Searching...
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts
Showing posts with label berita tempatan. Show all posts
Saturday, 13 October 2012
02:17 0

(TAHNIAH)Anak Kedua Aqasha, Bayi Perempuan, Selamat Dilahirkan


Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.
aqasha
Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.
aqasha
Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.
Monday, 16 July 2012
03:29 0

Nuffnang Bakal Hadir Dengan Rekabentuk Antaramuka Baru



Bagi mereka yang mengikuti perkembangan salah satu syarikat pengiklanan atas-talian tempatan, Nuffnang, mungkin sedia maklum berkenaan dengan acara Nuffnang Blogopolis yang diadakan oleh mereka semalam. Bersama pada acara tersebut, mereka turut berkongsi salah satu perkara, iaitu rekabentuk baru untuk laman mereka.

Rekabentuk baru yang dikatakan mesra peranti mudah-alih itu disasarkan untuk diperkenalkan dalam masa tiga minggu lagi, yang mana bakal membawakan rekabentuk yang minimalis dan kemas melaluinya. Namun, begitu, ia masih tidak diketahui pelancaran versi baru kelak itu akan menyertakan sokongan pengiklanan yang mesra peranti mudah-alih ataupun tidak.

Buat masa ini, boleh dikatakan masih tiada sebarang media pengiklanan atas-talian tempatan yang membawakan sokongan mesra peranti mudah-alih, sebaliknya dilihat lebih memfokuskan kepada pasaran laman sosial dan juga untuk paparan desktop sahaja.

Mungkinkah perkara ini akan berubah tidak lama lagi?
Saturday, 7 July 2012
15:14 0

Isteri Berzina Dengan Bos




Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah.
08:59 0

SERONOK SAMPAI PUAS | JADI CIKARO KERANA IBU |



“Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram,” kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.

FIZA...dipukul ibu bila kalah judi
Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.

“Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

“Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan,” katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.
Friday, 6 July 2012
20:58 0

Pelajar Perempuan Sumbat Mayat Bayi Dalam Beg Galas!

RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.

Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.

Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.

“Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang.
Monday, 2 July 2012
12:31 2

Fitnah, Hasut Dan Provokasi Dalam Blog - Uncle Seekers Didakwa Hina Sultan Johor!

SERAMAI 30 individu tampil membuat laporan polis mendakwa Uncle Seekers menghina Sultan Johor di Balai Polis Sentral, Johor Bharu semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau popular dipanggil Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya, www.uncleseekers.blogspot.com.
Susulan itu, Khairul Azli Shah Jalil, 33, yang mewakili kumpulan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

“Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” dakwa Khairul ketika ditemui. - kosmo!
Sunday, 1 July 2012
12:54 0

Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri


KUALA LUMPUR – Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh tahun lalu.

Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman permainan di Nelson City, New Zealand semalam.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua kanak-kanak itu ke Malaysia.
12:51 0

Angkara cinta isteri orang, lelaki cedera dibelasah penduduk


BESUT – Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.
Saturday, 23 June 2012
07:16 0

Duit mesin ATM RM80,000 kena rompak


KUALA LUMPUR - Sekumpulan perompak telah melarikan wang berjumlah RM80,000 dalam sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pasar raya Giant di Taman Melawati di sini semalam.

Perompak dipercayai lebih daripada seorang itu dianggap polis sebagai profesional kerana semasa mesin ATM itu dipecah, alat penggera ATM terbabit tidak berbunyi manakala pengawal keselamatan yang bertugas pula tidak menyedari kejadian tersebut.

Pasar raya itu mempunyai dua mesin ATM daripada dua buah bank namun sebuah lagi mesin ATM tidak diusik perompak.

Sumber polis berkata, pengawal keselamatan di pasar raya tersebut hanya menyedari mesin ATM itu dirompak pada pukul 5.15 pagi setelah ternampak kesan pecah pada ATM tersebut.

"Pengawal keselamatan berkenaan mendakwa perompak mungkin memecah mesin ATM tersebut ketika dia (pengawal keselamatan) membuat rondaan di kawasan lain pasar raya," kata sumber itu.
Wednesday, 20 June 2012
19:14 0

Cinta Hampa : Warga Emas 60 Tahun Ditipu Cinta Gadis 16 Tahun

REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.


Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Sunday, 17 June 2012
12:13 0

'Bukan Cara Saya Umumkan Apa Yang Saya Beri Pada Rakyat' - Sultan Ibrahim

SULTAN Ibrahim menjelaskan, sama ada institusi raja-raja masih lagi relevan dengan era milenium ini perlulah dilihat dari konteks sesebuah masyarakat, negara, adat, budaya dan sejarah.

“Malaysia ada sejarah dan budayanya sendiri dan Kesultanan Johor telah sedia wujud sejak tahun 1885 lagi. Di dunia lain mungkin ada Raja yang disingkir...jadi kita perlu tanya kenapa Raja-Raja disingkirkan. Di negara kita, Raja-Raja adalah sebuah institusi yang berkait rapat dengan sejarah, adat dan budaya bangsa itu sendiri.

“Hari ini, Raja-Raja memainkan peranan check and balance di dalam sebuah negara. Sebab itulah Raja-Raja sentiasa berada di atas politik dan tidak mencampuri urusan politik. Jadi nasihat saya ialah, jangan mempolitikkan institusi Raja-Raja kerana itulah yang dipersetujui apabila kita membentuk negara ini.

BLOG
Sultan Ibrahim turut menyatakan pandangannya mengenai tulisan-tulisan yang muncul dalam laman blog dan internet mengenai beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan institusi raja-raja.

Titah baginda; “Sejak akhir-akhir ini, saya ada ikuti beberapa tulisan di dalam blog. Ada yang tulis perkara yang bukan-bukan. Tetapi nasihat saya ialah jagalah adab dan bahasa kita. Sesetengahnya menulis menggunakan bahasa yang tidak sesuai langsung untuk dibaca.”

Jelas baginda, ketika berlangsungnya program Kembara Mahkota selama empat hari baru-baru ini, para blogger turut dijemput untuk menyaksikan sendiri bagaimana keluarga diraja Johor berinteraksi dengan masyarakat.

“Mereka boleh saksikan sendiri apa yang saya buat sepanjang empat hari itu. Dan sesuatu yang sangat-sangat menyentuh perasaan saya ialah, jika rakyat boleh menunggu di tepi jalan selama berjam-jam hanya untuk bersalaman dan bercakap dengan saya, maka saya patut tengok dan menjaga hal ehwal rakyat saya. “

BUKAN CARA SAYA
Tetapi nyata Sultan Ibrahim, pada masa yang sama, bukanlah menjadi cara dan gaya baginda untuk memberitahu kepada umum apakah yang telah baginda lakukan untuk membantu masyarakat secara amnya dan juga secara khususnya.

“Bukanlah menjadi style saya untuk mengumumkan setiap satu perkara yang saya lakukan untuk rakyat...tapi mereka yang telah menerima sesuatu daripada saya tahu apa yang telah saya lakukan untuk membantu rakyat negeri saya.

“Namun begitu saya juga sentiasa mengikuti apa yang dilaporkan oleh media kerana bagi saya komen media sangat penting kerana media sentiasa berada bersama rakyat untuk melaporkan keluh kesah mereka...saya perlu maklum balas daripada media untuk memahami dan mengetahui apa lagi yang boleh saya buat untuk rakyat saya.

“Saya tidak pernah umumkan apa yang saya beri kepada rakyat saya tetapi saya perlu tahu apakah reaksi rakyat terhadap saya,” jelas Sultan Ibrahim.

Dalam hubungan ini Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda mahu putera-putera dan puteri baginda memahami hal ehwal rakyat dan masyarakat.

“Anak-anak saya kena tahu tentang rakyat dan saya mahu mereka bertemu dengan rakyat dan badan-badan bukan kerajaan sekerap yang mungkin...bukan sekadar turun menunaikan solat Jumaat bersama rakyat sahaja. - mStar online
11:37 0

Bila Twitter Pandai Bersuara : 'Kenapa Hanya Orang Melayu Mahu Jatuhkan Raja' - TMJ, Undang Pelbagai Reaksi

JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.

Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.

“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.
Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.

Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’. Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.
Saturday, 16 June 2012
23:42 0

Ustaz Tuduh Sultan Johor Adik Beradik Syaitan

SEJAK Nizar Biadap galak mencerca Sultan Johor, semakin ramai orang Melayu tampil dengan keberanian luar biasa membidas Sultan Johor. Terbaru, seorang ustaz menyamakan ciri-ciri syaitan dengan Sultan Johor tanpa usul periksa.
Berkaitan isu plat kereta WWW 1, apakah yang menjadikan ia dituduh sebagai suatu pembaziran ? Di manakah ciri-ciri pembaziran yang berlaku ?

Sultan Johor adalah seorang raja yang pemurah, baginda akan menyalurkan wang persendirian baginda kepada rakyat dan baginda sendiri pernah membayar zakat sejumlah kira-kira RM1juta kepada Baitulmal Johor. Selain daripada itu, baginda tidak mengambil gaji dari pendapatan negeri Johor.
Memanglah hakikatnya baginda juga manusia tetapi apakah dosa dan kesalahan baginda kepada pakatan rakyat sehingga Nizar Biadap menyeret baginda ke kancah politik ?

Hanya kerana Sultan Johor merestui UMNO menerajui Melayu di Johor maka pakatan rakyat melihat baginda sebagai ancaman kepada hasrat besar DAP untuk merepublikkan Malaysia.
Sultan Johor layak untuk menyumbang wang baginda kepada Kerajaan Persekutuan melalui pembelian plat WWW 1. Jika selama ini baginda menyalurkan wang sumbangannya kepada rakyat Johor, apa salahnya baginda menyumbang kepada rakyat seluruh Malaysia ?

Melalui pembelian plat WWW 1 tersebut, baginda menambah dana JPJ sekaligus menjadi hasil perolehan Kerajaan Persekutuan.
Baginda juga tidak membuang plat WWW 1 tersebut ke dalam longkang. Baginda memanfaatkannya sebagai salah satu plat kenderaan baginda. Di manakah yang dikatakan membazir ?

Orang Melayu pakatan memang telah rosak diracun oleh DAP hanya kerana tidak mampu menjatuhkan UMNO maka mereka sanggup menjual maruah dan tanah air. - sumber
14:08 0

Gadis Trauma Dicabul Atas Motor

SUNGAI BESAR (Sabak Bernam) – Kehidupan seorang gadis yang ceria sebelum ini bertukar trauma selepas berdepan detik cemas menjadi mangsa cubaan ragut dan cabul ketika melalui jalan lama semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya, jam 9 malam, di sini, kelmarin.

Mangsa, berusia 25 tahun itu berkata, dia bersama adik perempuannya, 18, ketika itu menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di Pekan Sungai Besar.

Katanya, semasa melalui jalan lama di kawasan itu lampu jalan berada dalam keadaan malap.

“Seorang lelaki berbadan sederhana yang turut menaiki motosikal di jalan itu secara tiba-tiba menghimpit kami berdua dan cuba merentap pakaian saya.

“Melihat keadaan sedemikian saya cuba menepis tetapi lelaki berkenaan tetap cuba menarik baju,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak
Bernam, pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu itu semakin agresif kerana pada masa kejadian tiada kenderaan menggunakan laluan berkenaan.

Katanya, dia kemudian tekad menjerit menyebabkan suspek terkejut seterusnya memecut motosikal meninggalkan mereka dua beradik berkenaan.

“Saya dan adik cuba mengejar namun malangnya lelaki berkenaan memecut pantas. Kami juga gagal untuk mengecam nombor plat motosikal yang digunakan suspek,” katanya.

Menyifatkan ini kejadian pertama yang berlaku kepada dirinya, dia meminta pihak berkuasa mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan berkenaan.

“Apa yang berlaku menyebabkan saya trauma serik untuk melalui jalan itu terutama dengan menaiki motosikal pada waktu malam pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Pada masa sama, Noor Mushar meminta orang ramai lebih berwaspada di samping melaporkan kepada polis sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan mereka.
Friday, 15 June 2012
08:58 0

Tangguh Haji Kerana PRU 13 : Membatalkan Niat Haji Pertama Kali, Haram Hukumnya - Mufti

SHAH ALAM – Membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama dengan sengaja adalah haram hukumnya. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, haji adalah fardu ain kepada mereka yang belum pernah mengerjakannya dan cukup syarat yang ditetapkan.

“Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Menurut Mohd Tamyes, mereka yang mahu menunaikan haji kali kedua atau ketiga dan seterusnya hukumnya adalah sunat. “Ini terpulang kepada individu sama ada mahu meneruskan niatnya ataupun tidak.

Apabila hukumnya sunat, jika dilakukan pahala ganjarannya dan jika tidak dilakukan tidak berdosa. “Tetapi jika mereka yang telah berniat di dalam ihram dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon yang dia terpilih menjadi calon wakil rakyat dan diminta pulang ke kawasan, maka haram hukumnya jika membatalkan niat itu walaupun ianya adalah haji yang kedua atau ketiga,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Tamyes berpendapat, walaupun individu itu pernah menunaikan haji kali pertama dan dapat peluang kedua adalah elok diteruskan niatnya itu. “Bagi mendapatkan kuota haji ini bukan senang, ada yang perlu menunggu berpuluh tahun baru berpeluang menunaikan haji. Pada pandangan saya, rugilah bagi individu itu jika melepaskan peluang yang diperolehinya.

“PRU berlangsung pada setiap lima tahun, tetapi peluang untuk mengerjakan haji bukan mudah untuk diperolehi,” katanya.
Sunday, 10 June 2012
15:11 0

Que Haidar Akui Tiada Bakat, Tumpu Kerja Belakang Tabir

PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar mengakui tiada bakat dalam penulisan skrip telah menyebabkan dirinya lebih cenderung terhadap kerja-kerja belakang tabir seperti pengarahan.

Que berkata, sebelum ini dia pernah mencuba untuk menulis skrip selepas digalakkan oleh rakan-rakanya namun gagal kerana tidak pandai bermain dengan ayat.

"Kerana tidak dapat watak yang saya inginkan sebagai pelakon, saya cuba menghasilkan skrip bagi mewujudkan jalan cerita dan watak yang sering saya idamkan sebagai pelakon.

"Bagaimanapun gagal kerana saya sebenarnya tiada bakat sebagai penulis," ujarnya.

Que yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu, baru-baru ini memberitahu mStar Online dia akan kembali berkalon dalam sebuah teater berjudul Primadona...Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

Dalam pada itu, Que memberitahu dia juga teruja dengan kemunculan filem Rock 2 arahan Mamat Khalid penghujung tahun ini dan menganggap ia adalah sebuah karya terbaik daripada pengarah tersebut.

Que berkata, kesempatan menonton sebahagian filem berkenaan baru-baru ini telah menyentuh hatinya sebagai pelakon.

"Saya tidak bersara tetapi mencari naskah baik seperti filem Rock 2. Jika ada saya pasti akan kembali," ujarnya.

Que turut menyarankan semua bintang rock di negara ini keluar menonton filem berkenaan dan yakin mereka akan menangis di penghujung cerita tersebut.

"Amy Search kalau datang tengok saya jamin beliau akan menangis selepas menonton filem itu," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...