Saturday, 14 July 2012
Pengasas Digg, Kevin Rose (dalam gambar di atas), mengatakan Digg gagal mengekalkan prestasi cemerlangnya kerana media sosial meningkat naik. Dahulu, Digg merupakan laman perkongsian bookmark terkenal di mana jutaan pengguna Digg seronok berkongsi link membawa ke kandungan web yang menarik. Kini situasi itu berubah dimana pengguna internet hari ini boleh berkongsi apa jua link melalui akaun sosial mereka terutama di Facebook dan Twitter. Digg telah dijual kepada Betaworks dengan nilai $500,000 Dolar Amerika yang mengejutkan ramai pihak sedangkan Google pernah memberi tawaran mahu membeli Digg sebanyak $200,000 Dolar Amerika pada tahun 2008 tapi ditolak. Melaluimedia sosial pengguna internet dapat mengetahui maklumat terbaru dengan pantas dan cepat tanpa perlu ke Digg, sebelum media sosial meningkat naik satu ketika dulu Digg menjadi tempat di mana berita dan perkembangan terbaru pantas dikeluarkan. Sekarang tidak lagi. Media sosial semakin bagus, dunia semakin terbuka dan maklumat pantas disalurkan. Kevin Rose memberikan kenyataan dalam satu temuramah khas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment