Searching...
Thursday, 12 July 2012
15:53 0

Rakyat Saudi Mula Bangkit.


Nampaknya kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang korup dan zalim sudah tidak dapat dibendungkan lagi selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak diikuti rejim Ben Ali kepada rejim Ghadaffi bersama dengan rejim Bashar yang sedang dijatuhkan oleh rakyatnya. 'Arab Spring' sekarang ini telah merebak ke Arab Saudi yang diterajui oleh keluarga Saud.

Satu demi satu rejim yang zalim ditumbangkan dengan kuasa rakyat yang ketika ini melanda dunia Arab walau pun ianya bermula di Asia Tenggara dengan kejatuhan rejim Marcos dan Rejim Suharto. Tidak mustahil perkara ini membawa impak yang besar kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Kita tidak mahu kejadian yang berlaku di dunia Arab merebak ke sini yang mana ia membawa korban yang besar pada rakyat. Apa yang kita mahu ialah menumbangkan kerajaan dengan undi yang ada pada kita kerana kita ingin menumbangkan rejim Umno secara demokrasi walau pun ia sebenarnya jauh dari makna yang sebenar.

Demokrasi di Malaysia bermakna rejim Umno akan mempergunakan segala jentera seperti SPR, JPA, PDRM dan agensi-agensi milik kerajaan demi kepentingan politik mereka. Mereka akan sedaya upaya untuk melakukan penipuan dalam pilihan raya dengan memberi taraf kewarganegaraan secara berleluasa kepada warga asing demi mempertahankan penyalahgunaan kuasa mereka walau pun terpaksa mengadaikan masa depan negara.

Mereka tahu jika mereka kalah maka segala salahgunakuasa akan dibongkar satu demi satu dan kekayaan luar biasa mereka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh kerajaan rakyat. Kerana itulah mereka mempergunakan media massa dengan menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan Bersih 3.0. untuk mengulingkan kerajaan. Memang benar Pakatan Rakyat teramat sangat untuk mengulingkan rejim Umno tetapi melalui saluran yang betul iaitu pilihan raya walau pun penuh dengan penipuan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...