Searching...
Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts
Thursday, 19 July 2012
10:33 7

PANAS!! Video CCTV Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol tersebar!! saksikan!!




Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban itu.

Ini laporan dari Malaysiakini

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu .


Wednesday, 18 July 2012
12:29 0

[Video] Terkini: Anggota Polis Cium Tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. Jom Terjah!!



jadi itu menunjukkan bukan semua polis jahat.
Polis pun bole menilai yg mana intan yg mana kaca.
Simple conclusion pun tak bole nak pikir. Ape pun tak bole.
Thursday, 12 July 2012
15:53 0

Rakyat Saudi Mula Bangkit.


Nampaknya kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang korup dan zalim sudah tidak dapat dibendungkan lagi selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak diikuti rejim Ben Ali kepada rejim Ghadaffi bersama dengan rejim Bashar yang sedang dijatuhkan oleh rakyatnya. 'Arab Spring' sekarang ini telah merebak ke Arab Saudi yang diterajui oleh keluarga Saud.

Satu demi satu rejim yang zalim ditumbangkan dengan kuasa rakyat yang ketika ini melanda dunia Arab walau pun ianya bermula di Asia Tenggara dengan kejatuhan rejim Marcos dan Rejim Suharto. Tidak mustahil perkara ini membawa impak yang besar kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Kita tidak mahu kejadian yang berlaku di dunia Arab merebak ke sini yang mana ia membawa korban yang besar pada rakyat. Apa yang kita mahu ialah menumbangkan kerajaan dengan undi yang ada pada kita kerana kita ingin menumbangkan rejim Umno secara demokrasi walau pun ia sebenarnya jauh dari makna yang sebenar.

Demokrasi di Malaysia bermakna rejim Umno akan mempergunakan segala jentera seperti SPR, JPA, PDRM dan agensi-agensi milik kerajaan demi kepentingan politik mereka. Mereka akan sedaya upaya untuk melakukan penipuan dalam pilihan raya dengan memberi taraf kewarganegaraan secara berleluasa kepada warga asing demi mempertahankan penyalahgunaan kuasa mereka walau pun terpaksa mengadaikan masa depan negara.

Mereka tahu jika mereka kalah maka segala salahgunakuasa akan dibongkar satu demi satu dan kekayaan luar biasa mereka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh kerajaan rakyat. Kerana itulah mereka mempergunakan media massa dengan menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan Bersih 3.0. untuk mengulingkan kerajaan. Memang benar Pakatan Rakyat teramat sangat untuk mengulingkan rejim Umno tetapi melalui saluran yang betul iaitu pilihan raya walau pun penuh dengan penipuan.
Sunday, 8 July 2012
15:25 0

Kanak-kanak 9 Tahun Dengan Skill Pingpong Tingkat 'Dewa'


Kanak-kanak berusia 9 tahun asal AS ini menghentak penikmat Youtube setelah ia memperlihatkan aksinya memasukkan bola ping pong ke dalam gelas. Menariknya, ia melakukan hal itu dari jarak jauh sembari melakukan aktiviti seperti meloncat dan duduk. Makanya tidak hairan jika kemudian ia diigelar sebagai 'dewa' kecil pingpong

Tom Spencer,  berhasil melakukan berbagai aksi sulit memasukkan bola pingpong dari jarak jauh. Aksi tersebut dirakam oleh ayah Tom, Neil Spicer mengup load video itu Jun. Dan hingga kini video yang berjudul 'My 9 year old sons latest ping pong ball tricks', berdurasi 1 minit 27 saat itu menuai kunjungan 900.000 lebih.

Tidak hanya itu, dia langsung menerima permintaan wawancara dari CNN, ESPN, Nickelodeon dan perusahaan video untuk merakam aksi anaknya.

Menurut ceritanya saat diwawancara, Tom mulai tertarik pada trik ping pong sekitar tahun lalu. Ia mengaku belajar aksi ini dari video seseorang di Youtube.

Kanak-kanak ini membuat sendiri tempatnya melakukan aksi, menciptakan idea latihan dan menembak ke arah posisi gelas yang telah dia taruh.

"Idea biasanya bekerja. Sisanya kesabaran," terang Tom dilanjutkan dengan ayahnya Neil, "Itu semua idea anak saya. Saya hanya mengambil gambar saja."

Tom juga tak menampik jika di sana ada pula faktor keberuntungan dalam melakukan aksi. Salah satunya saat melakukan trik gelas bergeser. Ia melakukan dua kali percubaan untuk ambil gambar.

Video aksi Tom Spencer 


Sunday, 1 July 2012
00:20 0

Happy Tree Friends - Siri Kartun Paling Ganas

Happy Tree friends merupakan sebuah siri kartun daripada Mondo Mini Shows yang dihasilkan oleh Kenn Navarro, Aubrey Ankrum dan Rhode Montijo. Walaupun karakternya kelihatan agak comel dan lucu namun setiap episod siri kartun ini mengandungi unsur keganasan melampau dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.


Lagi ganas kalau nak dibandingkan dengan South Park,
Tapi kartun ni memang best, muehehee...

Saturday, 30 June 2012
23:15 0

Google Kini Menawarkan Penggunaan Identiti Google+ Pada YouTube


Dalam usaha untuk mengintegrasikan Google+ dengan lebih menyeluruh pada platform YouTube, kini Google memperkenalkan sokongan penggunaan identiti Google+ pada YouTube, sekaligus mengantikan penggunaan nama pengguna dan identiti yang agak pelik pada YouTube.

Sokongan ini diperkenalkan oleh Google bermula hari ini, apabila anda melayari laman video popular didunia itu, anda diberikan pilihan untuk menggunakan identiti daripada Google+ ataupun identiti YouTube sedia ada. Seperti biasa, sekiranya anda tidak ingin menggunakan info dan nama pengguna daripada Google+, anda masih boleh kekal menggunakan nama pengguna YouTube seperti biasa.

Namun, dengan pengenalan ini, mungkin ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Google menguat-kuasakan untuk semua pengguna menggunakan Google+ seperti medium identiti utama mereka pada produk dan perkhidmatan Google. Google sedia mengatakan mereka mempunyai ratusan juta pengguna aktif untuk laman sosial tersebut, dan semestinya sekiranya ia diintegrasikan dengan lebih meluas pada laman Video YouTube, ia akan menguntungkan laman sosial baru daripada Google itu.

Jadi, bagi anda, adakah anda lebih selesa menggunakan identiti Google+ ataupun YouTube pada laman video popular tersebut?
Thursday, 28 June 2012
02:04 1

Haha..Ambik Kau Nak Wheelie Sangat !!


Ini adalah salah satu video yang tidak digalakkan ditiru aksinya kerana risiko bahayanya terlalu tinggi. Silap-silap, melayang nyawa nanti. Beberapa anak muda sedang gembira apabila salah seorang dari rakan mereka melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motorsikal.

Nak dijadikan cerita, mungkin tertekan pedal minyak motor terlalu kuat, motor yang ditunggang ter’wheelie’ tinggi ke atas. Akhirnya, terhumban ke dalam longkang!


Yang boleh dijadikan lawak dan lucu, tukang rakam iaitu rakan-rakan kepada si penunggang tadi hanya menggelakkan sahaja apa yang terjadi kepada rakannya yang seorang itu. Yang menunggang motor itu pula, terbaring di dalam longkang, tetapi jelaslah reaksi di wajahnya.

Cuma, tak tahu. Dia menangis atau ketawa sama? Macam-macam hal pun ada.

Wednesday, 27 June 2012
Saturday, 23 June 2012
09:57 0

[VIDEO] Senaman Pungkoq Ditangguh, Dapat SMS Amaran Dari Isteri Zahid


Veteran tentera dakwa terima amaran dari isteri menteri

Persatuan Veteran Tentera Melayu menangguhkan rancangannya untuk berdemonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini, kata presidennya Mohd Ali Baharom.

Menurut Ali, penangguhan itu dilakukan kerana Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak berada di pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef) pada tarikh tersebut.

"Kami dapat risikan Datuk Seri Zahid Hamidi tiada di Mindef pada tarikh itu. Dia ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari," katanya.

Pada masa yang sama juga, Ali mendakwa isteri Zahid Hamidi juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Ali kemudian menunjukkan satu kiriman SMS di telefon bimbitnya yang berbunyi: "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau bilau depan Mindef".



Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Zahid Hamidi, Datin Seri Hamidah Khamis enggan memberikan sebarang komen berkenaan dakwaan Ali itu.

Beliau sebaliknya mencadangkan Malaysiakini menghubungi Zahid sendiri berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, Ali berkata SMS itu tidak sedikit pun menggentarkan semangat PVTM untuk terus berdemo dan menuntut pembelaan buat veteran tentera.

"Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef. Saya tak ambil 'pot' pun dengan SMS itu," katanya dengan nada tegas dan yakin pada sidang media petang tadi.

Beliau bagaimana pun tetap menggesa Zahid mengambil berat akan kebajikan veteran tentera terutamanya mereka yang bersara tanpa pencen.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Ali menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.

Selepas membacakan tuntutan-tuntutan itu, beliau memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM.

Jika gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat Zahid.

"Kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan," katanya. -mk

Friday, 22 June 2012
13:31 0

Muzik Video : Sami Yusuf & Dato’ Siti Nurhaliza Berkolaborasi, “You Came To Me”



Lagu berunsurkan ketuhanan ini benar-benar menyentuh perasaan dan kami yakin jika anda benar-benar menghayati lirik dan sebutan kalimah suci didalam lagu ini, anda pasti akan menitiskan air mata.

Vokal antara Dato’ Siti Nurhaliza dan Sami Yusuf sangatlah mantap dan menusuk kalbu., anda dengarkan sendiri dan hayati lagu ini ya.

Untuk pengetahuan, lagu ini telah ditulis dan dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.

Wednesday, 20 June 2012
15:46 0

[video] Anak Ikat Ibu Seperti Anjing

VIDEO Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa Berjalan. Sungguh kejam seorang anak apabila mengikat ibunya seperti anjing ketika dibawa berjalan-jalan. Dalam video yang tersebar luas di internet itu, seorang anak mengikat pinggang ibunya dengan tali dan lelaki itu menjadikan ibunya seperti anjing.

Walaupun ibunya itu beberapa kali jatuh tetapi anaknya langsung tidak membantu. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan video itu dimuat naik di internet.

Pihak berkuasa Taiwan menyiasat kejadian itu apabila ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kejam seorang anak yang memperlakukan ibunya seperti anjing. Ikuti video rakaman dibawah untuk melihat secara lebih jelas perlakuan kejam seorang anak kepada ibunya.

Kalau ikut kata anak dia seperti yang disiarkan dalam klip itu, mak dia yang bersalah. Kononnya mak dia yang tak nak dia tolong.
15:25 0

Video - Kereta Hyundai Putus Dua!!!


Dari maklumat dari Youtube,kemalangan ngeri ini membabitkan penumpang Hyundai Sonata meninggal dunia manakala pemandu dan penumpang belakang terselamat.Punca kemalanagan ini samada Hyundai Sonata terhempas atau hilang kawalan sebelum dilanggar oleh Kia Sportage dan kemudian oleh van mini pada kelajuan yang tinggi.


Monday, 18 June 2012
09:06 0

18SX: PAK HAJI PAKAI SONGKOK SLAMBER MENARI DENGAN PENARI GOYANG GERUDI



Video ini dirakam di Indonesia. Tidak hairanlah mengapa Indonesia sering dilanda malapetaka. Mungkin segala bencana yang datang itu adalah isyarat dari Allah.


Sunday, 17 June 2012
03:47 0

Mae Toi Kisah sedih yang menusuk kalbu


Pernahkan Anda Bertanya "Apakah Hidup Yang Bernilai Itu?" Dicerikan sebuah kisah, Toi nama seorang wanita miskin yang ditinggal oleh suaminya.

 Kemudian Kitty Ayah ibunya bercerai. Mack, dia menderita polio, dan  Toe, dia adalah seorang pencuri. Ketiga orang ini memiliki ibu yang sama yaitu Mae Toi. 
Dia yang merawat anak-anak tersebut, Mae Toi Menderita Kanker, dia tidak bisa hidup lebih dari 2 tahun tapi dia mengatakan "Sudah sangat Bersyukur" "Saya bisa melakukan banyak hal dalam 2 tahun" dia mengajarkan anak-anaknya bahwa hidup yang bernilai adalah bukan hidup kaya, bukan hidup untuk dihormati, juga bukan hidup yang lama. 
Tapi sebuah hidup untuk "Menjadi Orang Yang Bernilai"'  dan "hidup yang menjadi orang lain jadi bernilai juga"

Silahkan saksikan Videonya langsung di bawah ini


Friday, 15 June 2012
13:47 0

Dokumentari: Hacker The Realm

Dokumentari Australia yang diarahkan oleh Kein Anderson mengenai komuniti hacker terkenal yang berpusat di Melbourne, Australia pada akhir 80an sehingga awal tahun 1990. Jalan cerita berkisar tentang penggodam remaja Australia yang bernama Electron dan Phoenix juga merupakan ahli elit bagi kumpulan hacker yang dikenali sebagai The Realm.



*Lepas ni boleh lak buat dokumentari Syakila Daniel. wkwkwkwkw.



Wednesday, 6 June 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...