Searching...
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts
Wednesday, 18 July 2012
14:08 0

Himpunan Hijau Jadikan Harapan Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Kenyataan




Berdasarkan bilangan manusia yang membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor hujung minggu lalu seolah-olah pusat pentadbiran negara sudah ditawan Pakatan Rakyat.

Penyertaan lebih 20,000 penyokong dan ahli PAS bersama para pemimpin Pakatan bagaikan cerminan peristiwa Dataran Tahrir di mana ratusan anak muda dan rakyat Mesir keluar untuk menggulingkan rejim zalim Presiden Hosni Mubarak.

Kalau di negeri-negeri lain hanya penyokong dan pemimpin PAS sahaja yang hadir tetapi berbeza dengan lanskap penyertaan rakyat yang mewarnai Stadium Kuala Selangor ini.

Kehadiran para pemimpin selain dari PAS seperti Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil memberi satu identiti nasional kepada suatu perjuangan melibatkan rakyat dari semua peringkat umur dan warna kulit.

Para pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.

Dan tidak ketinggalan turut hadir ialah Sheikh Ismail Abdul Hamid dari Ikwanul Muslimin yang mewakili Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi.

Sambutan yang diberikan terhadap perhimpunan ini seolah-olah menggambarkan Putrajaya sudah ditawan atau sekurang-kurangnya memberi harapan dan keyakinan bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah semakin dekat dan hampir pasti menjadi kenyataan.

Keghairahan penyokong dan pemimpin yang hadir dapat disimpulkan daripada kata-kata Mohamad Sabu di akhir ucapannya.

Beliau berkata jika pilihan raya umum kali ini tidak dijalankan secara bersih dan adil maka “kita akan bawa Dataran Tahrir ke Malaysia,” sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Kadir yang sudah bergelumang dalam parti Umno selama 56 tahun mengungkapkan kata-kata yang tidak diduga, “saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini” sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

Sheikh Ismail ketika berucap berkata, sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi ahli PAS, sambil menyifatkan kehadiran malam tadi sebagai sesuatu yang beliau tidak duga.

Melayu yang jahat

Terdahulu, Mohamad Sabu hadir pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Presiden PAS bersama ahli Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) di Dewa MBSA, Paya Jaras Kawasan Subang.

Dalam ucapannya beliau berkata, Rasulullah saw melarang para pengikutnya (umat Islam) bercakap atau berjuang atas dasar perkauman atau asobiyyah.

“Melayu yang jahat kita mesti lawan. Umno yang menyokong puak-puaknya yang zalim dan melakukan rasuah serta kejahatan, kita mesti lawan.

“Apabila rumah (Pengerusi Bersama Bersih) Dato’ S Ambiga kena ‘serang’ dengan mendirikan gerai daging burger dan senaman punggung, orang-orang PASlah yang mengawal rumah dan menjaga keselamatannya,” ujar beliau, sambil disorak oleh para hadirin.

Pada akhir majlis, Mat Sabu menyampaikan bantuan berupa barangan makanan keperluan harian kepada golongan miskin daripada masyarakat India dan Cina yang bermastautin di sekitar Paya Jaras.
11:47 0

Bimbang Pengaruh Pakatan Rakyat Makin Meningkat, 100 Bendera PAS Dan PKR Di Sabotaj




REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya  menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam."Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang.

"Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana  menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan.

"Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan."Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat  semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal."Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. “Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan  bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis  Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang engenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti. Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali  mengambilnya. “Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan.“Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin  meningkat," katanya.
Friday, 13 July 2012
17:01 0

KEADILAN PAHANG TAWARKAN KERUSI UNTUK USTAZ AZHAR IDRUS?


IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di seluruh negara.  Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini.  Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak muda sekarang.



Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU?

Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah "mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini sebagai "Ustaz Raja Lawak".  Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno, Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut.  Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak?  Ulamak mereka pun suka menendang peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.

Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki.  Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk belajar mendapatkan ilmu.

Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan datang.  Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus.  Khabarnya, orang kuat KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU akan datang.  Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau KEADILAN.  Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS terutamanya.  Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Secara peribadinya, saya juga lebih suka Uztaz Azhar Idrus meneruskan pendekatan dakwah beliau sekarang.  Politik secara khusus tidak sesuai buat beliau tetapi beliau boleh memperkenalkan apakah itu politik menurut Islam kerana politik dan Islam tidak terpisah.  Bahkan, cara beliau sekarang ternyata lebih efisyen dan menakutkan pemimpin Umno khususnya kerana bagi mereka jika tiada lagi umat Islam yang jahil ertinya hayat Umno berakhir./wfauzdin.blogspot.com
16:39 0

Antara UMNO jaga MELAYU dan PAS jaga ISLAM...!!




Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia.

Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada.

Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus.


Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga?

Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.

TG Nik Aziz Nik Mat
16:31 0

Wahai DS Najib, Puteri UMNO mahu hudud.




Pergerakan Puteri Umno Malaysia memandang positif cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah - hukum hudud - tetapi menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum Allah SWT,” katanya dipetik oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

Rosnah mengulas cadangan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas yang mahu membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Rosnah berkata pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi kerana ia sebahagian daripada syariat Allah yang "wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat".

“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri daripada membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.

Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah.
12:44 0

Tuntutan Jamal, Amy Search



KUALA LUMPUR – Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagi Amy Search dan Jamal Abdillah, mereka bukan sahaja berasa terhina bahkan sangat sedih dengan tuduhan bersifat fitnah itu.

Menurut mereka, tuduhan tersebut secara tidak langsung menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah bertapak lama dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman, dia tidak pernah menerima wang sogokan daripada mana-mana pihak untuk menjadi ahli UMNO.

“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.

“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.

“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Thursday, 12 July 2012
17:21 0

Orang Selama Bersuara: Nak Turunkan Bendera PAS, Turunkan Bendera UMNO Sekali!




Orang Selama turun berramai-ramai pertahankan bendera PAS dari diturunkan oleh petugas Majlis Daerah dan polis, sedangkan bendera Umno bersepah-sepah merata tempat.

Orang kampung berkata, kalau nak turunkan juga bendera PAS, turunkan sekali bendera Umno..

Akhirnya mereka akur dengan desakan orang kampung...

Memang terbaeklah orang Selama, tabik spring rakan-rakan kita di Perak..

Diharap tempat lain mencontohi semangat rakan-rakan kita di Selama ni!


14:47 0

Pertikai Khidmat PDRM & Isu ISA, AC Mizal Cabar Abby Abadi Berdebat!

ANDA tidak berpuas hati dengan rakan rakan anda yang tidak sefahaman dengan anda? Sekarang ini kita mempunyai budaya baru dengan menganjurkan debat perdana. Heh.
 
Melalui Twitter beliau, Dato AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Abby Abadi sebelum ini dilihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.

Menurut laporan Media Hiburan, perkara itu menjadi punca kenapa AC Mizal berani mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka.
Sunday, 8 July 2012
07:55 0

Rakyat Libya mengundi selepas lebih 50 tahun


SEJUMLAH wanita beratur untuk mengundi pada pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional di sebuah pusat membuang undi di Tripoli semalam.

TRIPOLI/BENGHAZI – Penduduk Libya yang girang dengan sebahagiannya menitiskan air mata, berpisah dengan legasi Muammar Gaddafi semalam apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum bebas pertama yang diadakan dalam tempoh lebih 50 tahun.

"Sukar untuk saya menceritakan perasaan saya. Kami (rakyat Libya) membayar harga tinggi untuk kebebasan ini (pilihan raya),” kata Zainab Masri.

Bertugas sebagai seorang guru, Zainab, 50, ialah wanita pertama yang membuang undi di sebuah pusat mengundi di Tripoli semalam.

“Dua ahli keluarga saya mati semasa kebangkitan menentang Gaddafi. Saya yakin masa depan akan lebih baik buat Libya,” ujarnya.

Namun, di Benghazi dan beberapa bandar lain di selatan Libya, sebanyak 101 pusat membuang undi terpaksa ditutup buat sementara waktu semalam akibat perbuatan sabotaj.

“Terdapat 94 peratus pusat mengundi di Libya yang dibuka,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Nuri Al-Abbar kepada wartawan di ibu kota Libya, Tripoli.

Menurutnya, proses membuang undi berlangsung di 1,453 daripada 1,554 pusat mengundi di seluruh negara.

“Sebahagian pusat mengundi tidak dibuka atas sebab keselamatan dan logistik,” ujar Nuri.

“Kami sedang menangani masalah ini dengan menghantar bahan mengundi ke pusat-pusat tersebut supaya orang ramai boleh mula mengundi,” tambahnya selepas lima jam proses mengundi bermula di Libya pada pukul 8 pagi.

Menurut Nuri, kebanyakan perbuatan sabotaj berlaku di timur Libya yang merupakan pusat kebangkitan rakyat Libya menentang Gaddafi pada tahun lalu.

Jelasnya, sebahagian penduduk rantau berkenaan yang kaya dengan minyak, menentang pilihan raya tersebut kerana mahukan pemerintahan autonomi.

Sekitar 3,700 calon bertanding pada pilihan raya berkenaan yang dinamakan pilihan raya Dewan Perhimpunan Nasional yang bertujuan untuk memilih 200 anggota dewan Parlimen sementara Libya.

Anggota dewan berkenaan ditugaskan untuk memilih seorang Perdana Menteri dan membentuk perlembagaan baharu sebelum pilihan raya Parlimen penuh diadakan pada tahun depan.

Antara parti politik yang dilihat berpeluang untuk menang dalam pilihan raya tersebut termasuk Parti Keadilan dan Konstruksi yang dinaungi pegerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan parti Al-Watan.
Saturday, 7 July 2012
06:31 0

Rosmah Berceramah Didalam Surau Dengan Tidak Menutup Aurat!



Jika anda mencari jawapan sila ke link video yang di beri.. Tanya kepada yang lebih pakar.


http://www.youtube.com/watch?v=oCT5yDQCuKM

Jika anda nak melakukan amal jariah share kan gambar dan post ini. Kerana kita tidak mahu kejumudan berkenaan sentimen yang UMNO tiup bertukar menjadi parah.

Friday, 6 July 2012
17:27 0

Menjangka Kekalahan PRU 13 : Anwar Ibrahim Pilih Untuk 'Bersara'

KUALA LUMPUR 5 Julai - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau bersedia untuk 'bersara' daripada politik jika pembangkang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, menunjukkan Ketua Pembangkang itu sedar pakatan tidak akan mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Justeru jelas Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, 'tawaran' tersebut hanya bertujuan meraih simpati rakyat dan pada masa sama Ketua Pembangkang itu mahu menguji kesetiaan para pengikutnya.

Katanya, jika Anwar benar-benar ikhlas mahu bersara beliau tidak akan membuat kenyataan awal dalam akhbar Financial Times, sebaliknya bertindak seperti yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat pengumuman mengejut.

"Beliau memang sedar sekarang ini sokongan padu rakyat memihak kepada BN selepas pelbagai transformasi dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar gagal menyaingi kehebatan Najib maka sebab itu beliau membuat kenyataan begitu.

"Anwar mahu meraih simpati rakyat dan juga untuk menguji kesetiaan pengikutnya. Beliau sedar hanya dengan simpati rakyat akan memberi sedikit sokongan kepada pembangkang kerana dari segi idea, Najib lebih hebat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam wawancara dengan Financial Times, Selasa lalu, Anwar membayangkan beliau mungkin bersara daripada politik tanah air dan menjadi pensyarah sekiranya pembangkang tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, tindakan Anwar membayangkan mahu bersara juga sebenarnya bagi mengalih isu penghakiman penuh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan berlaku penetrasi ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat.

Jelasnya, Ketua Pembangkang itu ketika ini berada dalam keadaan amat tertekan kerana penghakiman penuh tersebut jelas membuktikan liwat ke atas Mohd. Saiful berlaku dan beliau sekarang adalah liabiliti kepada pembangkang, bukannya aset seperti didakwa," katanya.

"Tetapi jika itulah hasrat Anwar, saya menggesa seluruh rakyat menunaikan hasratnya kerana TIBAI menganggap kehadiran beliau yang penuh dengan isu moral dalam politik seperti melukut di tepi gantang, masuk tak tambah, keluar tak kurang tetapi lebih baik tiada," katanya.
Monday, 2 July 2012
06:49 0

Sokongan Kaum Cina Sama Penting Seperti Kaum Lain


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sokongan kaum Cina bagi membolehkan kerajaan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang adalah sama penting dengan sokongan dari kaum lain.

Beliau berkata, melalui pendekatan dan usaha kerajaan untuk kebajikan rakyat dan negara, sokongan semua rakyat pastinya akan diperoleh terutamanya dari kaum Cina. “Kaum Cina akan sokong kerajaan selepas melihat semua kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan selama ini dan MCA akan berusaha memastikan sokongan kaum Cina kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival buah-buahan ‘Jom Bentong’ di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan memerlukan sokongan kaum Cina bagi mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata kementeriannya akan mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh St John Ambulans Malaysia (SJAM) bagi mentadbir Pusat Rawatan Hemodialisis mereka.

Sehubungan itu, Liow berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman untuk bertemu segera dengan SJAM.

“Kita tahu mereka semua sukarelawan dan kita sokong mereka. Jadi kita mahu tahu adakah mereka kekurangan doktor serta bantuan lain yang diperlukan. Kementerian tidak mahu mereka menjalankan pusat perubatan yang tidak selamat dan kurang berkualiti,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Pusat Rawatan Dialisis SJAM tidak mendapat kebenaran oleh Kementerian Kesihatan untuk beroperasi.
Sunday, 1 July 2012
16:58 0

Kit Siang Nafi Kaum Cina Jadi Undi Penentu


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan bahawa kaum Cina akan menjadi faktor penentu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Malah, dakwa beliau, kaum Cina di Malaysia juga tidak berhasrat menjadi faktor penentu dalam pilihan raya umum berkenaan.

“Realiti keadaan adalah dengan melihat bilangan pengundi Cina di Malaysia maka mustahil untuk pengundi Cina menjadi faktor penentu dalam PRU Ke-13.

“Kenyataan seperti ini merupakan taktik lama untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang mendakwa, pengundi Cina tidak boleh menjadi faktor penentu dalam PRU Ke-13 jika berdasarkan kerusi parlimen.

Dakwa beliau, hanya 89 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30 peratus jumlah keseluruhan pengundi.

Sebuah portal berita pada 29 Jun lalu melaporkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata, beliau percaya keputusan PRU Ke-13 bakal ditentukan oleh pengundi Cina.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, undi kaum itu bakal menjadi faktor penentu siapakah yang layak mentadbir negara memandangkan Melayu bukan lagi masyarakat majoriti di negara ini.

Jelas beliau, faktor itu juga menjadi punca meningkatnya politik perkauman kerana pada hakikatnya Melayu kini terbahagi kepada tiga parti
16:34 0

SUHAKAM Mula Siasatan Awam Rerhadap Bersih 3.0



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul, berkata terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.

“Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab.

“Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 21 Jun lalu, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya.

Rodziah berkata Suhakam juga sedang menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual anggotanya yang bertugas semasa perhimpunan berkenaan.

“Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan dibuat selepas mengambil kira pemantauan suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan.

“Ini termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada suruhanjaya yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan,” katanya.

Panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee, katanya.
16:13 0

Benarkah Kerajaan DAP Rasis?


MENGIKUT sumber penulis, sejak kerajaan Pakatan Rakyat DAP mengambil alih Pulau Pinang pada Mac 2008, secara purata hampir setiap bulan akan ada saja siri tunjuk perasaan diadakan rakyat Pulau Pinang bagi membantah tindak tanduk kerajaan pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan rasis.

Semua ini dikaitkan dengan tindak tanduk kerajaan DAP yang dikatakan rasis, mengutamakan kaum cina dan meminggirkan orang Melayu dan orang India. Benarkah?

Paling menonjol sudah tentulah setelah perkampungan tradisional orang India, Kg Buah Pala dirobohkan Guan Eng pada 2009.

Berlawanan dengan janji yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 yang menjanjikan pengekalan kampung tersebut kalau kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih dalam pilihanraya umum 2008.

Baca Berita Selanjutnya Di SuaraPakatanRakyat
Tuesday, 26 June 2012
14:37 0

Bantuan Kepada Pesara Tentera Tidak Perlu Dipolitikkan - Zahid




KUALA LUMPUR 26 Jun - Bantuan yang akan diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah bersara diharap tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu ini (bantuan) tidak harus dipolitikkan kerana usaha ini merupakan bantuan jangka panjang yang akan diberikan kepada mereka.

"Bantuan ini tidak perlu disalahertikan dengan menganggap ia sebagai pujukan daripada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu tersebut tidak seharusnya timbul kerana usaha ini akan dijalankan untuk jangka masa yang lama dan pihak kami telah melakukan pro-failling skills selama 3 tahun sebelum mereka bersara," katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pro-failling skills tersebut meliputi bidang kerja yang akan mereka ceburi selepas tamat berkhidmat dan bantuan kewangan akan diberikan bagi yang layak.

Akta yang akan ditubuhkan begi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari berkhidmat ini akan ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Sehubungan itu, seramai 202, 675 pesara diharap dapat mendaftarkan diri di persatuan- persatuan yang berkenaan bagi memudahkan penyaluran dan pengagihan wang ini kelak.
13:02 0

UMNO MARAH KHATIB DOA KEJATUHAN PEMIMPIN ZALIM & RASUAH?






BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu kesal dengan tindakan 'individu tidak bertanggungjawab' yang didakwa sengaja memperbesarkan isu berhubung doa dibacakan pada khatib Jumaat lalu.

Pengerusi Kariah, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai fitnah kerana khatib itu tidak langsung menyebut mahu menjatuhkan mana-mana kerajaan, tetapi berdoa supaya pemimpin zalim dijatuhkan.

Beliau syak individu yang membuat dakwaan itu cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa kariah masjid.

“Tidak menjadi masalah kita mendoakan mengalahkan yang zalim, menjatuhkan musuh Islam. Perbuatan ini (iaitu membesarkan isu doa khutbah itu) adalah serangan dari sudut politik yang berkemungkinan untuk memburukkan pentadbiran masjid sedia ada.

 “Kita kenal dua pengadu tersebut," katanya.

Menurutnya, mereka pernah memegang jawatan penting di masjid itu dan tidak banyak menyumbang.

Abu Bakar berkata, pihaknya tidak gentar untuk menghadapi dakwaan itu kerana mempunyai bukti berupa rakaman khutbah berkenaan.

Katanya, laporan polis juga akan dibuat selepas ini, selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan.

“Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan khatib, kalau benar fitnah, tindakan undang-undang akan diambil. Apa pun, kita akan lihat dahulu laporan dikeluarkan media berhubung isu ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah itu, Jaafar Che Mai turut kecewa dengan tindakan kedua-dua individu itu yang didakwa sengaja mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

“Kita mahu mengimarahkan masjid, tapi perbuatan mereka seolah-olah mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

"Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) meminta kita menyerahkan rakaman tersebut esok (hari ini). Kita juga akan minta nasihat daripada mereka sebelum mengambil sebarang tindakan susulan,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan di Taman Guar Perahu, malam kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, ketika artikel ini ditulis, rakaman khutbah Jumaat itu sudah pun diserahkan kepada MAINPP untuk diteliti.
Monday, 25 June 2012
13:02 0

'Umno nak 'mengurat' PAS, kita jawab tak nak'




MELAKA: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan pujuk rayu Umno yang dilihat cuba 'mengurat' PAS apabila mereka kini dalam keadaan sangat lemah.

Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang dilakukan pemerintah negara ini.

Menurut beliau, walaupun Umno itu parti Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.

"Walaupun Umno kata Melayu tak boleh tentang Melayu, tapi Islam ajar kita supaya menentang kezaliman walaupun datang dari kaum kita sendiri.

"Ajaran Melayu Umno, perangai hodoh tak apa, rasuah tak apa, atas nama orang Melayu, tetapi ajaran Islam tidak begitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam tadi.

Lebih 3,000 hadir pada ceramah di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mengulas lanjut Mustafa yang mengambil pentas sebelum Mohamad berkata, Islam juga mengajar umatnya boleh bersama siapa sahaja demi menentang kemungkaran dan menegakkan keadilan.

"Sebab itu kita bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Kita menentang Umno sebab mereka tidak menegakkan keadilan sebagaimana di perintah Allah," katanya.

Umno kini katanya dalam keadaan sangat lemah dan terpaksa 'mengorat' PAS untuk mengembalikan sokongan kepada mereka atas nama parti orang Melayu.

Bagaimanapun tegasnya, PAS sudah matang dengan taktik dan perangai Umno itu dan sesekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.

"Abg Mat (Mohamad Sabu) berapa kali dia kena ISA siapa buat, Umno yang buat.

"Kenapa Umno buat kepada orang Melayu, sebaba waktu nak ISA dia tak kira dah Melayu, tapi sekarang bila lemah sibuk cari PAS atas nama Melayu.

"Sebab itu walaupun ada usaha Umno nak mengorat kita, kita kata no!," tegasnya.

Dalam pada itu, mengulas kehadiran malam tadi, Mustafa menyifatkan ianya suatu kebangkitan rakyat Melaka yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Sambutan luar biasa sejak kebelakangan ini katanya bukan sahaja memeningkan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Ali Rustam malah juga membimbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
08:57 0

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi




KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau.

Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul.

"Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya.

Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.

Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.
Saturday, 23 June 2012
08:41 0

Patutlah Bekas Bendahari Umno Permatang Pauh Sertai Pakatan Rakyat




Program Merdeka Rakyat pada 2 Jun baru-baru di kejutkan dengan kemunculan Bekas Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Mustafa bin Man di atas pentas Pakatan Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu.

Yang ramai terkejut sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh. Ikuti pendedahannya, kenapa beliau sertai Pakatan Rakyat..
Kemunculan saya dalam program Merdeka Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu,pada 2 Jun 2012 yang lalu adalah kerana ingin memberikan sedikit sumbangan khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam rangka Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya.

Cita-cita besar ini bukanlah mudah untuk dicapai kerana yang akan dilawan bukan sahaja jentera Barisan Nasional tetapi juga jentera kerajaan.

Usaha dan cita- cita ini tidak akan tercapai jika kita membiarkan para pemimpin sahaja yang bertungkus lumus bekerja untuk kemenangan bagi pihak kita rakyat Malaysia.

Setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggung jawab masing-masing samaada secara terang atau terselindung.

Saya tampil kerana sudah sampai masanya saya sebagai rakyat, membuang sikap takut dan bimbang dengan segala bentuk tindakan yang mungkin dikenakan terhadap saya sebagai seorang kaki tangan kerajaan.

Sampai bila rasa takut dan bimbang ini hendak dibiarkan berada dalam hati sedangkan saya hidup dalam sebuah negara yang sudah lebih 50 tahun merdeka?

Saya perlu memberikan sumbangan dalam usaha PR mengambil alih kerajaan yang ada sekarang ini.

Kalau kita semua masih takut dan bimbang dengan risiko yang akan kita terima dalam perjuangan yang murni ini, saya rasa kita tidak akan kemana. Peranan yang boleh kita sumbangkan mungkin berbeza-beza tetap ia mat penting kearah mencapai cita-cita besar ini.

Saya juga berani tampil secara terbuka di hadapan khalayak kerana secara peribadi saya penuh yakin bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah atas segala pertuduhan dan fitnah yang beliau telah dan sedang hadapi sekarang ini.

Saya berpeluang memerhati peribadi dan akhlak beliau secara dekat sejak zaman awal 80an lagi. Beliau bukanlah orang yang rendah moral seperti yang didakwa. Anwar Ibrahim sebaliknya ialah seorang pejuang tulen.

Saya katakan begitu kerana ketika beliau sudah begituhampir dengan jawatan Perdana Menteri, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip yang beliaupegang. Jika beliau hendakkan jawatan tersebut, tentulah beliau boleh pilih untuk bersekongkol dengan ketuanya. Pilihan itu cukup mudah.

Saya juga yakin bahawa rakan-rakan saya dalam Jawatan kuasa Umno Bahagian Permatang Pauh sebelum pemecatan Anwar, tahu dan percaya bahawa Anwar tidak bersalah. Beliau bukanlah orang yang mempunyai perwatakan seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, mereka terpaksa memilih untuk bersekongkol dengan musuh beliau kerana kepentingan-kepentingan peribadi yang akan diperoleh jika terus berada dalam Umno.

Sangat menyedihkan kerana sebagai orang yang beragama Islam, kita tergamak membiarkan Anwar diaib dan difitnah dengan begitu dahsyat sekali.

Pertuduhan ke atas beliau pula bertaliarus dan sebilangan daripada kita yang suatu ketika dulu sanggup memeluk dan mencium pipi dan tangan Anwar, mengepung beliau setiap kali beliau pulang ke Permatang Pauh, hinggakan rakya tbiasa di bawah pun sukar hendak menceritakan masalah mereka kepada beliau, sanggup bersubahat untuk menganiayai beliau.

InsyaAllah, saya penuh yakin bahawa berkat pengorbanan dan kesungguhan usaha pimpinan PR dan juga seluruh rakyat yang cintaakan keadilan, keamanan dan keharmonian hidup, kita akan dapat mengubah nasib dan masa depan kita serta generasi akan datang dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.

Mustafa Bin Man,
Bekas bendahari UMNO,
Bahagian Permatang Pauh.

arusperjuangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...