Searching...
Showing posts with label Sirap_Limau. Show all posts
Showing posts with label Sirap_Limau. Show all posts
Monday, 16 July 2012
03:31 0

Permainan The Dark Knight Untuk Android Dan iOS Pada 20 Julai Ini


Nampaknya, akhir-akhir ini Gameloft agak aktif mengeluarkan permainan berasaskan filem, dimana selepas SpiderMan, kini mereka bakal melancarkan permainan The Dark Knight pada platform iOS dan juga Android pada 20 Julai ini.



Walaubagaimanapun, sama ada ia akan ditawarkan secara percuma atau sebaliknya tidak diketahui lagi buat masa ini. Sebelum ini, Gameloft menawarkan permainan Men In Black 3 secara percuma dengan sokongan pembelian dalam aplikasi, manakala permainan SpiderMan ditawarkan secara berbayar.

Sama seperti beberapa permainan sebelum ini, The Dark Knight ini kelak turut akan membawakan permainan berasaskan kepada jalan cerita filem tersebut kelak.

Bagi mereka yang gemarkan permainan Batman, mungkin boleh nantikan permainan terbaru daripada Gameloft ini bersempena dengan tayangan filem Batman di pawagam kelak. Sama-sama kita nantikannya pada 20 Julai kelak.
03:29 0

Nuffnang Bakal Hadir Dengan Rekabentuk Antaramuka Baru



Bagi mereka yang mengikuti perkembangan salah satu syarikat pengiklanan atas-talian tempatan, Nuffnang, mungkin sedia maklum berkenaan dengan acara Nuffnang Blogopolis yang diadakan oleh mereka semalam. Bersama pada acara tersebut, mereka turut berkongsi salah satu perkara, iaitu rekabentuk baru untuk laman mereka.

Rekabentuk baru yang dikatakan mesra peranti mudah-alih itu disasarkan untuk diperkenalkan dalam masa tiga minggu lagi, yang mana bakal membawakan rekabentuk yang minimalis dan kemas melaluinya. Namun, begitu, ia masih tidak diketahui pelancaran versi baru kelak itu akan menyertakan sokongan pengiklanan yang mesra peranti mudah-alih ataupun tidak.

Buat masa ini, boleh dikatakan masih tiada sebarang media pengiklanan atas-talian tempatan yang membawakan sokongan mesra peranti mudah-alih, sebaliknya dilihat lebih memfokuskan kepada pasaran laman sosial dan juga untuk paparan desktop sahaja.

Mungkinkah perkara ini akan berubah tidak lama lagi?
02:46 0

Rumah Shira dipecah masuk



KUALA LUMPUR - Penjenayah yang terdesak tidak kira rumah siapa yang hendak dipecah masuk dan terbaharu, rumah artis popular, Sharifah Shahira atau Shira di Taman Melawati di sini menjadi mangsa perompak yang melarikan sejumlah mata wang asing dan barang kemas bernilai RM1,500 semalam.

Kejadian tersebut disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak.

Ketika kejadian, tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.

Shira berkata, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil.

Katanya, pemeriksaan mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya telah dilarikan.

"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan tidak disedari pembantu rumah yang ketika itu berada di tingkat bawah bersama tiga anak saya.

"Suspek dipercayai memecah masuk rumah saya dengan memanjat balkoni tingkat atas rumah sebelah," katanya ketika dihubungi semalam.
Sunday, 15 July 2012
15:00 0

Gambar Justin Bieber Dan Selena Gomez Dating Di Wangsa Walk




Justin Bieber yang akan membuat persembahan di MTV World Stage esok nampaknya sudah kelihatan di Wangsa Walk Mall tengah hari tadi.. Seorang peminat Justin Bieber telah berjaya mengambil gambar dia yang sedang asyik berpacaran dengan kekasihnya, Selena Gomez..

Setelah penat bersiar-siar di sekitar Wangsa Walk Mall, Justin Bieber dan Selena Gomez dikatakan menaiki sebuah kereta dan menuju ke beberapa lagi shopping komplek di sekitar Kuala Lumpur.. Antaranya ialah KLCC dan Sunway Pyramid..






14:56 1

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie Dan Redza Di Gold Coast, Australia



Irma Hasmie Dan Redza yang sebelum ini dikatakan terbang ke Gold Coast, Australia untuk berbulan madu akhirnya berkongsi gambar-gambar bulan madu mereka berdua kepada peminat.. Irma Hasmie Dan Redza yang baru sahaja pulang ke Malaysia semalam tampak begitu bahagia sekali semasa mereka berdua ni di Gold Coast.. Ini lah untungnya bercinta selepas kahwin kan..

Selain melawati tempat-tempat yang menarik disekitar Gold Coast, Irma Hasmie Dan Redza juga dikatakan sempat makan malam diatas cruise.. Wah! sangat romantik honeymonn dorang ni.. Beruntung la pengantin baru ni kerana pakej bulan madu mereka berdua ni ditaja oleh D’Haja Boutique yang mana Irma adalah model untuk tudung-tudung di butik tu.. dan pakej bulan madu ini dibawakan khas oleh myzarra travel..

Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar Irma Hasmie Dan Redza yang sedang berbulan madu di Gold Coast, Australia kat bawah ni.





14:55 0

Mia Sara Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records



Tahniah MyGosip ucapkan buat pelakon cilik kita, Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan,7, kerana telah disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records malam tadi.. Mia Sara terpilih untuk disenaraikan kerana dia diiktiraf sebagai pelakon termuda yang berjaya meraih trofi di Festival Filem Malaysia (FFM) baru-baru ini..

Mia Sara yang terharu dengan penyenaraian ini mengucapkan ribuan terima kasih melalui account twitter kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya.

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan,”

MyGosip harap kejayaan Mia Sara ini akan memberi satu semangat baru untuk dia terus melebarkan sayapnya didalam dunia hiburan yang penuh dengan cabaran ini..

Selain Mia Sara, beberapa nama besar dalam industri hiburan juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records kali ini.. antaranya Aznil Hj.Nawawi diiktiraf sebagai personaliti televisyen bertahan paling lama dalam industri manakala Syamsul Yusof pula menerima pengiktirafan sebagai pengarah filem paling muda memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia.
00:38 0

Bagaimana Merakamkan Paparan Skrin Dengan Pantas Pada Windows?



Pada Windows, salah satu fungsi yang sering yang rindukan daripada Linux adalah sokongan merakamkan skrin dengan pantas, melalui hanya menekan satu butang sahaja. Berbeza pada Windows, selepas menekan butang Prt Sc, para pengguna perlu paste pada Paint atau aplikasi lain, sebelum dapat menyimpannya.

Perkara sama juga untuk Snipping Tool pada Windows 7 yang memerlukan beberapa langkah sebelum dapat menyimpan sesuatu gambar paparan skrin.

Dan untuk memudahkan ia, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah LiveCapture. LiveCapture merupakan salah satu aplikasi percuma yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar skrin dengan hanya menekan satu butang sahaja, seterusnya menyimpannya terus tanpa perlu melalui pelbagai proses. Fail yang dirakamkan disimpan dalam bentuk JPG, selain memberikan pilihan untuk anda membuka terus pada Paint dan sebagainya.

Aplikasi ini amat berguna sekiranya anda sering merakamkan gambar skrin dengan pantas, sebagai contoh ketika menonton siaran langsung melalui web dan sebagainya. Ia juga turut menyertakan sokongan Timing Capture, membolehkan anda menetapkan untuk merakamkan selang beberapa saat dan sebagainya. Sebaik sahaja dipasang, ia akan ditetapkan untuk dimulakan bersama-sama dengan komputer anda, yang mana semestinya boleh diubah oleh anda melalui MSConfig.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun LiveCapture secara percuma terus daripada laman Google Code rasmi mereka, dan mencubanya sendiri pada Windows anda.
00:27 0

Twitter Versi Terbaru Untuk iPhone Dan Android




Twitter mengeluarkan versi terbaru aplikasi mereka bermula dari 10 Julai 2012 untuk iPhone (versi 4.3) dan Android (v3.3.0). Ada banyak pembaharuan diketengahkan. Kali ini, mesej yang ditulis sudah boleh melangkaui 140 aksara melalui ciri expanded tweets, kemaskini sesuatu acara melalui hastag yang jauh lebih bagus juga dimasukkan, pengenalan ciri search autocomplete untuk mempercepatkan sesuatu carian, akhir sekali ciri notifikasi versi baharu yang lebih mesra pengguna. Pengguna Twitter di Android atau iPhone akan mendapat mesej notifikasi setiap kali ada pengguna lain mem’follow’ serta setiap kali mesej di Tweet semula oleh pengguna Twitter lain – namun bagi pengguna Twitter dengan pengikut berjumlah puluhan ribu mungkin notifikasi ini akan mengganggu privasi terutama ketika waktu rehat sebab ia asyik memberitahu di notifikasi. Pengumuman mengenai versi terbaru aplikasi Twitter untuk iPhone serta Android di buat oleh Sung Hu Kim (Pengurus Produk di Twitter) dalam satu entri di blog rasmi Twitter. Anda boleh download Twitter untuk iPhone versi baharu di sini, untuk versi Android pula Anda boleh download di sini..
00:23 0

HTC Vertex HD Dengan Nvidia Tegra 3



Dalam liputan lalu kami ada berkongsi cerita mengenai HTC yang mahu mengeluarkan tablet Androidterbaru mereka selepas menegluarkan dua tablet Android sebelum ini – HTC Flyer dan HTC Jetstream. Model terbaru tablet Android HTC adalah HTC Vertex HD, menggunakan Android 4.0sebagai sistem operasi, prestasinya dipacu oleh cip pemproses Nvidia Tegra 3 (sama seperti di dalam Nexus 7) yang berciri empat teras. Skrinnya pula bersaiz 10 inci dilengkapi ciri HD serta memiliki resolusi maksima 1280 x 800 piksel. Kamera bahagian belakang HTC Vertex HD menggunakan lensa 2MP manakala lensa di kamera digital bahagian depan tablet cuma berkuasa 1.3MP sahaja, tapi lebih baik dari tiada langsung. Ciri lain yang turut dimuatkan adalah sistem audio hebat dari Beats By Dr Dre serta capaian Bluetooth 4.0. Senarai spesifikasi lengkap, harga sebenar dan tarikh pelancaran sebenar masih tidak diberitahu oleh HTC kerana masih belum ada pengumuman rasmi mengenai HTC Vertex HD ni. Apa-apapun, kemunculannya menambahkan lagi kehangatan pasaran tablet yang kini makin hangat dengan kemunculan Nexus 7 serta kemunculan akan datang beberapa lagi model tablet baharu –Kindle Fire 2, iPad Mini, Galaxy Note 10.1 serta Galaxy Tab 2 10.1.
00:17 0

Samsung Galaxy Note II, Ogos 2012



Sebuah laman berita gajet elektronik di Korea, DDaily melaporkan bahawa Samsung akan memperkenalkan peranti terbaru mereka – Samsung Galaxy Note 2 menjelang Ogos 2012 ketika acaraIFA 2012 berlangsung di Berlin bermula 31 Ogos 2012 hingga 5 September 2012. Agensi berita Korea itumemberitahu Samsung akan mengadakan sidang media khas pada 30 Ogos 2012 pada jam 7 malam di Berlin untuk mengumumkan pelancaran rasmi Galaxy Note 2, penjualan rasmi Galaxy Note 2 pula akan dibuat menjelang September 2012 supaya peminat Samsung tidak menunggu lama, lagipun iPhone 5 diwarkan-warkan muncul sekitar minggu pertama Oktober 2012 jadi Samsung perlu bertindak pantas. Mengenai spesifikasi Galaxy Note 2 akan dimunculkan dengan skrin 5.5. inci, kamera belakang yang dipasang lensa berkuasa 8MP atau 12MP, menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, cip pemprosesnya pula adalah dari jenama Exynos berciri quad core yang dibina sendiri oleh kilangSamsung. Samsung merupakan rakan niaga terbaik pihak Android maka tidak ada masalah untuk Samsung memasang versi terbaru sistem operasi Android ke dalam peranti mereka. Harga Samsung Galaxy Note II di Malaysia pada jangkaan kami berada pada paras RM1,999-RM2,200 saat mula dibawa masuk ke sini sepertimana harga Galaxy Note edisi pertama sekali ketika dibawa masuk ke Malaysia pada Oktober-November 2011.
00:05 0

Amazing Alex Sedia Dimuat Turun



Permainan Amazing Alex hasil kerja tangan terbaru Rovio, pembuat asal Angry Birds, sudah dibuka untuk muat turun. Berbeza dengan Angry Birds yang merupakan permainan berasas sling shot, Amazing Alex dibina berasakan puzzle – pemain perlu bijak mencipta reaksi berangkai. Permainan ini mengajak si pemain mencipta pergerakan kinetik satu benda yang akan memberi kesan kepada benda lain yang disentuh oleh benda itu, memberi kebebasan kepada si pemain untuk berfikir secara kreatif. Berbanding dengan Angry Birds yang cepat difahami oleh kanak-kanak pada umur bermula dari 3 tahun kerana hanya perlu tarik lastik, tahan kemudian lepas untuk menjahanamkan rumah Khinzir Hijau,Amazing Alex kami rasakan sesuai untuk kanak-kanak pada umur 5-7 tahun kerana memerlukan kanak-kanak itu faham kegunaan sesuatu objek yang ada di skrin terlebih dahulu, kecekapan mereka bermain bergantung pada penaakulan minda kanak-kanak tersebut.. ia boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja sebenarnya terutama yang sukakan permainan jenis ‘memerah otak’, Amazing Alex dimuatkan 100 level berbeza serta 35 objek berbeza untuk dimainkan di empat tempat berbeza. Muat turun Amazing Alex untuk peranti iOS (berharga $0.99 Dolar) di sini… dan untuk Android (tablet & telefon pintar) di sini.. Untuk Android, Amazing Alex dikeluarkan dalam versi percuma, versi berbayar ($0.99 Dolar Amerika) serta versi HD dijual pada harga $2.99 Dolar Amerika.
Saturday, 14 July 2012
23:52 0

Virus Super Mario Di Google Play



Berhati-hati, jika anda sedang melayari Google Play melalui telefon pintar Android dan menjumpai laman Super Mario (permainan popular) perlu berhati-hati kerana laman aplikasi itu disyaki sebagai virus tersebunyi yang sedang menyamar. Selain Super Mario, aplikasi permainan GTA 3 Moscow Cityjuga turut memgalami hal. Malware yang bersembunyi sebagai Super Mario dan GTA telah di kenal pasti oleh Symantec Security (pengeluar produk anti virus Norton) dan dilabel sebagai“Android.Dropdialer”. Apabila aplikasi yang mengandungi virus ini sudah di install dalam peranti pengguna ia akan memuat turun beberapa lagi fail tambahan dari internet dikenali sebagai “Activator.apk”. Cara serangan – virus itu membuat penghantaran sms ke nombor premium yang akhirnya akan mengayakan pencipta asal virus tersebut tapi menambah beban kewangan kepada si pemilik telefon. Bil meningkat, prepaid habis kering dalam masa yang singkat.
23:50 0

Pembeli Awal Nexus 7 Mula Terima Tablet Mereka



Pembeli Nexus 7 yang sudah membuat pesanan awal terlebih dahulu sudah boleh datang lalu mengambiltablet Nexus 7 kepunyaan masing-masing kemudian membawanya pulang. Buat masa ini, pembelianNexus 7 secara walk-in sepertimana membeli tablet Android lain secara biasa di kedai komputer masih belum lagi bermula, fasa sekarang hanya lebih kepada penghantaran serta pemberian tablet yang dibeli secara pesanan awal (pre-order) sahaja. Google sedang bersiap-siap untuk menghantar Nexus 7kepada pembeli yang sudah membuat pre-order melalui laman web Google Play. Untuk info harga Nexus 7 jika di Malaysia hanyalah RM600 untuk versi 8GB yakni versi paling mampu milik buat golongan marhaen serta sekalian rakyatm jauh lebih murah dari tablet 1Malaysia Pad. Antara dua outlet pertama di pasaran Amerika yang kini sudah memberi Nexus 7 kepada pembeli awal mereka adalah Gamestop dan Staples, Nexus 7 masih lagi belum ada di jual di Amazon kerana Google masih dalam proses memintakebenaran dari Amazon sama ada Nexus 7 boleh dijual di laman web Amazon atau tidak.
23:47 0

Samsung Galaxy S3 Edisi Khas Warna Merah




Samsung Galaxy S3 warna merah adalah model edisi terhad dikeluarkan untuk Verizon, salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di luar negara, proses pengambilan pesanan awal untuk Galaxy S3 merah edisi terhad ini telah dibuka bermula sejak 6 Jun 2012, ia dijual pada harga sama seperti warna biasa (White Marble dan Pebble Blue), versi sistem operasi padanya dan spesifikasi komponen tetap sama dengan versi biasa. Oleh kerana ia didibina khas untuk Verizon maka pasti telefon pintar ini telah ‘dikunci’ mengikut spesifikasi Verizon membawa maksud ia dikhususkan untuk nombor telefon dari talian Verizon sahaja, pasti tidak dapat untuk digunakan mengikut nombor telefon dari penyedia telekomunikasi lain termasuklah syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis, Tune Talk serta U Mobile. Edisi terhad Galaxy S3 dalam warna lain turut ada dibina khas oleh Samsung, mereka keluarkan eksklusif untuk AT&T, warnanya pula adalah Garnet Red.
23:44 0

Kenapa Digg Gagal – Kevin Rose



Pengasas Digg, Kevin Rose (dalam gambar di atas), mengatakan Digg gagal mengekalkan prestasi cemerlangnya kerana media sosial meningkat naik. Dahulu, Digg merupakan laman perkongsian bookmark terkenal di mana jutaan pengguna Digg seronok berkongsi link membawa ke kandungan web yang menarik. Kini situasi itu berubah dimana pengguna internet hari ini boleh berkongsi apa jua link melalui akaun sosial mereka terutama di Facebook dan Twitter. Digg telah dijual kepada Betaworks dengan nilai $500,000 Dolar Amerika yang mengejutkan ramai pihak sedangkan Google pernah memberi tawaran mahu membeli Digg sebanyak $200,000 Dolar Amerika pada tahun 2008 tapi ditolak. Melaluimedia sosial pengguna internet dapat mengetahui maklumat terbaru dengan pantas dan cepat tanpa perlu ke Digg, sebelum media sosial meningkat naik satu ketika dulu Digg menjadi tempat di mana berita dan perkembangan terbaru pantas dikeluarkan. Sekarang tidak lagi. Media sosial semakin bagus, dunia semakin terbuka dan maklumat pantas disalurkan. Kevin Rose memberikan kenyataan dalam satu temuramah khas.
23:37 0

Bagaimana Menggunakan Google Chrome Dalam Bahasa Malaysia?



Google seperti kebanyakkan perkhidmatan mereka, turut sama menawarkan sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web popular mereka. Namun, perkara ini perlu diaktifkan secara manual oleh para pengguna, sekaligus membolehkan mereka menikmati pelayar web Chrome dalam bahasa kebangsaan.


Untuk mengubahnya kepada bahasa Malaysia, anda hanya perlu:

Layari laman tetapan Google Chrome dengan ke bahagian Settings.
Buat pilihan Advanced Settings.
Di bahagian Languages, klik pada butang Languages and spell-checker settings.
Pilih bahasa kegemaran anda, dan tekan butang Add. Bahasa pilihan anda akan diperlihatkan dengan pilihan pada bahagian kanan untuk menggunakan bahasa tersebut pada Google Chrome.
Klik pada butang tersebut, dan mulakan semula pelayar web Chrome anda.



Sebaik sahaja anda memulakan semula pelayar web Chrome anda, ia akan menggunakan bahasa pilihan anda. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini, dan menggunakan Chrome dengan bahasa kegemaran anda.

01:27 0

Bagaimana Mengemaskini Aplikasi Pada Windows Dengan Mudah?



Pada Linux, salah satu perkara yang diminati kami adalah kebolehan untuk mengemaskini terus melalui Terminal dengan mudah. Namun, pada Windows kebanyakkan perisian perlu dikemaskini secara manual, yang memakan sedikit masa untuknya. Untuk memudahkan para pengguna Windows, salah satu aplikasi yang memudahkan proses mengemaskini adalah Appupdater.

Appupdater merupakan perisian percuma, membolehkan anda menyemak senarai aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda, dan mengetahui sama ada terdapat sebarang versi baru untuknya ataupun tidak. Sekiranya ya, anda boleh memuat-turun terus daripada aplikasi tersebut serta-merta, dan mengemaskini perisian anda.

Disamping itu, anda juga turut sama boleh menggunakan Appupdater dalam mencari perisian percuma untuk komputer anda, yang mana kebanyakkan merupakan aplikasi berasaskan sumber terbuka.

Walaubagaimanapun, melalui Appupdater, kemaskini yang diperlihatkan adalah bukan dalam masa-nyata, dan mengambil sedikit masa sebelum kemaskini diperlihatkan padanya. Perkara ini kami perasan apabila pemain media VLC telah mengeluarkan kemaskini versi 2.0.2, tetapi pada Appupdater masih memaparkan versi 2.0.1.

Namun, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengemaskini semua perisian yang sedia terpasang pada komputer anda dengan hanya beberapa klik sahaja. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun Appupdater hari ini untuk Windows, dan mencubanya sendiri.
Friday, 13 July 2012
12:44 0

Tuntutan Jamal, Amy Search



KUALA LUMPUR – Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagi Amy Search dan Jamal Abdillah, mereka bukan sahaja berasa terhina bahkan sangat sedih dengan tuduhan bersifat fitnah itu.

Menurut mereka, tuduhan tersebut secara tidak langsung menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah bertapak lama dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman, dia tidak pernah menerima wang sogokan daripada mana-mana pihak untuk menjadi ahli UMNO.

“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.

“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.

“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tuesday, 10 July 2012
23:53 0

David Teo: Sudah Sampai Masanya Untuk Ahmad Idham Mula Berdikari


Hujung minggu lalu & semalam, hampir semua media massa tempatan menulis tentang David Teo yang khabarnya sengaja tidak menjemput Ahmad Idham ke pratonton filem 8 Jam.

Hari ini, David Teo melalui Berita Harian membuka mulut memberikan jawapan beliau tentang desas desus mengatakan yang ada pergeseran dengan Ahmad Idham.

David Teo menjelaskan yang tiada tayangan perdana kepada media di’adakan kerana beliau sekeluarga sedang berkabung di’atas pemergian bapa mertua beliau.

Beliau turut mengatakan tiada sebarang majlis yang di’hadiri sepanjang tempoh berkabung & majlis tayangan 8 Jam untuk peminat pun tidak dapat di’hadiri. Hmm.

David Teo turut menyebut yang tiada istilah ‘terpaksa’ untuk Ahmad Idham yang menganjurkan sendiri majlis tayangan perdana untuk para media minggu lalu.

MIG Pictures telah pun melaburkan hampir RM500,000 untuk promosi di televisyen & surat khabar dan Ahmad Idham tidak perlu risaukan tentang publisiti media.

Tetapi, kami sebenarnya masih ragu dengan kenyataan David Teo yang mengatakan beliau tidak dapat hadir ke majlis tayangan 8 Jam bersama peminat. Hmm.
23:46 0

Sasha Elite Dan Suami, Salyo Priyanto Sah Bercerai Talak Satu


Tiada drama mahu pun sebarang kenyataan pemedih hati antara mereka. Rumahtangga Sasha Elite & Salyo Priyanto yang di’bina selama lima tahun nampaknya sampai di’sini sahaja.

Laporan awal malam ini menyebut yang Salyo Priyanto melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha Elite di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.

Pasangan ini di’sahkan bercerai oleh mahkamah sekitar jam 2.55 pagi dan kedua dua mereka di’lihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai di’lakukan.

Sasha Elite & Salyo Priyanto telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Salyo Priyanto di’arahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 selama 3 bulan selain turut bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...