwanya," jelasnya yang tidak mahu memberitahu pihak yang menyebarkan fitnah tersebut. - murai
16:26 0

Panas ! Anzalna Tidak Peduli Tuntutan Neelofa!

PELAKON, Anzalna Nasir memilih untuk tidak mengambil tindakan berhubung tuntutan daripada pelakon dan pengaraca, Neelofa yang mahu dirinya menjelaskan serta membuktikan tuduhan berdasarkan kenyataan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Bekas peserta Dewi Remaja 2010 itu, telah diberikan tempoh tujuh hari untuk membalas balik tuntutan Neelofa itu yang sepatutnya berakhir hari ini.

Anzalna ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia menerima nasihat serta arahan daripada presiden Seniman, Zed Zaidi supaya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak persatuan berkenaan untuk diselesaikan.

"Buat masa sekarang saya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutannya.

"Memandangkan kami di bawah persatuan Seniman, jadi Zed Zaidi menyarankan saya supaya tidak melayan atau mengambil tindakan daripada tuntutan Neelofa itu.

"Pihak Seniman sendiri mahu mengadakan perjumpaan diantara saya, Neelofa dan Tasha Shila untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Bukan hendak menyerahkan seratus peratus kepada Seniman, tetapi rasanya lebih baik jika saya tidak melayan perkara ini.

"Lagipun, saya terima surat daripada pengumananya (Neelofa) tiga hari selepas dia mengadakan sidang media," katanya.

Anzalna bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu kontroversi yang berlaku antaranya dan Neelofa.

Terdahulu Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar BiPop pada 10 Jun 2012 bertajuk Anzalna bidas Lofa yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.

Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.

Sungguh pun begitu, Anzalna berkata dia bersyukur kerana apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada dirnya malah dimurahkan rezeki dengan menerima lebih banyak tawaran berlakon.

"Alahamdulilah, setakat ini semua orang yang berjumpa dengan saya memberi pandangan positif dan saya tidak rasa dipandang hina atau bersalah oleh sesiapa.

"Malah, saya diberi sokongan yang kuat oleh keluarga termasuk pihak luar.

"Lebih melegakan saya lagi, apabila tawaran berlakon tidak putus-putus datang dan ternyata apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada kerjaya saya," jelasnya lagi.

Anzalna kini sedang menjalani penggambaran drama 2 Dalam 1 untuk tayangan TV3 sempena Aidilfitri dan drama bersiri Adam dan Hawa (Astro).

Menjelang Ramadan ini, Anzalna bakal menjalani pengambaran telemovie dan drama yang masih belum diketahui judulnya.
16:18 1

Panas ! Gambar Mesra Maya Karin Dengan VIP Bergelar Datuk

AKTRES jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.
Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, malam Rabu lalu.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Maya yang ditemui pada pelancaran filem terbarunya berjudul Jwanita, baru-baru ini berkata, dia sangat teruja untuk menggalas watak wanita psiko dalam filem arahan Osman Ali itu.
16:11 0

Panas ! Adda Butterfly Jalani Hidup Dengan Kekasih Pengkid?

AGAK berat juga gossip yang kami dengar berkaitan Adda Butterfly kali ini. Belum pun surut kisah perkahwinan beliau yang hanya berjaya kekal selama 17 hari.
Semalam, melalui Utusan Malaysia bekas suami Adda Butterfly tampil memberikan kenyataan meminta selebriti ini berhenti mengaibkan diri beliau di media. Menarik untuk di’baca.

Dan, seseorang yang rapat dalam hidup Adda Butterfly hari ini tampil menceritakan status terkini penyanyi tersebut yang di’katakan sudah tersimpang dari norma kehidupan. Eh.

Adda Butterfly khabar’nya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang sudah di’kenali beberapa tahun lalu. Sumber kami enggan dedahkan nama pengkid tersebut, hanya gambar.

Pengkid ini juga di’katakan sudah menaruh harapan terhadap Adda Butterfly semenjak zaman percintaan penyanyi itu dengan Mamat Sepah & kini merupakan masa paling sesuai.

Baru baru ini, mereka berdua telah terbang ke China untuk bercuti bersama kawan kawan yang lain dan gambar di’sebelah di’ambil ketika mereka berada di’sana — Adda Butterfly tanpa tudung seperti biasa.

Kami berharap sangat yang gossip ini sekadar gossip kerana sukar untuk di’percayai hubungan mereka berdua sejauh itu lebih lebih lagi si ‘pengkid’ ini sudah pun mempunyai teman lelaki.
16:01 0

Panas ! Jimmy Terkejut Isteri Berbohong Buat Kenyataan Pada Media

PENGACARA, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.

Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.

"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.

Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.

Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Isteri Jimmy, Nursuhaila.

Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.

"Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.

"Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan," ujarnya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Jimmy:

1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?

Tidak benar Suhaila bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.

2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?

Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.

3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?

Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.

Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.

4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?

Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.

5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?

Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah.
14:54 0

Panas ! Bekas Suami Perjelas Keadaan - Adda Punca Penceraian, Bertindak Biadap Dan Keterlaluan?

Gambar Ridzuan dan Adda ketika kali pertama bertemu di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan Ridzuan 'bengang' sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan?
Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar.

Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.

Apa rekasi Adda masa tu?
Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar.

Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti?
Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.

Apa lagi yang dia tipu?
Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya.

Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan?
Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati.

Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda?
Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah?
Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan.

Adakah abang diprovok?
Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama.

Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar.

Macamana?
Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan.

Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu?
Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu.Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni?

Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara 'besar' yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia.

Maknanya tiada desakan isteri pertama?
Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri.

Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu?
Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf.

Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini?
Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham. - UM
14:36 0

[gambar] Fesyen 'Transparent' Katy Perry Yang Kontroversi

Di Much Music Awards, Katy Perry tampil di atas pentas untuk persembahannya yang mantap tetapi fesyennya agak terlalu menonjol. Selepas persembahan, dia sendiri juga malu dengan fesyen tersebut.
\
Thursday, 21 June 2012
19:00 1

Linda Onn Akui Diri Sudah Tidak 'Laku'?

SELEPAS melalui episod percintaan yang agak pahit bersama pelakon kacak, Fahrin Ahmad, personaliti radio ini nampaknya semakin menyepikan diri daripada sebarang publisiti. Hanya sesekali kelibat Linda Onn dilihat di beberapa acara hiburan. Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan terbaru personaliti ini bukan?

Menurut Linda yang ditemui selepas rakaman sebuah program Raya, rutin hariannya berjalan seperti biasa. Selain sibuk bersiaran di konti radio Suria FM, dia banyak meluangkan masa dengan keluarga. Selain itu, dia juga menghabiskan masa dengan melakukan hobinya ; menunggang motosikal berkuasa besar. Bahkan, Linda juga sedang berjinak-jinak dengan sukan badminton.

Bagaimana pula dengan tugasan mengacara? Adakah tidak ‘sekencang dahulu’? Tanpa berselindung, Linda mengakui yang dia kini kurang menerima tawaran mengacara. Tetapi dia percaya kekurangan tawaran itu bukanlah kerana kemunculan muka-muka baru, tetapi kerana ramai yang berpendapat dia sibuk dengan urusan lain.

“Tidak dinafikan sekarang ini banyak muka-muka baru dalam bidang pengacaraan. Tetapi saya yakin masih mampu untuk menjalankan tugas ini. Saya pun tidak kisah sangat pasal persaingan ini, kerana ia adalah perkara biasa. Sudah hampir 15 tahun saya berada di dalam bidang ini. Kalau ada yang berpendapat kekurangan tawaran itu disebabkan bayaran yang tinggi, rasanya tidak tepat. Saya masih mendapat bayaran yang sama seperti dahulu.

Bahkan, saya tidak kisah dibayar sedikit asalkan tugasan itu boleh memuaskan hati . Mengacara adalah minat saya. Daripada maklum balas yang saya terima, ramai yang memberitahu mereka tidak menjemput saya kerana menganggap saya terlalu sibuk. Percayalah, kalau ada tawaran, saya akan cuba cari masa untuk melakukannya,” ulas Linda.

Dalam masa yang sama, pemilik rangkaian restoran My Mom Chicken Rice ini memberitahu yang dia sebenarnya memasang impian untuk mengendalikan sebuah program bual bicara yang boleh memberi impak besar kepada penonton. Namun, tidak ada produksi yang mahu menerbitkan program seumpana itu buat masa ini.

“Saya pernah suarakan hasrat ini kepada beberapa pihak. Tetapi mereka minta saya buat kertas kerja. Untuk buat kertas kerja ini bukannya mudah kerana saya memang tidak begitu pandai dalam hal itu. Lagipun saya juga sibuk dengan urusan lain. Saya mahukan sebuah program bual bicara yang santai seperti Late Show with David Letterman atau The Ellen DeGeneres Show . Biarpun santai, tetapi berinformasi serta membawa manfaat kepada penonton. Kalau boleh biarlah program itu menjadi bualan hangat,” ujar Linda mengakhiri perbualan. - GUA
17:30 0

Ella Bakal Bernikah Dengan Kekasih Juruterbang Julai 2012?

AWAL bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.

Namun tiada sebarang tarikh di’perkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujang’nya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.

Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan pasangan ini di’khabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar’nya juga majlis merisik sudah pun selesai.

Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Benar atau tidak maklumat yang kami terima ini, hanya Ella dan keluarga sahaja yang mengetahui. Apa yang kita semua tahu, Ella dan pasangan’nya memang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami di’sini mendoakan yang terbaik. - rotikaya
Wednesday, 20 June 2012
18:15 0

Tatu Di Lengan : Awi Rafael Sudah Bertaubat

BARU-baru ini tersebar foto-foto milik penyanyi Awi Rafael di blog-blog hiburan yang memaparkan aksi penyanyi itu bersama teman-teman wanitanya dan juga foto yang menyerlahkan tatu yang terdapat di lengan penyanyi itu.

Tampil membuat pengakuan di laman facebook miliknya, Awi Rafael mengakui foto tersebut miliknya dan mengaku sudah bertaubat dan insaf di atas perbuatannya di masa lampau. Ikuti luahan hati Awi Rafael.
Dalam laporan mStar Online hari ini yang bertajuk Ustaz Puji Taubat Awi Rafael, berikut merupakan komen Ustaz Zahazan mengenai isu tersebut.
16:49 0

'Kalau Saya Tahu Saya Akan Berkahwin Dan Berhijrah Dalam Masa Terdekat, Saya Tidak Akan Lakonkan Aksi Panas' - Zarina Jamalullail

Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.

PELAKON baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.

"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa.

"Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.
15:39 0

Pasangan Artis Nafi Bercinta, Tidak Segan Berpelukan Di Set Penggambaran

BEBERAPA bulan lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia dengan gossip yang mengatakan mereka berdua ini sedang bercinta. Cliché seorang selebriti, semuanya dinafikan.

Tidak mengapa berkata begitu kepada peminat yang tidak nampak apa terjadi di belakang tabir. Tetapi, bukan kepada mereka yang bekerja dalam pasukan sama.

Mereka yang bekerja sebagai krew produksi pada mula’nya enggan ambil pusing akan perangai dua orang pelakon popular Malaysia ini kerana percaya akan penafian cinta mereka.

Namun, perilaku mereka semakin hari semakin menimbulkan ragu ragu di hati sama ada mereka ini benar sekadar berkawan atau sedang hangat bercinta seperti di’gossipkan.

Ketika satu sessi pengambaran telemovie di selatan Selangor baru baru ini, pasangan pelakon ini dikatakan tidak segan silu berpelukan mesra sedangkan cuaca panas bukan kepalang.

Si aktress dengan romantiknya duduk di atas riba si aktor dan ini bukan adegan yang diperlukan pengarah telemovie. Timbul risau pula di hati sumber kami yang berada di lokasi.

Kalau pun mereka berdua bercinta, tidak perlu aksi sebegitu ditunjukkan di hadapan krew produksi, takut menimbulkan fitnah yang bukan bukan. Maklumlah si aktress punya rekod hubungan yang tidak elok. Si pelakon lelaki pula masih perlukan masa untuk bina nama baik. Hmm. - rotikaya
Tuesday, 19 June 2012
22:29 0

Konflik Neelofa vs Anzalna - Ini Komen Rosyam Nor Dan Freddie Fernandez

ISU remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan selesai cara baik. Begitulah reaksi peminat berhubung pertelingkahan tiga pelakon baru Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla yang hangat diperkatakan di media massa sejak tiga minggu lalu.

Ada peminat berpendapat, tiga bintang baru itu melakar ‘sejarah’ dalam industri seni tempatan tetapi bukan disebabkan pencapaian mereka yang boleh dibanggakan, sebaliknya kisah jelek yang hanya memalukan dunia artis.

Selain itu, ada peminat menyarankan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila bersua muka. Menurut peminat, biarpun peluang menjadi rakan baik mungkin tipis, namun sekurang-kurangnya, tiga bakat baru itu boleh bermaaf-maafan dan membuang perasaan dendam.

Malah, ada peminat menganggap dunia seni tidak seluas mana dan artis terbabit pasti dipertemukan dalam mana-mana produksi pada masa depan.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, semalam. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung kemelut melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila. 

HIP mendapatkan pandangan dua penggiat industri iaitu Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan pelakon berpengalaman, Rosyam Nor berhubung kontroversi melanda tiga artis terbabit. Freddie dan Rosyam menganggap isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila hanyalah isu kecil yang tidak sepatutnya dipanjangkan.

Freedie menasihatkan tiga pelakon itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah tanpa perlu membabitkan kes saman menyaman.

“Tindakan mereka ibarat membasuh kain di tempat awam yang pada pendapat saya, tidak perlu sebenarnya. Keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah hanyalah satu tindakan keterlaluan kerana masalah yang timbul antara mereka membabitkan isu kecil.

“Sekiranya merasakan masalah itu tidak boleh diselesaikan sendiri, gunakanlah orang tengah. Jika masalah ini berterusan, mereka boleh menjejaskan imej artis secara keseluruhan,” kata Freddie.
Rosyam Nor yang sudah hampir tiga dekad bergelumang dalam industri hiburan pula menganggap, kemudahan laman sosial memberi kesan besar kepada masyarakat apabila segala isi hati diluahkan tanpa memikirkan impak.

Aktor yang mula menceburi dunia lakonan sejak 1985 menerusi filem Gila-Gila Remaja itu berkata, artis sepatutnya menggunakan laman sosial dengan bijak - bukan membiarkan ‘kudis’ mereka diketahui masyarakat.

“Bagi saya kes membabitkan kata mengata, aib-mengaib, pertikaman lidah tidak perlulah dibawa sehingga ke mahkamah. Mereka (mahkamah) mempunyai banyak kes yang perlu diselesaikan, kenapa kita hendak menambahkan beban mereka dengan perkara remeh temeh?

“Zaman dulu bukan tidak ada artis yang bergaduh, tetapi mereka mengambil pendekatan dengan cara bersemuka. Kes kecil tidak perlulah diheret hingga ke mahkamah kerana perkara itu boleh memalukan golongan artis. Nanti orang akan kata, artis tidak ada kerja lain, hal kecil pun hendak dibawa ke mahkamah,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...