Searching...
Thursday, 7 June 2012
11:42 0

Cara Rozita jaga kecantikan


TIDAK lupa untuk membersihkan wajah selepas seharian bahagian itu disaluti bahan solekan, mengamalkan petua lama, tidak boleh hidup tanpa nasi, selalu membuat senaman tekan tubi, bermain badminton dan futsal adalah perkara yang perlu diketahui mengenai pelakon cantik, Rozita Che Wan.

Ramai yang menyangka dia bukan wanita aktif namun kenyataannya memang berbeza. Waktu lapangnya selain digunakan untuk berehat, turut diisi dengan aktiviti sukan.

Daripada segi pemakanan, dia tidak boleh meninggalkan nasi walaupun sehari kerana itulah sumber tenaganya. Bahkan jika hanya mendapat nasi putih dengan kicap dan berlaukkan telur goreng, ia sudah memadai. 

“Saya tiada pantang dalam pengambilan makanan. Nasi, ulam-ulaman dan ikan antara menu harian malah ia menjadi kegemaran. Saya ambil nasi dua kali sehari, pastikan makan sampai kenyang tetapi jarang menambah nasi. 

“Namun, selepas itu saya mesti bersenam dan sekurang-kurangnya lakukan tekan tubi sebanyak 50 kali. Wajah pula dibersihkan menggunakan air sejuk dan disusuli dengan produk kecantikan yang lain,” katanya pada sesi Bingkisan Emas Rozita bersama Safi Rania Gold di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

Hadir sama, Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman dan Pengurus Penyelidikan serta Pembangunan Produk Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Eileen Tan. 

Rozita yang juga duta Safi Rania Gold, berkata amalan itu bertujuan mendapat kecergasan tubuh badan yang ideal walaupun usia sudah meningkat. 

Empat rejim penjagaan wajah yang tidak pernah diabaikan adalah membasuh muka, mengenakan penyegar, pelembap dan serum Safi Rania Gold. Hasilnya pula sangat menyenangkan hatinya. 

Pada majlis berkenaan, Safi turut memperkenalkan formulasi baru Safi Rania Gold yang diperkaya dengan gabungan nano emas 24K dan amino peptida. 

Kombinasi mewah khasiat nano emas 24K yang dipadu dengan amino peptida untuk menghasilkan dua kali lebih kolagen yang membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit, ton kulit sekata, mengurangkan garisan kedutan dan melambatkan penuaan. 

Ia lebih mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit bagi mengawal kekurangan kolagen serta bertindak sebagai agen dalam membentuk dan memperkuatkan tisu kulit. 

Selain itu, rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif daripada Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit. 

Menurut Eileen, Safi Rania Gold adalah produk antipenuaan dengan formulasi teknologi nano emas 24K yang membantu untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus serta membaiki keanjalan kulit dalam masa kira-kira tiga minggu. 

“Wanita moden kini mampu mengecapi apa saja dalam kehidupan mereka dan memberikan yang terbaik buat keluarga serta kerjaya agar terus berjaya. Gerbang keemasan wanita adalah satu tahap yang mana mereka mampu berbangga dengan pencapaian dan terus kekal yakin dengan raut wajah anjal tanpa mengenal usia,” kata Mahsuri. 

Rozita pula menambah, melalui percubaannya, produk yang diperkaya dengan amino peptida itu meresap jauh ke dalam kulit dengan lebih pantas dan membuatkan kulit berasa lebih anjal dan nampak berseri. 

Rangkaian produk Safi Rania Gold ini terdiri daripada serum, pembersih wajah, bahan lulur (scrub) wajah, penyegar, krim kontur mata, krim pelembap siang dan malam serta krim kecantikan. 

Semua produk berkenaan boleh didapati di pasar raya, farmasi serta kedai yang berdekatan dengan harga bermula daripada RM8.90 hingga RM33.90.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...