Searching...
Showing posts with label Luar negara. Show all posts
Showing posts with label Luar negara. Show all posts
Thursday, 19 July 2012
09:03 4

Memang Betul Cakap Muhyiddin, Anwar Tidak Popular Di Indonesia.. Baca Laporan Nih




Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini.

Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.


Jakarta masih mesra dengan Anwar walaupun Umno cuba sekat

KUALA LUMPUR — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam.

Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia – pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri.

Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden. “Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini.” kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider.



Selain Anwar, turut sama dalam forum “Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara” yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008.

Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.Jurnal itu dikatakan untuk mencipta “satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia.

Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.

“Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya.
“Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting.” kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu.

Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998.

Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian.

Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian “Tor-tor” dan Gendang “Gordan Sambilan” dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan.
03:54 0

Pasukan Anti Assad Mengatakan Berhasil Tembak Jatuh Helikopter Tentera Di Damasyik




Pejuang Syria mengatakan mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera di daerah Damsyik Qaboun pada hari Selasa lepas (17/7), hari ketiga pertempuran sengit yang terjadu di ibu negara Syria antara pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan lawan-lawannya.

"Helikopter terbang di ketinggian rendah. Sangat mudah untuk menyasarkan mereka menggunakan senjata anti-pesawat," kata seorang pegawai senior pejuang kepada agensi berita Reuters.

Pejuang anti Assad pada Isnin malam lalu mengumumkan pelancaran sebuah operasi serangan skala penuh.

Komando Gabungan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Homs mengatakan operasi mereka dilancarkan dalam menanggapi pembunuhan dan kejahatan biadab yang dilakukan oleh rejim Assad.

FSA, kata kenyataan itu, melakukan "serangan terhadap semua stesen keselamatan dan cabangnya di bandar-bandar dan luar bandar, untuk masuk ke dalam pertengkaran sengit dengan pasukan kerajaan dan menyeru mereka untuk menyerah.
Wednesday, 18 July 2012
01:22 0

Maksiat: Ibu Dan Anak Melekat Ketika Berzina




Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup
Thursday, 12 July 2012
15:53 0

Rakyat Saudi Mula Bangkit.


Nampaknya kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang korup dan zalim sudah tidak dapat dibendungkan lagi selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak diikuti rejim Ben Ali kepada rejim Ghadaffi bersama dengan rejim Bashar yang sedang dijatuhkan oleh rakyatnya. 'Arab Spring' sekarang ini telah merebak ke Arab Saudi yang diterajui oleh keluarga Saud.

Satu demi satu rejim yang zalim ditumbangkan dengan kuasa rakyat yang ketika ini melanda dunia Arab walau pun ianya bermula di Asia Tenggara dengan kejatuhan rejim Marcos dan Rejim Suharto. Tidak mustahil perkara ini membawa impak yang besar kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Kita tidak mahu kejadian yang berlaku di dunia Arab merebak ke sini yang mana ia membawa korban yang besar pada rakyat. Apa yang kita mahu ialah menumbangkan kerajaan dengan undi yang ada pada kita kerana kita ingin menumbangkan rejim Umno secara demokrasi walau pun ia sebenarnya jauh dari makna yang sebenar.

Demokrasi di Malaysia bermakna rejim Umno akan mempergunakan segala jentera seperti SPR, JPA, PDRM dan agensi-agensi milik kerajaan demi kepentingan politik mereka. Mereka akan sedaya upaya untuk melakukan penipuan dalam pilihan raya dengan memberi taraf kewarganegaraan secara berleluasa kepada warga asing demi mempertahankan penyalahgunaan kuasa mereka walau pun terpaksa mengadaikan masa depan negara.

Mereka tahu jika mereka kalah maka segala salahgunakuasa akan dibongkar satu demi satu dan kekayaan luar biasa mereka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh kerajaan rakyat. Kerana itulah mereka mempergunakan media massa dengan menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan Bersih 3.0. untuk mengulingkan kerajaan. Memang benar Pakatan Rakyat teramat sangat untuk mengulingkan rejim Umno tetapi melalui saluran yang betul iaitu pilihan raya walau pun penuh dengan penipuan.
Wednesday, 11 July 2012
14:59 1

Horeee!! dah boleh mengundi.




Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.
Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.

Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.

Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.

Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi.

~Malaysiakini~
Monday, 9 July 2012
12:47 3

Libya: P'raya & Kebangkitan Islam?




ORANG ramai meraikan kejayaan pilihan raya kebangsaan sambil menyaksikan pertunjukan bunga api selepas pusat mengundi ditutup di Benghazi malam kelmarin

 Pilihan raya Libya dianggap berjaya 

TRIPOLI/BENGHAZI - Rakyat Libya melahirkan rasa lega setelah pilihan raya umum pertama dalam tempoh 60 tahun yang berlangsung kelmarin, berjalan lancar di sebalik beberapa insiden keganasan dan bantahan terpencil.

Pentadbiran peralihan Libya dan kuasa Barat menganggap proses demokrasi tersebut berjaya walaupun dua kematian dilaporkan semasa proses mengundi berlangsung. Keputusan awal pilihan raya tersebut yang diadakan bagi memilih 200 anggota dewan perhimpunan Libya, dijangka diketahui hari ini.

Antara isu yang menanti anggota dewan termasuk kebangkitan kumpulan Islam dan tuntutan kuasa autonomi oleh penduduk di timur Libya termasuk di sini. Dewan itu akan berfungsi sebagai Parlimen sementara Libya sehingga satu lagi pilihan raya diadakan tahun depan .

Di Tripoli, orang ramai bersorak gembira dengan pertunjukan bunga api diadakan di ibu kota Libya itu bagi meraikan kejayaan pilihan raya tersebut. Penduduk bandar raya Benghazi pula itu melepaskan tembakan grenad ke arah laut bagi melahirkan kegembiraan mereka.

Malah di bandar kelahiran bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi, penduduknya turut menarik nafas lega selepas proses pengundian berjalan lancar. Sirte mengalami banyak kerosakan selepas menjadi lokasi pertempuran paling sengit pada tahun lalu ketika bandar berkenaan digempur oleh kumpulan-kumpulan penentang Gaddafi.

"Tuhan Maha Besar, ini zaman kebebasan, Sirte kini bebas," kata seorang wanita tempatan ketika meraikan kejayaan pilihan raya tersebut bersama keluarganya.

Mengulas berhubung pilihan raya tersebut, suruhanjaya pilihan raya Libya menyatakan, seramai 1.6 juta atau 60 peratus daripada 2.8 juta pengundi berdaftar telah membuang undi dalam pilihan raya kelmarin.

"Tidak kira siapa pun yang akan diumum sebagai pemenang nanti, pemenang pertama pilihan raya ini adalah rakyat Libya," kata pengerusi suruhanjaya pilihan raya, Nuri Al-Abbar pada satu sidang media kelmarin.
Sekitar 3,700 calon bertanding dengan Parti Keadilan dan Konstruksi yang dinaungi pegerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan parti liberal Al-Watan dilihat berpeluang memenangi pilihan raya tersebut.
Sunday, 8 July 2012
08:28 0

[BERGAMBAR] Donna ElJammal, Polis Bertudung Pertama Di Sweden


Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.






07:55 0

Rakyat Libya mengundi selepas lebih 50 tahun


SEJUMLAH wanita beratur untuk mengundi pada pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional di sebuah pusat membuang undi di Tripoli semalam.

TRIPOLI/BENGHAZI – Penduduk Libya yang girang dengan sebahagiannya menitiskan air mata, berpisah dengan legasi Muammar Gaddafi semalam apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum bebas pertama yang diadakan dalam tempoh lebih 50 tahun.

"Sukar untuk saya menceritakan perasaan saya. Kami (rakyat Libya) membayar harga tinggi untuk kebebasan ini (pilihan raya),” kata Zainab Masri.

Bertugas sebagai seorang guru, Zainab, 50, ialah wanita pertama yang membuang undi di sebuah pusat mengundi di Tripoli semalam.

“Dua ahli keluarga saya mati semasa kebangkitan menentang Gaddafi. Saya yakin masa depan akan lebih baik buat Libya,” ujarnya.

Namun, di Benghazi dan beberapa bandar lain di selatan Libya, sebanyak 101 pusat membuang undi terpaksa ditutup buat sementara waktu semalam akibat perbuatan sabotaj.

“Terdapat 94 peratus pusat mengundi di Libya yang dibuka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Nuri Al-Abbar kepada wartawan di ibu kota Libya, Tripoli.

Menurutnya, proses membuang undi berlangsung di 1,453 daripada 1,554 pusat mengundi di seluruh negara.

“Sebahagian pusat mengundi tidak dibuka atas sebab keselamatan dan logistik,” ujar Nuri.

“Kami sedang menangani masalah ini dengan menghantar bahan mengundi ke pusat-pusat tersebut supaya orang ramai boleh mula mengundi,” tambahnya selepas lima jam proses mengundi bermula di Libya pada pukul 8 pagi.

Menurut Nuri, kebanyakan perbuatan sabotaj berlaku di timur Libya yang merupakan pusat kebangkitan rakyat Libya menentang Gaddafi pada tahun lalu.

Jelasnya, sebahagian penduduk rantau berkenaan yang kaya dengan minyak, menentang pilihan raya tersebut kerana mahukan pemerintahan autonomi.

Sekitar 3,700 calon bertanding pada pilihan raya berkenaan yang dinamakan pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional yang bertujuan untuk memilih 200 anggota dewan Parlimen sementara Libya.

Anggota dewan berkenaan ditugaskan untuk memilih seorang Perdana Menteri dan membentuk perlembagaan baharu sebelum pilihan raya Parlimen penuh diadakan pada tahun depan.

Antara parti politik yang dilihat berpeluang untuk menang dalam pilihan raya tersebut termasuk Parti Keadilan dan Konstruksi yang dinaungi pegerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan parti Al-Watan.
Saturday, 7 July 2012
17:11 0

WikiLeaks dedah rahsia terbaru





WikiLeaks dedah lebih dua juta emel rahsia politik di Syria untuk peringkat pertama, kelmarin.

LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, kelmarin mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan termasuk pelbagai kementerian di Syria yang bertarikh dari Ogos 2006 sehingga Mac lalu.

Jurucakap laman itu, Sarah Harrison berkata, pendedahan peringkat pertama ini melibatkan 2,434,899 emel termasuk 68,000 dalam bahasa Rusia.

Dalam satu kenyataan, pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyatakan tindakan mereka membocorkan emel rahsia tersebut tidak hanya akan memalukan kerajaan kerana ia turut melibatkan pembangkang di negara itu.

"Kami tidak berniat mengkritik mana-mana pihak tetapi tujuan utama WikiLeaks adalah untuk memahami kepentingan, tindakan dan cara pemikiran mereka serta konflik yang sedang berlaku pada masa ini," katanya.

Antara kandungan emel tersebut mendakwa syarikat pertahanan gergasi Itali, Finmeccanica masih terus membekalkan alat komunikasi kepada rejim Presiden Bashar al-Assad selepas pergolakan tercetus pada Mac tahun lalu.

Sementara itu, agensi berita Al-Akhbar di Lebanon yang sebelum ini menyokong kerajaan Syria memaklumkan mereka akan menjalinkan kerjasama dengan WikiLeaks untuk mendedahkan lagi emel mengenai politik dalaman negara itu dan urusan perniagaan elit mereka.

Mac lalu, akhbar Britain, The Guardian juga mendedahkan kandungan ribuan emel peribadi Asma, isteri kepada Assad yang menunjukkan dia berbelanja mewah secara dalam talian
walaupun Syria sedang bergolak.

Pendedahan itu menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara untuk mengenakan sekatan ke atas beliau termasuk larangan melancong dan berbelanja di negara anggota mereka.
15:40 0

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu. Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.
Sunday, 1 July 2012
17:21 0

.Bekas PM Israel, Shamir Meninggal Dunia


JERUSALEM – Bekas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Shamir meninggal dunia pada usia 96 tahun, kata pegawai negara itu.

“Yitzhak Shamir sudah meninggalkan kita,” kata kenyataan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Netanyahu melahirkan rasa sedih terhadap pemergian bekas Perdana Menteri negara itu.
16:26 0

Budak Buli Orang Tua Digantung Persekolahan


New York – Empat pelajar di New York yang membuli kelindan bas sekolah telah digantung persekolah selama setahun dan dalam tempoh berkenaan mereka akan diajar oleh tutor di luar sekolah.

Mereka juga diarahkan menjalani khidmat masyarakat selama 50 jam dengan warga emas dan akan diberikan latihan mengenai aspek tingkah laku.

Pelajar terbabit, bagaimanapun tidak berdepan tuduhan jenayah dan keluarga mereka juga bersetuju supaya pihak berkuasa mengumumkan keputusan itu selepas siasatan dalaman dijalankan.

“Setiap pelajar mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menerima keputusan yang dikenakan ke atas mereka,’’ katanya jurucakap Jabatan Pendidikan.

Keputusan berkenaan diambil oleh jabatan itu selepas rakaman aksi mereka membuli wanita tua itu telah dimuat naik dalam Youtube.

Rakaman yang memaparkan empat remaja membuli seorang warga emas, Karen Klein, 68, hingga wanita itu menangis telah ditonton 7 juta kali dalam Youtube.

Kejadian itu dirakamkan melalui telefon bimbir pada 18 Jun lalu dan dimuat naik ke Youtube dua hari selepas itu.

Rakaman selama 10 minit itu menunjukkan bagaimana Klein, seorang ibu tunggal telah diejek oleh pelajar berkenaan “Awak tidak mempunyai keluarga kerana semuanya membunuh diri. Mereka tidak mahu mendekati awak,’’.

Menurut Klein, dia menangis kerana sedih dan tidak tahu sama ada pelajar berkenaan menyedari atau tidak bahawa anak sulungnya telah membunuh diri 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Klein telah mendapat simpati jutaan orang selepas mereka menonton rakaman berkenaan.

Dia telah ditawarkan lawatan ke Disney World di California manakala pesawat Southwest Airlines berbesar hati menaja penerbangan ke situ ke untuk Klein dan lapan orang cucunya.

Klien juga diberikan percutian percuma selama seminggu di Hilton Sandestin Beach Golf Resort di Florida.

Sementara kutipan derma secara dalam talian untuk Klein kini meningkat hingga $650,000.
16:02 0

Nenek Berenang Sejauh 166km


FLORIDA – Seorang nenek berusia 49 tahun, terjun ke laut awal pagi kelmarin untuk berenang dari International Yacht Club di barat Havana menuju ke Key West, Florida sejauh 166 kilometer.

Penny Palfrey, ibu kepada tiga anak dan mempunyai dua cucu, akan mengambil masa 40 dan 50 jam untuk berenang ke Florida.
“Rasa seronok, tapi juga risau,” kata Palfrey kepada wartawan sebelum terjun.

Perenang itu tiba di dermaga dengan mengenakan baju renang biru, topi kelabu dan gogal, lengan dan kakinya disapu losyen. Dia mengibarkan bendera Australia.

Palfrey merentas Tropic of Cancer pada 12.43 petang waktu tempatan, kira-kira lima jam dan 40 minit dan selepas 10 jam dia sudah 29 kilometer dari perairan Cuba.

Palfrey berenang untuk memupuk hubungan persahabatan antara rakyat Amerika dan Cuba
Saturday, 30 June 2012
21:28 0

Jala Duit di India..?


NEW DELHI – Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.

Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang kertas tersebut.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. “Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, tetapi ada yang berjaya mengaut puluhan helai wang kertas bernilai 1,000 rupee,” katanya.

Pegawai polis, Apuba Jibon Baruah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap ketulenan wang itu dan punca kejadian itu.

“Polis percaya siasatan akan berhasil dengan adanya sampel mata wang yang akan di serahkan ke Bank Reserve untuk mendapatkan pengesahan. Kami mengesyaki ianya adalah wang haram,” katanya.

Chachal adalah perkampungan nelayan yang kebanyakannya penduduk miskin.
Wednesday, 27 June 2012
14:56 0

Sujud Syukur Kemenangan Mesir & Putrajaya!




KUALA LUMPUR: Sebaik menerima berita kemenangan Dr. Mohamed Mursi (Presiden baru Mesir), mereka memberhentikan kereta lantas sujud tanda syukur di atas anugerah Allah. Menurut seorang Imam yang baru pulang dari Mesir, beliau melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana lebuhraya yang beliau lalui dari ibu kota ke lapangan terbang Kaherah penuh dengan kereta berhenti.

Dan mereka berhenti bukan untuk membuang air kecil tetapi sujud syukur atas pengesahan kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

"Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya ini selepas 40 tahun berdakwah untuk menyedarkan rakyat Mesir kepentingan politik dalam Islam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Imam ini meninggalkan rumahnya kira-kira jam 1 tengahari menuju lapangan terbang walaupun penerbangannya dari Kaherah ke Kuala Lumpur hanya pada jam 11 malam.

"Namun kerana bimbang jalan jam, saya keluar awal. Bila sampai tengah jalan dalam jam 3.15 waktu Mesir, saya lihat banyak kereta berhenti dan penumpang serta pemandunya sujud di atas jalan raya itu.

"Barulah saya sedar, mereka membuat sujud syukur atas kemenangan Dr Mursi secara rasmi," katanya

Dr Mursi diumumkan menang pilihan raya presiden Mesir kira-kira jam 10.30 malam waktu Malaysia Ahad lepas. Kemenangan beliau diisytiharkan secara rasmi selepas seminggu pilihan raya itu selesai.

Kira-kira sejuta penyokong beliau berkumpul di Dataran Tahrir berkumpul bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengumumkan Morsi sebagai pemenang kerana kiraan yang dibuat oleh Ikhwan sudah menunjukkan Morsi menang.
14:52 0

BEZANYA ISTERI PRESIDEN MESIR DENGAN ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA




ISTERI MURSI ULANGI TOLAK GELARAN 'WANITA PERTAMA' TETAPI 'KHADAM PERTAMA'

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil mengge...larkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.......
ada beza tak.......


Monday, 25 June 2012
10:00 0

Huang Guofu, Pelukis Tanpa Lengan dari China




Meski lelaki ini cacat tanpa lengan, namun kemampuannya memahami dunia seni melebihi manusia normal. Oleh sebab itu kini dia menjabat sebagai wakil kurator Chongqing Talents Museum di China.Kini Huang Guofu (41) tengah menjalani sebuah proyek besar melukis gulungan panjang yang mengisahkan sejarah kota Chongqing.

Dia melukis dengan memanfaatkan anggota tubuhnya yang lain seperti mulut dan kedua kakinya. Berkat kegigihannya menjalani dunia seni, pemerintah setempat akhirnya mendirikan sebuah museum bakat bagi orang-orang cacat. Huang lahir di Tongnan, Chongqing, China.Dia kehilangan kedua tangannya akibat kecelakaan listrik. Sejak usia 12 tahun, dia mulai bertekad melukis dengan mengandalkan kedua kaki dan mulutnya.

Huang berhenti sekolah ketika ia berusia 18 tahun saat ayahnya sekarat dan tak mampu membiayai hidup mereka lagi. Dia mulai mengelilingi sejumlah kota dengan menampilkan kebolehannya melukis di pinggir jalan.

Karya-karyanya menggugah sejumlah pengamat dan akhirnya diundang untuk dipamerkan di pusat kebudayaan China. Tahun 1999, Huang bertemu dengan seorang wanita yang menaruh hati padanya di Provinsi Sichuan. Gadis Hu Guohui itu akhirnya dinikahi Huang setahun berikutnya.

Museum Huang kini memiliki sejumlah pelukis cacat yang berbakat dengan hasil karya mereka kerap dipamerkan di berbagai even seni internasional.
Friday, 22 June 2012
13:07 0

Katy Perry Malu Dengan Pakaian Yang Dipakainya Di MuchMusic Awards

Di acara MuchMusic Awards 2012 berlangsung di Canada baru-baru ini, Katy Perry menerima anugerah untuk kategori yang dipertandingan. Namun, Katy tampil menerima anugerah dengan pakaian yang agak tembus pandang hingga membuatkan dirinya sedikit malu dan segan sebelum sempat menukar pakaian.

Ini kerana sebelum menerima anugerah tersebut, Katy telah membuat persembahan bagi single terbarunya Wide Awake kepada para penonton. Walaubagaimanapun Katy berusaha menutupi bahagian belakangnya dengan trofi yang dimenangi ketika berjalan turun dari pentas.

“I had no idea that I was going to win an award after I performed or I would have worn more clothes.”







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...