Searching...
Tuesday, 26 June 2012
11:50 0

Jue Aziz Jawab Isu Peluk Lelaki Bertatu Semasa Bercuti Di Bali

EKORAN penyebaran gosip mengenai beliau berpelukan dengan seorang jejaka bertatu di Kepulauan Bali, dua minggu lalu, pelakon cantik, Jue Aziz akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

“Saya rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi sejujurnya saya terkejut dengan penyebaran gosip ini sebab mereka tak selidik dulu perkara sebenar,” ujar Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie, ‘Mencari Wali’, baru-baru ini.

“Bagi saya, benda ini isu kecil saja. Kami pergi bercuti beramai-ramai dalam enam orang dan kami ke sana hanya untuk berseronok saja. Saya yang paling tua dalam kumpulan itu dan semua yang pergi saya anggap macam adik-adik saya saja.

“Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu ‘Henna’ saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja,” ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi.

“Bila saya solo, janganlah suka-suka asyik gosipkan saya dengan sesiapa. Saya dah muak apabila Jue Aziz sering dikaitkan dengan orang itu dan orang ini. Penting sangat ke isu ini, saya rasa cukup-cukuplah. Walau bagaimanapun, siapa yang tak nak berkahwin, insyaAllah, doa-doakanlah saya. Saya tak memilih dengan siapapun, saya redha dengan jodoh saya.”

Tambah Jue lagi, “Jika tak ada aral melintang, insyaAllah saya rancang nak mengambil anak angkat. Seorang budak perempuan mungkin akan beri anak yang dikandungkannya sekarang selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti. Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...