Searching...
Showing posts with label Tech. Show all posts
Showing posts with label Tech. Show all posts
Monday, 16 July 2012
03:31 0

Permainan The Dark Knight Untuk Android Dan iOS Pada 20 Julai Ini


Nampaknya, akhir-akhir ini Gameloft agak aktif mengeluarkan permainan berasaskan filem, dimana selepas SpiderMan, kini mereka bakal melancarkan permainan The Dark Knight pada platform iOS dan juga Android pada 20 Julai ini.



Walaubagaimanapun, sama ada ia akan ditawarkan secara percuma atau sebaliknya tidak diketahui lagi buat masa ini. Sebelum ini, Gameloft menawarkan permainan Men In Black 3 secara percuma dengan sokongan pembelian dalam aplikasi, manakala permainan SpiderMan ditawarkan secara berbayar.

Sama seperti beberapa permainan sebelum ini, The Dark Knight ini kelak turut akan membawakan permainan berasaskan kepada jalan cerita filem tersebut kelak.

Bagi mereka yang gemarkan permainan Batman, mungkin boleh nantikan permainan terbaru daripada Gameloft ini bersempena dengan tayangan filem Batman di pawagam kelak. Sama-sama kita nantikannya pada 20 Julai kelak.
Sunday, 15 July 2012
00:38 0

Bagaimana Merakamkan Paparan Skrin Dengan Pantas Pada Windows?



Pada Windows, salah satu fungsi yang sering yang rindukan daripada Linux adalah sokongan merakamkan skrin dengan pantas, melalui hanya menekan satu butang sahaja. Berbeza pada Windows, selepas menekan butang Prt Sc, para pengguna perlu paste pada Paint atau aplikasi lain, sebelum dapat menyimpannya.

Perkara sama juga untuk Snipping Tool pada Windows 7 yang memerlukan beberapa langkah sebelum dapat menyimpan sesuatu gambar paparan skrin.

Dan untuk memudahkan ia, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah LiveCapture. LiveCapture merupakan salah satu aplikasi percuma yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar skrin dengan hanya menekan satu butang sahaja, seterusnya menyimpannya terus tanpa perlu melalui pelbagai proses. Fail yang dirakamkan disimpan dalam bentuk JPG, selain memberikan pilihan untuk anda membuka terus pada Paint dan sebagainya.

Aplikasi ini amat berguna sekiranya anda sering merakamkan gambar skrin dengan pantas, sebagai contoh ketika menonton siaran langsung melalui web dan sebagainya. Ia juga turut menyertakan sokongan Timing Capture, membolehkan anda menetapkan untuk merakamkan selang beberapa saat dan sebagainya. Sebaik sahaja dipasang, ia akan ditetapkan untuk dimulakan bersama-sama dengan komputer anda, yang mana semestinya boleh diubah oleh anda melalui MSConfig.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun LiveCapture secara percuma terus daripada laman Google Code rasmi mereka, dan mencubanya sendiri pada Windows anda.
00:27 0

Twitter Versi Terbaru Untuk iPhone Dan Android




Twitter mengeluarkan versi terbaru aplikasi mereka bermula dari 10 Julai 2012 untuk iPhone (versi 4.3) dan Android (v3.3.0). Ada banyak pembaharuan diketengahkan. Kali ini, mesej yang ditulis sudah boleh melangkaui 140 aksara melalui ciri expanded tweets, kemaskini sesuatu acara melalui hastag yang jauh lebih bagus juga dimasukkan, pengenalan ciri search autocomplete untuk mempercepatkan sesuatu carian, akhir sekali ciri notifikasi versi baharu yang lebih mesra pengguna. Pengguna Twitter di Android atau iPhone akan mendapat mesej notifikasi setiap kali ada pengguna lain mem’follow’ serta setiap kali mesej di Tweet semula oleh pengguna Twitter lain – namun bagi pengguna Twitter dengan pengikut berjumlah puluhan ribu mungkin notifikasi ini akan mengganggu privasi terutama ketika waktu rehat sebab ia asyik memberitahu di notifikasi. Pengumuman mengenai versi terbaru aplikasi Twitter untuk iPhone serta Android di buat oleh Sung Hu Kim (Pengurus Produk di Twitter) dalam satu entri di blog rasmi Twitter. Anda boleh download Twitter untuk iPhone versi baharu di sini, untuk versi Android pula Anda boleh download di sini..
00:23 0

HTC Vertex HD Dengan Nvidia Tegra 3



Dalam liputan lalu kami ada berkongsi cerita mengenai HTC yang mahu mengeluarkan tablet Androidterbaru mereka selepas menegluarkan dua tablet Android sebelum ini – HTC Flyer dan HTC Jetstream. Model terbaru tablet Android HTC adalah HTC Vertex HD, menggunakan Android 4.0sebagai sistem operasi, prestasinya dipacu oleh cip pemproses Nvidia Tegra 3 (sama seperti di dalam Nexus 7) yang berciri empat teras. Skrinnya pula bersaiz 10 inci dilengkapi ciri HD serta memiliki resolusi maksima 1280 x 800 piksel. Kamera bahagian belakang HTC Vertex HD menggunakan lensa 2MP manakala lensa di kamera digital bahagian depan tablet cuma berkuasa 1.3MP sahaja, tapi lebih baik dari tiada langsung. Ciri lain yang turut dimuatkan adalah sistem audio hebat dari Beats By Dr Dre serta capaian Bluetooth 4.0. Senarai spesifikasi lengkap, harga sebenar dan tarikh pelancaran sebenar masih tidak diberitahu oleh HTC kerana masih belum ada pengumuman rasmi mengenai HTC Vertex HD ni. Apa-apapun, kemunculannya menambahkan lagi kehangatan pasaran tablet yang kini makin hangat dengan kemunculan Nexus 7 serta kemunculan akan datang beberapa lagi model tablet baharu –Kindle Fire 2, iPad Mini, Galaxy Note 10.1 serta Galaxy Tab 2 10.1.
00:17 0

Samsung Galaxy Note II, Ogos 2012



Sebuah laman berita gajet elektronik di Korea, DDaily melaporkan bahawa Samsung akan memperkenalkan peranti terbaru mereka – Samsung Galaxy Note 2 menjelang Ogos 2012 ketika acaraIFA 2012 berlangsung di Berlin bermula 31 Ogos 2012 hingga 5 September 2012. Agensi berita Korea itumemberitahu Samsung akan mengadakan sidang media khas pada 30 Ogos 2012 pada jam 7 malam di Berlin untuk mengumumkan pelancaran rasmi Galaxy Note 2, penjualan rasmi Galaxy Note 2 pula akan dibuat menjelang September 2012 supaya peminat Samsung tidak menunggu lama, lagipun iPhone 5 diwarkan-warkan muncul sekitar minggu pertama Oktober 2012 jadi Samsung perlu bertindak pantas. Mengenai spesifikasi Galaxy Note 2 akan dimunculkan dengan skrin 5.5. inci, kamera belakang yang dipasang lensa berkuasa 8MP atau 12MP, menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, cip pemprosesnya pula adalah dari jenama Exynos berciri quad core yang dibina sendiri oleh kilangSamsung. Samsung merupakan rakan niaga terbaik pihak Android maka tidak ada masalah untuk Samsung memasang versi terbaru sistem operasi Android ke dalam peranti mereka. Harga Samsung Galaxy Note II di Malaysia pada jangkaan kami berada pada paras RM1,999-RM2,200 saat mula dibawa masuk ke sini sepertimana harga Galaxy Note edisi pertama sekali ketika dibawa masuk ke Malaysia pada Oktober-November 2011.
00:05 0

Amazing Alex Sedia Dimuat Turun



Permainan Amazing Alex hasil kerja tangan terbaru Rovio, pembuat asal Angry Birds, sudah dibuka untuk muat turun. Berbeza dengan Angry Birds yang merupakan permainan berasas sling shot, Amazing Alex dibina berasakan puzzle – pemain perlu bijak mencipta reaksi berangkai. Permainan ini mengajak si pemain mencipta pergerakan kinetik satu benda yang akan memberi kesan kepada benda lain yang disentuh oleh benda itu, memberi kebebasan kepada si pemain untuk berfikir secara kreatif. Berbanding dengan Angry Birds yang cepat difahami oleh kanak-kanak pada umur bermula dari 3 tahun kerana hanya perlu tarik lastik, tahan kemudian lepas untuk menjahanamkan rumah Khinzir Hijau,Amazing Alex kami rasakan sesuai untuk kanak-kanak pada umur 5-7 tahun kerana memerlukan kanak-kanak itu faham kegunaan sesuatu objek yang ada di skrin terlebih dahulu, kecekapan mereka bermain bergantung pada penaakulan minda kanak-kanak tersebut.. ia boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja sebenarnya terutama yang sukakan permainan jenis ‘memerah otak’, Amazing Alex dimuatkan 100 level berbeza serta 35 objek berbeza untuk dimainkan di empat tempat berbeza. Muat turun Amazing Alex untuk peranti iOS (berharga $0.99 Dolar) di sini… dan untuk Android (tablet & telefon pintar) di sini.. Untuk Android, Amazing Alex dikeluarkan dalam versi percuma, versi berbayar ($0.99 Dolar Amerika) serta versi HD dijual pada harga $2.99 Dolar Amerika.
Saturday, 14 July 2012
23:52 0

Virus Super Mario Di Google Play



Berhati-hati, jika anda sedang melayari Google Play melalui telefon pintar Android dan menjumpai laman Super Mario (permainan popular) perlu berhati-hati kerana laman aplikasi itu disyaki sebagai virus tersebunyi yang sedang menyamar. Selain Super Mario, aplikasi permainan GTA 3 Moscow Cityjuga turut memgalami hal. Malware yang bersembunyi sebagai Super Mario dan GTA telah di kenal pasti oleh Symantec Security (pengeluar produk anti virus Norton) dan dilabel sebagai“Android.Dropdialer”. Apabila aplikasi yang mengandungi virus ini sudah di install dalam peranti pengguna ia akan memuat turun beberapa lagi fail tambahan dari internet dikenali sebagai “Activator.apk”. Cara serangan – virus itu membuat penghantaran sms ke nombor premium yang akhirnya akan mengayakan pencipta asal virus tersebut tapi menambah beban kewangan kepada si pemilik telefon. Bil meningkat, prepaid habis kering dalam masa yang singkat.
23:50 0

Pembeli Awal Nexus 7 Mula Terima Tablet Mereka



Pembeli Nexus 7 yang sudah membuat pesanan awal terlebih dahulu sudah boleh datang lalu mengambiltablet Nexus 7 kepunyaan masing-masing kemudian membawanya pulang. Buat masa ini, pembelianNexus 7 secara walk-in sepertimana membeli tablet Android lain secara biasa di kedai komputer masih belum lagi bermula, fasa sekarang hanya lebih kepada penghantaran serta pemberian tablet yang dibeli secara pesanan awal (pre-order) sahaja. Google sedang bersiap-siap untuk menghantar Nexus 7kepada pembeli yang sudah membuat pre-order melalui laman web Google Play. Untuk info harga Nexus 7 jika di Malaysia hanyalah RM600 untuk versi 8GB yakni versi paling mampu milik buat golongan marhaen serta sekalian rakyatm jauh lebih murah dari tablet 1Malaysia Pad. Antara dua outlet pertama di pasaran Amerika yang kini sudah memberi Nexus 7 kepada pembeli awal mereka adalah Gamestop dan Staples, Nexus 7 masih lagi belum ada di jual di Amazon kerana Google masih dalam proses memintakebenaran dari Amazon sama ada Nexus 7 boleh dijual di laman web Amazon atau tidak.
23:47 0

Samsung Galaxy S3 Edisi Khas Warna Merah




Samsung Galaxy S3 warna merah adalah model edisi terhad dikeluarkan untuk Verizon, salah sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di luar negara, proses pengambilan pesanan awal untuk Galaxy S3 merah edisi terhad ini telah dibuka bermula sejak 6 Jun 2012, ia dijual pada harga sama seperti warna biasa (White Marble dan Pebble Blue), versi sistem operasi padanya dan spesifikasi komponen tetap sama dengan versi biasa. Oleh kerana ia didibina khas untuk Verizon maka pasti telefon pintar ini telah ‘dikunci’ mengikut spesifikasi Verizon membawa maksud ia dikhususkan untuk nombor telefon dari talian Verizon sahaja, pasti tidak dapat untuk digunakan mengikut nombor telefon dari penyedia telekomunikasi lain termasuklah syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis, Tune Talk serta U Mobile. Edisi terhad Galaxy S3 dalam warna lain turut ada dibina khas oleh Samsung, mereka keluarkan eksklusif untuk AT&T, warnanya pula adalah Garnet Red.
23:44 0

Kenapa Digg Gagal – Kevin Rose



Pengasas Digg, Kevin Rose (dalam gambar di atas), mengatakan Digg gagal mengekalkan prestasi cemerlangnya kerana media sosial meningkat naik. Dahulu, Digg merupakan laman perkongsian bookmark terkenal di mana jutaan pengguna Digg seronok berkongsi link membawa ke kandungan web yang menarik. Kini situasi itu berubah dimana pengguna internet hari ini boleh berkongsi apa jua link melalui akaun sosial mereka terutama di Facebook dan Twitter. Digg telah dijual kepada Betaworks dengan nilai $500,000 Dolar Amerika yang mengejutkan ramai pihak sedangkan Google pernah memberi tawaran mahu membeli Digg sebanyak $200,000 Dolar Amerika pada tahun 2008 tapi ditolak. Melaluimedia sosial pengguna internet dapat mengetahui maklumat terbaru dengan pantas dan cepat tanpa perlu ke Digg, sebelum media sosial meningkat naik satu ketika dulu Digg menjadi tempat di mana berita dan perkembangan terbaru pantas dikeluarkan. Sekarang tidak lagi. Media sosial semakin bagus, dunia semakin terbuka dan maklumat pantas disalurkan. Kevin Rose memberikan kenyataan dalam satu temuramah khas.
23:37 0

Bagaimana Menggunakan Google Chrome Dalam Bahasa Malaysia?



Google seperti kebanyakkan perkhidmatan mereka, turut sama menawarkan sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web popular mereka. Namun, perkara ini perlu diaktifkan secara manual oleh para pengguna, sekaligus membolehkan mereka menikmati pelayar web Chrome dalam bahasa kebangsaan.


Untuk mengubahnya kepada bahasa Malaysia, anda hanya perlu:

Layari laman tetapan Google Chrome dengan ke bahagian Settings.
Buat pilihan Advanced Settings.
Di bahagian Languages, klik pada butang Languages and spell-checker settings.
Pilih bahasa kegemaran anda, dan tekan butang Add. Bahasa pilihan anda akan diperlihatkan dengan pilihan pada bahagian kanan untuk menggunakan bahasa tersebut pada Google Chrome.
Klik pada butang tersebut, dan mulakan semula pelayar web Chrome anda.



Sebaik sahaja anda memulakan semula pelayar web Chrome anda, ia akan menggunakan bahasa pilihan anda. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini, dan menggunakan Chrome dengan bahasa kegemaran anda.

01:27 0

Bagaimana Mengemaskini Aplikasi Pada Windows Dengan Mudah?



Pada Linux, salah satu perkara yang diminati kami adalah kebolehan untuk mengemaskini terus melalui Terminal dengan mudah. Namun, pada Windows kebanyakkan perisian perlu dikemaskini secara manual, yang memakan sedikit masa untuknya. Untuk memudahkan para pengguna Windows, salah satu aplikasi yang memudahkan proses mengemaskini adalah Appupdater.

Appupdater merupakan perisian percuma, membolehkan anda menyemak senarai aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda, dan mengetahui sama ada terdapat sebarang versi baru untuknya ataupun tidak. Sekiranya ya, anda boleh memuat-turun terus daripada aplikasi tersebut serta-merta, dan mengemaskini perisian anda.

Disamping itu, anda juga turut sama boleh menggunakan Appupdater dalam mencari perisian percuma untuk komputer anda, yang mana kebanyakkan merupakan aplikasi berasaskan sumber terbuka.

Walaubagaimanapun, melalui Appupdater, kemaskini yang diperlihatkan adalah bukan dalam masa-nyata, dan mengambil sedikit masa sebelum kemaskini diperlihatkan padanya. Perkara ini kami perasan apabila pemain media VLC telah mengeluarkan kemaskini versi 2.0.2, tetapi pada Appupdater masih memaparkan versi 2.0.1.

Namun, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengemaskini semua perisian yang sedia terpasang pada komputer anda dengan hanya beberapa klik sahaja. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun Appupdater hari ini untuk Windows, dan mencubanya sendiri.
Thursday, 5 July 2012
21:12 0

Ikut Panduan Membaiki Peralatan Elektrik Dan Komputer Pada Peranti Mudah-Alih Anda


Untuk mereka yang gemar membaiki peralatan elektrik atau komputer, seperti komputer riba, telefon mudah-alih, tablet dan sebagainya, mungkin laman iFixit adalah salah satu laman yang tidak asing bagi anda. Dan untuk memudahkan anda melakukan pelbagai proses membaiki, mereka turut sama menyediakan aplikasi mudah-alih mereka untuk pelbagai platform.

Seperti umum sedia maklum, ketika membaiki salah satu perkara, adalah lebih mudah untuk merujuk kepada telefon atau tablet berdekatan anda, berbanding ke komputer untuk melakukan rujukan. Dengan konsep ini, iFixit menawarkan aplikasi mudah-alih mereka secara percuma kepada platform iOS, Windows Phone, dan terbaru untuk pengguna Android.

Aplikasi mudah-alih iFixit menawarkan kandungan yang serupa seperti pada web rasminya, dimana turut dibawakan dengan pelbagai gambarajah untuk memudahkan rujukan dan sebagainya. Melaluinya, ia menawarkan tutorial dan panduan membaiki pelbagai perkara, termasuk MacBook, iPad, Tablet, komputer riba, kamera, sehinggalah kepada motosikal dan juga kereta.

Sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini untuk rujukan anda pada peranti mudah-alih anda, dan lakukan rujukan dari semasa ke semasa dengan mudah.
iFixit untuk iOS
iFixit untuk Windows Phone
iFixit untuk Android




21:10 0

Pastikan Komputer Anda Bebas DNS Changer Untuk Terus Melayari Internet


Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai malware yang mengubah pelayan DNS anda, dan CyberSecurity Malaysia menyediakan cara mudah menyemak sama ada komputer anda dijangkiti ataupun sebaliknya. Kini, untuk memastikan anda dapat menggunakan internet seperti biasa, anda hendaklah memastikan komputer anda bebas daripadanya, memandangkan pelayan yang disalahgunakan itu akan dimatikan sepenuhnya pada 9 Julai kelak.

Pihak FPI daripada Amerika Syarikat mengatakan yang mana mereka akan mematikan pelayan DNS yang digunakan untuk mengendalikannya, sekaligus membuatkan komputer yang dijangkiti dengannya hampir tidak dapat mengakses laman-laman web lain seperti biasa.

Apa itu DNSChanger?

DNSChanger ialah perisian merbahaya (malware) yang menukar tetapan Domain Name System (DNS) pengguna, untuk mengalihkan trafik ke laman yang berpotensi tidak sah atau tidak dikehendaki.

Pada November 2011, FBI telah menumpaskan rangkaian penjenayah siber yang dipercayai bertanggungjawab ke atas penyebaran DNSChanger ke seluruh dunia.

Kira-kira empat juta pengguna telah terjejas di seluruh dunia. Untuk mengelakkan mangsa malware ini dari kehilangan perkhidmatan internet mereka, FBI telah bekerjasama dengan Internet Systems Consortium (ISC) untuk menubuhkan dan mengendalikan satu penyelesaian DNS sementara, sementara memberi peluang kepada ISPuntuk membantu pelanggan/pengguna mereka untuk membuang jangkitan DNSChanger ke atas mesin mereka.

Penyelesaian sementara ini dijangka akan dimatikan seawal 9 Julai 2012. Ia memungkinkan pengguna yang dijangkiti DNSChanger akan tidak dapat untuk berhubung ke internet setelah penyelesaian DNS sementara ini dimatikan.

Bagi anda yang ingin memastikan komputer anda bebas daripadanya, boleh melayari laman khas yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia, sekaligus memastikan komputer anda bebas daripadanya. Sekiranya dijangkiti, pihak CyberSecurity menyediakan beberapa langkah untuk membaik pulih, dan mengembalikan komputer anda seperti sedia-kala.
Wednesday, 4 July 2012
01:31 0

Hairie Othman Terima 50k Untuk Sekali Ceramah PAS?



Rasanya ramai yang sudah sedia maklum yang Hairie Othman antara artis kita yang menyertai PAS sebelum ini dan pada 1 Julai yang lalu, Hairie Othman telah mengeluarkan satu tweet yang mengatakan beliau menerima 50’000. untuk satu ceramah PAS.. Hairie Othman juga mempersoalkan adakah UMNO mampu membayar wang sebanyak itu untuk satu ceramah?..

Tertanya-tanya juga, adakah lambakan artis kita yang menyertai parti politik baru-baru ini kerana wang ringgit ataupun mereka betul-betul ingin memperjuangkan nasib negara kita?.. ataupun kedua-duanya sekali?.

Apa-apa pun PRU ke-13 sudah semakin hampir.. sama-sama lah kita turun mengundi bagi memilih kerajaan yang mampu membangunkan negara kita dan bukannya kerana wang ringgit..
00:26 0

Bagaimana Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows?



Bagi para pengguna Windows, mungkin anda sedia mengenali akan aplikasi yang dinamakan BlueStacks. Untuk makluman, BlueStacks merupakan salah satu perisian menarik untuk para pengguna Windows, membolehkan mereka menjalankan ratusan ribu aplikasi Android terus pada desktop dan juga komputer Windows anda.

BlueStacks masih lagi pada peringkat beta buat masa ini, dan ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya. Setelah dipasang, ia akan memerlukan pengguna memuat-turun data tambahan, yang mengambil masa beberapa minit.

Sebaik sahaja selesai dipasang, ia akan memperlihatkan dua aplikasi terbina yang didatangkan bersama dengannya, pada masa yang sama memuat-turun beberapa aplikasi Android terus ke desktop anda.

Pada masa yang sama, para pengguna juga turut boleh membuat carian aplikasi Android yang diingini oleh mereka, dan ia akan dicari pada beberapa kedai aplikasi untuk Android, termasuk Amazon AppStore dan juga Google Market, sebelum membolehkan anda memasangnya pada BlueStacks.

Walaubagaimanapun, daripada percubaan kami, beberapa aplikasi masih tidak berjalan lancar, malah ada yang tidak dapat dipasang padanya. Mungkin perkara ini adalah kerana ia masih lagi pada peringkat awal, dan memandangkan ia masih dilabelkan sebagai Beta, mungkin ia telah dijangka oleh pembangunnya.

Dari segi antaramuka pula, BlueStacks menawarkan antaramuka yang lebih kurang menyerupai antaramuka Android, dengan sistem pemilihan dan sebagainya. Ia juga turut dioptimasikan untuk peranti sentuh, membolehkan ia beroperasi tanpa masalah pada tablet Windows, mahupun Windows 8.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun BlueStacks untuk Windows, selain mana aplikasi serupa turut ditawarkan untuk para pengguna OS X.

00:21 0

Critical Strike Portable Membawakan Permainan Menyerupai Counter Strike Pada Android Dan iOS

Dengan dunia mudah-alih yang menerima pelbagai permainan menarik, kini permainan seumpama Counter Strike turut dilancarkan dibawah nama Critical Strike Portable. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk Android, dan apa yang menariknya adalah ianya adalah percuma, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna Android, iOS dan juga Windows.

Critical Strike Portable ini membawakan permainan yang amat lancar dengan grafik yang menarik. Ia turut dioptimasikan sepenuhnya untuk para pengguna Android, dan apa yang menariknya, selain daripada bermain Single Player, and ajuga boleh bermain bersama rakan-rakan anda dalam pilihan Multiplayer secara local mahupun melalui internet.

Buat masa ini, Critical Strike Portable telah pun boleh didapati melalui Google Play Store, manakala untuk para pengguna iOS, ia hanya ditawarkan dalam bentuk IPA sahaja buat masa ini.

Jadi, bagi anda yang gemarkan permainan tembak-menembak, mungkin boleh memuat-turunnya, dan memainkannya pada peranti mudah-alih anda hari ini.
00:18 0

LINE – Aplikasi Permesejan Dan Panggilan Suara Percuma Pada Pelbagai Platform


Pada hari ini, terdapat pelbagai aplikasi permesejan yang mesra pelbagai platform. Salah satu yang popular adalah What’s App. Namun, ia mempunyai sokongan yang agak terhad. Sebagai alternatif lain, salah satu aplikasi yang meningkat popular dikalangan pengguna tempatan akhir-akhir ini adalah LINE.

Untuk makluman, LINE merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat dari Korea Selatan, iaitu NHN Corporation, yang sememangnya popular dengan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan web mereka – NAVER.

Apa yang kami tertarik dengan LINE berbanding platform permesejan yang lain adalah sokongan perisian untuk komputer (Windows), selain daripada aplikasi mudah-alih untuk platform iPhone, Android dan juga Windows Phone.

LINE, seperti pelbagai aplikasi permesejan yang lain, menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, dan para pengguna sekadar memerlukan talian internet padanya, untuk penghantaran dan penerimaan data. Memandangkan sememangnya kebanyakkan pengguna telefon pintar mempunyai akses internet, ia mungkin bukan suatu masalah yang besar dalam menggunakannya.

Pada awal penggunaannya, ia akan menghantar sebuah kod khas yang dikhaskan kepada nombor telefon anda, dan ia turut membolehkan anda menambah rakan-rakan sedia ada pada Line, berdasarkan kepada rakan anda menggunakan nombor telefon pada buku alamat telefon anda. Untuk pengguna yang ingin menggunakannya pada desktop, ia memerlukan anda terlebih dahulu mendaftar menggunakan telefon bimbit, dan menggunakan nama pengguna yang sama pada komputer.

Dari segi fungsi permesejan yang disertakan pada LINE, ia menyertakan sokongan stikerdan juga emoticons, membolehkan anda menghantar mesej dalam bentuk interaktif dan menarik lagi berbanding aplikasi yang lain. Ia turut menyertakan sokongan permesejan secara berkumpulan, selain pelbagai sokongan asas yang lain padanya.

Dan bertambah menariknya dan apa yang kami gemarkan mengenai LINE adalah sokongan panggilan suara yang turut disertakan, membolehkan anda membuat panggilan kepada rakan-rakan anda di LINE menggunakan data internet, tanpa sebarang caj tambahan. Ini memudahkan anda sekiranya ingin menghubungi mereka dengan lebih pantas, dan menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih jelas lagi. Namun, kualiti panggilan dilihat lebih baik apabila disambungkan pada WiFi. Dan seperti biasa, ia masih bergantung kepada kelajuan internet anda sepenuhnya.

Sekiranya anda meminati mengikuti selebriti (terutamanya selebriti Korea), maka ada fungsi khas, membolehkan anda menerima kemaskini dan sebagainya terus daripada mereka, pada aplikasi LINE.

Bagi anda yang gemar dan aktif menggunakan aplikasi seperti What’s App dan sebagainya, mungkin boleh mencuba untuk menggunakan aplikasi ini pada peranti anda hari ini, apatah lagi ia turut memudahkan anda membalas mesej terus menggunakan komputer anda.
LINE untuk Android
LINE untuk iOS
LINE untuk Windows Phone
LINE untuk Windows
LINE untuk Mac OS X




Saturday, 30 June 2012
23:33 0

Muat-Turun Chrome Untuk iOS Sekarang


.Akhirnya, setelah diumumkan oleh Google beberapa jam yang lepas, kini Google Chrome telah pun sedia dimuat-turun untuk peranti iOS anda, iaitu iPhone dan iPad, sekaligus memudahkan anda melayari web dan sync akan segala data pelayaran dengan mudah pada pelbagai peranti.

Sama seperti pada versi web, Chrome untuk iOS turut sama membawakan sokongan tab, disamping didatangkan dengan pelbagai fungsi popular, seperti Incognito Mode dan lain-lain. Ia juga menawarkan sokongan untuk anda menghantar tab yang sedang dibuka ke komputer atau Android untuk dibaca secara luar-talian dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Chrome untuk iOs hari ini secara percuma daripada AppStore.
23:26 0

Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk Galaxy S3 Sedia Dicuba


Selepas semalam kita dapat lihat versi pembangunan Jelly Bean untuk peranti HTC One X, kini pembangun bebas turut hadir dengan versi pembangunan Android 4.1 Jelly Bean untuk para pengguna Samsung Galaxy S3. Namun, seperti biasa, ia masih pada peringkat awal buat masa ini.

Pembangunnya mengatakan yang mana ia dibangunkan berdasarkan kepada apa yang terdapat pada Galaxy Nexus dan juga diubah suai sedikit daripada kernel CyanogenMod 9.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, pelbagai perkara masih tidak dapat digunakan sepenuhnya, seperti WiFi, NFC, Audio, Kamera dan pelbagai fungsi yang lain. Namun, perkara ini mungkin akan diatasi dari hari ke hari secara berperingkat oleh pembangun tersebut.

Sekiranya anda menggunakan Samsung Galaxy S3, mungkin anda turut sama boleh merujuk ke laman XDA Developers, dan mengujinya sendiri daripada fail yang disediakan oleh pembangun tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...