Searching...
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
10:48 0

LAWAK 5 Gambar Artis Ketika Terjatuh yang Memalukan


Menjadi Selebritis terkenal adalah harapan bagi hampir semua orang. Namun jadi selebriti terkenal akan membuat seseorang selalu diburu oleh jurugambar.

Tingkah lakunya akan sentiasa di awasi oleh kamera, untuk mengabadikan momen-momen berharga dari setiap aktiviti si Selebritis.

Berikut ini Gambar-Gambar selebriti terjatuh yg tertangkap kamera, kelihatan lucu dan menggelikan. 

Thursday, 30 August 2012
15:17 0

Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan

Paparan yang dikongsi ini hanya hiburan semata-mata daripada 1malaysianews.
Lawak Giler Sedih Amir (Peserta Raja Lawak) dikenakan. Gambar ini bukanlah daripada Amir sendiri, gambar ini dibuat-buat untuk dijadikan bahan jenaka.. Pesanan 1malaysianews, janganlah bertanyakan soalan apabila kita tidak dapat menerima hakikat dengan jawapan yang betul-betul ikhlas.


Monday, 20 August 2012
23:57 0

10 Design Cover Facebook Menarik

Dengan adanya Cover Timeline Facebook, pelbagai design boleh dilihat di facebook masing-masing. Semuanya berlumba-lumba untuk memberikan cover facebook mereka cantik dan menarik untuk dilihat.
Di sini admin ingin berkongsi beberapa design cover facebook yang unik serta menarik. Ada 10 koleksi design-design cover timeline facebook yang menarik boleh disaksikan.


Friday, 10 August 2012
21:49 0

Siapa Johari Pain? Pandelela Punya Pingat , Johari Pain Dapat Nama

Semasa admin menaip entry ni, sebenarnya masih lagi ketawa memikirkan nasib seorang mamat bajet hebat di facebook. Kalau semalam Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bergaya Pandelela Rinong dalam acara 10m Platform, tetapi hari ini, seorang lelaki menjadi terkenal kerana kemenangan tersebut, Mungkin boleh diumpamakan , Pandelela Punya Pingat , Johari Pain dapat nama.
Siapa Johari Pain? Selepas melihat foto dibawah mungkin anda akan faham.


Khabarnya , status ini telah dipadam dari wall facebook beliau tetapi ramai yang sudah printscreen statement “berani mati” beliau ini. Satu pengajaran kepada semua, jangan menilik atau meramal sesuatu yang belum berlaku. Kalau dah jadi macam ini, satu Malaysia dapat tahu . Kan dah malu. Mungkinkah abang ni kena sunat sekali lagi? heheheee


Percaya atau tidak, hanya dalam beberapa jam, sudah wujud fanpage seperti berikut :
  • Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat.
  • Kami nak Johari PAIN tunai janji
  • Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
  • Kami semua nak johari pain potong anu
  • Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia
**Dan yang pasti, nama Johari Pain ini sedang trending di twitter. Dan muncul hashtag #JanjiDikerati..Malaysian, you must be joking. Janji Dikerati?? hahaha.. Tak pasal pasal jadi terkenal. Boleh admin gelak lagi tak? hahahahahahhahahaaaaaaaaa.
Sudah puas gelak, mari kita kuatkan hati kita dengan menonton video yang menyentuh hati ini pula. Tipu kalau tak menangis tengok video ini.


Monday, 2 July 2012
01:51 0

(Video) Inilah Permainan Video Paling Menyeramkan Sampai Terkencing Pemainnya



Bagi para pengguna internet sudah lama mungkin anda tahu dengan game perangkap betmen iaitu SCARY MAZE, cara main game ini cukup mudah, anda cukup mengarahkan tetikus anda menuju kotak merah yang ada di hujung maze tapi jangan sampai tekena pinggirannya hehe, game ini mengandungi 3 stage ..Lihat shaja aksi lelaki inilangsung saja  terkejut setengah mati .. sampai memecahkan komputer..Lihat Video nya dibawah



Sunday, 1 July 2012
Saturday, 16 June 2012
23:42 0

Bagaimana Nenek Lakukan Bila Nenek Jadi Pelacur ?


Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.

Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.

Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.

Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.

Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.

Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:

"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."
Friday, 15 June 2012
Thursday, 14 June 2012
Thursday, 7 June 2012
Tuesday, 5 June 2012
Sunday, 3 June 2012
14:01 0

APABILA HAIWAN SUDAH PANDAI MENGGUNAKAN INTERNET. BEGINI JADINYA...


Korang pernah terfikir tak kalau2 lah ditakdirkan haiwan juga mempunyai akal fikiran sebijak manusia? sudah tentu haiwan jugak boleh melakukan hal yang sama seperti manusia..dan pernahkah korang bayangkan apa yang jadi kalau haiwan juga tahu menggunakan internet ^^




<<JOM TENGOK KAT BAWAH NI>>




\/




\/




\/




\/




\/




\/




\/




\/


Huahaha~kantooii Camni la jadinya~kahkahkah!! ^^
Friday, 1 June 2012
00:20 0

Kantoi Ponteng Sekolah!



Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya dan menelefon pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap ni?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.



Pulak.....KANTOI SUDAH!!! HAHAHAHHA!!!
Wednesday, 30 May 2012
09:44 0

Lawak Euro: Bila Apek Tersalah Tatu


Kejohanan bola sepak Euro semakin menjelang tiba. Bagi peminat sukan berkenaan, debaran pastinya makin dirasakan.
Ketika ini ramailah yang datang dari Kodiang atau Batang Berjuntai yang akan membayangkan diri mereka sebagai anak jati benua Eropah.
Sebenarnya, tak kisahlah pasal sikap seperti tu kerana ia hanya untuk seronok-seronok dan menambahkan kehangatan Euro, yang mungkin merupakan kejohanan kedua paling dinantikan dalam kelendar bola sepak selepas Piala Dunia.
Namun, kalau ada yang hendak menjadi fanatik pun, berhatilah-hatilah tahap kefanatikan anda. Jangan sampai jadi macam mamat dalam klip di bawah ini.
Sungguh lawak….
Klip ini dimuat naik 19 April dan setakat ini sudah 200,000 kali ditonton.


Saturday, 26 May 2012
13:07 0

[18+] Cara Mengetahui Umur Seseorang


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya. Wanita itu sudah pun membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan itu, dia singgah sebentar di sebuah kedai mamak untuk membeli surat khabar.

Semasa membayar duit surat khabar itu, diapun bertanya pada mamak tuan punya kedai itu.

“Mamak, boleh tanya tak? awak, agak-agak berapa umur saya sekarang ini?” tanya wanita itu.

“Lebih kurang 30 tahun”, mamak itu menjawab.

“Tidaklah, sebenarnya saya sudah berumur 50 tahun.” jawab wanita itu riang kerana orang masih menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu. Tidak lama kemudian, dia singgah pula ke McDonalds.
Semasa mengorder burger, wanita itu pun mencelah dan bertanya pada awek yang menjaga kaunter. Soalan yang sama seperti yang dia tanya pada mamak tadi.

Awek itupun menjawab, “Entahlah, rasanya dalam 29 tahun kot”.

Wanita itu pun menjawab, “Tidaklah dik, kakak sudah berumur 50 tahun.” Wanita itu bertambah-tambahlah happy, dan menyambung perjalanan untuk pulang ke rumah. Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pakcik tua di satu Bus Stop. Sebab boring tunggu bas lama sangat, wanita itu pun bertanya kepada pakcik itu. Soalan yang sama seperti yang dia tanya pada awek McDonalds tadi.

Pakcik itupun menjawab, “Pak cik sudah tua. Umurpun sudah 75 tahun. Mata pakcik sudah kabur, tapi pakcik boleh tahu berapa umur seseorang wanita itu dengan satu cara. Dulu masa muda-muda dulu pakcik ada belajar.”

“Macam mana caranya?”, tanya wanita itu pula ingin tahu.

“Pakcik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita itu, barulah pakcik boleh bagi tahu dengan tepat”.
Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tahu sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua itu. Akhirnya wanita itu berkata:

“Ahh… tidak kisahlah pakcik, pakcik boleh rasa bahagian sulit saya, saya hendak tahu macam mana pakcik boleh tahu umur saya”.

“Baiklah”‘ kata pakcik tua tu.

Mereka berdua pun pergi kat bahagian belakang bangunan di mana tiada orang. Kemudian pakcik tua itupun menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan start lah meraba alat sulit wanita tersebut. Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata:

“Okay! Okay! cukup tu pakcik, sekarang saya hendak pakcik beritahu berapa umur saya.”

Pakcik itu pun berhenti meraba dan menjawab, “Umur awak sudah 50 tahun.”

Mendengar jawapan pakcik itu, maka terkejut beruklah wanita itu.

“Fuiyooo…macam magic jer, macam mana pakcik boleh tahu?”, tanya wanita tersebut.

Pakcik tua itupun dengan tersenyum lebar menjawab,

“Pakcik beratur belakang awak tadi dekat McDonalds, heheheheh”.
Friday, 25 May 2012
13:36 0

Sakit Malam Pertama



Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

p/s : jangan fikir2 yg bukan2 yerr...





Tuesday, 22 May 2012
13:42 1

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha


cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) peace yow!!
Friday, 18 May 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...