Searching...
Showing posts with label EvaNa. Show all posts
Showing posts with label EvaNa. Show all posts
Sunday, 15 July 2012
20:17 0

(gambar) 100 Rentung Ketika Cedok Minyak Tumpah

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api. Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung.

Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak.
Saturday, 14 July 2012
12:48 0

Tidak Sempat Ke Hospital, Wanita Lahirkan Anak Di Kaki Lima

SEORANG wanita yang sarat mengandung tidak sempat ke hospital dan melahirkan anak di kaki lima di bandar Guangzhou. Wanita itu yang bersama suaminya dalam perjalanan ke hospital namun tidak sempat apabila wanita itu rebah di tepi jalan dan terus meneran untuk melahirkan anak. 

Suami wanita itu terus panik dan meminta tolong seorang doktor di klinik gigi namun doktor gigi tersebut memberitahu ia bukan dalam bidangnya. Suami wanita itu terus membantu isterinya dan berjaya menyambut kelahiran anaknya di kaki lima tersebut dengan bantuan orang ramai.
Thursday, 12 July 2012
14:47 0

Pertikai Khidmat PDRM & Isu ISA, AC Mizal Cabar Abby Abadi Berdebat!

ANDA tidak berpuas hati dengan rakan rakan anda yang tidak sefahaman dengan anda? Sekarang ini kita mempunyai budaya baru dengan menganjurkan debat perdana. Heh.
 
Melalui Twitter beliau, Dato AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Abby Abadi sebelum ini dilihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.

Menurut laporan Media Hiburan, perkara itu menjadi punca kenapa AC Mizal berani mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka.
01:38 0

Foto Perkahwinan Suami Bukti Irma Hasmie Isteri Kedua Redza!

APA kebenda la Murai.com ni dok mengorek-ngorek cerita rumah tangga orang. Budak tu dah kahwin elok-elok lagi dok pegi cari benda-benda yang dah lepas.

Aku semenjak blog ni dah bercampur baur dengan dunia hiburan, memang banyak beza dengan tulisan politik semata-mata. Politik pun suka mengungkit kisah lama, tapi kesannya tak berapa ketara, tapi kalau artis, diungkit kisah-kisah lama, boleh cerai berai ooo...jangan main-main..

Murai.com merupakan salah satu blog hiburan yang cukup berpengaruh. Jadi, tugasnya untuk menyebar luas berita-berita sensasi amatlah berkesan.

Kadangkala, kalau penulisan tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri, tak payah la dikongsi-kongsikan...tambah pula hal rumah tangga orang. Nak ganti Zubir jugak ke?
"Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua.- ini laporan di Murai.com"
Tajuk berita yang dia tulis, Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar sedangkan gambar tersebut dia sendiri yang perolehi dulu. Jadi sapa yang menyebarkannya? Bunyi 'tersebar' tu macam dah spread out gila babi...hahahaha..
Entahlah, mungkin Murai.com masih merasa berbaloi bercerita mengenai kisah lampau suami orang dengan beranggapan artis itu hak peminat, so peminat berhak mengetahui apa yang berlaku pada artis yang diminatinya...hehehe, artis pun manusia juga...ada perasaan dan privasi..

Bila nengokkan komen-komen yang diberikan, rata-rata bengang dengan tindakan Murai.com yang menyebarkan foto-foto lampau suami Irma ni..jadi apa syoknya kena maki? Adoih... Lantak ko lah... - PilihanAnda


artikel berkaitan :
1. Status Terbongkar! Irma Hasmie Isteri Kedua Redza?
2. Ibu Irma Enggan Ulas Anak Isteri Kedua Redza
Tuesday, 10 July 2012
21:13 0

Video Amukan 'Imam Mahadi' Di Kompleks Jabatan Perdana Menteri Putrajaya 9 Julai 2012

VIDEO amukan si 'Imam Mahadi' di Perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri petang semalam.

Harap maaf, visual yang ingin dikongsikan ini kurang memuaskan kerana video ini dirakam oleh seseorang yang pastinya bukan jurukamera yang profesional tapi mungkin seorang driver ataupun seorang kerani am yang kebetulan lalu di situ ataupun mungkin juga seorang Pengarah di unit-unit tertentu.
17:54 0

Ibu Irma Enggan Ulas Anak Isteri Kedua Redza

KL, 10 JULAI 2012: Minggu lalu, Murai Batu terkejut apabila mendapat tahu status suami Irma Hasmie yang tampan itu secara tiba-tiba telah dibahaskan dalam sebuah forum popular.

Menerusi perang komen itu, suami Irma yang bernama Redza Syah Azmeer atau lebih mudah dipanggil Redza didakwa pernah berkahwin pada awal Januari 2012.

Namun, perkahwinannya itu hanya bertahan dalam masa yang singkat saja sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.

Sebelum itu, persoalan ini pernah ditanyakan pihak media sewaktu Irma mengikat tali pertunangan pada Mac lepas. Ketika majlis pertunangan itu, ibu kandung Irma pernah menafikan status menantunya itu yang dikatakan seorang duda berhias.

Dalam sesi soal jawab itu, ibu Irma difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai soalan ini dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi.

Malah, ibu Irma disifatkan tidak mahu mengambil tahu dalam hal ini serta mahu anaknya bahagia.

Apa sekalipun, Murai Batu menanti saat Irma untuk mengesahkan hal ini. Seandainya benar suaminya itu seorang duda, ianya bukan satu kesalahan pun. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tidak semua orang bahagia dengan perkahwinan pertama dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Yang penting, jangan merampas suami orang. Nanti lagi rumit jadinya. - murai
17:08 0

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu

KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.

Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling buat mereka.

"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Saylo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
16:02 0

Identiti Suspek Serangan JPM Diketahui!

DI bawah ini wajah dua individu yang dimaksudkan. Lelaki itu dilihat seperti orang kurang siuman, memakai penutup kepala dengan lambang kepala tengkorak. 
Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk kononnya mahu menggulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai sepertiyang dilaporkan oleh Utusan Melaya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid adalah pemilik blog Jaya Negara.

Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...pening baca penulisannya...
Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang  HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.



Dan ini petikan Metro yang melaporkan pengesahan Polis bahawa suspek mengalami masalah mental
15:16 0

Amar Baharin, Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Punca Keretakkan Rumahtangga Erra Fazira!

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional.

“Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.

Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu.

“Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali.

“Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya. - mStar
Monday, 9 July 2012
20:15 0

Suspek Serangan Kompleks JPM Dakwa Diri 'Imam Mahadi' Disahkan Meninggal Dunia

POLIS mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.

"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis.

Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai. Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi.

Lagi gambar-gambar kejadian, klik di sini
19:51 1

Gambar-Gambar Kejadian Amuk Di Jabatan Perdana Menteri, 9 Julai 2012

PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.

Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.

Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. - BERNAMA
Sunday, 8 July 2012
22:25 0

Fotoshoot Terbaru Neelofa Sebelum Berangkat Ke Mekah

Dan ini gambar yang dikongsikan di Facebook Neelofa sebelum berangkat ke Mekah.
NEELOFA sedang berada di Tanah Suci Mekah bermula 5 hingga 16 Julai untuk penggambaran drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, pemergian ke sana juga akan digunakan sebaik mungkin untuk menunaikan ibadat umrah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...