Searching...
Showing posts with label Berita Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Berita Luar Negara. Show all posts
Saturday, 13 October 2012
02:21 0

Macam Ini Rupanya Pertandingan Ratu Cantik Di Arab Saudi



ARAB SAUDI – Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Tentu mengejutkan kerana negara tersebut tidak pernah membenarkan wanita memperagakan bentuk badan mereka, apatah lagi membuka aurat di depan khalayak ramai .
Bagaimanapun dalam pertandingan Miss Congeniality ini, wanita yang mengambil bahagian tidak diadili berdasarkan kecantikan, malah ada yang mengambil bahagian dengan memakai purdah.
Sebaliknya mereka dinilai kepada nilai etika masing-masing.
Pertandingan kali ketiga ini bertemakan `etikaku, identitiku” dan diadakan di Qatif.
Dalam pertandingan itu, Maram Zaki al-Saif dipilih sebagai pemenang selepas dia berjaya meyakinkan para judi dengan keyakinan yang tinggi dan mempesonakan penonton.
Selain gelaran berkenaan, Maram turut membawa pulang wang tunai berjumlah lebih $2,000 dolar.
Maram yang berasal dari Taraout itu, berjaya mengalahkan 285 peserta lain yang kebanyakannya berusia antara 16 hingga 24 tahun.
Tempat kedua disandang oleh  Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17 manakala tempat ketiga diraih oleh  Fatema Saeed Al Baik, 23.
Dalam pada itu, pengarah eksekutif pertandingan, Khadra’a Al Mubarak berkata, kriteria utama pemilihan adalah berfokuskan kepada karisma, kaykinan dan kebijaksanaan peserta untuk menjawab soalan yang dikemukakan.
Antara soalan yang dikemukakan ialah `Apa yang akan capai selepas anda memegang gelaran juara ? dan apa yang akan anda sumbangkan kepada gelaran itu sebagai balasan?
Pertandingan itu turut dihadiri oleh golongan wanita yang terdiri daripada selebriti, tokoh media dan ibu peserta.
02:20 0

Anak Madonna Keluar Rumah



Anak Madonna

ANAK perempuan Madonna, Lourdes, 15, mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah ibunya dan tinggal bersama bapanya iaitu jurulatih peribadi, Carlos Leon.
Dia bertindak sedemikian selepas beberapa episod pergaduhan dengan Madonna.
Satu sumber memberitahu majalah Britain, Grazia: “Mereka bergaduh dengan begitu teruk, tetapi Madonna nampaknya sentiasa berusaha untuk menjernihkan keadaan. Dia tidak gembira dengan keputusan anaknya itu, tetapi Lourdes sudah membuat keputusan muktamad.”
Madonna yang juga mempunyai seorang anak lelaki Rocco, 12, melalui perkahwinannya bersama Guy Ritchie selain memiliki dua orang anak angkat iaitu Mercy James, 6, dan David Banda, 7, sanggup membatalkan konsert jelajahnya ke Australia dengan mengatakan: “Anak-anak saya adalah keutamaan.”
Perselisihan faham antara Madonna dan Lourdes dikhabarkan berpunca daripada hubungan sulit penyanyi berusia 54 tahun itu dengan seorang lelaki muda berusia 24 tahun, Brahim Zaibat. Selain itu, ketegasan Madonna dalam menghalang pergaulan Lourdes dengan kawan-kawannya juga antara yang menjadi puncanya.
Selepas Lourdes ditangkap merokok awal tahun lalu, Madonna memberitahu: “Ia sangat sukar. Setiap hari ada sahaja rundingan yang akan dibuat dengan anak saya. Saya memang tidak suka orang merokok, lebih-lebih lagi anak saya.”
Sumber itu juga turut memberitahu, Lourdes tidak sabar lagi mahu meninggalkan rumah dan belajar di universiti. Semuanya sudah dirancangnya. Dia juga dikhabarkan sudah bosan mendapat begitu banyak perhatian media. – Kosmo Online
02:16 0

Budak Sambut Hari Lahir Dengan Wiski – Hingga Mabuk!




CARDIFF – Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah.

Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea.

Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari apabila Rees menunjukkan riak wajah serta kelakuan aneh setiap kali menyedut minuman.

Ekoran itu, katanya, ibu Rees, Nina, 34, menghidu serta mencuba minuman berkenaan dan terkejut mendapati ia adalah arak.

Rees kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sementara itu, Nina berkata, dia memesan jus limau dan air kosong untuk anaknya.

“Rees sempat menyedut kira-kira 10 kali dan saya dapat lihat dia mabuk,” katanya. – TS
Sunday, 15 July 2012
20:17 0

(gambar) 100 Rentung Ketika Cedok Minyak Tumpah

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api. Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung.

Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.

Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak.
Saturday, 14 July 2012
23:44 0

Kenapa Digg Gagal – Kevin Rose



Pengasas Digg, Kevin Rose (dalam gambar di atas), mengatakan Digg gagal mengekalkan prestasi cemerlangnya kerana media sosial meningkat naik. Dahulu, Digg merupakan laman perkongsian bookmark terkenal di mana jutaan pengguna Digg seronok berkongsi link membawa ke kandungan web yang menarik. Kini situasi itu berubah dimana pengguna internet hari ini boleh berkongsi apa jua link melalui akaun sosial mereka terutama di Facebook dan Twitter. Digg telah dijual kepada Betaworks dengan nilai $500,000 Dolar Amerika yang mengejutkan ramai pihak sedangkan Google pernah memberi tawaran mahu membeli Digg sebanyak $200,000 Dolar Amerika pada tahun 2008 tapi ditolak. Melaluimedia sosial pengguna internet dapat mengetahui maklumat terbaru dengan pantas dan cepat tanpa perlu ke Digg, sebelum media sosial meningkat naik satu ketika dulu Digg menjadi tempat di mana berita dan perkembangan terbaru pantas dikeluarkan. Sekarang tidak lagi. Media sosial semakin bagus, dunia semakin terbuka dan maklumat pantas disalurkan. Kevin Rose memberikan kenyataan dalam satu temuramah khas.
12:48 0

Tidak Sempat Ke Hospital, Wanita Lahirkan Anak Di Kaki Lima

SEORANG wanita yang sarat mengandung tidak sempat ke hospital dan melahirkan anak di kaki lima di bandar Guangzhou. Wanita itu yang bersama suaminya dalam perjalanan ke hospital namun tidak sempat apabila wanita itu rebah di tepi jalan dan terus meneran untuk melahirkan anak. 

Suami wanita itu terus panik dan meminta tolong seorang doktor di klinik gigi namun doktor gigi tersebut memberitahu ia bukan dalam bidangnya. Suami wanita itu terus membantu isterinya dan berjaya menyambut kelahiran anaknya di kaki lima tersebut dengan bantuan orang ramai.
Monday, 2 July 2012
01:40 0

Taliban Keluaran Video 17 Tentera Pakistan yang Dipenggal


Taliban mengeluarkan video 17 tentera Pakistan yang dipenggal serta membacakan namanya satu per satu. Tentera-tentera tersebut adalah para mangsa yang diculik pada minggu lalu. Jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan, dalam video itu mengaku jika mereka tak memerangi Pakistan melainkan Amerika Syarikat.

"Kami bukan musuh Pakistan dan rakyatnya. Kami adalah musuh bagi orang-orang kafir dan sistem demokrasi yang telah menindas kami," katanya dalam video sebagaimana dikutip CNN, Kamis (28/6/2012).

Pegawai kanan tentera Pakistan yang disahkan berkaitan video itu membenarkan jika para korban tersebut adalah tentera Pakistan, sedangkan pejabat tentera lain berujar jika para mangsa pemenggalan tersebut di culik pada Jumaat yang lalu ketika melakukan rondaan rutin di Daerah Upper Dir, Pakistan.

Para tentera tentera tersebut diserang oleh sekitar 100 orang, sebanyak 15 militan terbunuh dalam insiden tembak menembak itu dan 17 tentera diculik.


Sunday, 1 July 2012
14:06 0

Tom Cruise - Katie Holmes berpisah


LOS ANGELES - Industri perfileman Hollywood kelmarin dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan selebriti Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes.

"Ya, Holmes memohon cerai dan Cruise amat sedih dengan perkembangan ini, dia kini memberi tumpuan kepada tiga anaknya," kata jurucakap pelakon kacak berkenaan, Amanda Lundberg kepada agensi berita AFP.

"Tolong beri ruang untuk mereka menyelesaikan perkara ini," tambahnya.

"Ini hal peribadi dan persendirian bagi Holmes dan keluarganya," beritahu pula peguam yang mewakili aktres berkenaan, Jonathan Wolfe.

"Perkara utama buat Holmes kini adalah kepentingan anak perempuannya."

Cruise yang mencapai usia 50 tahun pada Selasa lalu, mengahwini Holmes, 33, di sebuah istana kota di Itali pada November 2006.

Perkahwinan mereka adalah yang pertama buat Holmes dan ketiga untuk Cruise.

Pasangan itu memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, Suri.

Mereka turut memelihara dua anak angkat, Isabella dan Connor yang masing-masing berusia 19 dan 17 tahun. - AFP
12:58 0

Nelayan berpesta kutip wang


NEW DELHI – Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.
Monday, 25 June 2012
08:16 0

Mohammed Mursi Presiden baru Mesir... Takbir!!!!



Farouk Sultan mengumumkan keputusan pemilihan Presiden Mesir hari ini.



Mohammed Mursi Presiden baru Mesir

KAHERAH - Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan awal tahun lalu.

Mohammed, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.

Menjelang pengumuman hari ini, yang mula dibuat sejak jam 9 malam tadi (waktu Malaysia), protes diadakan di Dataran Tahrir ekoran pengumuman Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) bahawa pihaknya mahu mengurangkan atau mengehadkan kuasa presiden dan pada masa yang mengukuhkan kuasa tentera.

Pemilihan pusingan kedua diadakan awal minggu lepas. Sebaik sahaja pengundian berakhir, kedua-dua calon itu mengisytiharkan diri mereka sebagai pemenang.
Keputusan pemilihan sepatutnya diumumkan Khamis lalu, tetapi ditangguhkan ekoran aduan daripada calon-calon yang bertanding berhubung proses pengundian dan kiraan kertas undi.
Pusingan pertama pemilihan diadakan bulan lalu.

Seramai 50.3 juta pengundi layak mengundi pada pemilihan kali ini. Kira-kira 37,000 kertas undi telah dibatalkan, kata Ketua Suruhanjaya Pemilihan Presiden, Farouk Sultan yang membacakan mukadimah kira-kira 90 minit sebelum mengumumkan nama pemenang sekitar jam 10.30 malam (waktu Malaysia).
Katanya, suruhanjaya itu menerima sebanyak 452 rayuan daripada kedua-dua calon.

Pengumuman itu membawa kepada kegembiraan di kalangan penyokong Mohammed yang berhimpun di Dataran Tahrir sejak beberapa hari lalu.
Kelewatan pengumuman mencetuskan rasa gelisah dan ketegangan di Mesir khususnya di kalangan penyokong dan pengikut Mohammed.

Pengumuman dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu - ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.
Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.
Sunday, 24 June 2012
18:54 1

Gambar-Gambar Ngeri Di Lokasi Kejadian Serangan Taliban Hotel Kabul 22 Jun 2012

SEKURANG-kurangnya 20 orang disahkan terbunuh selepas pasukan keselamatan Afghanistan berjaya menumpaskan kumpulan militan Taliban yang menyerang sebuah hotel terkenal di tengah ibu negara Afghanistan dan menahan sejumlah tebusan termasuk wanita serta kanak-kanak selama 12 jam. Kumpulan militan bersenjatakan roket pelancar bom tangan dan mesingan menyerang hotel Spozhmai di kawasan rekreasi tasik Qargha, 10 kilometer dari tengah Kabul,dan menahan kira-kira 50 tebusan.
09:19 0

Muat Naik Gambar Di Facebook Sebelum Bunuh Diri

Taiwan – Bunuh diri ketika `chatting’ bersama rakan-rakan di laman sosial Facebook. Itu yang berlaku kepada Claire Lin pada hari ulang tahunnya yang ke-31.

Kerana marahkan teman lelakinya yang tidak pulang ke rumah bagi meraikan hari jadinya, dia bertindak bodoh dengan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Selepas menyalakan arang di dalam biliknya, Claire sempat memuat naik imej biliknya yang dipenuhi dengan asap.

Entri terakhirnya dalam FB menunjukkan Claire bersembang dengan sembilan orang rakannya.

Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Chung Hsin turut menasihatkan Claire supaya bertenang dan membuka pintu bilik serta memadamkan api tersebut.

Namun Claire membalasnya “Asap ini menyesakkan. Ia juga membuat mata saya berair. Jangan menulis lagi,”.

Beberapa rakan yang lain cuba menasihatkannya supaya tidak mengambil jalan bodoh itu, namun tiada seorang pun daripada mereka menghubungi 911 ataupun polis.

Ayat terakhir yang ditulis oleh Claire ialah “Sudah terlambat. Bilik saya penuh dengan asap. Saya baru memuat naik gambar. Saya akan mati. Saya masih mahukan FB (Facebook). Mesti racun FB. Haha.”

Mayatnya hanya ditemui keesokan hari oleh teman lelaki Claire.

Namun keluarga wanita berkenaan kesal kerana tiada seorang pun rakan FB Claire yang menghulurkan bantuan sepanjang sejam tujuh minit dia bersembang dengan mereka.
Saturday, 23 June 2012
10:23 0

Cekik anak kerana banyak tanya




Seorang lelaki dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara kerana membunuh anak perempuannya kerana gara-gara masalah kewangan. Demikian diberitakan The Korea Herald/ANN.

Lelaki berusia 51 tahun yang namanya dirahsiakan itu mencekik anak perempuanya ketika dia sedang tidur. Lelaki ini sebelumnya bercerai dan harus membesarkan dua anaknya seorang diri. Sayangnya, perceraian itu menganggu jiwanya dan membuatnya tak boleh bekerja lagi.

Rumah mereka kemudian dilelong dan keluarga ini tak punya tempat tinggal. Anak perempuannya kemudian kecewa dan menanyakan keadaan ini kepada sang ayah. "Di mana kita akan tinggal, bagaimana dengan wang kuliah saya? Cari wang sekarang," demikian ujar anak perempuannya.

Dia meminta maaf kepada anak perempuannya namun sang anak tak mahu mengerti dan terus mendesak sang ayah yang membuatnya kehilangan kawalan. Pengadilan Incheon, Korea Selatan, kemudian menjatuhkan hukuman setelah melihat sejumlah fakta di persidangan.
07:50 0

Bunga mayat mekar selepas sembilan tahun


COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.

Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.

Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar.

Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi
07:47 0

Taliban serbu hotel, 18 terbunuh


KABUL - Sekumpulan empat orang militan Taliban bersenjata api dan pelancar roket menyerang sebuah hotel tepi tasik di sini dan menjadikan berpuluh-puluh orang termasuk wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan nekad tersebut.

Pemerintah mengambil masa 12 jam untuk mengisytiharkan serangan ke atas Hotel Spozhmai yang berakhir dengan kesemua empat militan itu dibunuh.

Terdahulu, pasukan keselamatan berjaya membebaskan sejumlah tebusan di hotel sama.

Komander Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai pasukan tentera Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan berkata, rangkaian Haqqani yang merupakan cabang kumpulan Taliban, bertanggungjawab melancarkan serangan ganas ala komando itu.

Rangkaian Haqqani dipercayai mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaaeda.

Kejadian yang bermula malam kelmarin itu merupakan serangan terbaharu ke atas hotel dan beberapa kepentingan pemerintah serta Barat di sini.

Spozhmai menjadi lokasi tumpuan golongan elit di sini dengan hotel berkenaan dipenuhi pengunjung termasuk sejumlah keluarga kelmarin, menjelang cuti hujung minggu pada keesokan harinya di Afghanistan.

Kumpulan militan tersebut menyerbu masuk ketika para pengunjung berkumpul untuk makan malam di hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kabul, Mohammad Zahir berkata, sekurang-kurangnya seorang militan meletupkan jaket berisi bom yang dipakainya.

Seorang saksi, Sharifullah, 30, memberitahu, dia pergi ke hotel berkenaan untuk makan malam dengan seorang rakan.

"Saya melihat tiga lelaki bersenjata memasuki kawasan di mana orang ramai dan keluarga berkumpul. Sejurus selepas itu, tembakan dilepaskan dengan para pengunjung panik dan mula menjerit," katanya.

"Saya terjun ke dalam sebatang parit dan melihat peluru mengenai seorang bapa, anak lelaki dan isterinya yang duduk di sekeliling meja berhampiran. Saya tidak pasti sama ada mereka selamat," tambahnya.

Kementerian Dalam Negeri Afghanistan menyatakan serangan tersebut berakhir pada pukul 11 pagi semalam apabila penyerang keempat dibunuh. - AFP
Friday, 22 June 2012
13:51 0

Dua lelaki bakar diri di China


BEIJING – Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah.

Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.
Thursday, 21 June 2012
18:06 0

Bintang Bollywood Rajesh Khanna Kritikal

RAJESH Khanna, bintang Bollywood yang dikenali sebagai 'first superstar', sakit dan tidak makan sejak tiga hari lalu, lapor BBC hari ini.

Memetik pengurusnya, laporan itu berkata, Rajesh, 69, yang turut dikenali dengan nama "Kaka" dimasukkan ke hospital April lalu selepas mengadu kurang sihat.

Artis itu kini berada di rumah dengan dijaga oleh isterinya yang tidak tinggal bersama, Dimple Kapadia. Dimple juga aktres.

Aktor veteran itu telah berlakon lebih 160 filem, antaranya Kati Patang, Aaradhana, Anand dan Amar Prem.

"Dia tidak sihat, dan dia berada di rumah. Dia telah berhenti daripada makan sejak tiga empat hari lalu.

"Dimple bersama dia dan anak perempuannya Rinke juga melawat dia," kata Ashwin, pengurusnya dipetik agensi berita Press Trust of India.
Wednesday, 20 June 2012
15:46 0

[video] Anak Ikat Ibu Seperti Anjing

VIDEO Ibu Diikat Seperti Anjing Ketika Dibawa Berjalan. Sungguh kejam seorang anak apabila mengikat ibunya seperti anjing ketika dibawa berjalan-jalan. Dalam video yang tersebar luas di internet itu, seorang anak mengikat pinggang ibunya dengan tali dan lelaki itu menjadikan ibunya seperti anjing.

Walaupun ibunya itu beberapa kali jatuh tetapi anaknya langsung tidak membantu. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan video itu dimuat naik di internet.

Pihak berkuasa Taiwan menyiasat kejadian itu apabila ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kejam seorang anak yang memperlakukan ibunya seperti anjing. Ikuti video rakaman dibawah untuk melihat secara lebih jelas perlakuan kejam seorang anak kepada ibunya.

Kalau ikut kata anak dia seperti yang disiarkan dalam klip itu, mak dia yang bersalah. Kononnya mak dia yang tak nak dia tolong.
Monday, 18 June 2012
09:02 0

Pemberita korek hidung semasa siaran berita




Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.
Sunday, 17 June 2012
11:11 0

Lindsay Lohan Ditemui Tidak Sedarkan Diri

PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan tidak sedarkan diri di kamar Hotel Ritz-Carlton tempatnya menginap yang terletak di Marina del Ray, California, kelmarin.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk memeriksa pelakon kontroversi itu bagaimanapun memberitahu keadaannya tidak membahayakan.

Malah jurucakap kepada bintang filem Mean Girls itu turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Lindsay berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Lindsay mungkin keletihan dan mengalami penyakit lelah namun tidak serius dan keadaan terkawal," ujar jurucakapnya.

Lindsay menginap di hotel mewah itu selepas selesai menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Liz And Dick.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...