Searching...
Monday, 11 June 2012
14:25 0

Sayang Zizan Pada Jue Bukan Lagi Rahsia - Akui Saling Rindu Merindu


HUBUNGAN akrab antara Juliana Evans atau Jue dengan Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.

Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan wartawan Kosmo! ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.

Sambil memandang Zizan yang berada di sebelahnya, Jue berkata:

“Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi.”

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.
“Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,” ucap Jue malu-malu.

Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.

“Saya sayangkan Jue tetapi masih atas pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,” kata Zizan tanpa berselindung.

Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.
 
“Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),”

Seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong. -KOSMO

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...