Searching...
Showing posts with label artis bercerai. Show all posts
Showing posts with label artis bercerai. Show all posts
Tuesday, 10 July 2012
23:46 0

Sasha Elite Dan Suami, Salyo Priyanto Sah Bercerai Talak Satu


Tiada drama mahu pun sebarang kenyataan pemedih hati antara mereka. Rumahtangga Sasha Elite & Salyo Priyanto yang di’bina selama lima tahun nampaknya sampai di’sini sahaja.

Laporan awal malam ini menyebut yang Salyo Priyanto melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha Elite di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Pasangan ini di’sahkan bercerai oleh mahkamah sekitar jam 2.55 pagi dan kedua dua mereka di’lihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai di’lakukan.

Sasha Elite & Salyo Priyanto telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Salyo Priyanto di’arahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 selama 3 bulan selain turut bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.
17:08 0

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu

KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.

Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling buat mereka.

"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Saylo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Sunday, 1 July 2012
14:06 0

Tom Cruise - Katie Holmes berpisah


LOS ANGELES - Industri perfileman Hollywood kelmarin dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes.

"Ya, Holmes memohon cerai dan Cruise amat sedih dengan perkembangan ini, dia kini memberi tumpuan kepada tiga anaknya," kata jurucakap pelakon kacak berkenaan, Amanda Lundberg kepada agensi berita AFP.

"Tolong beri ruang untuk mereka menyelesaikan perkara ini," tambahnya.

"Ini hal peribadi dan persendirian bagi Holmes dan keluarganya," beritahu pula peguam yang mewakili aktres berkenaan, Jonathan Wolfe.

"Perkara utama buat Holmes kini adalah kepentingan anak perempuannya."

Cruise yang mencapai usia 50 tahun pada Selasa lalu, mengahwini Holmes, 33, di sebuah istana kota di Itali pada November 2006.

Perkahwinan mereka adalah yang pertama buat Holmes dan ketiga untuk Cruise.

Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, Suri.

Mereka turut memelihara dua anak angkat, Isabella dan Connor yang masing-masing berusia 19 dan 17 tahun. - AFP
Monday, 25 June 2012
15:10 0

Panas ! Kenapa Erra Fazira Enggan Komen Kenyataan Suami?

KUALA LUMPUR: “Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham,” kata aktres dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 38, atau Erra Fazira. 

Erra meluahkan rasa hatinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Berita Minggu yang cuba mendapatkan reaksi bintang popular itu susulan pengakuan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menafikan berkahwin lain, tersiar dalam akhbar tempatan, semalam.

Dalam SMS itu, Erra mempertahankan pendirian untuk tidak mengulas lanjut isu rumah tangganya serta berharap semua pihak memahami situasi dihadapinya.
Berita Harian semalam melaporkan, Emran menafikan berkahwin lagi seperti yang dihebohkan. 

Emran menjelaskan, selama ini, beliau enggan bersuara kerana tidak mahu membesarkan isu yang tidak benar. 

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membuat ulasan selepas melihat isu rumah tangganya makin hebat diperkatakan. 

Emran mendakwa, beliau dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil, malah beliau pulang ke rumah setiap hari. Ini kali pertama Emran mengulas isu rumah tangganya selepas lama berdiam diri.
Saturday, 23 June 2012
15:20 0

Panas ! Rumah Tangga Retak - Akhirnya Engku Emran Tampil Perjelas Isu Sebenar!

SELEPAS berbulan berdiam diri, akhirnya suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya dia berkahwin dua dan menafikan segala cerita itu.

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” kata Emran.
Friday, 22 June 2012
16:11 0

Panas ! Adda Butterfly Jalani Hidup Dengan Kekasih Pengkid?

AGAK berat juga gossip yang kami dengar berkaitan Adda Butterfly kali ini. Belum pun surut kisah perkahwinan beliau yang hanya berjaya kekal selama 17 hari.
Semalam, melalui Utusan Malaysia bekas suami Adda Butterfly tampil memberikan kenyataan meminta selebriti ini berhenti mengaibkan diri beliau di media. Menarik untuk di’baca.

Dan, seseorang yang rapat dalam hidup Adda Butterfly hari ini tampil menceritakan status terkini penyanyi tersebut yang di’katakan sudah tersimpang dari norma kehidupan. Eh.

Adda Butterfly khabar’nya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang sudah di’kenali beberapa tahun lalu. Sumber kami enggan dedahkan nama pengkid tersebut, hanya gambar.

Pengkid ini juga di’katakan sudah menaruh harapan terhadap Adda Butterfly semenjak zaman percintaan penyanyi itu dengan Mamat Sepah & kini merupakan masa paling sesuai.

Baru baru ini, mereka berdua telah terbang ke China untuk bercuti bersama kawan kawan yang lain dan gambar di’sebelah di’ambil ketika mereka berada di’sana — Adda Butterfly tanpa tudung seperti biasa.

Kami berharap sangat yang gossip ini sekadar gossip kerana sukar untuk di’percayai hubungan mereka berdua sejauh itu lebih lebih lagi si ‘pengkid’ ini sudah pun mempunyai teman lelaki.
16:01 0

Panas ! Jimmy Terkejut Isteri Berbohong Buat Kenyataan Pada Media

PENGACARA, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.

Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.

"Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.

Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.

Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Isteri Jimmy, Nursuhaila.

Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.

"Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.

"Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan," ujarnya.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Jimmy:

1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?

Tidak benar Suhaila bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.

2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?

Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.

3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?

Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.

Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.

4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?

Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.

5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?

Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah.
14:54 0

Panas ! Bekas Suami Perjelas Keadaan - Adda Punca Penceraian, Bertindak Biadap Dan Keterlaluan?

Gambar Ridzuan dan Adda ketika kali pertama bertemu di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan Ridzuan 'bengang' sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan?
Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar.

Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.

Apa rekasi Adda masa tu?
Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar.

Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti?
Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.

Apa lagi yang dia tipu?
Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya.

Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan?
Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati.

Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda?
Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah?
Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan.

Adakah abang diprovok?
Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama.

Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar.

Macamana?
Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan.

Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu?
Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu.Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni?

Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara 'besar' yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia.

Maknanya tiada desakan isteri pertama?
Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri.

Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu?
Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf.

Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini?
Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham. - UM
13:34 0

Adda Butterfly Tipu Media, Sengaja Cari Publisiti Murahan?


Kecoh sebelum ini kisah perceraian antara Adda Butterfly dan suaminya yang hanya sempat menikmati saat sebagai suami isteri selama 17 hari.

Pelbagai spekulasi dari beberapa pihak mengatakan antara punca perceraian mereka berdua termasuklah disebabkan bekas suami Adda iaitu Ridzuan yang dikatakan menipu statusnya terhadap Adda mengatakan dirinya duda. Namun itu semua disangkal apabila laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan bahawa Ridzuan tidak pernah merahsiakan daripada Adda bahawa dia sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak.

“Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.” – bekas suami Adda, Ridzuan dipetik dari Utusan.
Ridzuan turut mengatakan bahawa Adda telah menipu pihak media mengenai statusnya yang dikatakan seorang duda. Malahan, Ridzuan turut mengakui bahawa keluarga Adda juga turut mengetahui bahawa Ridzuan sememangnya sudah mempunyai isteri.

“Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.”
Kenyataan Adda Butterfly di media sebelum ini benar-benar mengecewakan Ridzuan yang terkilan kerana Adda seakan-akan mengaibkan dirinya dengan kenyataan yang tidak berasas. Disebabkan itu, Ridzuan telah tampil kehadapan dan menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk laporan lebih lanjut, anda boleh masuk ke sini.



Thursday, 21 June 2012
17:36 0

Jimmy Shanley Enggan Selesai Cara Baik

ISTERI kepada pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy telah bertemu dengan suaminya secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes penceraian mereka supaya dapat diselesaikan di luar mahkamah secara baik.

Suhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy agar dapat berpisah dengan baik selain hubungan mereka kekal menjadi seperti sahabat.

"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah.

"Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu.

Bagaimanapun kata Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Dalam pada itu, Suhaila mempersoalkan tindakan Jimmy yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Shanley sedangkan dia tidak pernah menghalang suaminya itu daripada menjenguk kanak-kanak itu.
Suhaila mendakwa, Jimmy jarang berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini untuk bertanya khabar mengenai anak tetapi ibunya iaitu Datin Muniroh Kassim yang sering membawa Zahrah bertemu dengan Jimmy.

"Pintu rumah saya sentiasa terbuka luas untuk Jimmy. Dia boleh datang menjenguk anak tetapi hanya sekali, dua sahaja dia berbuat demikian. Namun tidak dinafikan saya memang tidak membenarkan anak bermalam dengan Jimmy kerana dia masih menyusu badan," ujarnya.

Sementara itu, Suhaila berkata, dia tidak dapat menghalang Jimmy daripada mengeluarkan pelbagai kenyataan sama ada di dalam mahkamah atau kepada media mengenai rumah tangga mereka.

Suhaila memberitahu, dia tidak akan membalas sebarang kenyataan Jimmy kerana enggan mengaibkan suaminya itu dan akan terus berdiam diri.

"Seperti yang saya katakan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan dia boleh kata apa sahaja mengenai diri saya," katanya.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Kes melibatkan kedua-dua pasangan ini sedang berlangsung di Mahkamah Syariah dengan permohonan permohonan nusyuz terhadap Suhaila selain hak penjagaan anak (hadanah).
Friday, 15 June 2012
08:22 1

Rumah Tangga Retak - Erra Fazira Akui Dalam Dilema

KUALA LUMPUR, 15JUN2012: Bukan sekali dua cerita atau khabar angin mengenai keretakan rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira tersebar. Malah sehingga kini kisah peribadinya itu terus diperkatakan.

Namun, Erra Fazira sendiri akui rumah tangganya sama seperti pasangan berkahwin yang lain yang mana ada pasang surutnya.

Walaubagaimana pun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu. Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media.

"Saya tidak menafikan, khabar angin yang disampaikan oleh pihak tertentu ada yang betul dan ada juga yang tidak.

"Biasalah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya tidaklah sentiasa aman dan makmur kerana masalah dalam perkahwinan itu normal," jelasnya.

Tidak mahu mengulas lanjut masalah yang sedang dialami rumah tangganya, sebaliknya Primadona Malaysia ini meminta supaya semua pihak memahami dengan delima yang dihadapinya.

"Maaflah, setiap kata-kata saya perlu ada batasnya kerana ia kisah rumahtangga saya dan rasanya lebih baik jika saya tidak terlalu terbuka.

"Lagipun ada perkara yang saya perlu tutup dan saya harap orang di luar faham dengan dilema yang saya alami," luahnya lagi.

Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu.

Erra walaubagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara tersebut.

Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan.

"Saya akui pada awal perkahwinan saya, suami sering juga ikut saya ke mana-mana dan kini dia tidak lagi berbuat demikian.

"Lagipun saya tidak boleh hendak memaksa Emran untuk mengikut saya dan saya perlu hormat keputusannya yang tidak berminat dalam dunia hiburan ini.

"Tambahan pula tidak semua orang suka lihat saya kerap membawa pasangan ke acara hiburan.

"Jadi saya tidak boleh nak ikut kehendak semua. Bagi pihak saya pula, terpulang kepada Emran untuk mengikut saya atau tidak," tambahnya lagi.

Erra yang bakal memulakan penggambaran telemovie Mencari Juwita akan mula sibuk sehingga bulan Ramadan ini untuk menjalani latihan Teater Tun Siti Hasmah yang dijangka akan dipentaskan Ogos depan.
Monday, 11 June 2012
15:58 0

Bergelar Janda Muda Ketika Inai Masih Di Jari - Penyanyi Adda Redha Dengan Ketentuan

BERGELAR janda dalam usia muda bukanlah status yang diimpikan oleh mana-mana wanita. Apatah lagi, inai di jari masih belum hilang. Biarpun pahit untuk ditelan, Nur Syuhada atau Adda akur apabila bekas suaminya, Ridzuan Mohammad mengambil keputusan untuk bercerai meskipun usia perkahwinan baru menginjak 17 hari.

Duka di hati, hanya Tuhan yang tahu, apatah lagi empunya diri masih belum sempat merasai nikmat bergelar isteri kecuali pada hari persandingan sahaja.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Adda mengakui reda dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan buatnya.

"Kami berkahwin pada 30 Mac lalu, dan bercerai pada 17 April. Sejujurnya, tiada apa lagi yang harus Adda katakan, cukuplah kenyataan yang Adda telah keluarkan sejak seminggu lalu.

"Adda tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak atau ada pihak yang salah faham dengan kenyataan Adda. Lagi pula, sudah hampir dua bulan kami bercerai dan Adda sendiri sudah selesa dengan kehidupan sekarang," jelasnya kepada Zass.

Adda yang juga ahli kumpulan Butterfl y bagaimanapun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kekeliruan status bekas suaminya sehingga ia menjadi punca penceraian.

Namun, Adda mengakui tidak berdendam dengan bekas suaminya itu dan sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

"Adda tidak mendendami dia dan tidak menyesal berkahwin dengan dia. Segala perkara yang berlaku ini membuatkan Adda lebih matang. Adda doakan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang," katanya.

Tatkala di tebak adakah dia serik untuk berkahwin lagi selepas ini, Adda berkata, ia terpulang pada jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT dan tidak menolak untuk berkahwin lagi.

"Bagi Adda, kalau ada jodoh tak ke mana, jika Adda kata, Adda tidak mahu kahwin sekarang pun, jika sudah tertulis Adda akan berkahwin juga suatu hari nanti, siapa Adda untuk menolak ketentuan.

"Bagaimanapun, Adda akan lebih berhati-hati untuk memilih bakal suami selepas ini," jelasnya.

Keluarg a beri sokonga n

DI SEBALIK berita penceraiannya itu, beberapa penonton rancangan Propaganza baru-baru ini turut dikejutkan dengan kenyataan abang Adda yang juga gitaris kumpulan Kristal, Rodi yang mengatakan tidak tahu mengenai perihal perkahwinan adiknya itu.

Kenyataan Rodi itu sekali lagi memperlihatkan Adda seolah-olah berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya juga.

Tidak melatah dengan kenyataan Rodi, Adda menjelaskan abangnya tidak dapat hadir ketika majlis perkahwinannya itu kerana terlibat dengan persembahan di luar Kuala Lumpur.

"Tanggapan sesetengah pihak bahawa Adda berkahwin tanpa pengetahuan keluarga memang tidak benar sama sekali. Rodi sudah sedia maklum dari awal lagi dan dia sendiri sudah memberitahu tidak dapat hadir kerana terlibat dengan persembahan.

"Lagipun Adda buat majlis di dewan dan mustahil Adda boleh lakukan majlis ini seorang diri tanpa kehadiran ahli keluarga. Adda harap tiada lagi dakwaan mengarut seperti ini," jelasnya tegas.

Adda berkata, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan memberi sepenuh sokongan buatnya melalui fasa yang cukup pahit ini.

"Mereka memahami kekecewaan Adda dan banyak memberikan nasihat dan dorongan. Alhamdulillah, kerana mereka, Adda lebih kuat sekarang dan Adda percaya status janda muda ini tidak akan melemahkan semangat Adda," tuturnya.

Teruskan karier

TIDAK mahu lagi menoleh ke belakang, Adda berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru ciptaan Eddie Hamid iaitu Lelaki Pilihan.

Katanya, lebih istimewa, Lelaki Pilihan sudah mula diputarkan di corongcorong radio.

"Adda banyak juga menerima jemputan membuat persembahan dan Alhamdulillah, lagu ini menerima respons yang cukup baik daripada pendengar dan peminat.

"Selain single baru, Adda juga akan mempromosikan fi lem lakonan Adda bersama Sofarz menerusi fi lem Sofarz The Movie yang akan ditayangkan pada Oktober nanti.

"Adda harap karier seni Adda akan berkembang dengan lebih baik lagi selepas ini dan Adda juga mahu meneruskan kehidupan baru Adda," akhirinya.
Sunday, 10 June 2012
19:49 0

'Jimmy Tak Layak Jadi Menantu I' - Datuk Suhaimi


KUALA LUMPUR – Selepas mendiamkan diri membiarkan menantunya yang juga pelakon, Jimmy Shanley membuka cerita tentang anaknya, Datuk Suhaimi tampil memberikan kenyataan mengenai pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga antara Jimmy dan Nursuhaila Eliani.

Menerusi rancangan gosip hiburan Melodi yang disiarkan hari ini, Suhaimi berkata, Jimmy tidak layak untuk menjadi menantunya.

Baginya, Jimmy tidak perlu meneruskan ‘perangainya’ itu memandangkan jelas sekarang ini sikap Jimmy yang semakin ‘gemar’ mencanang kisah negatif tentang anaknya kepada umum.

Malah, Suhaimi juga menyifatkan Jimmy sebagai lelaki dayus kerana tidak menghormati permintaan Nursuhaila untuk bercerai secara baik.

“Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

“Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus,” kata Suhaimi.

Mengulas tentang tanggungjawab Jimmy dalam mengambil tahu tentang cucunya yang juga anak Jimmy, Suhaimi mengatakan Jimmy tidak pernah mengambil tahu serta tidak layak menjaga cucunya.

“Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia?

“Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I,” katanya.

Suhaimi turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murah memandangkan dia adalah selebriti dengan mencanang kisah buruk rumah tangganya termasuklah isterinya.

Suhaimi sempat meninggalkan nasihat kepada Jimmy supaya redha menerima ketentuan Ilahi yang jodohnya dengan Nursuhaila sudah pun berakhir dan dia perlu untuk berjumpa dengan doktor pakar.

“Apa masalah dia ni? I tak tahulah dia ni macam mana. Nasihat I Jimmy kena percaya qada’ dan qadar jodoh dah tak ada. Pergilah berjumpa dengan doktor pakar,” kata Suhaimi.

Dalam masa yang sama, Jimmy enggan mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah mertuanya.

Sebaliknya, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan penyelesaian yang terbaik.

Jimmy dan Nursuhaila bernikah pada Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 sempena dengan tarikh kelahiran Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Namun, mereka mulai duduk berasingan selepas tiga minggu bernikah dan Jimmy memfailkan permohonan kembali taat kepada Nursuhaila pada 31 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari tahun lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...