Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts
Sunday, 15 July 2012
Dalam liputan lalu kami ada berkongsi cerita mengenai HTC yang mahu mengeluarkan tablet Androidterbaru mereka selepas menegluarkan dua tablet Android sebelum ini – HTC Flyer dan HTC Jetstream. Model terbaru tablet Android HTC adalah HTC Vertex HD, menggunakan Android 4.0sebagai sistem operasi, prestasinya dipacu oleh cip pemproses Nvidia Tegra 3 (sama seperti di dalam Nexus 7) yang berciri empat teras. Skrinnya pula bersaiz 10 inci dilengkapi ciri HD serta memiliki resolusi maksima 1280 x 800 piksel. Kamera bahagian belakang HTC Vertex HD menggunakan lensa 2MP manakala lensa di kamera digital bahagian depan tablet cuma berkuasa 1.3MP sahaja, tapi lebih baik dari tiada langsung. Ciri lain yang turut dimuatkan adalah sistem audio hebat dari Beats By Dr Dre serta capaian Bluetooth 4.0. Senarai spesifikasi lengkap, harga sebenar dan tarikh pelancaran sebenar masih tidak diberitahu oleh HTC kerana masih belum ada pengumuman rasmi mengenai HTC Vertex HD ni. Apa-apapun, kemunculannya menambahkan lagi kehangatan pasaran tablet yang kini makin hangat dengan kemunculan Nexus 7 serta kemunculan akan datang beberapa lagi model tablet baharu –Kindle Fire 2, iPad Mini, Galaxy Note 10.1 serta Galaxy Tab 2 10.1.
Sebuah laman berita gajet elektronik di Korea, DDaily melaporkan bahawa Samsung akan memperkenalkan peranti terbaru mereka – Samsung Galaxy Note 2 menjelang Ogos 2012 ketika acaraIFA 2012 berlangsung di Berlin bermula 31 Ogos 2012 hingga 5 September 2012. Agensi berita Korea itumemberitahu Samsung akan mengadakan sidang media khas pada 30 Ogos 2012 pada jam 7 malam di Berlin untuk mengumumkan pelancaran rasmi Galaxy Note 2, penjualan rasmi Galaxy Note 2 pula akan dibuat menjelang September 2012 supaya peminat Samsung tidak menunggu lama, lagipun iPhone 5 diwarkan-warkan muncul sekitar minggu pertama Oktober 2012 jadi Samsung perlu bertindak pantas. Mengenai spesifikasi Galaxy Note 2 akan dimunculkan dengan skrin 5.5. inci, kamera belakang yang dipasang lensa berkuasa 8MP atau 12MP, menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, cip pemprosesnya pula adalah dari jenama Exynos berciri quad core yang dibina sendiri oleh kilangSamsung. Samsung merupakan rakan niaga terbaik pihak Android maka tidak ada masalah untuk Samsung memasang versi terbaru sistem operasi Android ke dalam peranti mereka. Harga Samsung Galaxy Note II di Malaysia pada jangkaan kami berada pada paras RM1,999-RM2,200 saat mula dibawa masuk ke sini sepertimana harga Galaxy Note edisi pertama sekali ketika dibawa masuk ke Malaysia pada Oktober-November 2011.
Samsung Galaxy Note II, Ogos 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

