KONTROVERSI yang melanda artis muda hot Malaysia Anzalna Dan Neelofa ini mengundang reaksi pelbagai pihak, baik menyokong, mengutuk, tak kurang juga atas pagar dan lebih selesa menjadi pemerhati saja.
Konflik yang bukan sahaja melibatkan Anzalna dan Neelofa ini, tetapi juga melibatkan Anzalna dan Zubir , iaitu wartawan yang bertanggungjwab menyiarkan artikel kontroversi tersebut. Penafian demi penafian di buat oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan bahawa kebenaran berada di pihak masing-masing semakin menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan.
Baru-baru ini melalui laman media hiburan GUA, dalam sebuah artikel bertajuk Neelofa VS Anzalna : Anzalna Tidak Setuju Kenyataan Disiarkan! bertarikh 15 June, Anzalna menyatakan perkara berikut :
"Saya tidak pernah bersetuju untuk berkongsi cerita kepada umum"
"Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama"
"Dia (Anzalna) sendiri bersetuju kenyataan itu diterbitkan".
Persoalannya, siapa yang menipu dan siapa yang tertipu? Diharap pihak-pihak yang terlibat dapat segera menyelesaikan kes ini tanpa memanjang-lebarkannya, tidak memanipulasikan kenyataan demi kepentingan peribadi dan 'menyelamatkan' diri yang akhirnya memakan diri sendiri.
0 comments:
Post a Comment