Searching...
Showing posts with label artis hollywood. Show all posts
Showing posts with label artis hollywood. Show all posts
Monday, 2 July 2012
13:15 3

Penyanyi Lamb of God Ditangkap

Prague – Penyanyi utama kumpulan Lamb of God telah ditahan di Prague selepas didapati mempunyai kaitan dengan kematian seorang peminatnya ketika mengadakan konsert , dua tahun lalu.

Randy Blythe, 41, ditangkap Rabu lalu ketika dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kejadian tersebut sebelum dia dijadual mengadakan pertunjukan pada malam Khamis lalu.

Penyanyi utama kumpulan yang pernah menerima empat pencalonan Grammy itu didakwa menyebabkan kecederaan teruk hingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Jurucakap polis, Jana Rosslerova memaklumkan Blythe kini ditahan reman dan mahkamah akan membuat keputusan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan.

Laporan media menyebut Blythe telah memulakan pergaduhan hingga membawa kepada kematian peminatnya, namun ia dinafikan oleh jurucakap kumpulan berkenaan.

`’Tidak pernah berlaku pertengkaran dan pergaduhan. Kejadian ini menyaksikan bagaimana peminat berkenaan telah merempuh pengadang ketika konsert sebanyak tiga kali ketika Randy mengadakan persembahan.

“Selepas kali ketiga merempuh pengadang itu, mangsa gagal disekat oleh pengawal keselamatan, menyebabkan Randy terpaksa menolaknya ke belakang namun dia terjatuh hingga mengalami kecederaan di kepala.

“Sehingga siasatan dijalankan, hanya kenyataan ini dikeluarkan namun kumpulan ini menegaskan semua tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar semata-mata,’’ demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu.

Dalam pada itu, abang Randy iaitu Mark Blythe memaklumkan stesen televisyen CBS-6 bahawa tuduhan itu adalah tidak benar dan peguam kini sedang berusaha untuk membebaskan adiknya.

Sementara itu, konsert yang dirancang kumpulan itu di Rock Cafe pada malam Khamis telah dibatalkan.
Wednesday, 27 June 2012
22:46 0

Mengandung Tidak Halang Megan Fox Bersantai Dengan Bikini

KEPADA peminat fanatik Megan Fox, 26, yang popular dengan filem Transformer dan ini, anda bolehlah mula menghilangkan sedikit ‘fanatik’ anda itu kerana Megan Fox kini kelihatan bahagia bersama suami ketika bercuti di Hawaii.

Beberapa keping foto telah ditangkap oleh paparazi Hollywood ketika pasangan ini sedang berehat dan suami Megan Fox tidak kekok untuk bermanja-manja dengan Megan Fox walaupun ketika isterinya sedang mengandung.

Pasangan ini telah berkahwin sekitar tahun 2010 dan filem terbaru lakonan Megan Fox selepas ini berjudul “This Is Forty”. Apa pun, mari kita lihat foto Megan Fox yang sedang mengandung ini ya!
Friday, 22 June 2012
14:36 0

[gambar] Fesyen 'Transparent' Katy Perry Yang Kontroversi

Di Much Music Awards, Katy Perry tampil di atas pentas untuk persembahannya yang mantap tetapi fesyennya agak terlalu menonjol. Selepas persembahan, dia sendiri juga malu dengan fesyen tersebut.
\
Thursday, 21 June 2012
17:36 0

Jimmy Shanley Enggan Selesai Cara Baik

ISTERI kepada pengacara, Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy telah bertemu dengan suaminya secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes penceraian mereka supaya dapat diselesaikan di luar mahkamah secara baik.

Suhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy agar dapat berpisah dengan baik selain hubungan mereka kekal menjadi seperti sahabat.

"Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah.

"Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu.

Bagaimanapun kata Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.

Dalam pada itu, Suhaila mempersoalkan tindakan Jimmy yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Shanley sedangkan dia tidak pernah menghalang suaminya itu daripada menjenguk kanak-kanak itu.
Suhaila mendakwa, Jimmy jarang berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini untuk bertanya khabar mengenai anak tetapi ibunya iaitu Datin Muniroh Kassim yang sering membawa Zahrah bertemu dengan Jimmy.

"Pintu rumah saya sentiasa terbuka luas untuk Jimmy. Dia boleh datang menjenguk anak tetapi hanya sekali, dua sahaja dia berbuat demikian. Namun tidak dinafikan saya memang tidak membenarkan anak bermalam dengan Jimmy kerana dia masih menyusu badan," ujarnya.

Sementara itu, Suhaila berkata, dia tidak dapat menghalang Jimmy daripada mengeluarkan pelbagai kenyataan sama ada di dalam mahkamah atau kepada media mengenai rumah tangga mereka.

Suhaila memberitahu, dia tidak akan membalas sebarang kenyataan Jimmy kerana enggan mengaibkan suaminya itu dan akan terus berdiam diri.

"Seperti yang saya katakan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan dia boleh kata apa sahaja mengenai diri saya," katanya.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.

Kes melibatkan kedua-dua pasangan ini sedang berlangsung di Mahkamah Syariah dengan permohonan permohonan nusyuz terhadap Suhaila selain hak penjagaan anak (hadanah).
Tuesday, 19 June 2012
21:12 0

'Ciuman Pertama Saya Dengan Selena Adalah Yang Terbaik Dalam Hidup Saya' - Justin Bieber

ARTIS Hollywood popular yang menjadi kegilaan ramai anak gadis masa kini, Justin Bieber telah mengeluarkan kenyataan ‘berani mati’ semalam.

Pastinya kenyataan yang disampaikan itu akan mengguris hati sesetengah peminat fanatik penyanyi muda itu.

Ciuman pertama saya dengan Selena ada yang terbaik dalam hidup saya. Di dalam kereta. Secara tidak sengaja dan saya agak takut ketika itu,” kata Bieber.

Nampaknya kejadian dua tahun lalu masih segar dalam ingatannya.

Pada masa yang sama, artis berusia 18 tahun itu berharap supaya kenyataan yang disampaikan itu tidak mengguris hati mana-mana peminatnya.

Justin Bieber, 18, yang kini sedang hangat dilanda cinta bersama Selena Gomez, 22, masih sedaya upaya untuk tidak membawa hal peribadi itu kepada peminat-peminat yang disayangi.

“Ia adalah kehidupan peribadi saya dan saya akan asingkannya dari kerjaya dan peminat,” kata Bieber memetik dari laporan laman web MTV.

Mungkin tindakan Bieber yang berani memberi kenyataan sebegitu telah memerangkap dirinya apabila ada peminatnya mula kecewa.
Sunday, 17 June 2012
11:11 0

Lindsay Lohan Ditemui Tidak Sedarkan Diri

PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan tidak sedarkan diri di kamar Hotel Ritz-Carlton tempatnya menginap yang terletak di Marina del Ray, California, kelmarin.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk memeriksa pelakon kontroversi itu bagaimanapun memberitahu keadaannya tidak membahayakan.

Malah jurucakap kepada bintang filem Mean Girls itu turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Lindsay berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Lindsay mungkin keletihan dan mengalami penyakit lelah namun tidak serius dan keadaan terkawal," ujar jurucakapnya.

Lindsay menginap di hotel mewah itu selepas selesai menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Liz And Dick.
Wednesday, 13 June 2012
04:43 0

Langgar Trak, Lindsay Lohan Yang Salah

KISAH Lindsay Lohan kemalangan dengan sebuah trak pada minggu lalu nampaknya masih belum berpenghujung. Walaupun Lohan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terkininya, Liz And Dick, masih ada pihak yang mahu memanjangkan cerita tersebut.

Kali ini, pemandu trak yang hanya mahu dikenali sebagai James memberitahu punca kemalangan yang membuat kereta dipandu bintang tersebut remuk teruk kerana kesilapan Lohan sendiri.

Menurut laporan Dailymail, James mendakwa dia mengalami kerugian besar selepas insiden tersebut.

"Dia yang melanggar belakang trak saya. Dia yang bersalah," ujar James. Dia turut memberitahu mempunyai ramai saksi tentang perlanggaran tersebut. "Saya tahu ada saksi yang merakam kejadian itu. Itu sebagai bukti saya tidak bersalah," katanya lagi.

Sementara itu, ada khabar yang mengatakan insiden tersebut sengaja dirancang oleh James untuk mendapatkan duit daripada Lohan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...