Searching...
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
00:22 0

ARTIS Daphne Iking Teruja Anak Pertamanya Meminati Agama Islam





Pelakon dan Pengacara Popular Daphne Iking teruja melihat anak hasil perkahwinannya yang pertama Ryan, Isobel Daniella begitu cenderung untuk mempelajari agama islam walaupun usianya baru 6 tahun.

“Ramai yang bertanya, adakah anak pertamanya itu sudah memeluk islam atau belum? Namun disebabkan usianya masih kecil saya hanya berserah pada takdir agama apa yg anaknya mahu anuti di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, Isobel dibesarkan di dalam rumah dengan cara hidup Islam apabila pulang ke kampung di Sabah neneknya akan bawanya ke kelas bible.

“Di rumah, saya mempunyai pembantu rumah yg pandai berbahasa arab dan sering mengajar mengaji Al Quran kepada Isobel dan dia juga pandai menulis jawi dan tulisannya amat cantik, “ ujarnya dengan rasa syukur.

Daphne tidak memaksa untuk mendidik Isobel mengenai agama yg perlu dianuti akan datang dan dia rasakan segala tunjuk ajar yg dia tunjukkan menarik minat Isobel.

“Saya tahu, mungkin saya sendiri kurang dari segi pengetahuan agama Islam tapi saya ada cara saya untuk didik anak-anak saya. Kalau di rumah, bila saya nak solat Isyak, saya panggil anak-anak saya duduk di sisi saya. Biar mereka lihat dan belajar perlahan-lahan.

"Satu lagi yg buat saya tersentuh, baru-baru ini Isobel beria-ria beritahu saya yg dia nak "duk". Mulanya saya tak faham apa yg dia cuba cakapkan, tapi rupanya dia nak tunjuk pada saya yg dia sudah pandai berwuduk.

"Saya tidak tahu anda semua belajar tentang solat dan pandai berwuduk seawal umur berapa. Tetapi saya kagum dengan anak saya.

Daphne juga seorang lagi cahaya mata Iman Daniella 3, hasil perkahwinannya yg kedua dengan seorang usahawan Azmi Abdul Rahman dan bernikah pada 8 Januari 2011 di Keningau Sabah.
Thursday, 9 August 2012
08:00 0

Majalah Mangga Difatwakan Haram

Majalah Mangga Difatwakan Haram: Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playbloy kini difatwakan haram.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”


Tuesday, 7 August 2012
Thursday, 19 July 2012
11:31 32

Hanya ada Enam Golongan yang Tidak Bertanggungjawab Menjawab Salam




Islam adalah agama yang damai dan kasih sayang. Islam adalah agama yang sentiasa menyebarkan kedamaian dan ketenteraman bagi seluruh umat manusia. Tidak hanya kedamaian bagi umat Islam, tapi juga bagi umat agama lain.

Islam itu bererti keselamatan, kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan. Sudah selayaknya bila setiap Muslim sentiasa menyebarkan salam dan kedamaian, baik kepada orang yang sudah dikenali mahupun yang belum.

Abdullah bin Amru bin Ash RA bertanya kepada Rasulullah SAW, "Bagai manakah Islam yang baik itu?" Beliau menjawab; "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal atau tidak." (Mut tafaq 'alaih).

Imam Malik dalam kitabnya al-Mu wattha 'menjelaskan, suatu hari Thu fail bin Ubai bin Kaab menemui Abdullah bin Umar, lalu dia mengajak Thu fail ke pasar. Thufail kemudian bertanya kepada Ibnu Umar, "Apa yang kamu lakukan di pasar nanti? Sebab aku yakin, kamu tidak akan membeli sesuatu, tidak menawar sesuatu, dan tidak akan duduk-duduk saja di pasaran? Lebih baik di sini saja kita berbincang-bincang, "ujar Thufail. Abdullah menjawab, "Wahai Abu Bathan (panggilan Thufail), kita pergi ke pasar untuk me nyebarluaskan salam. Kita ucapkan sa lam kepada siapa saja yang kita jumpai di pasaran. "(Lihat pula dalam kitab al-Jami ').

Menyebarluaskan salam adalah perintah Allah dan Rasulullah SAW. Dalam Al-Quran, perintah menyebarkan salam itu terdapat pada surah an-Nur ayat 27 dan 61, an-Nisa [4]: ​​86, adz-Dzariyat: 24-25). Kerana itu, menyebarkan salam merupakan kewajipan setiap Muslim.

Abu Umarah al-Bara 'bin Azib RA berkata, "Rasulullah SAW menyuruh kami melaksanakan tujuh perkara, yakni menjenguk orang yang sakit, menghantarkan jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, me nyebarluaskan salam, dan menepati janji. "(Muttafaq alaih).

Menyebar salam bererti menyebarkan kedamaian dan keselamatan. Kerana, makna dari kalimat "Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" adalah semoga Allah memberikan kedamaian (kesejahteraan), me rahmati serta keberkatan kepada kalian semua. Kalimat di atas bererti mengajak setiap umat dan orang yang mendengarnya untuk sentiasa cinta akan kedamaian dan keselamatan. Dengan salam pula, diharapkan seluruh umat akan terhindar dari sikap permusuhan dan kebencian.

Dan sebagai seorang Muslim, kewajipan kita adalah menjawab salam, jika ada orang yang memberi salam. Jawapan salah itu hendaknya dengan ucapan yang sama atau bahkan lebih baik lagi, yakni "Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh" (Semoga Allah juga memberikan keselamatan, kedamaian, dan keberkatan kepada kalian).

Hanya ada enam golongan yang tidak bertanggungjawab menjawab salam yang disampaikan kepadanya, yakni orang mati, orang yang tertidur, orang gila, orang tuli, orang bisu, dan orang kafir.

Jika kita enggan untuk menjawab salam, maka di manakah kita di antara enam golongan tersebut? Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

sumber republika.co.id
Friday, 13 July 2012
16:18 0

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal





Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.




Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.

Saturday, 7 July 2012
15:57 0

3 CARA SYAITAN MENELANJANGI KAUM HAWA....




Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?"

Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup.

Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayanya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama , telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran:
Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
15:40 0

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.
06:31 0

Rosmah Berceramah Didalam Surau Dengan Tidak Menutup Aurat!



Jika anda mencari jawapan sila ke link video yang di beri.. Tanya kepada yang lebih pakar.


http://www.youtube.com/watch?v=oCT5yDQCuKM

Jika anda nak melakukan amal jariah share kan gambar dan post ini. Kerana kita tidak mahu kejumudan berkenaan sentimen yang UMNO tiup bertukar menjadi parah.

Tuesday, 3 July 2012
13:25 0

Giliran Sharifah Sofia Pula Berhijab


Ramadhan yang kita semua rindui akan tiba tidak lama lagi & selepas habisnya demam bola sepak di Eropah, ada baiknya kita mula tumpu untuk meraikan bulan mulia ini. Cewah.

Bukan trend, tetapi ramai selebriti wanita Malaysia memilih untuk bertudung sebagai salah satu tuntutan agama dan terkini giliran Sharifah Sofia menyahut tuntutan tersebut.

Semalam menerusi akaun Twitter beliau, Sharifah Sofia menulis “Here’s to a new chapter… Bismillah!” beserta gambar terbaru beliau yang tampak manis mengenakan hijab.

Kalau diperhatikan status terkini beliau di laman sosial Twitter & Facebook, memang ada terselit unsur unsur keagamaan sejak kebelakangan ini dan beliau pun khabarnya sudah memadam gambar gambar lama beliau tanpa tudung. Tahniah Sharifah Sofia atas penghijrahan ini.
Saturday, 30 June 2012
15:17 0

Awi Rafael Buang Tatu Melalui Pengubatan Islam



KUALA LUMPUR – Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam.

Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.

“Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.

“Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.

Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.

Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.

“Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.

“Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut,” ujarnya.

Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.

“Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya,” katanya.

Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.

“Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur,” ujarnya. (mstar.com.my)
Thursday, 28 June 2012
14:18 0

18 Sebab Jin Merasuk Manusia! - (Berserta Video!)


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


14:10 1

Martabat Seorang Wanita??

Sesungguhnya didalam Islam martabat wanita telah dinaikkan sebegitu hebat sekali.namun semuanya bergantung pada diri kita sendiri. 

Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui. 
janganlah leka dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara sahaja.

jadilah wanita yang ada MARUAH.
bukan WANITA yang MURAH.
gunalah segala PEMBERIAN dgn sebaiknya.





Monday, 25 June 2012
12:28 0

Airmataku Mengalir Melihat Gambar Ini...



Gambar yang memberikan 1000 makna.


Ia amat menyentuh perasaan . Betapa kasih dan hormat seorang yang berilmu seperti Dr.Asri terhadap seorang guru mursyid TG Nik Aziz tatkala mereka bertemu pagi tadi.

Itulah tradisi orang berilmu zaman berzaman umat Islam kerana umat Muhammad saw telah dididik untuk menghormati dan menyayangi seorang guru apatah lagi guru yang mengajar bab ukhrawi.

Secara jujur, sekalipun ada beberapa bab yang GB kurang setuju dengan pendapat Dr. Asri, tetapi melihat gambar di atas, maka GB terus dapat merasakan di hati ini ada getaran kasih sayang dan hormat kepada beliau juga, kerana beliau menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz.

Hanya si jahil dan si hati yang keras seperti batu yang tidak mengasihi dan menghormati seorang guru seperti TGNA. Apatah lagi yang mencaci, memaki, memfitnah dan mengutuk TG Nik Aziz, pastinya yang hatinya zulmat saja berkelaku demikian.


Lihatlah juga gambar-gambar ini:






Saturday, 23 June 2012
09:02 0

Kisah Seorang Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah




Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.


Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.


Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.


Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam
Friday, 22 June 2012
08:16 0

6 perkara Allah sembunyikan




''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.
Thursday, 21 June 2012
11:55 1

Misteri HAJARUL ASWAD.. Misteri BATU HITAM...




Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".
Wednesday, 20 June 2012
15:32 0

Filem Pendek Menerangkan Hukum Hudud Secara Umum




Sebuah filem pendek yang menerangkan title=”Lihat juga [Video] LAGI HUDUD PAS” href=”http://dinetfm.com/video-lagi-hudud-pas/”>hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video ‘Sembang Rakyat’ yang bertajuk ‘Musim hudud’ dan ‘Hudud PAS lagi’.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...