Google Kini Menawarkan Penggunaan Identiti Google+ Pada YouTube
Dalam usaha untuk mengintegrasikan Google+ dengan lebih menyeluruh pada platform YouTube, kini Google memperkenalkan sokongan penggunaan identiti Google+ pada YouTube, sekaligus mengantikan penggunaan nama pengguna dan identiti yang agak pelik pada YouTube.
Sokongan ini diperkenalkan oleh Google bermula hari ini, apabila anda melayari laman video popular didunia itu, anda diberikan pilihan untuk menggunakan identiti daripada Google+ ataupun identiti YouTube sedia ada. Seperti biasa, sekiranya anda tidak ingin menggunakan info dan nama pengguna daripada Google+, anda masih boleh kekal menggunakan nama pengguna YouTube seperti biasa.
Namun, dengan pengenalan ini, mungkin ia tidak mengambil masa yang lama sebelum Google menguat-kuasakan untuk semua pengguna menggunakan Google+ seperti medium identiti utama mereka pada produk dan perkhidmatan Google. Google sedia mengatakan mereka mempunyai ratusan juta pengguna aktif untuk laman sosial tersebut, dan semestinya sekiranya ia diintegrasikan dengan lebih meluas pada laman Video YouTube, ia akan menguntungkan laman sosial baru daripada Google itu.
Jadi, bagi anda, adakah anda lebih selesa menggunakan identiti Google+ ataupun YouTube pada laman video popular tersebut?
0 comments:
Post a Comment