Searching...
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Sunday, 15 July 2012
00:38 0

Bagaimana Merakamkan Paparan Skrin Dengan Pantas Pada Windows?



Pada Windows, salah satu fungsi yang sering yang rindukan daripada Linux adalah sokongan merakamkan skrin dengan pantas, melalui hanya menekan satu butang sahaja. Berbeza pada Windows, selepas menekan butang Prt Sc, para pengguna perlu paste pada Paint atau aplikasi lain, sebelum dapat menyimpannya.

Perkara sama juga untuk Snipping Tool pada Windows 7 yang memerlukan beberapa langkah sebelum dapat menyimpan sesuatu gambar paparan skrin.

Dan untuk memudahkan ia, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah LiveCapture. LiveCapture merupakan salah satu aplikasi percuma yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar skrin dengan hanya menekan satu butang sahaja, seterusnya menyimpannya terus tanpa perlu melalui pelbagai proses. Fail yang dirakamkan disimpan dalam bentuk JPG, selain memberikan pilihan untuk anda membuka terus pada Paint dan sebagainya.

Aplikasi ini amat berguna sekiranya anda sering merakamkan gambar skrin dengan pantas, sebagai contoh ketika menonton siaran langsung melalui web dan sebagainya. Ia juga turut menyertakan sokongan Timing Capture, membolehkan anda menetapkan untuk merakamkan selang beberapa saat dan sebagainya. Sebaik sahaja dipasang, ia akan ditetapkan untuk dimulakan bersama-sama dengan komputer anda, yang mana semestinya boleh diubah oleh anda melalui MSConfig.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun LiveCapture secara percuma terus daripada laman Google Code rasmi mereka, dan mencubanya sendiri pada Windows anda.
Saturday, 14 July 2012
23:37 0

Bagaimana Menggunakan Google Chrome Dalam Bahasa Malaysia?



Google seperti kebanyakkan perkhidmatan mereka, turut sama menawarkan sokongan bahasa Malaysia pada pelayar web popular mereka. Namun, perkara ini perlu diaktifkan secara manual oleh para pengguna, sekaligus membolehkan mereka menikmati pelayar web Chrome dalam bahasa kebangsaan.


Untuk mengubahnya kepada bahasa Malaysia, anda hanya perlu:

Layari laman tetapan Google Chrome dengan ke bahagian Settings.
Buat pilihan Advanced Settings.
Di bahagian Languages, klik pada butang Languages and spell-checker settings.
Pilih bahasa kegemaran anda, dan tekan butang Add. Bahasa pilihan anda akan diperlihatkan dengan pilihan pada bahagian kanan untuk menggunakan bahasa tersebut pada Google Chrome.
Klik pada butang tersebut, dan mulakan semula pelayar web Chrome anda.



Sebaik sahaja anda memulakan semula pelayar web Chrome anda, ia akan menggunakan bahasa pilihan anda. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri hari ini, dan menggunakan Chrome dengan bahasa kegemaran anda.

01:27 0

Bagaimana Mengemaskini Aplikasi Pada Windows Dengan Mudah?



Pada Linux, salah satu perkara yang diminati kami adalah kebolehan untuk mengemaskini terus melalui Terminal dengan mudah. Namun, pada Windows kebanyakkan perisian perlu dikemaskini secara manual, yang memakan sedikit masa untuknya. Untuk memudahkan para pengguna Windows, salah satu aplikasi yang memudahkan proses mengemaskini adalah Appupdater.

Appupdater merupakan perisian percuma, membolehkan anda menyemak senarai aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda, dan mengetahui sama ada terdapat sebarang versi baru untuknya ataupun tidak. Sekiranya ya, anda boleh memuat-turun terus daripada aplikasi tersebut serta-merta, dan mengemaskini perisian anda.

Disamping itu, anda juga turut sama boleh menggunakan Appupdater dalam mencari perisian percuma untuk komputer anda, yang mana kebanyakkan merupakan aplikasi berasaskan sumber terbuka.

Walaubagaimanapun, melalui Appupdater, kemaskini yang diperlihatkan adalah bukan dalam masa-nyata, dan mengambil sedikit masa sebelum kemaskini diperlihatkan padanya. Perkara ini kami perasan apabila pemain media VLC telah mengeluarkan kemaskini versi 2.0.2, tetapi pada Appupdater masih memaparkan versi 2.0.1.

Namun, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengemaskini semua perisian yang sedia terpasang pada komputer anda dengan hanya beberapa klik sahaja. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun Appupdater hari ini untuk Windows, dan mencubanya sendiri.
Tuesday, 29 May 2012
23:35 0

5 Fakta Penipuan Pada Label Kosmetik


Baru Haku tau sebenarnya Haku pon tertipu jugek cis!. Pengeluar produk kosmetik kadang-kadang berjaya memanipulasikan fakta dan membuatkan kita percaya ditambah plak dengan retis yang berlakon dalam iklan tu sumenyer jelitakan.
Jom tengok apakah penipuan pada label kosmetik

1) Oil Free
Banyak sekarang ni syarikat kosmetik meletak ayat oil free pada label produk mereka. Kerana apa? Kerana kita sentiasa dimomokkan dengan kulit yang berminyak kulit kita mudah dihinggapi jerawat... Betul tak!.
Dari itu mereka-mereka ini menggunakan perkataan oil free supaya kita tanpa pikir panjang untuk terus membeli produk itu.
Ramai Dermatologist setuju bahawa label oil free tu hanya trick dan strategi market sahaja. Kajian telah dilakukan setiap produk yang berlabel oil free tetap mengandungi minyak malah lagi teruk minyak itu adalah minyak buatan dan boleh membuatkan kulit kita timbul jerawat.
Yang terbaik untuk memilih produk kosmetik ialah produk yang ada tertulis 'noncomedogenic' (bebas komedo)atau 'nonacnegenic (bebas jerawat) pada label," saran Elizabeth Tanzi, dermatologis di Washington D.C.
Lagipun tak semua minyak tak bagus ada juga minyak yang bagus digunakan antaranya tea tree oil yang boleh membunuh bakteria dan lavender oil yang berfungsi sebagai anti-inflamasi.

2) SPF Pada produk kosmetik
Ramai yang akan memilih produk kosmetik 2 in 1 seperti faundation yang kononya sudah dilengkapi sun block. Jadi kita tak payah buang masa lagi guna sun block lagi. Hakikatnya sun block yang terdapat pada 2 in 1 produk adalah tidak cukup. Sebaiknya mesti gunakan sun block SPF30 sebagai base make up sebelum menggunakan faundation, supaya kulit kita terlindung dari sinaran UV (bukan unique visitor muuhahhaha).

3) Bahan Natural & Organik dalam produk kosmetik
Sekarang ni banyak betul produk yang menggunakan bahan kononnya dari bahan semulajadi. Sedangkan Food & Drug Administration (FDA) mengatakan hanya 20% sahaja kebanyakkan produk mengandungi bahan semulajadi, 80% lagi adalah UNKNOWN.

4) Anti-Aging pada produk kosmetik
Label anti-aging hanyalah penyedap rasa dan mempengaruhi pembeli untuk membeli produk mereka. Lagipun nak menghapuskan kedutan bukan kerja senang melainkan melalui surgicall operation.

Sebaiknya eloklah menggunakan produk yang mempunyai label anti-acne yang mengandungi salicylic asid itu lebih bermanafaat. Tetapi produk anti-aging ini bukan tidak bagus cuma haruslah digunakan waktu malam sebagai krim malam. Seperti yang disarankan oleh dermatologist.

5) Fragrance free
Bagi anda yang tidak suka bau-bauan pada produk kosmetik tentulah produk yang mempunyai label fragrance free menjadi pilihan bukan. Sebenarnya banyak produk kosmetik ini mengandungi perfume ia ditambah untuk menutup aroma dari kandungan lain, padahal FDA tidak membenarkan memasukkan aroma lain dalam daftar kandungan," jelas Laura Verallo de Bertotto, CEO dari VMV Hypoallergenics.

Istilah hypoallergenic bermaksud produk tersebut memiliki kemungkinan kecil boleh menyebabkan reaksi dan alergi pada kulit. Jika Anda mengalami masalah dengan alergi kulit, Sebaiknya mencuba pada belakang tangan dahulu sesuatu produk itu.

Walau apa pun pilihan ditangan anda buatlah pilihan yang terbaik...huhuhuhuhu Tipah Tertipu!
23:08 2

Widget untuk Mencantikkan Blog


Korang dah ada blog? Tapi blog korang tak ada benda yang menarik? Kalau korang nak tutorial cantikkan blog, pasangkan widget untuk jadikan blog lebih menarik dan cantik. Tapi elakkan dari masukkan widget terlalu banyak sampai loading blog jadi lambat.

Bila nak loading blog terlalu lama akan menyebabkan pelawat lebih cepat untuk tinggalkan blog kita. Ingat, loading blog memainkan peranan untuk lebih mesra SEO. Seboleh-bolehnya kurangkan javascript sebab javascript la yang jadikan blog lembab macam kura-kura.^_^.

Saya cuma senaraikan widget blog untuk korang masukkan dalam blog tapi tak suruh masuk kan semua ok..^_^.

Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:

Senarai Widget Blog:


Rating - http://www.blogorator.com

Form ke Email - http://www.emailmeform.com

Chatbox - http://www.cbox.ws

Shoutmix - http://www.shoutmix.com

Favicon - http://www.deviantart.com

Feedjit - http://feedjit.com

Flag Counter - http://s03.flagcounter.com

Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com

LinkWithin – http://www.linkwithin.com

Map - http://www.feedmap.net

Mybloglog - http://pub.mybloglog.com

Free Domain - http://www.zonestraits.com

Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com (Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita)

Waktu Solat - http://www.waktusolat.net

Online User - http://www.widgeo.net (Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita)

Feedburner - http://feedburner.google.com

Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com (Boleh buat duit dengan menulis blog)


Saturday, 26 May 2012
23:52 0

3 Tanda Anda Salah Pilih Kekasih


Kadang-kadang wanita tidak mengetahui bahawa mereka sedang menjalin hubungan yang salah. Mungkin Anda sudah merasakan salahnya hubungan ini, namun ramai dari wanita yang masih mempertahankan hubungan.

Tidak pernah bertengkar atau tidak bergaduh bukan bererti hubungan Anda merupakan hubungan yang baik untuk diteruskan. Ada faktor lain yang mendukung bahawa dia bukan orang yang tepat bagi Anda. Seperti dilansir dari She Knows, inilah tiga tanda Anda salah memilih kekasih.

1. Memiliki Tujuan Hidup yang Jauh Berbeza

Ada yang kata, perbezaan semestinya bukan menjadi masalah, justru dapat melengkapi. Namun jika perbezaan terlalu jauh dan menyangkut prinsip hidup Anda akan sulit untuk disatukan. Misalkan saja, si dia tidak ingin punya anak setelah menikah nanti atau dia ingin pindah ke kota lebih kecil kerana tidak tahan dengan tekanan di ibu kota. Sedangkan Anda ingin segera memiliki anak setelah menikah dan Anda ingin mengembangkan karier, sehingga tidak mungkin untuk ikut pindah ke kota kecil. Hal-hal serupa yang membuat hubungan sulit untuk boleh sukses. Mungkin pada awalnya Anda dan si dia tidak mempermasalahkannya, namun waktu terus berputar dan keputusan harus segera dibuat. Bagus jika kedua pasangan boleh berkompromi, jika tidak? Maka hubungan akan sulit dipertahankan.

2. Tidak Pernah Bicara dari Hati ke Hati

Saling berbagi tentang impian dan cita-cita merupakan momen paling membahagiakan. Ketika Anda dan si dia tidak pernah tahu apa yang diinginkan kekasih, begitu pun sebaliknya maka Anda berada dalam hubungan yang salah. Ini bukti Anda ataupun si dia tidak menganggap penting dan tidak mengizinkan dia ataupun Anda masuk ke kehidupan yang lebih dalam.

3. Tidak Menyukai Keluarga atau Teman-teman Anda
Tentu hubungan tidak akan berjalan sempurna ketika si di tidak menyukai keluarga dan teman-teman Anda. Ketika diajak berkumpul dengan mereka, si dia menolak mentah-mentah. Padahal keluarga serta sahabat Anda merupakan orang penting di hidup Anda. Hidup pun terasa semakin lengkap jika kekasih dan sahabat boleh berkumpul bersama. Untuk itu, jangan habiskan waktu Anda hanya untuk memujuknya agar mahu menerima keluarga dan teman-teman Anda.
Sunday, 13 May 2012
02:51 0

10 cara langsing sebelum anda bersanding



Anda impikan tubuh yang langsing untuk kelihatan menawan tatkala mengenakan busana pengantin di hari paling membahagiakan anda? Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?

Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri. Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.

TIP DIET RENDAH LEMAK

1. Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.

2. Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

3. Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.

4. Buat bakal pengantin anda digalakkan mengambil telur goreng atau telur rebus maksimum 4 kali seminggu.

5. Pada penggemar daging dan ikan anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.

6. Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain membahayakan keselamatan ianya juga membahayakan kesihatan tubuh badan anda.

7. Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.

8. Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.

9. Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.

10. Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.
Friday, 11 May 2012
23:57 0

Melangkah yakin dengan penampilan anda!



Tahukah anda keyakinan bermula daripada langkah pertama, selain berfikiran positif dan penampilan menarik, pemilihan sepatu dan sandal yang bersesuaian akan menambah nilai gaya bagi wanita. Ia bukan sekadar pengalas kaki namun satu aksesori penghias diri. Kombinasi warna, rekaan dan material pencetus gaya hebat dan menawan. Sama ada anda memilih boot, wedges atau sandal, pastikan ia selesa dan sesuai dengan anda.

Disini ada beberapa tips untuk memilih kasut yang sesuai dengan anda :-
  • pastikan anda memakai stoking yang sesuai ketika memilih kasut. Dan jika anda ingin memilih memakai boot pastikan anda memilih stoking yang tebal.
  • jika anda mencuba kasut baru cubalah dengan kaki yang lebih besar. Selalunya kaki yang lebih besar adalah berlawanan dengan tangan yang menulis.
  • semasa mencuba pastikan anda berdiri dan berjalan sedikit. Kasut tersebut benar-benar sesuai jika anda boleh menggerak-gerakkan jemari kaki di dalam kasut.
  • jika anda banyak berjalan pada hari tersebut lebih daripada biasa janganlah membeli kasut bertumit tinggi. Saiz kaki dikatakan agak mengecil jika lebih berjalan.
  • elakkan kasut bertumit tinggi jika ada masalah sakit belakang. Begitu juga dengan pesakit diabetis. Pastikan kasut yang dipilih dialas pelapik lembut dan tidak ketat.
  • waktu petang dikatakan masa yang sesuai untuk membeli kasut.
18:52 0

Tujuh cara untuk menilai sama ada si lelaki adalah sesuai untuk anda atau tidak.


Anda perlu pandai dalam menilai sesuatu hubungan. Jangan di sebabkan anda wanita, anda di tindas oleh kaum lelaki. Pilihan di tangan anda. Untuk memastikan sama ada si lelaki itu sayang pada anda atau tidak, saya senaraikan tujuh tip untuk menilai sama ada lelaki itu layak atau tidak bersama dengan anda.

Si lelaki layan anda dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Lelaki telah menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya pada anda jika mereka selalu layan anda sebagai seorang yang istimewa pada setiap masa. Lelaki sayang anda jika mereka hormat dan mendengar pendapat anda mengenai sesuatu. Jika anda berjumpa dengan lelaki seperti ini, lelaki ini benar – benar menyayangi anda.

Dia mahu jumpa anda pada setiap masa.

Jika lelaki tidak serius dengan anda, dia akan mengelak dari anda. Namun, lelaki itu serius dengan anda jika dia selalu ingin berjumpa dengan anda. Selalunya lelaki yang sayang pada anda akan member kejutan setiap kali anda berjumpa dengan dia. Dia mahukan setiap perjumpaan adalah istimewa.

Dia mahu anda sentiasa berhubungan dengan dia.

Lelaki yang mahukan anda sebagai peneman hidup, dia akan sentiasa berhubung dengan anda. Apabila berjumpa, dia akan sentiasa mahu panjangkan perjumpaan tersebut. Dia juga sentiasa mahu tahu aktiviti anda. Dia tidak menyibuk aktiviti anda tetapi mahu sentiasa ambil berat mengenai anda.

Dia cuba hendak merapatkan antara anda berdua.

Si lelaki sayang pada anda jika dia mula hendak merapatkan diri anda dan dirinya. Dia tidak lokek mencurahkan perasaan kasih dan sayangnya pada anda. Dia juga cuba mewujudkan perasaan yang sama pada anda iaitu cinta. Dia benar – benar serius pada anda sehinggakan dia sanggup membocorkan rahsia peribadinya pada anda.

Dia memperkenalkan anda pada kehidupannya.

Apabila anda lihat seorang lelaki mula menceritakan mengenai kehidupannya pada anda, dia memang benar – benar sayang akan anda. Dia akan mula memperkenalkan anda pada rakan rapatnya. Dia juga tidak malu menyatakan minat dia dalam melakukan sesuatu pada anda.

Dia mahu berjumpa dengan orang yang anda sayang.

Jika dia mahu berjumpa dengan ibu bapa anda, dia sememangnya sayang pada anda.

Dia bercakap soal masa depannya pada anda.

Jika dia mula bercerita mengenai masa depannya pada anda, dia sememangnya menyayangi anda. Dia mahu tunjukkan impiannya pada anda dan mahu anda bersama dengannya.
Friday, 27 April 2012
12:22 0

Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW



Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.

Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyallah.
Sunday, 22 April 2012
01:39 0

Import Gambar Flickr Ke Facebook Dengan Mudah Melalui UnifyPhotos

Dengan populariti Facebook yang meningkat naik dari hari ke hari, salah satu perkhidmatan yang turut dipergunakan dengan meluas padanya adalah Facebook Photos, yang mana kini menjadi laman perkongsian gambar paling besar di internet, mengalahkan beberapa laman lain seperti Flickr dan Picasa. 







Perkara ini, semestinya akan membuatkan beberapa jurugambar untuk menyertakan gambar-gambar sedia ada di Flickr ke dalam profil Facebook mereka, tetapi malas untuk memuat-naiknya kembali ke Facebook kerana mengambil masa yang lama.
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi pihak ketiga baru diperkenalkan, dinamakan sebagai UnifyPhotos. Melalui aplikasi tersebut, ia membolehkan anda mengimport semua gambar di Flickr ke Facebook dengan mudah, sekaligus menetapkan tahap privasi sesuau gambar mengikut tetapan pilihan pengguna. Ia juga membuatkan sebuah album baru untuk setiap set pada Flickr.
Pada masa yang sama, pembangun disebaliknya, iaitu Goyaka Labs mengatakan mereka juga turut sama sedang membangunkan aplikasi yang serupa untuk para pengguna Picasa, membolehkan mereka mengimport gambar Picasa ke Facebook dengan mudah.
Jadi, bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh ke laman rasmi UnifyPhotos, dan seterusnya mula mengimport gambar-gambar Flickr anda ke Facebook serta-merta.
Monday, 16 April 2012
00:18 0

Tips : Kemas Kini Plugin Pelayar Internet Anda




Salah satu punca pelayar internet anda crash atau tidak berfungsi dengan baik adalah kerana menggunakan plugin yang lama dan tidak stabil.
Cara kemas kini plugin pelayar Internet
1. Masuk Mozilla Plugin Check
2. Tengok status plugin selepas scan. Jika semua Up To Date bermakna plugin anda adalah versi terbaru.
3. Kalau tertulis Out of Date, bermakna anda perlu kemas kini plugin kepada versi terbaru.
Selamat mencuba
Sunday, 15 April 2012
13:52 0

Cara Cepat Naik/Turun Lif Tanpa Perlu Berhenti

Assalamualaikum. 

Pernah dengan cara yang polis gunakan untuk naik atau turun dari lif dengan cepat tanpa perlu berhenti di mana-mana aras (Floor)? Lihat pada gambar di bawah:




SL punya rumah tak da lif. so sapa2 yang tinggal flat ke kondo ke try la trick ni. kawan SL try ckpnya jadi. so pandai2 la guna untuk kebajikan erk! hahaha.
11:11 0

Empat Makanan Pembersih Liver



Liver atau hati merupakan organ yang sering diabaikan kesehatannya. Padahal liver memiliki pekerjaan berat, karena 'bertanggung jawab' pada lebih dari 500 fungsi yang berbeda.
Fungsi-fungsi tersebut antara lain mengeluarkan racun dalam tubuh, menyimpan vitamin tertentu, mengontrol kolesterol serta metabolisme lemak, dan mengatur hormon.

Setiap hari Anda terpapar polusi dan racun, akibatnya liver 'bekerja berat'. Apalagi jika Anda perokok dan sering mengonsumsi alkohol. Untuk itu, bantulah kerja liver dengan membersihkannya yaitu perbanyak konsumsi makan berikut.

1. Minum air perasa lemon

Minum air putih yang cukup. Sesekali tambahkan perasan satu buah jeruk lemon ke dalam air putih yang Anda minum. Hal ini bisa membantu tubuh untuk mengeluarkan racun melalui gerakan usus dan urine. Lemon juga bisa merangsang hati untuk memproduksi empedu untuk mengeluarkan racun.

2. Konsumsi bawang putih dan bawang merah

Bawang merah dan bawang putih mengandung phytonutrient yang bisa memecah simpanan lemak dalam tubuh. Sebagai bonus tambahan, nutrisi penyembuh itu dapat membunuh virus, bakteri dan jamur dan melindungi Anda terhadap penyakit jantung.

3. Vitamin C 1000 mg

Cara terbaik untuk memenuhi kebutuhan nutrisi sambil membersihkan liver adalah dengan konsumsi vitamin C. Berikan liver Anda dorongan ekstra glutathione (protein yang mengandung tiga asam amino penting).

4. Teh bunga dandelion

Penelitian dalam 'Australian Journal of Medical Herbalism' menemukan, kandungan zat dalam akar dandelion bisa membantu regenerasi sel di liver. Anda bisa mendapatkannya dengan minum teh dandelion secara teratur atau konsumsi suplemen dandelion 200 hingga 500 mg per hari.
11:08 0

Hati-Hati.. Jangan Salah Pilih Lip Gloss



Beberapa artikel baru-baru ini menyebutkan efek samping dari penggunaan lip gloss. Kilau memukau bagai gelas pada bibir karena pemakaian lip gloss justru disinyalir dapat mempertajam paparan sinar matahari pada kulit bibir. Benarkah?

Dr. Baumann, penulis buku best seller “The Skin Type Solution”, menyebutkan hal tersebut mungkin terjadi.

Kulit Bibir tak memiliki kelenjar sebum yang dapat memproduksi minyak alami seperti halnya kulit pada daerah lain. Hal inilah yang menyebabkan kulit bibir menjadi lebih cepat kering. Terlebih lagi, karena tidak adanya perlindungan kelenjar sebum tersebut, kulit bibir menjadi lebih rentan terhadap kerusakan yang diakibatkan paparan sinar matahari. Hasilnya? Degenerasi kolagen dan elastin – yang menyebabkan hilangnya elastisitas kulit bibir, meningkatnya jumlah guratan, serta meningkatkan risiko terkena kanker kulit.

Masalahnya, banyak orang mengatasi kekeringan kulit bibir dengan sekadar memakai pelembab bibir, atau lip gloss dan lip balm yang tidak mengandung SPF. Mereka tidak terlalu merisaukan kerusakan pada kulit bibir yang diakibatkan paparan sinar matahari. Padahal, penggunaan lip gloss yang memberikan efek berkilau (shiny lip glosses) dapat mengintensifkan paparan sinar matahari.

Karena itu sebagai solusinya, pemakaian lip gloss yang mengandung SPF sangat dianjurkan. Atau, pilihlah lip balm dengan sunscreen yang tidak mahal dan aplikasikan berulang pada bibir. Selanjutnya, anda dapat menambahkan lipstik atau lipgloss apapun yang anda suka. Akan lebih bagus lagi bila anda menggunakan lip balm, lipgloss atau lipstik yang juga mengandung vitamin E. Selain kaya akan pelembab, vitamin E merupakan antiokasidan kuat yang dapat mengobati kerusakan kulit akibat paparan sinar matahari.
11:01 0

Masker Lemon Cerahkan Kulit Wajah




Membuat sendiri masker kulit wajah bisa membantu menghemat keuangan sekaligus merawat kulit wajah tetap sehat, cerah, dan berseri. Salah satu masker wajah yang bisa Anda buat sendiri adalah masker zaitun-lemon. Minyak zaitun bisa bantu berikan kelembaban kulit, sementara lemon membuat kulit lebih cerah dan berseri.

Minyak zaitun kaya akan vitamin C, D, dan E, antioksidan, serta zat besi, yang berguna meregenerasi kulit dan menjaga kelembaban. Jika keduanya digabung, bisa membantu mengurangi keriput serta ketidaksempurnaan pada kulit wajah. Tambahan oatmeal untuk mengatasi masalah kulit wajah kusam dan putih telur bantu kencangkan kulit wajah. Inilah resepnya:
Bahan:
1 sendok makan minyak zaitun
beberapa tetes perasan air lemon
1/2 cangkir oatmeal instan yang sudah dimasak (dinginkan)
1 putih telur

Cara pembuatan:

1. Campurkan minyak zaitun, perasan air lemon, oatmeal, dan putih telur hingga rata.
2. Oleskan merata pada wajah dan leher.
3. Biarkan selama 15-30 menit.
4. Bilas dengan air hangat.
5. Lalu bilas kembali dengan air dingin/air es
6. Oleskan pelembab sesuai kondisi wajah Anda seperti biasa
10:59 0

Perawatan Untuk Mengecilkan Pori-Pori Wajah



Pembesaran pori-pori sangat dihindari oleh wanita masa kini. Karena itu, agar tetap terlihat menarik, Anda harus menjaga ukuran pori-pori agar tidak semakin membesar.

Mengecilkan pori-pori kulit bisa dengan ramuan alami yang Anda buat sendiri. Tak perlu mengeluarkan banyak uang untuk melakukan perawatan di salon. Cukup gunakan bahan-bahan yang tersedia di rumah.

Cuci muka dengan sabun khusus dua kali sehari bisa membuat pori-pori lebih kecil. Namun terkadang pemakaian sabun yang mengandung bahan kimia akan membuat kelembaban alami kulit berkurang.

Madu dan oatmeal Buat ramuan dari campuran madu, oatmeal dan beberapa sendok susu. Bubuhkan ramuan itu secara merata sambil memijat wajah dengan gerakan yang memutar. Setelah selesai, basuh sampai bersih. Memakai ramuan itu secara rutin 2 kali seminggu akan membuat kulit lebih sehat.

Timun dan apel Campuran timun dan apel yang dihaluskan juga bisa menjadi masker yang alami untuk wajah. Selain dapat memperkecil pori-pori, masker ini juga akan menyerap minyak yang berlebih di kulit wajah.

Sabun bayi dan minyak vitamin E Campuran sabun yang lembut seperti sabun bayi dan vitamin E dalam bentuk minyak juga bisa menjadi ramuan yang baik untuk kulit wajah. Campuran itu akan mengangkat sel kulit mati sehingga membuat wajah lebih cerah dan pori-pori lebih kecil.

Membasuh wajah dengan air dingin sebelum memakai make up juga akan membuat pori-pori kulit merapat. Make up Anda juga akan terlihat lebih rata dan rapi.
10:57 0

Ada 6 Makanan Penting Agar Warna Kulit Lebih Cerah



Percuma saja menghabiskan ratusan ribu rupiah untuk produk pencerah kulit jika tidak melakukan perawatan dari dalam. Dengan nutrisi yang baik, kulit jadi sehat dan otomatis terlihat lebih cerah.

Makanan apa saja yang wajib dikonsumsi supaya kulit tak lagi gelap dan kusam?

1. Jeruk
Semua jenis buah jeruk, termasuk jeruk bali, merupakan sumber vitamin C yang memiliki banyak manfaat untuk kulit. Vitamin C meningkatkan produksi kolagen dan elastin dalam tubuh kita, yang berfungsi untuk mengurangi kerutan dan menghambat penuaan kulit. Ia juga dipercaya dapat memperlambat produksi melanin, pigmen yang membuat kulit terlihat lebih gelap. Usahakan mengkonsumsi jeruk segar satu kali dalam sehari. Selain jeruk, tomat juga merupakan buah yang kaya vitamin C.

2. Sayuran berwarna merah dan hijau
Bayam, wortel, brokoli, dan kawan-kawannya mengandung banyak beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit. Selain mencegah kerusakan sel, beta-carotene juga akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang berguna untuk memerangi jerawat, memproduksi sel kulit baru, dan membuat warna kulit terlihat cerah dan muda. Akan lebih baik jika vitamin A kita dapatkan langsung dari makanan dan bukan dari suplemen vitamin, karena kelebihan vitamin A justru dapat mengganggu kesehatan kita.

3. Ikan
Makhluk air ini kaya akan asam lemak Omega-3 yang merupakan resep utama untuk kulit yang cerah cemerlang. Selain itu, mengkonsumi sarden, tuna, atau salmon yang kaya protein dapat membantu melindungi kulit dari paparan sinar matahari dan polusi. Protein yang terkandung di dalamnya membantu reproduksi sel dan membuat kulit terlihat bercahaya.

4. Alpukat
Alpukat adalah sumber vitamin E. Ia berguna untuk menghambat penuaan dan membersihkan kulit dari segala noda seperti bekas jerawat, flek hitam, dan masalah lain. Mengonsumsi alpukat secara teratur juga akan mencegah kulit menjadi kendur seiring bertambahnya usia.

5. Gandum
Bisa didapat dalam bentuk sereal maupun roti, gandum mengandung biotin yang berfungsi membantu sel tubuh memproses lemak. Kekurangan biotin dapat menyebabkan kulit kering dan terlihat kusam.

6. Minyak zaitun
Makanan paling sehat untuk kulit? Salad buah dan sayuran yang diperciki minyak zaitun sebagai penyedap. Minyak ini mengandung asam lemak yang esensial untuk membuat kulit terlihat cerah, bercahaya, dan sehat.
10:48 0

Cara Merawat Kulit Dengan Susu



Susu tidak hanya lezat diminum dan menyehatkan tubuh. Lebih dari itu, susu sapi segar punya khasiat menakjubkan bagi kecantikan kulit. Susu sapi mengandung lemak yang berfungsi melembabkan wajah.

Dikutip dari beautysecrets4U, susu mengandung vitamin A dan D yang membuat kulit menjadi lembut. Susu juga mengandung asam beta hydroxy yang membuat terkelupasnya sel kulit mati dan menggantinya dengan sel kulit baru.

Bagaimana memanfaatkan susu untuk kecantikan kulit Anda? Intip caranya, seperti yang dilansir oleh Type F.

1. Pembersih Wajah
Nutrisikan kulit wajah Anda dengan vitamin D, dalam hal ini susu sebagai pembersih wajah. Susu tidak hanya membantu singkirkan sel kulit mati, tapi juga melembutkan kulit. Jika kulit Anda berminyak, usap lembut wajah Anda menggunakan handuk yang telah dibasahi susu skim (susu skim mengandung sedikit lemak sehingga tidak membuat kulit semakin berminyak).

Sementara untuk pemilik kulit kering, gunakan susu full cream atau susu sapi segar. Diamkan selama beberapa menit agar nutrisi dari susu terserap, lalu bilas dengan air.

2. Menenangkan Kulit Terbakar akibat Sinar Matahari
Terlalu lama berada di bawah sinar matahari, bisa membuat kulit kering dan terkelupas, atau biasa disebut dengan sunburn. Redakan efek ini dengan menempelkan handuk yang telah direndam dengan susu dingin ke bagian yang terbakar. Tempelkan dan sedikit tekan beberapa menit. Menurut Dr. Amy Pappert dari Robert Wood Johnson Medical School, kandungan protein dalam susu akan membentuk lapisan pelindung yang menjaga kelembaban kulit.

3. Merawat Kulit Kering
Bila Anda memiliki kulit yang sangat kering, lembabkan dengan susu bubuk. Isi bak mandi atau bath tub dengan air hangat, lalu masukkan setengah cangkir susu bubuk. Berendamlah selama 30 menit, dan Anda akan mendapatkan kulit lebih halus setelahnya. Jangan langsung dibilas, diamkan selama beberapa menit sampai tubuh agak mengering, baru bersihkan dengan air.

4. Masker Wajah
Anda bisa menjadikan susu sebagai masker wajah. Caranya, campurkan 1/4 sendok teh minyak almond dengan 1 sendok makan susu. Terapkan campuran tadi pada wajah sambil dipijat-pijat, lalu diamkan selama beberapa menit sampai masker mengering. Lalu oleskan lagi masker sampai tiga lapisan (selalu tunggu sampai lapisan sebelumnya mengering). Berbaringlah dan biarkan sekitar 30 menit. Kemudian bersihkan menggunakan handuk basah.

5. Mengurangi Kantung dan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Kantung dan lingkaran gelap bawah mata membuat tampilan wajah Anda kusam dan kurang menarik? Segera redakan dengan kompresan susu. Celupkan kapas ke dalam susu cair dingin, peras sedikit lalu tempelkan pada kedua mata yang terpejam. Tunggu selama 20 menit, lalu bersihkan menggunakan handuk hangat.
10:44 0

Tips Mengatasi Kulit Ketiak Yang Hitam





Memiliki kulit ketiak yang hitam terkadang membuat wanita kurang percaya diri. Tapi ada kiat-kiat untuk membuat kulit ketiak menjadi lebih putih dan halus. Berikut beberapa langkah yang bisa Anda ikuti.
Pertama-tama yang perlu disadari adalah, kulit ketiak merupakan salah satu kulit yang paling sensitif. Untuk itu merawatnya pun butuh perhatian khusus. kiat-kiat merawat kulit ketiak yang dikutip dari carefair ini bisa membantu Anda.

1. Pengelupasan
Kulit hitam di daerah ketiak bisa jadi merupakan kumpulan sel kulit mati. Untuk itu, yang harus Anda lakukan adalah membuang semua sel kulit mati tersebut dan menggantinya dengan yang baru. Beberapa produk kecantikan menyediakan krim khusus kulit ketiak yang bisa Anda gunakan. Secara alami, pengelupasan juga bisa dilakukan dengan menggosok kulit ketiak menggunakan spons mandi atau loofah. Dengan menggosoknya, akan memancing sel-sel kulit membentuk lapisan baru yang telah rusak.

2. Memilih pisau cukur
Bulu-bulu ketiak yang tidak tercukur dengan sempurna akan menghambat pori-pori dan membuat kulit di sekitarnya menghitam. Untuk menghindarinya, pilihlah pisau cukur yang berkualitas. Jangan pernah menggunakan pisau tumpul saat mencukur bulu ketiak. Waxing juga bisa menjadi jalan keluar yang baik, karena metode ini bisa mencabut bulu ketiak hingga ke akar, sehingga tidak tertinggal di kulit ketiak Anda.

3. Memilih deodoran
Deodoran pilihan Anda bisa jadi merupakan penyebab menghitamnya kulit di sekitar ketiak. Mungkin kandungan di dalamnya tidak sesuai dengan kulit Anda sehingga membuatnya menjadi hitam. Daripada berisiko, Anda bisa mencegah bau ketiak dengan 'deodoran alami'. Setelah mandi, gunakanlah baking soda di ketiak Anda. Baking soda juga bisa membunuh bakteri penyebab bau tidak sedap di ketiak.

4. Memutihkan kulit
Beberapa merek produk kecantikan juga mengeluarkan pemutih khusus kulit ketiak. Anda juga bisa mencobanya sebagai solusi. Ingin yang alami? Gunakan perasan jeruk lemon di ketiak Anda setiap mandi. Perasan jeruk lemon adalah bahan pemutih kulit yang alami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...