Searching...
Showing posts with label Erra Fazira bercerai. Show all posts
Showing posts with label Erra Fazira bercerai. Show all posts
Tuesday, 10 July 2012
15:16 0

Amar Baharin, Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Punca Keretakkan Rumahtangga Erra Fazira!

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional.

“Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.

Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu.

“Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali.

“Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya. - mStar
Saturday, 7 July 2012
15:26 0

Akhirnya 'Tewas' Dengan Kemelut Rumah Tangga, Erra Fazira Akui Nekad Akan Bawa Haluan Masing-Masing?

NAMPAKNYA desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran ringkas.
Monday, 25 June 2012
15:10 0

Panas ! Kenapa Erra Fazira Enggan Komen Kenyataan Suami?

KUALA LUMPUR: “Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham,” kata aktres dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 38, atau Erra Fazira. 

Erra meluahkan rasa hatinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Berita Minggu yang cuba mendapatkan reaksi bintang popular itu susulan pengakuan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menafikan berkahwin lain, tersiar dalam akhbar tempatan, semalam.

Dalam SMS itu, Erra mempertahankan pendirian untuk tidak mengulas lanjut isu rumah tangganya serta berharap semua pihak memahami situasi dihadapinya.
Berita Harian semalam melaporkan, Emran menafikan berkahwin lagi seperti yang dihebohkan. 

Emran menjelaskan, selama ini, beliau enggan bersuara kerana tidak mahu membesarkan isu yang tidak benar. 

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membuat ulasan selepas melihat isu rumah tangganya makin hebat diperkatakan. 

Emran mendakwa, beliau dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil, malah beliau pulang ke rumah setiap hari. Ini kali pertama Emran mengulas isu rumah tangganya selepas lama berdiam diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...