Searching...
Showing posts with label artis seksi malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis seksi malaysia. Show all posts
Sunday, 24 June 2012
Friday, 22 June 2012
16:26 0

Panas ! Anzalna Tidak Peduli Tuntutan Neelofa!

PELAKON, Anzalna Nasir memilih untuk tidak mengambil tindakan berhubung tuntutan daripada pelakon dan pengaraca, Neelofa yang mahu dirinya menjelaskan serta membuktikan tuduhan berdasarkan kenyataan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Bekas peserta Dewi Remaja 2010 itu, telah diberikan tempoh tujuh hari untuk membalas balik tuntutan Neelofa itu yang sepatutnya berakhir hari ini.

Anzalna ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, dia menerima nasihat serta arahan daripada presiden Seniman, Zed Zaidi supaya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak persatuan berkenaan untuk diselesaikan.

"Buat masa sekarang saya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutannya.

"Memandangkan kami di bawah persatuan Seniman, jadi Zed Zaidi menyarankan saya supaya tidak melayan atau mengambil tindakan daripada tuntutan Neelofa itu.

"Pihak Seniman sendiri mahu mengadakan perjumpaan diantara saya, Neelofa dan Tasha Shila untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Bukan hendak menyerahkan seratus peratus kepada Seniman, tetapi rasanya lebih baik jika saya tidak melayan perkara ini.

"Lagipun, saya terima surat daripada pengumananya (Neelofa) tiga hari selepas dia mengadakan sidang media," katanya.

Anzalna bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu kontroversi yang berlaku antaranya dan Neelofa.

Terdahulu Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar BiPop pada 10 Jun 2012 bertajuk Anzalna bidas Lofa yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.

Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.

Sungguh pun begitu, Anzalna berkata dia bersyukur kerana apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada dirnya malah dimurahkan rezeki dengan menerima lebih banyak tawaran berlakon.

"Alahamdulilah, setakat ini semua orang yang berjumpa dengan saya memberi pandangan positif dan saya tidak rasa dipandang hina atau bersalah oleh sesiapa.

"Malah, saya diberi sokongan yang kuat oleh keluarga termasuk pihak luar.

"Lebih melegakan saya lagi, apabila tawaran berlakon tidak putus-putus datang dan ternyata apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada kerjaya saya," jelasnya lagi.

Anzalna kini sedang menjalani penggambaran drama 2 Dalam 1 untuk tayangan TV3 sempena Aidilfitri dan drama bersiri Adam dan Hawa (Astro).

Menjelang Ramadan ini, Anzalna bakal menjalani pengambaran telemovie dan drama yang masih belum diketahui judulnya.
16:18 1

Panas ! Gambar Mesra Maya Karin Dengan VIP Bergelar Datuk

AKTRES jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

“Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

“Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.
Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, malam Rabu lalu.

“Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

“Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan,” katanya.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Maya yang ditemui pada pelancaran filem terbarunya berjudul Jwanita, baru-baru ini berkata, dia sangat teruja untuk menggalas watak wanita psiko dalam filem arahan Osman Ali itu.
Tuesday, 19 June 2012
22:29 0

Konflik Neelofa vs Anzalna - Ini Komen Rosyam Nor Dan Freddie Fernandez

ISU remeh, tidak perlu dibawa ke mahkamah dan selesai cara baik. Begitulah reaksi peminat berhubung pertelingkahan tiga pelakon baru Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla yang hangat diperkatakan di media massa sejak tiga minggu lalu.

Ada peminat berpendapat, tiga bintang baru itu melakar ‘sejarah’ dalam industri seni tempatan tetapi bukan disebabkan pencapaian mereka yang boleh dibanggakan, sebaliknya kisah jelek yang hanya memalukan dunia artis.

Selain itu, ada peminat menyarankan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila bersua muka. Menurut peminat, biarpun peluang menjadi rakan baik mungkin tipis, namun sekurang-kurangnya, tiga bakat baru itu boleh bermaaf-maafan dan membuang perasaan dendam.

Malah, ada peminat menganggap dunia seni tidak seluas mana dan artis terbabit pasti dipertemukan dalam mana-mana produksi pada masa depan.

Komen peminat itu diterima HIP melalui laman sosial facebook, Anugerah Bintang Popular, semalam. Melalui laman sosial itu, HIP meminta pandangan peminat berhubung kemelut melanda Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila. 

HIP mendapatkan pandangan dua penggiat industri iaitu Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan pelakon berpengalaman, Rosyam Nor berhubung kontroversi melanda tiga artis terbabit. Freddie dan Rosyam menganggap isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila hanyalah isu kecil yang tidak sepatutnya dipanjangkan.

Freedie menasihatkan tiga pelakon itu menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah tanpa perlu membabitkan kes saman menyaman.

“Tindakan mereka ibarat membasuh kain di tempat awam yang pada pendapat saya, tidak perlu sebenarnya. Keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah hanyalah satu tindakan keterlaluan kerana masalah yang timbul antara mereka membabitkan isu kecil.

“Sekiranya merasakan masalah itu tidak boleh diselesaikan sendiri, gunakanlah orang tengah. Jika masalah ini berterusan, mereka boleh menjejaskan imej artis secara keseluruhan,” kata Freddie.
Rosyam Nor yang sudah hampir tiga dekad bergelumang dalam industri hiburan pula menganggap, kemudahan laman sosial memberi kesan besar kepada masyarakat apabila segala isi hati diluahkan tanpa memikirkan impak.

Aktor yang mula menceburi dunia lakonan sejak 1985 menerusi filem Gila-Gila Remaja itu berkata, artis sepatutnya menggunakan laman sosial dengan bijak - bukan membiarkan ‘kudis’ mereka diketahui masyarakat.

“Bagi saya kes membabitkan kata mengata, aib-mengaib, pertikaman lidah tidak perlulah dibawa sehingga ke mahkamah. Mereka (mahkamah) mempunyai banyak kes yang perlu diselesaikan, kenapa kita hendak menambahkan beban mereka dengan perkara remeh temeh?

“Zaman dulu bukan tidak ada artis yang bergaduh, tetapi mereka mengambil pendekatan dengan cara bersemuka. Kes kecil tidak perlulah diheret hingga ke mahkamah kerana perkara itu boleh memalukan golongan artis. Nanti orang akan kata, artis tidak ada kerja lain, hal kecil pun hendak dibawa ke mahkamah,” katanya.
Wednesday, 13 June 2012
21:36 0

Anzalna Tak Sangka Wartawan Sebarkan Rahsianya Mendedahkan 'Wajah Sebenar' Neelofa Di Akhbar

PETANG tadi dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam & menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.

Pihak Neelofa turut berkata jika Anzalna Nasir gagal memenuhi tuntutan dalam notis tersebut dalam tempoh 7 hari, mereka akan meminta satut permohonan maaf secara terbuka.

Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang di’lihat oleh peguam Neelofa. Anzalna Nasir bercakap kepada Rotikaya sebagai maklumbalas kepada tindakan Neelofa.

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.

“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”

“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang di’tuntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara. - rotikaya
16:27 0

Hanez Suraya Dedah Status Hubungan Dengan Awi Rafael

TIADA lagi yang perlu disembunyikan mengenai status hubungan pelakon Hanez Suraya dengan penyanyi Awi Rafael. Hubungan mereka yang selama ini menjadi tanda tanya dan cuba disimpan kemas, akhirnya terbongkar jua. Malah, bukan lagi rahsia kerana kedua-duanya memilih untuk tidak berahsia dan terbuka.

Kenangan wakil B*POP bersama Hanez di Paris ketika dia berada di ibu negara Perancis itu pada pertengahan Mei hingga awal Jun lalu turut menyaksikan gelagatnya yang asyik bercinta dengan Awi. Hanez ke sana menjalani penggambaran drama 13 episod, Dalam Hati Ada Taman (DHAT) arahan Michael Ang.


Pantang ada masa terluang dan tidak terikat dengan penggambaran, telefon bimbit miliknya pasti digodek sambil mencari isyarat Wifi. Malah, saat isyarat Wifi mula diterima, bukan main senyum lebar lagi Hanez mengemaskini perkembangannya di Twitter dan memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

Ketika itu, Hanez, 27, pasti leka melayan dan berinteraksi dengan peminatnya, termasuk Awi di laman sosial berkenaan. Kedua-duanya juga seperti tidak mampu menahan rindu apabila terpaksa berjauhan hampir dua minggu lebih dengan saling berbalas ucapan rindu.

“Tiga bulan kami serius bercinta. Tapi masih terlalu awal untuk menjangka kemungkinan yang mendatang dalam hubungan kami. Sebelum ini, saya memilih untuk tidak bercakap lebih hinggalah Awi bersuara kepada rakan media mengenai status sebenar hubungan kami.
 
“Sebagai wanita, Hanez tidak mahu dilihat keterlaluan dalam hal ini. Tetapi apabila sudah terang lagi bersuluh, saya hanya mengikut rentak Awi. Hanez selesa dan bahagia mengenalinya. Bukan nak memuji lebih Awi tetapi apa yang boleh dikatakan dia memang berbeza dengan lelaki yang saya pernah kenali sebelum ini.

“Malah, sepanjang berada di Paris, Hanez dapat tahu memang dia tak sanggup berjauhan terlalu lama. Rengsa jadinya. Dek perbezaan zon masa pun, kami hampir bergaduh manja sebab tak dapat nak berhubungan menerusi laman maya. Masa Hanez online, Awi pula sebaliknya dan Awi hubungi Hanez masa nak tidur,” katanya yang tidak ketinggalan membelikan Awi kasut jenama Dolce & Gabbana dan baju H&M. 
 
Mengimbas kembali memori perkenalan mereka, Hanez yang muncul menerusi drama Suri bermula 11 Jun ini menerusi slot Azalea di TV3 (setiap Isnin hingga Khamis, 4 petang) mula bersua dengan Awi ketika sama-sama menghadiri promosi di Jom Heboh TV3 tahun ini di Melaka.

“Ikutkan kami mula kenal atas paksi kerja. Secara kebetulan pula, Hanez cukup meminati lagu dendangannya, Bila Aku Jatuh Cinta. Jadi dalam hati terselit juga hasrat mahu bergambar dengannya ketika itu. Dipendekkan cerita, Awi ada menyuarakan hasrat untuk mencari model klip video untuk single terbarunya, Asalkan Aku OK. 

“Sekali gus ia memberi bayangan untuk mempelawa Hanez sebagai model lagu berkenaan. Keesokan harinya, pengurusnya ada menghubungi Hanez untuk bertanya lanjut mengenai pelawaan itu. Seterusnya kami ada bertukar pin Blackberry Messengar (BBM). 
 
“Lucunya selama menjadi kenalan di BBM, kami jarang bertegur. Hinggalah pada suatu hari selepas lebih sebulan pertemuan di Jom Heboh Melaka, Awi menghubungi Hanez untuk berbincang lanjut soal pelawaan menjadi model klip video lagunya,” kata Hanez sambil memberitahu dia sudah menjalani penggambaran klip video lagu itu di Gold Coast, Sepang pada 5 Jun lalu. 

Akui Hanez lagi, hingga saat ini dia tidak menyangka paksi kawan atau profesional itu tiba-tiba bercambah menjadi istimewa. Ada waktu lapang, kedua-duanya seperti insan bercinta lain pasti akan menghabiskan masa bersama berdating. 

“Keluarga masing-masing pun mengetahui hubungan kami. Saya sendiri pun sudah bertemu dengan ibunya. Dia melayan saya dengan penuh teliti daripada A hingga Z termasuklah dalam soal makan minum. Pendek kata, dia ‘memantau’ keselamatan diri saya.

“Dialah yang selalu bertanyakan perihal saya sudah makan atau belum. Dia sangat menitikberatkan soal kesihatan hingga sanggup membeli vitamin untuk saya. Malah, dia sanggup memastikan saya selamat sampai di rumah selepas selesai menjalani penggambaran dengan kemudahan alat telekomunikasi,” katanya yang sering menerima nota suara berupa lagu mahupun nyanyian langsung daripada Awi sebelum tidur.

Profil

Nama penuh: Hanez Suraya Abd Aziz
Usia: 27 tahun
Tarikh lahir: 22 Ogos 1985
Bilangan adik beradik: Sulung daripada tiga beradik
Asal: KL
Kerjaya: Pelakon sepenuh masa
Tuesday, 12 June 2012
15:36 0

Panas ! Zed Ziadi Beri Amaran Pada Tasha Shila, Anzalna & Neelofa

SIKAP tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Zed Zaidi

Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.

Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.

Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
Monday, 11 June 2012
23:52 0

Makin Panas ! Tasha Shila Pula Dedah 'Wajah Sebenar' Neelofa

KENYATAAN ini tersiar di dalam BiPop 2 minggu yang lalu. Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna minggu ini mengeluarkan kenyataan selepas membaca luahan isi hati Tasha Shilla ini. Untuk makluman, Tasha Shilla membuat luahan ini selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah majalah yang berbunyi sebegini:-

Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit itu untuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung.
Dan ini pula luahan hati Tasha Shilla selepas membaca kata-kata Neelofa:-

Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.

Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.

Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.

Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.

Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.

Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.

Adakah akan ada selebriti lain yang mengeluarkan kenyataan tentang Neelofa lagi selepas ini? Isu ini agak panas di Twitter hari ini dengan beberapa selebriti kelihatan melahirkan rasa sokongan terhadap Anzalna dan Tasha Shilla. Namun ada juga beberapa selebriti yang menyebelahi Neelofa. Rasanya jalan penyelesaian terhadap isu ini akan tiba tidak lama lagi seperti yang dikatakan oleh Neelofa di dalam Twitternya. Sama-sama kita nantikan.
22:35 0

'Untuk Apa Saya Nak Berlagak?' - Marsha


UMUM sudah tahu bahawa sebenarnya bukan mudah untuk seseorang artis baru berada selamat di dalam zon selesa sepanjang perjalanan karier mereka.

Sekurang-kurangnya, lima tahun pertama, mereka perlu berhadapan dengan kesukaran hidup termasuk dihambat pelbagai kontroversi dan isu yang mungkin mereka sendiri tidak mahu terlibat.

‘Syarat’ itu mungkin sudah dilalui oleh penyanyi Marsha Milan Londoh, 27, seawal dia menceburi bidang ini.

Namun, berbekalkan impian dan semangat juang yang kuat untuk bergelar anak seni, Marsha hadapinya jua walau pahit untuk ditelan.

Di sebalik kontroversi, Marsha juga berupaya meyakinkan mata masyarakat bahawa dia juga mampu berdiri sebagai seorang artis berbakat besar menerusi bidang nyanyian.

Malah, ia dibuktikan melalui penglibatannya di dalam Konsert Journey Through Song Datuk D.J. Dave di Istana Budaya (IB) baru-baru ini.

Bukan senang untuk seseorang artis baru mengadakan persembahan di pentas berprestij seperti IB. Dan Marsha berjaya membuktikannya.

“Tentunya saya berbangga kerana diberi peluang membuat persembahan di IB apalagi dapat bergandingan dengan D.J. Dave.

“Saya sedar sebagai artis baru, peluang begini tidak semua orang dapat. Lagipun pentas IB adalah dambaan semua penyanyi. Siapa yang tak mahu bukan?

“Adalah menjadi satu impian untuk saya buat persembahan sendiri di pentas itu satu hari nanti. Doakanlah," katanya.

Sengaja menarik pandangannya mengenai mulut-mulut jahat yang mungkin mengandaikan dia kini mendabik dada kerana berpeluang menyanyi di pentas IB, begini jawapan yang diberikan Marsha.

“Kalau itu persembahan solo saya sepenuhnya, lainlah cerita. Hakikatnya, saya cuma penyanyi jemputan. Untuk apa saya nak berlagak?

“Janganlah pula ada yang kata saya sekarang dah jadi artis gred ‘A’ atau harga saya melambung naik kerana saya dah buat persembahan di IB. Tolonglah, saya belum lagi capai kelas itu. Masih jauh lagi perjalanan saya.

“Tak pernah pula terlintas di fikiran untuk saya melabelkan diri sendiri sebagai artis berkelas ‘A’.

“Kalau ada yang mengandaikan begitu, saya harap lupuskanlah pandangan itu sebab masih banyak lagi yang perlu saya belajar.

“Namun saya tak nafikan, pengalaman menyanyi di IB adalah satu pengalaman berharga dan sukar untuk saya ungkapkan," katanya
21:58 0

Siapakah Gerangan, Artis Janda Hot Malaysia Yang Sudah Bersedia Menjadi Isteri Kedua!

POLOS wajahnya tanpa solekan saat pertemuan pertama kami tempoh hari sempena sesi penggambaran muka depan Pancaindera keluaran minggu ini.

Sambil menyua tangan untuk berjabat salam, dia kemudiannya ceria memperkenalkan diri.

“Hai, saya Wan Sharmila!" sepertinya dia bukan seorang pelakon yang dikenali ramai.

Pun begitu, ia sekali gus menyerlahkan keperibadian Wan Sharmila Wan Muhammad yang lebih selesa bersikap merendah diri walau sudah menempa nama sebagai seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya.

Usai disolek mampan, jelitanya makin terserlah.

Hampir lupa bahawa wanita ini sudah pun mencapai usia 31 tahun.

Namun air mukanya sedikitpun tidak mencerminkan usia sebenarnya itu. Muda sungguh!

Tuan punya badan juga turut mengiyakan hal ini saat diaju pertanyaan mengenai mereka yang mungkin keliru dengan usianya saat pertama kali bertemu.

“Jangan bimbang, saya dah biasa dah dengan situasi bila mana orang sering tersalah meneka usia sebenar saya.

“Banyak yang ingat saya ni masih remaja lagi kalau tengok dari luaran. Mereka kata saya nampak muda dan macam budak-budak.

“Bila saya beritahu usia sebenar, mereka terkejut. Tapi untung juga ya. Kalau selalu begini, bolehlah saya selalu nampak muda!" seloroh wanita ini yang senang dipanggil Lala.

Atmosfera ceria terus mewarnai sesi penggambaran kami sepanjang hari itu.

Lanjut memuji paras rupanya, terlintas di fikiran mengapa wanita secantik Lala masih belum bertemu cinta.

Bukan apa, dengan pakej yang dimilikinya, tentu sahaja Lala boleh mendapatkan mana-mana lelaki yang dimahukan andai kata dia benar mahu mencari calon suami buat mengisi kekosongan di hati.

Apalagi setelah hampir tiga tahun dia hidup menjanda lantaran perkahwinannya dengan penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom, tidak mampu bertahan lama.

Ketika ini cuma senyuman yang terukir di bibir Lala bagai tahu dia akan ditebak dengan soalan begini.

Mengaku bahawa bukan seorang dua yang cuba mengetuk pintu hatinya, Lala bagaimanapun lebih suka untuk berhati-hati apabila soal jodoh menjadi akar umbi bicara.

“Kalau ditanya bila saya nak kahwin, mahu saja saya katakan, kalau boleh esok saya nak kahwin! Tapi realitinya siapa yang nak kahwin dengan saya? Teman lelaki pun saya tak ada, inikan pula nak bercakap soal kahwin.

“Adalah yang cuba-cuba nak mendekati saya, tapi terus-terang saya cakap, setiap kali saya cuba keluar dengan mana-mana lelaki, saya tak boleh lari daripada memikirkan bermacam-macam benda negatif.

“Contohnya, betul ke dia ni serius atau nak main-main saja? Betul ke dia ni orang yang tepat? Macam-macam yang saya fikirkan. Sudahnya saya ibarat wanita yang fobia dengan lelaki.

“Tapi jauh di sudut hati, memang saya mahu kahwin lagi. Lagipun usia saya semakin menginjak. Saya pun tak mahu menunggu lama lagi," katanya.

Lala isteri kedua
Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini mengaku sungguhpun dia adalah seorang yang peramah dan gemar ketawa, namun ia bukanlah satu tiket untuk dia mudah mendekatkan diri dengan lelaki.

Tambahan pula dengan sikapnya yang lebih gemar untuk duduk di rumah jika ada kelapangan dan tidak terikat dengan sesi penggambaran drama dan sebagainya.

“Jadi bayangkanlah, macam manalah saya nak ada teman lelaki kalau saya asyik berkurung di rumah kalau tak ada kerja?

“Tak tahulah. Hendak kata saya ni anti-sosial tidak juga sebab saya suka berkawan. Tapi mungkin juga kerana saya ni jenis yang lebih suka duduk di rumah.

“Kebanyakan masa saya selalunya berseorangan dan banyak buat hal sendiri. Nak jumpa kawan serumah pun susah. Sebab kami masing-masing mempunyai waktu kerja yang tak sama dan sibuk," katanya.

Terbuka berkongsi rasa mengenai sejauh mana ikhlasnya dia jika satu hari kelak dia ditakdirkan menjadi isteri kedua, Lala sedikit pun tidak menunjukkan reaksi kurang senang.

“Eh, saya sanggup!" pantas mulutnya memberi respons.

Bagi Lala, menjadi isteri kedua bukanlah satu kesalahan buat kaum wanita andai itu takdir dan jalan yang telah ditentukan oleh Tuhan ke atas dirinya.

Meski memberi kata setuju, tidak bermakna semua lelaki hidung belang di luar sana boleh sewenang- wenangnya cuba memikat pelakon drama bersiri Tari Tirana ini.

Jangan sangka status suami orang mudah diterima Lala andai syarat yang diletakkan wanita ini tidak berjaya dilengkapi dan ditepati dengan baik.

“Saya sanggup menjadi isteri nombor dua kalau lelaki terbabit boleh berlaku adil.

“Saya juga tidak mahu wujudnya masalah antara saya dengan madu kalau lelaki itu benar-benar mahu saya menjadi isteri keduanya.

“Maksudnya, kalau nak kahwin, tak perlulah nak sorok-sorok. Biarlah semuanya berjalan dengan lancar sebab saya ni memang jenis yang tak suka ada masalah, "katanya.

Positif dengan kehidupan bermadu dan berkahwin dengan suami orang, Lala punya alasan untuk tidak mengendahkan persepsi masyarakat yang mungkin akan memandang serong padanya.

Kata Lala, andainya itu berlaku, dia tidak mampu menghalang mulut orang dari berkata kerana masing-masing punya prinsip sendiri.

“Alahai...sedangkan saya jadi janda pun orang dah pandang semacam, inikan pula kalau betul saya ni kahwin dengan suami orang.

“Kalau terlalu memikirkan apa orang cakap, susahlah kita nak hidup. Betul tak? Buat saja apa yang kita rasa kita nak buat," katanya.

Pun begitu, ini cuma anggapan `kalau’ Lala jadi isteri kedua orang.

Setakat ini, akui Lala, belum pernah suami orang cuba mendekati dirinya apalagi cuba menyuntingnya menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

“Macam yang saya cakap tadi, mungkin mereka ingat saya ni budak-budak. Sebab itulah tak ada yang berani nak mendekati saya," katanya yang mengaku sedang mencari lelaki yang boleh membimbingnya menjadi individu yang lebih baik.

Takut digam
Menyelami perjalanan karier Lala sebagai seorang pelakon sejak empat tahun serius berkecimpung dalam bidang seni lakon tanah air, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat.

Kebanyakannya hampir sama watak yang dibawa.

Dalam erti kata lain, balik-balik watak antagonis sahaja yang dibawa Lala. Semacam tiada variasi.

Akui Lala, dalam hal ini, sebagai seorang pelakon, dia sebenarnya tiada pilihan.

Walau seringkali orang menganggap seseorang pelakon itu boleh membuat pilihan sendiri, hakikatnya banyak perkara yang perlu ditimbang-tara.

“Saya tak pasti pelakon lain bagaimana. Tapi biasanya saya tak pandai untuk menolak andai tawaran yang saya terima itu memang memerlukan saya memegang watak jahat.

“Mungkin pada pandangan pihak penerbit dan pengarah, Wan Sharmila sesuai bawa watak gedik dan jahat, itu penilaian mereka.

“Saya pula tak pandai nak caras watak orang lain. Kalau itu watak yang diberikan, maka itulah yang saya terima," katanya.

Dalam pada itu, kata pelakon Si Jundai ini, meski hatinya memberontak untuk mencuba watak lain, dia terpaksa akur dengan `budaya’ dalam industri yang mungkin tidak difahami orang luar.

“Bidang ini lain. Kalau sekali kita menolak tawaran tanpa sebab yang kukuh, seseorang pelakon itu berkemungkinan besar akan berhadapan dengan masalah `digam’ tanpa sedar.

“Iyalah, kalau memilih sangat, nanti orang kata kita ni cerewet. Padahal bukan pelakon popular sangat.

“Saya selagi boleh tak mahu mencari masalah dengan orang atau menyusahkan pihak penerbit dan sebagainya. Lagipun saya bukan diva," katanya merendah diri.

21:46 0

Shila Amzah - Antara Kualiti Dan Bakat, Berbaloikah Harga Yang Diminta?

APA yang menyebabkan Shila buat keputusan menaikkan harga?
Setiap tahun tentunya kita mahukan perubahan yang lebih baik. Sebagai artis, kami juga mahu perubahan yang baik dari segi hidup dan pendapatan. Zaman sekarang, semua benda naik harga. Jadi, apa yang saya lakukan ini demi kelangsungan hidup, sesuai mengikut perkembangan ekonomi semasa.

Adakah kerana naik harga sebab Shila menyertai program realiti Mania baru-baru ini?
Harga saya sudah naik sejak saya menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) Februari lalu. Tak ada kena-mengena dengan program Mania.

Layakkah Shila naikkan harga begitu sekali?
Sebenarnya ini bukan satu masalah. Harga yang saya letak adalah sejajar dengan kualiti persembahan yang saya tawarkan. Rasanya ini terletak kepada sejauh mana kesanggupan pihak pengurusan majlis itu untuk membayar saya pada harga yang saya tetapkan. Terpulang pada mereka. Kalau mereka mahu, mereka bayar. Kalau mereka tak mahu, tak jadi masalah.

Tak bimbangkah nama Shila terjejas kerana isu ini?
Sebenarnya, situasi yang saya selalu bimbang ialah bila mana ada pihak ejen yang menguruskan soal bayaran dan kemudian menaikkan harga bayaran berkali ganda. Sedangkan harga sebenar sudah saya tetapkan. Namun apabila di pihak ejen, mereka telah menaikkan harga contohnya dua kali ganda. Itulah sebabnya kebanyakan klien mengatakan harga saya terlalu mahal. Walhal, pihak ejen yang menaikkan harga yang melampau.

Dah pernah kenakah sebelum ini?
Ya. Sebab itulah saya risau kerana mereka inilah yang merosakkan nama saya sebenarnya.

Dalam keadaan sekarang, Shila dikatakan masih menaikkan harga walaupun harga Shila sememangnya sudah mahal?
Orang yang kerja di sektor kerajaan pun mahu kenaikan gaji. Ingat kami artis ni tak mahu kenaikan pendapatan jugakah? Sudahlah kami ni kerja pun tak tentu masa, berkejar ke sana ke mari. Dah tentulah artis macam saya ni pun mahu pendapatan yang sejajar dengan kerja yang kami lakukan. Saya ni bukannya penyanyi budak sekolah lagi. Usia pun dah 22 tahun. Saya ada tanggungjawab dan komitmen macam orang lain juga.

Bila Shila naikkan harga, ada juga yang kata Shila dah mula berangan diva. Kononnya dah rasakan diri tu setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. Apa komen?
Ini bukan soal diva atau tidak. Tak ada kaitan pun. Saya ni artis yang bekerja sendiri dan nyanyian adalah satu bisnes, jadi bila soal kerja, saya kena serius. Lagipun, harga yang saya letak boleh dikatakan masih berpatutan berbanding artis lain setaraf saya. Ada artis lain, harganya lebih tinggi berbanding saya. Tetapi kenapa saya saja yang asyik diiritik? Tak adillah macam ni.

Kalau letak harga tinggi, persembahan juga haruslah mantap. Apakah persembahan Shila memang cukup hebat?
Saya tak kata 100 peratus saya ni bagus tapi sekurang-kurangnya saya cuba berikan yang terbaik setiap kali buat persembahan. Orang bayar saya untuk tengok persembahan yang berkualiti, jadi saya tak boleh ambil mudah. Saya nak kerja dalam bidang ni lama lagi jadi kenalah jaga nama baik. Saya tahu sejauh mana kredibiliti saya dan yang penting ia bersesuaian dengan harga yang saya letak.

Adakah tindakan ini menunjukkan yang Shila cuba menjadi jaguh di kalangan artis muda seangkatan Shila dalam soal bayaran persembahan?
Saya tak anggap begitu. Apa yang saya buat ini adalah untuk saya. Lagipun atas kapasiti apa untuk saya seru artis lain buat benda yang sama. Itu terpulang pada mereka sebab hanya mereka yang tahu di mana tahap mereka.

Tak adakah peluang untuk klien buat tawar-menawarkah dalam soal harga?
Saya ni orang yang fleksibel dan sentiasa boleh berbincang. Tapi kena lihat dari segi apa. Kena timbang-tara soal lokasi, lagu, masa dan sebagainya tetapi yang penting harganya mesti munasabah.
18:03 0

Anzalna vs Neelofa - Hans Isaac Bela Neelofa, Cabar Wartawan Zubir Untuk Berdebat

SEMUA rasanya sudah sedar akan kekecohan yang timbul antara Neelofa & Anzalna Nasir sejak 48 jam yang lepas dan semua ini gara-gara artikel tulisan seorang wartawan hiburan.

Itu dakwa Hans Isaac yang mengatakan Zubir (wartawan BiPop) sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir disisipan hiburan itu hujung minggu lalu.

Hans Isaac menerusi akaun Twitter rasmi beliau mengatakan sebagai penerbit filem Neelofa, Lemak Kampung Santan beliau menasihat pelakon itu untuk mengambil tindakan.

“Personally, I think we should not entertain this one bodoh sunday reporter Z. Saya dah kenal dia bertahun. And he is not a good person.” Z dipercayai merujuk kepada Zubir.

Mungkin kerana terlalu memendam rasa terhadap Zubir, Hans Isaac membuka tawaran untuk berdebat secara berhadapan live di kaca televisyen. Satu cabaran yang agak berani disitu.
16:35 0

Hot ! Ella Pakai Baju Sampai Nampak Rangka

ELLA menjadi mentor yang keenam menjuarai rancangan realiti popular TV3 Mentor bagi musim 2012 kali ini. Beliau bersama protegenya, Caroline menampilkan persembahan bertenaga yang berjaya menarik undi dari penonton melalui undian SMS.

Ketika persembahan duet, Ella cuba mengekalkan imej Ratu Rock dengan mengenakan pakaian simple, bercorakan rangka serta skirt labuh merah jambu.
14:46 0

Beego Mengaku Pegang Tangan Rozita, Pernah Keluar Berdua-duaan?

SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.

Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.

Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu media bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.

Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan Rozita dan Beego, media telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.

Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?

Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.

Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?

Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.

Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?

Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
14:36 0

Panas ! Neelofa Balas Kenyataan Anzalna Di Twitter

Susulan pendedahan Anzalna di dalam BiPop semalam kononnya Nelofa cuba menjatuhkan dia, sebuah media blog hiburan terkenal sempat menghubungi Neelofa sama ada ingin membuat kenyataan tentang isu ini. Sayangnya Neelofa berkata yang dia ingin menyelesaikan perkara ini melalui saluran rasmi dan berharap agar bersabar sehingga tiba saat itu. Namun pagi tadi, Neelofa sempat meluahkan sedikit isi hatinya menerusi Twitter Neelofa.
Seperti yang anda baca di atas, Neelofa menyatakan apa yang telah didedahkan oleh Anzalna adalah fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan dirinya.
Kita masih tidak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan “official way”. Adakah Neelofa akan membawa perkara ini ke mahkamah? Namun semua berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik di antara mereka yang terlibat. Namun keputusan semuannya di tangan Neelofa. Sama-sama kita nantikan.
14:25 0

Sayang Zizan Pada Jue Bukan Lagi Rahsia - Akui Saling Rindu Merindu


HUBUNGAN akrab antara Juliana Evans atau Jue dengan Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.

Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan wartawan Kosmo! ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.

Sambil memandang Zizan yang berada di sebelahnya, Jue berkata:

“Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi.”

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.
“Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,” ucap Jue malu-malu.

Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.

“Saya sayangkan Jue tetapi masih atas pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,” kata Zizan tanpa berselindung.

Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.
 
“Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),”

Seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong. -KOSMO
Sunday, 10 June 2012
19:20 0

Gambar Terbaru Dynas - Kongsi Cerita Hamil Anak Kedua

 Meski pun pelakon dan model terkenal tanah air, Dynas Mokhtar sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun dia tetap kelihatan anggun. Bahkan masih aktif menguruskan perniagaan yang diusahakan. Lihat sahaja penampilannya sentiasa jelita dan bergaya.

Mengakui gemar bergaya, bagi Dynas statusnya kini tidak menjadi penghalang untuknya menjaga penampilan, sementelah lagi dia sedang mengusahakan butik khas untuk kaum ibu.
 
Melihatkan raut wajah dan personalitinya, pasti ramai yang mengagumi ibu berusia 29 tahun ini. Walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang puteri, Khyra Kalyssa, 2, dan sedang menghitung hari melahirkan anak keduanya, namun dia tetap kelihatan menawan khususnya apabila tampil di khalayak ramai.

Mula menjinakkan diri dalam dunia seni menerusi program Beat TV pada 2002, pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dynas Mokhtar, terus menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan. Selain filem, saban hari wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen sehingga berjaya meraih gelaran Pelakon TV Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) selama dua tahun berturut-turut (2007 dan 2008).

Malah, kerana kejelitaannya, anak jati Selangor ini turut dilamar menjadi beberapa duta produk. Bersyukur dengan keistimewaan yang dianugerahkan Ilahi, Dynas mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya. “Semua orang mahukan yang terbaik dalam kehidupan mereka, begitu juga saya. Bagaimanapun, ia terpulang pada individu. “Misalnya, dari segi kecantikan, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Bagi saya, kecantikan adalah anugerah Tuhan, dan sebagai hambanya, kita perlu menerima dan menghargai setiap pemberian-Nya.
 
“Yang penting cara kita menjaga dan mengekalkan kecantikan itu perlulah seiring. Bukan sahaja penjagaan diri, keluarga dan kerjaya juga perlu diberikan keutamaan,” kata isteri kepada Mohd Hafizy Hafiz ini. Bercerita mengenai penjagaan dirinya, Dynas yang masih ‘vogue’ ini berkata, dia tidak pernah berasa malas untuk tampil hebat dan bergaya.

“Bergelar isteri dan ibu bukanlah satu alasan bagi saya untuk mengabaikan kecantikan diri. “Saya tidak kisah mengamalkan apa sahaja petua untuk memastikan saya sentiasa kelihatan cantik setiap hari. “Lagi pun, sebagai selebriti, sudah pasti banyak mata yang memandang.

Bagaimanapun, saya memang suka kelihatan cantik,” kata pelakon Cinta Kolesterol, Impak Maksima dan Apa Kata Hati. Pantang cara tradisional Wala upun pada luarannya, Dynas kelihatan moden, namun dia tetap menitikberatkan amalan tradisional Melayu.

Menurutnya, sejak kelahiran Khyra lagi, dia sentiasa mengutamakan kecantikan diri secara tradisional. “Tidak kiralah berapa pun usia kita, kita perlu menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Itulah yang saya lakukan kini.

“Lagi pun, selepas melahirkan anak, perubahan diri semakin ketara terutamanya dari segi bentuk badan. Sebab itulah, kita wajib berpantang dengan betul. “Ia sangat mustahak sebenarnya, tanpa penjagaan yang betul dan rapi pasti kita kelihatan cepat berusia,” katanya yang turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India ketika melahirkan Khyra.
 
Menurut Dynas, dia juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk mendapatkan rawatan di pusat pelangsingan badan. “Selepas melahirkan Khyra, berat badan saya naik mendadak sehingga mencecah 71 kilogram.

Alhamdulillah, selepas mengikuti rawatan pelangsingan, saya berjaya menurunkan berat badan kepada 59 kilogram. “Dan kerana itu juga, saya telah ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut,” ujarnya yang bergelar duta kepada pusat pelangsingan Kunzense.

Dynas berkata, walaupun kembali hamil, dia akan sentiasa berusaha dan tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. “Sekarang, meski pun sedang mengandung dan hanya menunggu masa, saya tetap mahu kelihatan menawan. Sebab itulah, saya sentiasa mencari pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

“Bagi saya, kita perlu sentiasa berfi kiran positif dan saya percaya semua wanita mahu kelihatan cantik,” katanya.

Penangan anak kedu a 

BERKONGSI cerita mengenai kandungan keduanya itu, Dynas berkata, pengalaman yang dilaluinya kali ini, tidaklah seteruk mengandungkan Khyra. “Kali ini saya kurang muntah jika dibandingkan sewaktu mengandungkan Khyra dahulu.

“Walaupun sudah melaluinya sebelum ini, namun keadaannya tidak sama. Lagi pun, selera akan saya semakin berkurangan. “Bahkan ketika mengandungkan Khyra dahulu, saya juga mengidam nak makan banyak benda. Tapi kali ini tidak pula,” ujarnya mesra. Ditanya mengenai jantina anaknya itu, Dynas memberitahu, dia bakal melahirkan anak lelaki. “Alhamdulillah, saya bakal menimang cahaya mata lelaki pula.

Sebenarnya, saya tidak kisah sama ada anak yang dilahirkan perempuan atau lelaki. Yang penting, sihat dan sempurna hendaknya,” katanya. Menurut Dynas, dalam teruja menantikan anak kedua, dia terpaksa berdepan pula dengan karenah Khyra.

“Kesian Khyra. Sepanjang saya hamil, dia nakkan perhatian. Tetapi kadang kala saya tak sempat nak melayani dia.

“Bagaimanapun, kalau dia merengek, saya akan tetap memujuknya. Mungkin semua ini disebabkan keadaan saya sekarang. Nasib baiklah, dalam usianya yang masih mentah, dia faham saya mengandung.

“Tetapi, walaupun masih kecil, saya nampak dia gembira dan seronok dengan keadaan saya sekarang. Malah, dia rajin menggosok perut saya,” ujar Dynas yang gembira dengan keletah anaknya itu-.

Sibuk urus butik  

MENGAKUI kurang aktif dalam bidang lakonan sejak berumah tangga, Dynas bagaimanapun selesa dengan kehidupannya kini.

Selain gembira menguruskan suami dan anak tercinta, dia juga sibuk menguruskan butik pakaian ibu mengandung miliknya, Dynas Nursing Attire (DNA). Menurutnya, dia sangat bersyukur apabila melihat perniagaan yang diusahakan kini semakin mendapat sambutan.

“Tak sedar rasanya sudah dua tahun saya membuka butik ini. Mulamula memang bimbang jika ia tidak mendapat sambutan. Bagaimanapun, apabila melihat perniagaan semakin memberangsangkan, saya semakin yakin untuk mempelbagaikan produk yang ada.

“Ada kalanya permintaan pelanggan tidak sempat dipenuhi. Bayangkan, pernah saya kekurangan stok untuk dibekalkan kepada mereka. “Malah, pelanggan juga sentiasa mengharapkan rekaan baru daripada butik ini dan saya akan cuba memenuhi kehendak mereka untuk memastikan pelanggan tidak kecewa,” katanya yang memilih pusat belibelah The Curve, Damansara sebagai lokasi perniagaan butiknya itu.
17:40 0

Panas ! Anzalna Dedah Kisah Busuk Hati Neelofa

Kalau minggu lepas, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH, hari ini menerusi BiPop, Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu. 

Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa. 
Kata Anzalna:-

Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.

Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.

Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.

Namun nampaknya pendedahan ekslusif daripada Anzalna ini pasti akan menggegarkan dunia hiburan terutamanya kepada peminat Neelofa. Sama-sama kita nantikan apakah reaksi Neelofa berkaitan isu ini.
Thursday, 7 June 2012
11:42 0

Cara Rozita jaga kecantikan


TIDAK lupa untuk membersihkan wajah selepas seharian bahagian itu disaluti bahan solekan, mengamalkan petua lama, tidak boleh hidup tanpa nasi, selalu membuat senaman tekan tubi, bermain badminton dan futsal adalah perkara yang perlu diketahui mengenai pelakon cantik, Rozita Che Wan.

Ramai yang menyangka dia bukan wanita aktif namun kenyataannya memang berbeza. Waktu lapangnya selain digunakan untuk berehat, turut diisi dengan aktiviti sukan.

Daripada segi pemakanan, dia tidak boleh meninggalkan nasi walaupun sehari kerana itulah sumber tenaganya. Bahkan jika hanya mendapat nasi putih dengan kicap dan berlaukkan telur goreng, ia sudah memadai. 

“Saya tiada pantang dalam pengambilan makanan. Nasi, ulam-ulaman dan ikan antara menu harian malah ia menjadi kegemaran. Saya ambil nasi dua kali sehari, pastikan makan sampai kenyang tetapi jarang menambah nasi. 

“Namun, selepas itu saya mesti bersenam dan sekurang-kurangnya lakukan tekan tubi sebanyak 50 kali. Wajah pula dibersihkan menggunakan air sejuk dan disusuli dengan produk kecantikan yang lain,” katanya pada sesi Bingkisan Emas Rozita bersama Safi Rania Gold di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

Hadir sama, Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman dan Pengurus Penyelidikan serta Pembangunan Produk Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Eileen Tan. 

Rozita yang juga duta Safi Rania Gold, berkata amalan itu bertujuan mendapat kecergasan tubuh badan yang ideal walaupun usia sudah meningkat. 

Empat rejim penjagaan wajah yang tidak pernah diabaikan adalah membasuh muka, mengenakan penyegar, pelembap dan serum Safi Rania Gold. Hasilnya pula sangat menyenangkan hatinya. 

Pada majlis berkenaan, Safi turut memperkenalkan formulasi baru Safi Rania Gold yang diperkaya dengan gabungan nano emas 24K dan amino peptida. 

Kombinasi mewah khasiat nano emas 24K yang dipadu dengan amino peptida untuk menghasilkan dua kali lebih kolagen yang membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit, ton kulit sekata, mengurangkan garisan kedutan dan melambatkan penuaan. 

Ia lebih mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit bagi mengawal kekurangan kolagen serta bertindak sebagai agen dalam membentuk dan memperkuatkan tisu kulit. 

Selain itu, rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif daripada Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit. 

Menurut Eileen, Safi Rania Gold adalah produk antipenuaan dengan formulasi teknologi nano emas 24K yang membantu untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus serta membaiki keanjalan kulit dalam masa kira-kira tiga minggu. 

“Wanita moden kini mampu mengecapi apa saja dalam kehidupan mereka dan memberikan yang terbaik buat keluarga serta kerjaya agar terus berjaya. Gerbang keemasan wanita adalah satu tahap yang mana mereka mampu berbangga dengan pencapaian dan terus kekal yakin dengan raut wajah anjal tanpa mengenal usia,” kata Mahsuri. 

Rozita pula menambah, melalui percubaannya, produk yang diperkaya dengan amino peptida itu meresap jauh ke dalam kulit dengan lebih pantas dan membuatkan kulit berasa lebih anjal dan nampak berseri. 

Rangkaian produk Safi Rania Gold ini terdiri daripada serum, pembersih wajah, bahan lulur (scrub) wajah, penyegar, krim kontur mata, krim pelembap siang dan malam serta krim kecantikan. 

Semua produk berkenaan boleh didapati di pasar raya, farmasi serta kedai yang berdekatan dengan harga bermula daripada RM8.90 hingga RM33.90.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...