Searching...
Showing posts with label artis bergaduh. Show all posts
Showing posts with label artis bergaduh. Show all posts
Tuesday, 10 July 2012
23:43 0

Finaz Yunus Kena Hentam Gara-Gara Fitnah Ceramah Abby Abadi



Sebelum ini Finaz Yunus yang juga pembaca berita TV Al Hijrah telah mengeluarkan satu status di account Facebooknya yang seakan-akan menghentam Abby Abadi.. Status yang berbau politik itu menyeru agar Abby Abadi menghentikan penghinaan kepada ahli politik didalam ceramah PAS nya, untuk dia tidak terus diserang dan di hina orang lain.. Bertudung labuh dan memasuk parti Islam bukan lah lesen untuk menghina orang lain…


Nasihat dan pendapat peribadi Finaz Yunus itu telah disalah ertikan oleh ramai pengikutnya di Facebook dan akhirnya beliau dihentam teruk oleh penyokong Abby Abadi..
“Beria2 dia cakap abby menghina orang apa seme. Alamak aii.. kalau muncul di pentas pas tak semestinya bercerita pasal pas dan tak semestinya berceramah oke. Ramai gak orang salah faham sekarang neh. Dorang ingat kalau artis bercakap atas pentas politik terus dicop sedang ;

Sedangkan tak semestinya. Contohnya cam kes Aishah dan Abby Abadi. Dorang cuma share pengalaman berhijrah. Takan share pengalaman berhijrah di anggap sebagai berpolitik dan ustazah ekpress pula? Kita faham kalau bab ceramah agama terutamanya bab hukum apa seme hanya mereka2 yang ada kelayakkan jek layak.”

Akibat hentaman ramai pihak, Akhirnya Finaz Yunus terpanggil untuk memohon maaf sekiranya status beliau itu menyentuh sensitiviti Abby Abadi dan orang ramai…



Tuesday, 3 July 2012
13:45 0

Isu Ditampar Remy Ishak: Tiz Zaqyah Sangkal Dakwaan Wartawan?


Sebelum ini, ada cerita kurang enak yang timbul mengenai hubungan cinta antara sepasang pelakon, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah apabila Tiz dikatakan tidak mengambil tahu perihal diri Remy ketika dia dimasukkan ke wad hospital kerana sakit.

Cerita itu timbul berpunca dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Remy di lama sosial Twitternya.

Ramai juga pihak yang inginkan kenyataan balas dari Remy dan Tiz berhubung isu itu.

Tetapi, kedua-dua pelakon itu mengambil pendekatan dengan enggan memberikan sebarang komen. Kiranya, ingin meletakkan isu itu sebagai biarlah rahsia.

Terbaru, timbul lagi cerita yang tidak berapa elok.

Seorang wartawan hiburan telah menulis kenyataan tentang ‘kejadian’ yang telah menimpa ke atas diri Tiz.

Tulis wartawan itu dalam beritanya, Tiz telah ditampar di mukanya kerana Remy naik angin dengan sikapnya.

Malah, Tiz juga dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap Remy yang panas baran.

Betulkah cerita itu atau hanya sekadar rekaan?

Yang pasti, Tiz telah memuat naik status di laman Facebooknya dengan menegaskan perkataan THINK.



“SALAM, TO THOSE RESPONSIBLE OF SPREADING UNCERTAINTY AND JUDGING OTHERS, PLEASE THINK TWICE AND THINK OF OTHERS AROUND.THINK.THINK.

“FIKIR-FIKIR FIKIR….JANGAN SAMPAI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI WAHAI KAWAN2 :) HAVE A NICE DAY,” tulis Tiz di Facebooknya.

Tiz juga telah memuat naik gambarnya bersama-sama dengan Remy yang ketika ini mereka berdua sedang bercuti di Thailand bersama teman-teman rapat.

Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?

Bagi penulis, jika empunya badan menampakkan diri mereka dalam keadaan elok, jadi, janganlah mudah untuk membuat andaian sendiri.

Selebihnya, hanya Remy dan Tiz sahaja yang tahu
13:37 0

Sidang Akhbar Anzalna Dan Neelofa…Macam Ada Yang Tak Kena


KUALA LUMPUR – Hari ini telah berlangsungnya sidang media anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi meleraikan pergolakan antara dua artis muda, Nur Anzalna Md Nasir dan Noor Neelofa Mohd Noor.

Anzalna secara terbuka telah memohon maaf kepada Neelofa di atas kenyataan yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya.

Berlangsung di Hotel Royale Bintang, Damansara, majlis sidang media itu nampaknya penuh dramatik.

Mana tidaknya, pihak media agak terkejut dengan kenyataan spontan yang dikeluarkan oleh Anzalna sewaktu sidang media itu.

“Oh I kena ikut syarat you eh?,” ujar Anzalna sebelum membaca skrip permohonan maaf kepada Neelofa.

Adakah segala permohonan maaf yang berlangsung pada hari ini penuh dengan keikhlasan atau ada pihak yang cuba mengenakan pihak yang lain?

Masing-masing telah menandatangani perjanjian yang telah dikeluarkan oleh pihak Seniman mengikut perlembagaan persatuan itu yang menjadi medium menyelesaikan persengketaan mereka.

Jika benar permohonan maaf itu ikhlas dari hati Anzalna, kenapa Anzalna seperti didesak untuk membaca skrip dan bukannya meluahkan dari hatinya sendiri.

Nampaknya, usaha inisiatif yang ditunjukkan oleh pihak Seniman telah menimbulkan sedikit kemusykilan di kalangan pihak media serta hadirin yang hadir apabila mereka berdua tidak bersalaman selepas menandatangani perjanjian itu.

Seolah-olah masih ada perkara atau isu pokok yang terdendam di hati mereka.

Setelah selesai majlis tersebut, Anzalna terus bergerak meninggalkan majlis dan Neelofa pula terperangkap dalam kalangan media apabila dia mula diajukan pelbagai soalan.

Namun, pihak Melodi (TV3) telah sempat menemubual Anzalna berkenaan pergolakan yang berlaku antara dia dan Neelofa.

“Syukur alhamdulillah kerana perkara ini telah selesai dan Anzalna tak nak perkara ini berpanjangan kerana ia akan mengaibkan lagi ramai orang.

“Mungkin benda ini dimanipulasikan oleh orang tertentu dan Anzalna buat semua ini kerana Allah,” kata Anzalna dalam nada sebak sambil menitiskan air matanya ketika ditemubual oleh pihak Melodi.

Ujarnya lagi, sebagai manusia kita tidak mengetahui bila kita akan menemui ajal. Maka, dia mengambil positif usaha itu dan memohon maaf kepada Neelofa dengan ikhlas secara terbuka.

Pada masa yang sama, Neelofa juga bersyukur kerana masalah itu tidak berpanjangan dan berterima kasih kepada Seniman kerana menjadi medium terbaik dalam menyelesaikan masalah itu.

“Saya berharap supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada diri saya juga kepada mana-mana artis lain,” kata Neelofa kepada pihak media setelah diajukan pelbagai soalan.

Neelofa yang hadir bersama dua orang peguamnya telah memaafkan Anzalna terhadap tindakan Anzalna yang telah mencemarkan namanya dan keluarga serta menjejaskan kerjayanya.

Menurutnya, dia juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Anzalna berdasarkan perjanjian yang telah dikeluarkan oleh pihak Seniman demi menjaga nama baik dirinya.
Monday, 2 July 2012
06:39 0

Neelofa Belajar Dari Kesilapan


BUKAN sedikit maruah diri yang tercalar akibat perbuatan orang lain. Dan bukan sedikit juga kata-kata nista orang yang tak mengerti hinggap di bahu sejak kebelakangan ini. Tidak terfikir keadaan akan menjadi semakin rumit, Neelofa semakin mengerti apa yang harus dilakukan.

Rentetan daripada perang dingin dengan Anzalna Nasir yang tercetus beberapa minggu lalu, Neelofa tahu dia berada di landasan yang benar. Tidak ada apa yang perlu disorok mahupun disembunyikan daripada pengetahuan semua.

Maruahnya sudah tercalar. Dia perlu bangkit memperbetulkan keadaan dan membersihkan onar yang ditinggalkan oleh orang lain. Bukan tidak geram dengan perbuatan mereka yang memburuk-burukkan dirinya tetapi dia tahu ada jalan terbaik buat dirinya.

Setelah menghantar tuntutan notis tujuh hari kepada pelakon itu akibat artikel fitnah membabitkan dirinya, sudah ada jalan baru buat mereka sebetulnya.

Atas dasar campur tangan pihak persatuan Seniman, Anzalna khabarnya bersetuju untuk mengemukakan permintaan maaf kepada Neelofa rentetan daripada kes berkenaan untuk tidak memanjangkannya ke peringkat mahkamah.

Bagi Neelofa dia bersedia menerima permohonan maaf daripada pelakon itu asalkan dia mematuhi beberapa syarat yang bakal ditetapkan tidak lama lagi.

“Saya tidak boleh mendedahkan apa syarat-syaratnya. Tetapi antara syaratnya, saya tidak benarkan Anzalna mengaitkan nama saya dalam apa juga kenyataannya selepas ini.

“Selain itu saya juga tidak mahu dia mengungkit apa yang telah berlaku antara kami. Dia juga tidak boleh memperbesarkan isu yang dia sendiri bangkitkan selepas persetujuan dicapai,” kata Neelofa yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah.

Biarpun sudah tiga minggu isu itu tercetus, Neelofa masih terluka dengan apa yang telah berlaku. Tidak tahu bagaimana isu dua tahun lepas boleh dikeluarkan kembali, pelakon yang cukup popular dengan drama Tahajjud Cinta itu cukup yakin dengan tindakan yang diambil.

Namun begitu masih ada lagi cakap-cakap belakang yang mengatakan dia tidak konsisten dalam soal ini. Ramai yang mahu pihak Neelofa mengheret terus kes ini ke mahkamah atas kapasiti mempertahankan maruah yang sudah dirobek.

“Bukan saya nak heret orang sesuka hati dan saya juga bukan takut naik mahkamah. Tetapi saya sudah melantik peguam dan dia harus mengemukakan notis tujuh hari kepada pihak kami.

“Bila dia tidak membalas notis tersebut, pihak saya bagi dua pilihan kepadanya. Mahu memohon maaf atau saya akan failkan kes ini ke mahkamah. Nampaknya dia memilih untuk memohon maaf dan saya terima.

“Saya mahu kes ini segera selesai dan tidak dipanjangkan. Siapa yang memulakan, dia juga perlu mengakhirinya. Mungkin keadaan tidak akan jadi seperti sedia kala tetapi setidak-tidaknya ia mampu menjernihkan keadaan,” katanya.

Hentikan cerita

SEBELUM dikaitkan dengan kontroversi bersama Anzalna, Neelofa terlebih dahulu dikatakan bermusuhan dengan Tasha Shila dan beberapa pelakon lain. Apa yang berlaku itu cukup mendebarkan jantung sesiapa sahaja kerana dia masih lagi terlalu baru dalam industri.

Benarkah sikap pelakon ini semakin diva dengan pelbagai kontroversi yang melanda?

Tidak mahu terus mengenang apa yang telah berlaku, Neelofa percaya antaranya dengan artis-artis yang dimaksudkan tidak pernah ‘bercakaran’ seperti mana sangkaan orang ramai.

“Saya tidak pernah berperang mulut dengan mereka pun tetapi kenapa orang boleh kata saya bergaduh dengan orang itu, dengan orang ini?

“Saya tahu ‘peperangan’ yang tercetus ini selalu sahaja disebabkan oleh orang ketiga yang tidak perlu saya nyatakan siapa. Kalau mereka lebih pandai mereka-reka cerita, impaknya terkena kepada kami juga.

“Mereka inilah yang banyak mereka cerita sampaikan terjadi banyak perkara yang saya sendiri tak ingini. Mereka lebih suka melihat saya menderita menjawab pelbagai tomahan yang mereka cipta.

“Apapun kita kena ingat, tidak selalu kita berada di atas. Ada masa nanti pasti mereka akan duduk di bawah dan merasa sendiri keperitan yang mereka sendiri tidak dapat bayangkan” tegas duta Avon dan Bellavita ini.

Cuma, ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku. Bagi Neelofa, dia sudah semakin ‘masak’ dengan industri dan sudah pandai membawa diri.

Kejujuran dalam berkata hal yang benar juga ada kalanya menjerat leher sendiri. Seperti mana yang berlaku dalam beberapa kenyataan sebelum ini, dia juga akhirnya yang dipersalahkan atas dasar kejujuran.

“Industri kita tak besar mana tetapi masalah-masalah seperti ini yang akhirnya akan menjerat diri. Tak mengapa, saya sudah banyak kali terkena dan saya belajar daripadanya.

“Nak cakap apa pun, saya kena fikir impaknya pada masa hadapan,” katanya kesal.

Rezeki masih ada

SAAT namanya semakin mekar sebagai pelaris kepada beberapa produk terkemuka jenama antarabangsa, saat itu juga dia dihimpit dengan pelbagai cerita panas. Mungkin pada sesetengah orang menganggap ia tidak akan menjejaskan apa-apa tetapi bagi Neelofa dia tetap terkena tempiasnya.

Dia bukan sahaja membawa nama sendiri sebaliknya turut membawa nama beberapa jenama produk antarabangsa yang diwakilinya seperti Avon dan Bellavita.

“Bila kes ini meledak, saya cukup risau jika ia memberi kesan kepada tugas saya sebagai duta kepada produk mereka. Sebab itu saya sedaya upaya cepat-cepat membersihkan nama selepas ‘dicemarkan’ oleh mereka.

“Memang agak penat sebenarnya nak menjawab soalan-soalan daripada peminat dan kenalan yang bertanyakan hal tersebut. Jadi, itu juga menjadi antara sebab kenapa saya bertegas dalam soal ini.

“Orang percaya pada saya dan saya kena menghargai mereka. Kehadiran saya dalam industri ini tidak sekadar membawa nama Neelofa semata-mata sebaliknya nama keluarga dan nama produk lain yang saya wakili.

“Sudah enam bulan saya bersama dengan Avon. Dalam tempoh itu juga saya telah menjelajah ke seluruh negara bersama dengan mereka. Dari segi layanan dan kemesraan itu yang membuatkan saya selesa.

“Bila pihak Avon mahupun produk-produk lain memberikan kerjasama yang baik, rasanya sudah menjadi tugas saya pula untuk membantu mereka melariskan produk. Saya tidak mahu menjejaskan apa yang telah saya rasai selama ini. Jadi perjuangan untuk membersihkan nama itu untuk semua!” tegasnya.

Saat ditanya mengenai tawaran berlakon pula, jelas Neelofa dia banyak menerima tawaran sejak akhir-akhir ini.

Jelasnya, ramai yang mengharapkan dia dapat menyertai produksi mereka tetapi dia terpaksa memilih akibat kekangan waktu sebagai seorang pelajar juga.

“Alhamdulillah tawaran berlakon tak putus-putus saya terima sejak hari pertama bergelar anak seni. Ramai yang memberi semangat untuk saya lebih fokus dan memberikan yang terbaik dalam bidang ini.

“Kalau saya tidak berusaha untuk diri sendiri, siapa pula yang berjuang untuk kita?,” katanya
Saturday, 30 June 2012
15:44 0

Boleh Terima Maaf Anzalna Tapi Bersyarat


PETALING JAYA – Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat “berperang” dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.

“Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.

“Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad,” katanya secara eksklusif kepada mStar Online.

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa” menerusi akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.

Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.


Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.

Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.

“Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.

“Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula,” katanya.

Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.

“Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media,” katanya.

Presiden Seniman Zed Zaidi yang dihubungi mStar Online memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan itu. – mStar Online
Friday, 22 June 2012
16:26 0

Panas ! Anzalna Tidak Peduli Tuntutan Neelofa!

PELAKON, Anzalna Nasir memilih untuk tidak mengambil tindakan berhubung tuntutan daripada pelakon dan pengaraca, Neelofa yang mahu dirinya menjelaskan serta membuktikan tuduhan berdasarkan kenyataan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Bekas peserta Dewi Remaja 2010 itu, telah diberikan tempoh tujuh hari untuk membalas balik tuntutan Neelofa itu yang sepatutnya berakhir hari ini.

Anzalna ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia menerima nasihat serta arahan daripada presiden Seniman, Zed Zaidi supaya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak persatuan berkenaan untuk diselesaikan.

"Buat masa sekarang saya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutannya.

"Memandangkan kami di bawah persatuan Seniman, jadi Zed Zaidi menyarankan saya supaya tidak melayan atau mengambil tindakan daripada tuntutan Neelofa itu.

"Pihak Seniman sendiri mahu mengadakan perjumpaan diantara saya, Neelofa dan Tasha Shila untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Bukan hendak menyerahkan seratus peratus kepada Seniman, tetapi rasanya lebih baik jika saya tidak melayan perkara ini.

"Lagipun, saya terima surat daripada pengumananya (Neelofa) tiga hari selepas dia mengadakan sidang media," katanya.

Anzalna bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu kontroversi yang berlaku antaranya dan Neelofa.

Terdahulu Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar BiPop pada 10 Jun 2012 bertajuk Anzalna bidas Lofa yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.

Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.

Sungguh pun begitu, Anzalna berkata dia bersyukur kerana apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada dirnya malah dimurahkan rezeki dengan menerima lebih banyak tawaran berlakon.

"Alahamdulilah, setakat ini semua orang yang berjumpa dengan saya memberi pandangan positif dan saya tidak rasa dipandang hina atau bersalah oleh sesiapa.

"Malah, saya diberi sokongan yang kuat oleh keluarga termasuk pihak luar.

"Lebih melegakan saya lagi, apabila tawaran berlakon tidak putus-putus datang dan ternyata apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada kerjaya saya," jelasnya lagi.

Anzalna kini sedang menjalani penggambaran drama 2 Dalam 1 untuk tayangan TV3 sempena Aidilfitri dan drama bersiri Adam dan Hawa (Astro).

Menjelang Ramadan ini, Anzalna bakal menjalani pengambaran telemovie dan drama yang masih belum diketahui judulnya.
16:01 0

Panas ! Jimmy Terkejut Isteri Berbohong Buat Kenyataan Pada Media

PENGACARA, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.

Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.

"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.

Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.

Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Isteri Jimmy, Nursuhaila.

Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.

"Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.

"Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan," ujarnya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Jimmy:

1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?

Tidak benar Suhaila bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.

2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?

Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.

3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?

Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.

Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.

4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?

Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.

5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?

Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah.
14:54 0

Panas ! Bekas Suami Perjelas Keadaan - Adda Punca Penceraian, Bertindak Biadap Dan Keterlaluan?

Gambar Ridzuan dan Adda ketika kali pertama bertemu di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan Ridzuan 'bengang' sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan?
Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar.

Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.

Apa rekasi Adda masa tu?
Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar.

Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti?
Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.

Apa lagi yang dia tipu?
Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya.

Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan?
Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati.

Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda?
Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah?
Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan.

Adakah abang diprovok?
Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama.

Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar.

Macamana?
Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan.

Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu?
Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu.Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni?

Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara 'besar' yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia.

Maknanya tiada desakan isteri pertama?
Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri.

Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu?
Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf.

Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini?
Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham. - UM
Thursday, 21 June 2012
17:36 0

Jimmy Shanley Enggan Selesai Cara Baik

ISTERI kepada pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy telah bertemu dengan suaminya secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes penceraian mereka supaya dapat diselesaikan di luar mahkamah secara baik.

Suhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy agar dapat berpisah dengan baik selain hubungan mereka kekal menjadi seperti sahabat.

"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah.

"Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu.

Bagaimanapun kata Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Dalam pada itu, Suhaila mempersoalkan tindakan Jimmy yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Shanley sedangkan dia tidak pernah menghalang suaminya itu daripada menjenguk kanak-kanak itu.
Suhaila mendakwa, Jimmy jarang berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini untuk bertanya khabar mengenai anak tetapi ibunya iaitu Datin Muniroh Kassim yang sering membawa Zahrah bertemu dengan Jimmy.

"Pintu rumah saya sentiasa terbuka luas untuk Jimmy. Dia boleh datang menjenguk anak tetapi hanya sekali, dua sahaja dia berbuat demikian. Namun tidak dinafikan saya memang tidak membenarkan anak bermalam dengan Jimmy kerana dia masih menyusu badan," ujarnya.

Sementara itu, Suhaila berkata, dia tidak dapat menghalang Jimmy daripada mengeluarkan pelbagai kenyataan sama ada di dalam mahkamah atau kepada media mengenai rumah tangga mereka.

Suhaila memberitahu, dia tidak akan membalas sebarang kenyataan Jimmy kerana enggan mengaibkan suaminya itu dan akan terus berdiam diri.

"Seperti yang saya katakan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan dia boleh kata apa sahaja mengenai diri saya," katanya.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Kes melibatkan kedua-dua pasangan ini sedang berlangsung di Mahkamah Syariah dengan permohonan permohonan nusyuz terhadap Suhaila selain hak penjagaan anak (hadanah).
Tuesday, 19 June 2012
22:29 0

Konflik Neelofa vs Anzalna - Ini Komen Rosyam Nor Dan Freddie Fernandez

ISU remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan selesai cara baik. Begitulah reaksi peminat berhubung pertelingkahan tiga pelakon baru Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla yang hangat diperkatakan di media massa sejak tiga minggu lalu.

Ada peminat berpendapat, tiga bintang baru itu melakar ‘sejarah’ dalam industri seni tempatan tetapi bukan disebabkan pencapaian mereka yang boleh dibanggakan, sebaliknya kisah jelek yang hanya memalukan dunia artis.

Selain itu, ada peminat menyarankan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila bersua muka. Menurut peminat, biarpun peluang menjadi rakan baik mungkin tipis, namun sekurang-kurangnya, tiga bakat baru itu boleh bermaaf-maafan dan membuang perasaan dendam.

Malah, ada peminat menganggap dunia seni tidak seluas mana dan artis terbabit pasti dipertemukan dalam mana-mana produksi pada masa depan.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, semalam. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung kemelut melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila. 

HIP mendapatkan pandangan dua penggiat industri iaitu Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan pelakon berpengalaman, Rosyam Nor berhubung kontroversi melanda tiga artis terbabit. Freddie dan Rosyam menganggap isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila hanyalah isu kecil yang tidak sepatutnya dipanjangkan.

Freedie menasihatkan tiga pelakon itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah tanpa perlu membabitkan kes saman menyaman.

“Tindakan mereka ibarat membasuh kain di tempat awam yang pada pendapat saya, tidak perlu sebenarnya. Keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah hanyalah satu tindakan keterlaluan kerana masalah yang timbul antara mereka membabitkan isu kecil.

“Sekiranya merasakan masalah itu tidak boleh diselesaikan sendiri, gunakanlah orang tengah. Jika masalah ini berterusan, mereka boleh menjejaskan imej artis secara keseluruhan,” kata Freddie.
Rosyam Nor yang sudah hampir tiga dekad bergelumang dalam industri hiburan pula menganggap, kemudahan laman sosial memberi kesan besar kepada masyarakat apabila segala isi hati diluahkan tanpa memikirkan impak.

Aktor yang mula menceburi dunia lakonan sejak 1985 menerusi filem Gila-Gila Remaja itu berkata, artis sepatutnya menggunakan laman sosial dengan bijak - bukan membiarkan ‘kudis’ mereka diketahui masyarakat.

“Bagi saya kes membabitkan kata mengata, aib-mengaib, pertikaman lidah tidak perlulah dibawa sehingga ke mahkamah. Mereka (mahkamah) mempunyai banyak kes yang perlu diselesaikan, kenapa kita hendak menambahkan beban mereka dengan perkara remeh temeh?

“Zaman dulu bukan tidak ada artis yang bergaduh, tetapi mereka mengambil pendekatan dengan cara bersemuka. Kes kecil tidak perlulah diheret hingga ke mahkamah kerana perkara itu boleh memalukan golongan artis. Nanti orang akan kata, artis tidak ada kerja lain, hal kecil pun hendak dibawa ke mahkamah,” katanya.
Sunday, 17 June 2012
11:50 0

Tidak Takut - Tasha Shila Bersedia Jika Neelofa Mahu Saman!

DALAM peperangan 'dua dewi' ini, tiba-tiba saja nama Tasha Shila turut menjadi sebutan. Meskipun Tasha pernah membuat kenyataan mengenai kekecewaan terhadap Neelofa mengenai pertikaian kemenangannya itu di ABP, dia bagaimanapun tidak mahu diheret sama dalam situasi tegang ini.

Tasha yang dihubungi media berkata, dia enggan mencampuri urusan mereka, sementelah harus bertanggungjawab di atas kenyataan yang dikeluarkan Anzalna.

"Saya tidak tahu yang Anzalna jadikan saya sebagai punca untuk dia luahkan perasaan dia. Bagi saya, siapa yang pernah melalui perkara serupa akan faham dengan perasaan saya," katanya.

Tasha berkata, dia juga bersedia, andai Neelofa turut mahu menyamannya dan dia juga akan bertindak andai perlu.

"Saya tak takut jika dia (Neelofa) juga mahu menyaman sama dan saya bersedia jika dia berbuat demikian," katanya.
Saturday, 16 June 2012
13:52 0

'Sikitpun Tidak Menyesal Dedahkan Keburukan Neelofa, Kerana Semua Itu Adalah Benar' - Anzalna

KETIKA ditemuramah wartawan, Anzalna dengan tegas memberitahu dia tidak akan menurut tuntutan yang dibuat oleh Neelofa kerana sehingga kini, masih belum menerima sebarang notis daripada pihak peguam pelakon kelahiran Kelantan itu.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Anzalna selanjutnya.

Boleh anda komen apabila Neelofa melantik peguam dan mahu menyaman anda berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar?

Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa apabila dia ambil perkara ini terlalu serius sehingga melantik peguam. Saya tidak akan memberi apa jua penjelasan kepadanya (Neelofa).

Kenapa anda terkejut dengan tindakan Neelofa sedangkan anda sendiri membuka aib dia?

Bukan tujuan saya mahu buat publisiti murahan. Kalau saya mahu buat, dah lama saya buat dan buka cerita. Tetapi saya tidak sangka cerita ini diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu.

Maksud anda penulis akhbar tersebut?

Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak. Tetapi, saya enggan komen panjang takut isu lain pula yang timbul.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Bila dia (Neelofa) ambil benda ini serius, saya juga akan buat perkara yang sama. Saya juga sudah melantik seorang peguam iaitu Fakhrul Azman, peguam yang sama mengendalikan kes pelakon Fazura dahulu untuk mengendalikan kes ini.

Setakat ini adakah anda menerima sebarang surat atau tuntutan daripada Neelofa?

Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat atau notis tuntutan daripada dia. Jika dapat nanti, biarlah peguam saya yang uruskan semuanya. Sekarang, segala urusan kes ini telah mula diambil alih oleh peguam saya.

Adakah anda menyesal dengan kenyataan yang telah anda berikan?

Sikitpun saya tak menyesal kerana apa yang saya luahkan itu benar. Cuma, saya tak mahu memanjangkan cerita atau mengaibkan dia lagi. Cukup sekadar apa yang disiarkan itu.

Adakah anda akan membuat permohonan maaf dan menunjukkan bukti dalam tempoh tujuh hari seperti yang dikehendaki Neelofa?

Saya tak akan buat permohonan maaf atau memenuhi kehendak pihak Neelofa. Bukan kerana saya tak mahu buat, tapi masalahnya, selepas tempoh tiga hari, saya masih belum menerima sebarang notis daripada dia. Jadi macam mana saya nak selesaikan masalah ini secara profesional jika belum mendapat notis tersebut. Selebihnya, saya serahkan kepada peguam saya.
Friday, 15 June 2012
20:10 0

Panas ! Anzalna vs Zubir, Siapa Yang Tipu Siapa?

KONTROVERSI yang melanda artis muda hot Malaysia Anzalna Dan Neelofa ini mengundang reaksi pelbagai pihak, baik menyokong, mengutuk, tak kurang juga atas pagar dan lebih selesa menjadi pemerhati saja.

Konflik yang bukan sahaja melibatkan Anzalna dan Neelofa ini, tetapi juga melibatkan Anzalna dan Zubir , iaitu wartawan yang bertanggungjwab menyiarkan artikel kontroversi tersebut. Penafian demi penafian di buat oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan bahawa kebenaran berada di pihak masing-masing semakin menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan. 

Baru-baru ini melalui laman media hiburan GUA, dalam sebuah artikel bertajuk Neelofa VS Anzalna : Anzalna Tidak Setuju Kenyataan Disiarkan! bertarikh 15 June, Anzalna menyatakan perkara berikut :

"Saya tidak pernah bersetuju untuk berkongsi cerita kepada umum"
 
Berbeza dengan kenyataan yang di buat Zubir melalui media mStar Online bertajuk  Anzalna Tak Dipaksa Beri Kenyataan Jerat Diri bertarikh 15 June, menyatakan seperti ini :
"Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama"

"Dia (Anzalna) sendiri bersetuju kenyataan itu diterbitkan".
Kenyataan demi kenyataan yang di keluarkan juga bercanggah dan seolah-olah ada manipulasi kenyataan di antara Zubir dan Anzalna :
Dan ini kenyataan Zubir (dikeluarkan pada tarikh yang sama) menyatakan bahawa beliau baru saja menghubungi Anzalna melalui telefon :

Persoalannya, siapa yang menipu dan siapa yang tertipu? Diharap pihak-pihak yang terlibat dapat segera menyelesaikan kes ini tanpa memanjang-lebarkannya, tidak memanipulasikan kenyataan demi kepentingan peribadi dan 'menyelamatkan' diri yang akhirnya memakan diri sendiri.
18:32 0

Panas ! Ini Buktinya Tiz Zaqyah Layan Remy Macam Sampah!

KUALA LUMPUR, 15JUN2012: Sejak kebelakangan ini, hubungan pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta iaitu Tiz Zaqyah dan Remy Ishak nampaknya seperti retak menanti belah.

Semuanya gara-gara status Remy melalui akaun Twitter miliknya yang mana telah mengadu dilayan seperti sampah selepas dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

"Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan," tulis Remy di akaun Twitter miliknya kelmarin.

Malah, hero filem Cun ini turut mengadu sudah lama bersabar dengan karenah teman wanitanya itu.

Pun begitu, Remy masih berharap untuk menerima kata -kata semangat serta perhatian dari kekasihnya itu, namun ianya dibalas hampa Tiz dengan alasan penat.

Sewaktu bertemu Tiz ketika tayangan perdana drama bersiri Dejavu di Kinabalu, pelakon yang mula mendapat perhatian menerusi drama Nur Kasih enggan mengulas lanjut berhubung perkara ini.

"Mungkin dia sakit. Entahlah, saya biarkan sahaja," jawabnya pendek.

Bagaimanapun, apabila ditanya adakah dia sendiri ada pergi melawat kekasihnya itu, Tiz Zaqyah menjawab kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Dejavu di Kinabalu.

"Saya tengah menjalani penggambaran," jelasnya ringkas.

Enggan mengulas lanjut menegenai apa yang berlaku terhadap hubungannya kini, Tiz bagaimanapun berharap agar semua pihak tidak menghakimi dan menghukum mana-mana pihak.

"Saya tidak gemar bercakap mengenai soal peribadi. Apa sahaja yang keluar daripada mulut saya akan terus menjadi perbualan orang dan tiada bezanya.

"Cukup lah, saya tidak mahu ia digembar-gemburkan lagi," luahnya.

Tiz Zaqyah bakal muncul dengan drama bersiri dalam slot Akasia TV3 berjudul Dejavu di Kinabalu bersama Aqasha sebagai pasangannya setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 18 Jun ini. - murai
08:44 0

Scha Al Yahya Pula Beri Nasihat Untuk Neelofa Dan Anzalna

ISU kontroversi ini mula hangat diperkatakan antara Neelofa dan Anzalna Nasir. Isu yang dikatakan bermula dari sisipan BiPop Berita Harian ditulis oleh Zubir Berita Harian turut didakwa 100% fitnah.

Dibidas Hans Isaac membela Neelofa, Izara Aishah mahu hentikan kekecohan diantara Neelofa & Anzalna dan kini reaksi Scha Al Yahya yang juga bekas pememang Dewi Remaja 2005/06 tentang isu ini.

“Apabila memegang gelaran Dewi REMAJA, orang mahu melibat perkara-perkara yang baik. Orang anggap gelaran Dewi sebagai idola. Ya, memang tidak semua manusia sempurna. Tetapi kalau boleh, minimumkan perkara-perkara yang tidak baik.

“Dalam kes Lofa dan Anzalna, masing-masing datang daripada pertandingan Dewi REMAJA seperti Scha. Jadi bila benda ini terjadi, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.”

“Tambah pula, mereka sama cantik dan sama popular. Sebaiknya, kontroversi ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” ujar Scha Al Yahya di Media Hiburan.
08:19 0

Panas ! Layanan Macam Sampah, Tiz Zaqyah Balas Kenyataan Remy - 'Dia Yang Sakit, Biarlah!'

BARU-BARU ini, menerusi akaun Twitter milik Remy Ishak, pelakon itu telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia.

Angkara tidak mendapat perhatian yang diharapkan daripada kekasihnya Tiz Zaqyah, pelakon itu telah meluahkan perasaannya di laman Twitter dengan merujuk teman wanitanya itu melayannya seperti sampah.


Bertemu Tiz Zaqyah sewaktu tayangan perdana drama bersiri terbarunya, Tiz menjelaskan tweet tersebut bukan daripadanya dan enggan memberikan komen lanjut.

“Dia yang sakit. Saya biarkan saja. Biarlah.” ulas Tiz penuh makna.

Namun pelakon filem terkenal itu berharap agar semua pihak tidak menghakimi dan menghukum mana-mana pihak.

“Interpretasi masyarakat terhadap hubungan ini tidak pernah berakhir. Perkara ini hanya secubit sahaja dalam kehidupan orang.” ujar Tiz mengakhiri bicara. - GUA
Thursday, 14 June 2012
23:44 0

Isu Pertikai Jawatan - Zed Zaidi Anggap Individu Yang Ingin Rebut Jawatan Sebagai Firaun Kecil

RENTETAN dari tuduhan beberapa individu kononnya Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 (AGM 14), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 26 Mei lalu, tidak sah, Presiden Seniman, Zed Zaidi tampil memberikan penjelasan kepada media.

“Kita ada surat yang mengesahkan AGM lalu memang sah mengikut perlembagaan. Sebenarnya, benda ini berlaku bukan pada zaman saya saja, sejak dari zaman Presiden sebelum ini lagi, Datuk Aziz Singah, Dato’ Ismail Hudson dan Harun Salim Bachik. Bagi saya, isu ini merupakan agenda individu untuk kepentingan peribadi,” ujar Zed kepada media.

Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) telah mengadakan satu perjumpaan di Finas, Jumaat lalu bagi menuntut agar AGM 14 yang diadakan pada 26 Mei lalu, dibatalkan kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.

Difahamkan, AGM 14 tidak sah kerana pihak mereka gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah, gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13, gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan gagal menunjukkan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

“Perkara ini sengaja dicetuskan oleh individu yang tidak berpuas hati. Mereka menggunakan Persatuan lain bukan untuk agenda Persatuan itu, tapi untuk serang Seniman. Sebenarnya minit mesyuarat itu ada cuma ia telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara lain juga kita dah jelaskan masa AGM lalu dan majoriti telah bersetuju untuk meneruskan AGM,” ujar Zed lagi.

“Kita ada perlembagaan, apa yang mereka nak pun saya tak tahu. Jika, tak puas hati, perlembagaan itu orang lama juga yang buat. Bagi saya, kalah dan memang adalah adat, jadi jangan disebabkan emosi, kita buat tindakan yang melulu. Saya percaya, mereka yang cetus isu ini adalah segelintir individu yang tidak puas hati dari dulu lagi. Orang macam mereka ini virus dan saya anggap mereka Firaun kecil yang cuba merosakkan Persatuan.

“Sepatutnya kita bekerjasama dan bersatu. Buat apa nak hentam antara satu sama lain. Saya anggap ini cabaran dan tanggungjawab saya sebagai Presiden penggal ini. Saya dah buat laporan polis minggu lepas dan buat masa ini saya tidak menerima apa-apa lagi surat dari mahkamah. Mereka dah memalukan Seniman dan saya akan cuba selesaikan perkara ini mengikut kebijaksanaan serta mengambil tindakan selanjutnya,” ujarnya mengakhiri perbualan. - GUA
23:02 1

Panas ! Zubir Sengaja Perangkap Anzalna Keluarkan Kenyataan Burukkan Neelofa?

PETALING JAYA: Wartawan hiburan akhbar Berita Minggu, Zubir Mohd Yunus menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan pelakon baru Anzalna Nasir dalam sisipan B-Pop akhbar itu bertajuk Anzalna Bidas Neelofa pada Ahad lalu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.

Zubir berkata dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman bahawa temu ramah bersama Anzalna berhubung krisis pelakon itu dengan aktres Neelofa tidak dilakukan secara paksaan oleh pihaknya seperti didakwa oleh aktres baru tersebut.

“Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan.

“Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Zubir berpendapat Anzalna enggan bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak berkecil hati atau marah kerana dia percaya tindakan aktres itu berpunca daripada fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.

Berikut adalah soalan-soalan yang diajukan mStar Online kepada Zubir berhubung kes itu.

1) Anzalna mendakwa dia melarang anda menerbitkan luahan peribadinya tetapi anda tetap menyiarkan artikel itu pada Ahad lalu. Kenapa?

Tidak timbul isu... saya tetap menerbitkan artikel itu kerana ia mendapat persetujuan bersama.

Saya sudah mengingatkan dia luahan mengenai Neelofa boleh menyebabkan dia didakwa sebagai fitnah namun Anzalna bertegas kononnya dia mempunyai bukti terhadap kenyataan yang dikeluarkan.

Sebagai wartawan, saya hanya melaporkan apa yang diluahkan Anzalna. Mengenai dakwaan saya memaksa dia untuk mendapatkan kenyataan itu adalah tidak tepat kerana saya hanya memujuk dan dia bersetuju untuk meluahkan perkara itu.

2) Tidakkah dakwaan yang ditimbulkan Anzalna akan menjejaskan kredibiliti dan integriti anda sebagai wartawan?

Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan dakwaan artis kononnya saya tidak melaporkan fakta secara beretika. Dalam apa juga kontroversi artis yang berlaku, artis memang mudah alpa dengan apa yang mereka luahkan kepada wartawan. Apabila kes menjadi kronik, mereka menyalahkan wartawan pula.

Artis seperti Anzalna masih baru dan mungkin disebabkan oleh tekanan dihadapinya dia terlepas cakap kepada blog tersebut dan menuduh saya memaksa dia mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Ia adalah proses pembelajaran untuk artis baru seperti Anzalna agar lebih berhati-hati dalam kenyataan yang dikeluarkan. Hakikatnya, hubungan saya dan dia tiada masalah kerana kami baru saja berhubung menerusi telefon.

Dakwaan itu tidak menjejaskan reputasi dan tidak menjadi kudis pun. Saya menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak melanggarnya. Semua perbualan bersama dirakamkan sebagai bukti.

3) Adakah anda bimbang jika kepercayaan artis terhadap anda terhakis gara-gara kes ini?

Tiada apa yang perlu saya bimbangkan kerana saya melaporkan cerita mengikut fakta dan bukan ditokok-tambah. Selama ini segala sumber dan kandungan cerita yang disampaikan adalah sahih dan mempunyai bukti, bukan direka-reka untuk menjadikan ia sensasi.

Perbalahan di antara artis adalah perkara lumrah dalam dunia hiburan. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Semoga Anzalna dan Neelofa dapat berbincang dengan baik dan profesional di luar dan tidak perlu dibawa sampai ke mahkamah.
Hans Isaac
4) Apa komen anda mengenai ‘kemunculan’ aktor dan penerbit Hans Isaac dalam krisis itu sehingga bertindak untuk mengajak anda berdebat mengenai etika kewartawanan?

Saya berasa pelik dengan tindakan Hans yang mengajak saya berdebat susulan krisis antara Neelofa dan Anzalna.

Walhal, saya hanya wartawan yang melaporkan perkara, bukan orang berkepentingan atau ahli politik. Saya hairan kenapa dia harus campur tangan sedangkan dia tiada kena-mengena dalam kes itu.

Hans berkata sebagai penerbit dia mahu mempertahankan hak aktres yang bekerja di bawah produksinya padahal Neelofa sudah bekerja dengan banyak produksi lain sebelum ini.

Penerbit dan pengarah Aziz M. Osman untuk filem Azura 2012, KRU untuk King Kapchai dan beberapa lagi tetapi tidak pernah tampil membela Neelofa dalam kes-kes kontroversi sebelum ini jadi mengapa pula dia harus bertindak sehingga mahu mengajak saya berdebat pula?

Saya hormati pandangan Hans berkenaan isu ini dalam laman Twitter miliknya. Dia ada persepsi sendiri untuk menangani kes tersebut tetapi saya mahu jelaskan saya tidak layak untuk berdebat dengan artis berpengalaman sepertinya untuk kes seperti ini. - mstar online
22:09 1

Panas ! Marsha Pula Sindir Neelofa Kes Saman Anzalna

MARSHA mengatakan sesuatu yang berbentuk sindiran kepada Neelofa dan Anzalna di laman Twitternya. Kata Marsha, dia pelik dengan dengan kes pergaduhan antara dua pelakon wanita itu yang timbul perlukah sehingga sampai ke tahap saman-menyaman.

“Sumtimes i wonder kenapa kes gaduh ble smp nk kena saman bagai.shud settle it one to one n not go to public. Well im just saying. #ATASPAGAR,” tulis Marsha.
Nampaknya, isu gaduh ‘ribut taufan’ yang berlaku antara dua orang pelakon wanita, Neelofa dan Anzalna Nasir semakin besar jadinya.

Isu membongkarkan cerita Neelofa yang berperangai buruk dan busuk hati mula timbul apabila Anzalna berani membongkarkan perlakuan buruk Neelofa yang dilakukannya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja satu ketika dahulu.

Tindakan yang dilakukan oleh Anzalna itu juga dibuat selepas seorang lagi pelakon wanita lain, Tasha Shilla menceritakan perkara yang lebih kurang sama berlaku kepadanya sewaktu memenangi anugerah dalam ABPBH 2011 yang lalu.
Selepas cubaan memburukkan Neelofa muncul satu-persatu dari Tasha Shilla dan Anzalna, seorang pelakon wanita comel lain, Izara Aisyah juga memberikan kenyataan.

Tetapi, Izara tidaklah memihak sesiapa dan lebih bersikap berhati-hati dalam melontarkan pandangannya kerana tidak mahu sahabat-sahabat artisnya bergaduh sesama sendiri.Turut tidak mahu ketinggalan dalam isu panas itu ialah Marsha Milan Londoh.

Kalau begitu, bukan sahaja Zed Zaidi nak mencuba untuk campur tangan dalam kes pergaduhan ‘Lofa VS Anzalna’ ini. Mungkin Marsha pun teringin agaknya nak ‘join’?

Yang pasti, kes tuduh-menuduh fitnah ini bukan sahaja hanya tertumpu kepada Neelofa dan Anzalna sahaja, tapi, sudah melibatkan banyak nama artis wanita yang turut terjerumus ke ‘gaung’ pergaduhan itu.
20:38 0

'Saya Hairan, Kenapa Hanya Saya Seorang Yang Dia Saman' - Anzalna, Mahu Selesai Cara Baik

KUALA LUMPUR 13 Jun - Pelakon drama bersiri Indera Joned, Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan Neelofa dalam tempoh tujuh hari ini.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima sebarang notis tuntutan penjelasan daripada pihak Neelofa.

Mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya, Anzalna turut menegaskan, dia bersedia bersemuka dengan pelakon dan pengacara itu.

"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.

"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Neelofa hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Menurut Anzalna, biarpun dia mempunyai bukti yang Neelofa memfitnahnya namun menegaskan tidak mahu memanjangkan perbalahan dan sanggup meminta maaf kepada pengacara Nona itu.

Malah dia positif dan tidak gentar sekiranya pernyataan maafnya itu nanti akan membuatkan khalayak memandang serong terhadapnya dan menganggap dia bersalah.

"Orang di dunia ini hanya pandai menilai tetapi Tuhan Maha Mengetahui, tahu yang mana benar dan yang mana salah.

"Dan sebagai orang Islam, walaupun saya tahu saya benar, saya sanggup merendah diri dan dengan ikhlas memohon maaf.

"Industri ini tak besar manapun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita.

"Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara baik," katanya yang mengakui tidak tertekan dengan kontroversi tersebut malah mengambil perkara tersebut secara positif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...