Searching...
Showing posts with label artis berkahwin. Show all posts
Showing posts with label artis berkahwin. Show all posts
Saturday, 7 July 2012
07:54 0

[10 Gambar] Ella di malam berinai, nikah hari ini


Hari ini, 7 Julai 2012 akan menjadi hari yang paling bermakna buat Ratu Rock negara, Ella Aminuddin. Ella bakal bernikah dengan kekasihnya Azhar Ghazali. Menurut sumber, acara akad nikah akan diadakan pada selepas Isyak. Majlis pernikahan Ella diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat serta pihak media sahaja. Majlis resepsi perkahwinan Ella pula akan diadakan pada Disember ini.

Sementara itu, jom layan 10 gambar Ella di malam berinai. Tahniah Ella!











Friday, 6 July 2012
20:36 0

Ella nikah esok dengan hantaran RM50,000


Seperti yang semua sudah sedia maklum, Esok akan berlangsungnya majlis pernikahan Ratu Rock kita, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin,46.. Majlis pernikahan Ella akan dijalankan selepas solat Isyak di rumah keluarga pihak perempuan di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85..

Ella akan bernikah dengan Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.. Dengarnya pihak lelaki telah pun bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang berbalas sembilan dulang hantaran.

MyGosip doakan agar majlis pernikahan Ella esok akan berjalan dengan lancar hendaknya..

Bagaimanapun, Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan.
Sunday, 1 July 2012
13:37 0

'Kesederhanaan Ella buat gua suka'


SEORANG lelaki tinggi, tegap dan berkulit hitam manis masuk ke dalam sebuah kedai bunga. Memilih bunga pilihan dan menyusun kata untuk diberikan kepada tangkai jiwanya. Situasi ini terjadi beberapa kali sewaktu sang bunga berdepan dengan peristiwa penting seperti konsert dan pentas akhir Mentor musim keenam.

Jejaka romantis yang dimaksudkan itu, Azhar Ghazali, 30, masih misteri di pandangan mata khalayak. Wajahnya mahu diketahui malah ditinjau-tinjau oleh para pengikut industri tempatan khususnya peminat Norzila Aminuddin atau Ella, 46.

Tambahan lagi, sepanjang minggu tiupan berita yang mengatakan si penyanyi dengan status Ratu Rock Malaysia itu bakal menamatkan zaman solonya, nama Azhar menjadi sebutan dan pertanyaan ramai.

Si jejaka yang bertugas sebagai juruterbang syarikat penerbangan Firefly turut berdepan debaran. Debar mahu berubah status malah goncangan itu mungkin semakin dirasai apabila kelak dia bakal menjadi perhatian kerana menjadi lelaki yang berjaya membuka pintu hati Ella untuk masuk ke gerbang rumah tangga.

Buat Ella, Azhar adalah lelaki yang sangat memahami dan menerima dirinya seadanya malah vokalis Sepi Sekuntum Mawar Merah itu yakin jodohnya sudah tiba. Melihatkan sokongan Azhar sendiri terhadap perjalanan karier Ella termasuk hadiah jambangan bunga di hari-hari penting kerjaya wanita itu, sudah tertanda sikap mendokong dan romantis jejaka tersebut. Mungkin itu juga kriteria yang menyebabkan hati Ella bertaut dengan Azhar.

Pastinya setiap tahun sang puteri itu berdepan dengan pertanyaan yang sama oleh khalayak. Soalan bila mahu menamatkan zaman solo pasti sudah masak dan klise benar di telinga penyanyi yang melangkah masuk ke dunia hiburan pada tahun 1985 ini.

Saban tahun, Ella dihinggapi soalan yang sama dan untuk tahun ini akhirnya dia dapat menjawab dengan tepat. Tanggal 7 Julai ini telah dicatatkan sebagai hari bersejarah buat penyanyi kesayangan ramai itu. Bakal disatukan secara tertutup di rumah keluarga Ella di Klang, Selangor, satu resepsi akan dilanjutkan pula pada 1 Disember mendatang.

Menurut Ella dalam satu temu ramah, perkenalan selama sembilan tahun berlangsung secara jarak jauh. Namun menurut sumber terdekat, pertemuan semula di konsert Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mines pada 17 Disember 2011 seakan-akan menandakan jodoh mereka. Pertemuan itu merapatkan semula hati yang sedang sama-sama kosong waktu itu.

Sampai seru, ikatan jodoh itu didekatkan dengan majlis merisik yang diadakan pada 17 Jun lalu. Bak kata orang tua-tua, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.

Azhar sewaktu dihubungi Sensasi Bintang mulanya enggan mengulas lanjut kerana katanya semua itu berada di luar lingkungan kerjaya dan kuasanya.

Dipujuk jejaka yang bakal menjadi pelindung Ella itu, dia berlembut. Itu suatu langkah mula untuk kelak dia 'terlibat' dalam dunia hiburan setelah beristerikan seorang ratu kelak.

"Kesederhanaan yang ada pada Ella itu buat gua suka. Keserasian dalam kita berkata-kata serta keyakinan gua dan Ella pada kuasa Yang Maha Esa juga merupakan faktor gua sukakan dia," ujarnya ringkas dalam bahasa 'lu' dan 'gua' menampakkan jiwa rocknya yang sangat sebati dengan Ella.
Friday, 22 June 2012
16:11 0

Panas ! Adda Butterfly Jalani Hidup Dengan Kekasih Pengkid?

AGAK berat juga gossip yang kami dengar berkaitan Adda Butterfly kali ini. Belum pun surut kisah perkahwinan beliau yang hanya berjaya kekal selama 17 hari.
Semalam, melalui Utusan Malaysia bekas suami Adda Butterfly tampil memberikan kenyataan meminta selebriti ini berhenti mengaibkan diri beliau di media. Menarik untuk di’baca.

Dan, seseorang yang rapat dalam hidup Adda Butterfly hari ini tampil menceritakan status terkini penyanyi tersebut yang di’katakan sudah tersimpang dari norma kehidupan. Eh.

Adda Butterfly khabar’nya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang sudah di’kenali beberapa tahun lalu. Sumber kami enggan dedahkan nama pengkid tersebut, hanya gambar.

Pengkid ini juga di’katakan sudah menaruh harapan terhadap Adda Butterfly semenjak zaman percintaan penyanyi itu dengan Mamat Sepah & kini merupakan masa paling sesuai.

Baru baru ini, mereka berdua telah terbang ke China untuk bercuti bersama kawan kawan yang lain dan gambar di’sebelah di’ambil ketika mereka berada di’sana — Adda Butterfly tanpa tudung seperti biasa.

Kami berharap sangat yang gossip ini sekadar gossip kerana sukar untuk di’percayai hubungan mereka berdua sejauh itu lebih lebih lagi si ‘pengkid’ ini sudah pun mempunyai teman lelaki.
14:54 0

Panas ! Bekas Suami Perjelas Keadaan - Adda Punca Penceraian, Bertindak Biadap Dan Keterlaluan?

Gambar Ridzuan dan Adda ketika kali pertama bertemu di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Apa yang membuatkan Ridzuan 'bengang' sangat ni sampai terpanggil untuk tampil ke hadapan?
Saya sendiri tidak tahan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isteri, Nur Syuhada (Adda) yang tersebar di Internet mahu pun di dada akhbar lain. Nampak sangat dia telah memburukkan nama saya. Selama ini saya sendiri tidak kecoh menjaja cerita mengenai hal sebenar yang menjadi punca perceraian kami.Nampaknya kesabaran saya sudah dicabar.

Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.

Apa rekasi Adda masa tu?
Masa tu dia kata dia tidak kisah untuk berkawan dengan saya, walaupun saya suami orang. Pertemuan tersebut diatur oleh kawannya sendiri. Sebab tu saya pelik bila dia beritahu status saya sebagai duda masa gambar kahwin kami tersebar.

Maksudnya Adda menipu pihak media? Abang ada bukti?
Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.

Apa lagi yang dia tipu?
Dia pernah kata dia berjumpa saya di Starbucks. Itu tidak benar sama sekali, kami jumpa di Hard Rock Cafe sebenarnya.

Betul ke abang merahsiakan perkahwinan dengan Adda sebab takut isteri tua tahu? Tolong perjelaskan?
Bagi yang tidak berada di tempat saya, mereka mungkin boleh cakap macam-macam. Cuba terkena batang hidung sendiri, barulah mereka tahu. Bukan soal takut ke apa, tapi menjaga hati.

Siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar pernikahan abang dengan Adda?
Dia beritahu kepada media gambar itu disebarkan oleh pihak media. Kenapa gambar dalam koleksi simpanan dia sendiri boleh tersebar? Saya lihat ini niat dia untuk dapatkan publisiti murahan. Saya sudah pesan jangan besar-besarkan perkara ini demi ingin menjaga hati dan perasaan ramai pihak.Apa motif dia mewujudkan situasi begini? Tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama saya dan cuba untuk memecah-belahkan keluarga saya.

Sebagai suami, kenapa abang sanggup menceraikan Adda hanya selepas 17 hari bernikah?
Untuk menceritakan perkara sebenar, ia sememangnya sangat mengaibkan dan biarlah perkara ini kami sahaja yang simpan.

Adakah abang diprovok?
Dia telah buat sesuatu perkara yang sangat melampau dan tidak fikirkan perasaan orang lain. Saya hilang sabar. Sehari sebelum saya lafazkan cerai tersebut, dia telah menghubungi saya, minta saya datang ke rumahnya sedangkan waktu itu giliran di rumah isteri pertama.

Pada malam itu, saya berada di luar dan isteri pertama ada di rumah. Adda bertindak memulangkan kereta yang saya bagi untuk kegunaan dia. Masalahnya cara dia memulangkan kenderaan berkenaan sangat kurang ajar.

Macamana?
Dia tinggalkan kereta saya di tempat lain dan campak kunci kereta di halaman rumah saya begitu saja. Apa ini? Tidak tahu adabkah dia? Tidak bolehkah dia memulangkan kereta itu secara baik? Saya tidak faham apa yang dia mahukan.

Adda ada beritahu kononnya abang telah lari keluar daripada rumah akibat tekanan? Kenapa pula tu?
Saya yang keluar dari rumah? Saya masih simpan lagi bukti yang menunjukkan bahawa dialah yang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut (sambil menunjukkan mesej pesanan ringkas). Perkara tersebut terjadi sejurus sebelum dia pulangkan kereta saya.

Sudahlah tidak meminta kebenaran suami untuk keluar, kemudian maki hamun pula. Dia merungut dan mengatakan cara hidup saya sangat bosan. Dia harus faham, saya ada perniagaan yang kena urus. Memang waktu saya balik ke rumah tidak menentu.Sebelum kahwin semua cakap okay sahaja, tapi bila dah kahwin, jadi macam ini. Nak malukan saya, kenapa ni?

Sebab dia sudah melampau dan beberapa perkara 'besar' yang saya tidak boleh sebutkan di sini, saya mengambil keputusan untuk menceraikan dia.

Maknanya tiada desakan isteri pertama?
Isteri pertama halang. Dia kata tak perlulah bercerai-berai sebab kami sudah menikah. Tapi ini keputusan saya dan saya lafazkan di hadapan isteri saya sendiri.

Bagaimana penerimaan Adda masa hendak bercerai tu?
Mula-mula, dia maki hamun dan marah saya, sedangkan ketika itu saya aktifkan pembesar suara dan isteri boleh dengar perbualan tersebut. Saya tidak dayus dan tidak mahu menipu mana-mana pihak. Tapi bila Adda sudah tahu perbualan tersebut turut didengari isteri saya, dia menangis dan minta maaf.

Adakah anda akan ambil apa-apa tindakan terhadap Adda dalam hal ini?
Saya nak hal ini tamat di sini sahaja, jangan diperbesarkan lagi.Kalau dia masih degil untuk memburuk-burukkan saya, saya tidak teragak-agak ambil tindakan menyaman dia. Banyak kali saya dah cakap, jangan diperbesarkan, saya ada maruah, ada keluarga dan tanggungjawab, biarlah perkara ini habis di sini sahaja. Janganlah nak cari publisiti murahan. Kita faham, sebelum ini nama dia orang tak kenal kecuali dalam kes dengan Mamat Sepah, itu saja. Tapi janganlah sebab nak popular, malukan nama orang lain. Saya harap dia faham. - UM
Thursday, 21 June 2012
17:30 0

Ella Bakal Bernikah Dengan Kekasih Juruterbang Julai 2012?

AWAL bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.

Namun tiada sebarang tarikh di’perkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujang’nya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.

Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan pasangan ini di’khabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar’nya juga majlis merisik sudah pun selesai.

Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Benar atau tidak maklumat yang kami terima ini, hanya Ella dan keluarga sahaja yang mengetahui. Apa yang kita semua tahu, Ella dan pasangan’nya memang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami di’sini mendoakan yang terbaik. - rotikaya
Wednesday, 20 June 2012
16:49 0

'Kalau Saya Tahu Saya Akan Berkahwin Dan Berhijrah Dalam Masa Terdekat, Saya Tidak Akan Lakonkan Aksi Panas' - Zarina Jamalullail

Antara babak Zarina dan Pekin dalam filem Aku, Kau dan Dia.

PELAKON baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.

"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa.

"Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.
Thursday, 14 June 2012
18:00 0

Tahniah ! Irma Hasmie Bakal Tamatkan Zaman Bujang 29 Jun Ini

PELAKON dan pengacara berhijab, Irma Hasmie kini bakal melangsungkan perkahwinannya hujung bulan ini, 29 Jun 2012.

Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie kerana tidak lama lagi akan menamatkan zaman bujang bersama pasangan pilihannya, Reza Shah Azmeer. Menurut laman hiburan Murai, kad jemputan perkahwinan mereka telah pun diedarkan dan tarikh perkahwinan mereka adalah 29 Jun 2012.

Majlis pernikahan Irma Hasmie dan Reza Shah Azmeer akan berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya pada 29 Jun pukul 3.00 petang manakala Majlis Resepi di MAEPS, Serdang hari yang sama pada pukul 8.00 malam. Kini, Irma Hasmie berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...