Searching...
Showing posts with label Negara. Show all posts
Showing posts with label Negara. Show all posts
Monday, 2 July 2012
06:49 0

Sokongan Kaum Cina Sama Penting Seperti Kaum Lain


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sokongan kaum Cina bagi membolehkan kerajaan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang adalah sama penting dengan sokongan dari kaum lain.

Beliau berkata, melalui pendekatan dan usaha kerajaan untuk kebajikan rakyat dan negara, sokongan semua rakyat pastinya akan diperoleh terutamanya dari kaum Cina. “Kaum Cina akan sokong kerajaan selepas melihat semua kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan selama ini dan MCA akan berusaha memastikan sokongan kaum Cina kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival buah-buahan ‘Jom Bentong’ di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan memerlukan sokongan kaum Cina bagi mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata kementeriannya akan mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh St John Ambulans Malaysia (SJAM) bagi mentadbir Pusat Rawatan Hemodialisis mereka.

Sehubungan itu, Liow berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman untuk bertemu segera dengan SJAM.

“Kita tahu mereka semua sukarelawan dan kita sokong mereka. Jadi kita mahu tahu adakah mereka kekurangan doktor serta bantuan lain yang diperlukan. Kementerian tidak mahu mereka menjalankan pusat perubatan yang tidak selamat dan kurang berkualiti,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Pusat Rawatan Dialisis SJAM tidak mendapat kebenaran oleh Kementerian Kesihatan untuk beroperasi.
06:42 0

Hartawan Misteri Sedekah RM2.2 bilion Bina Masjid Seluruh Negara



ALOR GAJAH – Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.
Sunday, 1 July 2012
16:34 0

SUHAKAM Mula Siasatan Awam Rerhadap Bersih 3.0



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul, berkata terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.

“Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab.

“Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 21 Jun lalu, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya.

Rodziah berkata Suhakam juga sedang menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual anggotanya yang bertugas semasa perhimpunan berkenaan.

“Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan dibuat selepas mengambil kira pemantauan suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan.

“Ini termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada suruhanjaya yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan,” katanya.

Panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee, katanya.
Wednesday, 13 June 2012
04:46 0

WWW 1 - Nizar Sedia Menghadap Sultan Dan Mohon Maaf Pada Rakyat Johor

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.

"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Sumber
Friday, 8 June 2012
08:59 0

Mat Rempit Maut Bawah Lori

KUALA LUMPUR – Dua remaja maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

“Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama,” katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999.
08:23 0

PTPTN : Pelajar KUIS Juga Dibekukan Pinjaman

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.

"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.

"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.

Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.

Katanya, PTPTN tidak menyekat dana tersebut disebabkan agenda politik tetapi ingin memberi peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan rancangan mereka mahu memperkenalkan pendidikan percuma dan berhasrat mahu menghapuskan PTPTN jika PR memerintah nanti.

"Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik.

"Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel dan tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin memberi kenyataan sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri.

Sehubungan itu, Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Kurau berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pengajian Tinggi itu untuk menyekat PTPTN dan memberi peluang kepada kerajaan Selangor membuktikan kebolehan mereka.

"Saya akur arahan Khaled untuk menyekat dana PTPTN terhadap Unisel dan dengan niat bagi peluang kepada PR laksanakan apa yang mereka tuntut sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Khaled berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan PTPTN, kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.
08:12 0

Sri Wani Naik Angin Di Mahkamah Tuduh Peguam Sendiri Bersubahat Malukan Dirinya

KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas dekan, Sri Wani Choo Abdullah tiba-tiba naik angin di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menuduh peguam suaminya, Muhammad Hafiz Ab. Rashid bersubahat untuk memenjarakan dirinya.

Sri Wani dengan suara tinggi sambil mengangkat tangan ke arah Muhammad Hafiz berkata, “Saya cukup sabar ni... Inikah orang Islam? Bersongkok dan berjanggut tapi bersubahat memalukan saya, saya ada bukti!”

Tindakan pemilik butik kecantikan itu mengejutkan galeri awam sehingga menyebabkan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan campur tangan dan menegur sikap Sri Wani, 37, dengan memintanya supaya bersabar dan tidak membuat bising.

Muhammad Hafiz turut bangun untuk membalas tuduhan Sri Wani namun kembali duduk selepas diarah oleh Abdul Walid supaya tidak mengeruhkan lagi suasana.

Sri Wani dipercayai tidak dapat mengawal kemarahan berikutan permohonan komital yang dibuat suaminya, Prof. Dr. Bahrom Sanugi, 61, kelmarin untuk memenjarakan dirinya selepas didakwa melanggar lapan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 29 Disember 2010.
Wednesday, 6 June 2012
12:21 0

[gambar] Gambit Saifullah Bermain Poker Di Australia

AGAK lama tidak kita semua dengar akan kisah & gossip terbaruGambit Saifullah yang beberapa bulan lalu sering di’hambat kontroversi. Mungkin merajuk dengan dunia seni hiburan.

Awal Jun 2012 lalu Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia yang berkemungkinan besar dengan tujuan untuk melancong kerana pergi’nya bukan bersama krew produksi.

Petang tadi, melalui Twitter pelakon ini beliau berkongsikan saat saat beliau terlibat dengan satu pertandingan poker yang di’anjurkan di’sana — termasuk gambar sendiri.

Dalam satu tulisan beliau, Gambit Saifullah menulis “Wish me luck for my poker tournament people :)” sebelum berkata yang peserta lain di’situ menganggap beliau berasal dari Brazil.

Apabila ada salah seorang peminat bertanya sama ada beliau memang serius bermain poker di Australia, Gambit Saifullah pantas menjawab yang beliau sememang’nya professional dalam permainan kad tersebut.
11:11 0

'Bukan Tohmahan Dan Cacian Saya Inginkan, Jika Silap Tegur Dan Bimbinglah Saya' - Nora Danish

TERNYATA ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.

Biarpun dia sudah menafikan perkara tersebut dan perkahwinan Adi Putra juga sudah kembali pulih, Nora Danish mengakui dirinya masih terkejut dengan kontroversi tersebut.

Pun begitu, sebagai insan yang lebih mengetahui kebenaran yang berlaku dalam kehidupannya, dia pasrah dengan setiap dugaan yang melanda.

Justeru wanita muda ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.

Merupakan kali kedua melaksanakan ibadah umrah, menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, dia memang sudah menyimpan niat untuk ke tanah suci Mekah setiap tahun.

Berkongsi pengalaman di sana menurut wanita berusia 30 tahun itu, pemergiannya kali ini agak berbeza daripada pengalaman kali pertama yang dilalui setahun yang lalu.

“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.

“Bukan tidak mahu memikirkan soal jodoh cuma bezanya kali ini saya lebih berserah. Dan sepanjang berada di sana juga saya banyak menghabiskan masa dengan jemaah yang dianggap saya seperti ibu sendiri. Selain beribadah saya juga berkongsi ilmu dengan mereka," katanya gembira.
11:09 0

Sudah Tidak Mahu Fikir Soal Jodoh Lagi - Nora Danish Hanya Berserah

TERNYATA ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.

Biarpun dia sudah menafikan perkara tersebut dan perkahwinan Adi Putra juga sudah kembali pulih, Nora Danish mengakui dirinya masih terkejut dengan kontroversi tersebut.

Pun begitu, sebagai insan yang lebih mengetahui kebenaran yang berlaku dalam kehidupannya, dia pasrah dengan setiap dugaan yang melanda.

Justeru wanita muda ini tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.

Merupakan kali kedua melaksanakan ibadah umrah, menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, dia memang sudah menyimpan niat untuk ke tanah suci Mekah setiap tahun.

Berkongsi pengalaman di sana menurut wanita berusia 30 tahun itu, pemergiannya kali ini agak berbeza daripada pengalaman kali pertama yang dilalui setahun yang lalu.

“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.

Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.

“Bukan tidak mahu memikirkan soal jodoh cuma bezanya kali ini saya lebih berserah. Dan sepanjang berada di sana juga saya banyak menghabiskan masa dengan jemaah yang dianggap saya seperti ibu sendiri. Selain beribadah saya juga berkongsi ilmu dengan mereka," katanya gembira.
10:55 0

Kenapa Yana Samsudin Keluar Dari Panggung Ketika Pratonton Aku Ada, Kau Ada???


PRATONTON Aku Ada, Kau Ada??? bukan setakat disaksikan oleh para wartawan tetapi pelakon filem itu juga hadir termasuklah salah seorang pelakon utamanya, Yana Samsudin.

Namun ada pihak terutamanya para wartawan yang terkejut apabila melihat Yana dilihat keluar dari panggung sewaktu pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ada yang mengandaikan Yana seperti bosan untuk meneruskan tontonan terhadap filem pertama arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd. tetapi dia menafikan andaian itu.

“Saya tidak kata saya bosan dengan filem ini ataupun saya malu menonton filem lakonan saya sendiri tetapi saya memang selalu berbuat begitu. Saya mengaku keluar dari panggung.

“Bukan saya seorang tetapi Shaheizy Sam yang turut berlakon dalam filem ini turut keluar dari panggung bersama-sama saya. Kami memang selalu macam itu dan ia macam kebetulan.

“Memang ada orang kata yang kami seperti tidak suka dengan filem ini tetapi itu hanyalah cakap-cakap orang sahaja. Takkanlah kami mahu mengutuk filem lakonan sendiri," komennya.

Yana mengulas isu itu selepas pratonton Aku Ada, Kau Ada??? yang turut dilakonkan oleh Kamal Adli dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 24 Mei lalu.

Jelas Yana, menerusi filem yang 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan itu, dia bukan setakat berlakon tetapi buat pertama kalinya juga perlu menyanyi dan menari.

“Saya telah berduet sebuah lagu dengan Shaheizy Sam bertajuk Begini Caranya dan menyanyi solo dua buah lagu berjudul Halus Berbisa dan 2M," ujarnya.
10:43 0

Kedatangan Orang Baru - Nabil Tidak Mahu Terlalu Teruja

TIADA apa yang lebih menggembirakan hati seorang suami apabila mengetahui sang isteri kini sedang mengandungkan zuriat pertama mereka.

Begitu juga dengan pelawak popular, Nabil yang kini sedang berbunga-bunga hatinya kerana isteri kesayangan, Nazirah Ayub berbadan dua selepas sembilan bulan melayari alam rumah tangga.

Mungkin bagi sesetengah pasangan, menerima kehadiran orang baru dalam kemanisan pelayaran alam rumah tangga yang tidak sampai setahun itu terlalu pantas tetapi tidak bagi Nabil.

Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio bernama penuh Ahmad Nabil Ahmad itu mengakui yang dia dan isteri sememangnya menantikan saat-saat itu.

Malah lelaki muda berusia 29 tahun itu mengakui yang dia dan isteri sudah bersedia mental dan fizikal untuk menerima orang baru dalam keluarga kecil yang dibina sejak September tahun lalu.

Dalam debaran menanti detik-detik bergelar seorang bapa dan ibu, Nabil dan Nazira, 24, turut berkongsi rasa bahagia dan pengalaman pertama yang kini sedang dilalui.

“Alhamdulillah usia kandungan isteri saya kini dua bulan tiga minggu. Kami berdua sebenarnya memang sudah lama menunggu detik ini.

“Isteri saya tahu dia hamil ketika usia kandungan sudah pun mencecah tiga minggu," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Bersedia dengan pelbagai perubahan yang bakal dialami isterinya, bagaimanapun Nabil memberitahu, buat masa ini Nazira masih belum mengalami sebarang alahan.

Pun begitu, kata Nabil, pada trimester pertama ini dia sudah dapat merasai perbezaan isterinya itu apabila melihat daripada jumlah makanan yang diambil.

“Tidak ada banyak perubahan cuma dia banyak makan dan tidur.

“Di awal kandungan ini kami masih lagi berjaga-jaga malah saya melarang isteri daripada melakukan kerja berat," katanya .

Tidak lokek berkongsi cerita dalam melayani kehendak dan kerenah isterinya yang sedang hamil itu, sambil bergurau Nabil berkata, selain terpaksa berhadapan dengan jerawat yang tiba-tiba menyerang wajahnya, dia kini juga banyak mengalah dalam memberi keselesaan buat isteri tercinta.

“Akhir-akhir ini kami berdua terpaksa berebut untuk membuka dan menutup penghawa dingin.

“Dia mahu tidur dengan penghawa dingin dan saya pula tidak mahu. Bagi memberi keselesaan kepadanya, saya mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja," katanya berseloroh.

Minum 100 botol susu kambing

Ditemui pada majlis pelancaran Evolusi R baru-baru ini, Nabil juga memberitahu, bahawa dia sanggup melupakan hobi yang paling diminatinya semata-mata untuk menjaga hati si isteri.

Menurut Nabil, sejak akhir-akhir ini dia sudah jarang menunggang motosikal kesayangannya.

“Dia (isteri) banyak mendengar cerita daripada rakan-rakannya mengenai kemalangan yang membabitkan motor.

“Untuk menenangkan dirinya, saya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti bermotor ini," jelas Nabil.

Mengakui keinginan untuk bergelar ayah membuak-buak beberapa bulan yang lepas, dia dan isteri juga banyak berusaha mencuba pelbagai ikhtiar untuk memperoleh zuriat dengan cepat.

“Kami memang mahukan anak. Saya pernah membeli 100 botol susu kambing dan meminumnya hampir setiap hari. Kami mengikut petua yang diberikan beberapa kenalan.

“Ternyata pemberian (kehamilan) ini adalah berita paling menggembirakan kami berdua, akhirnya isteri saya disahkan mengandung," katanya teruja.

Biar perasaan teruja menanti kehadiran zurait sulung terserlah namun Nabil memberitahu, tidak mahu terlalu menunjukkan kegembiraan tersebut. Ini terutama dalam melalui fasa-fasa awal kehamilan seperti yang sering dinasihatkan oleh orang tua-tua.

“Saya dinasihatkan jangan terlalu teruja kerana tidak elok. Namun perasaan ini sukar disembunyikan kerana saya memang sudah tidak sabar lagi menunggu bulan 12 nanti," katanya sambil tersenyum gembira.

Tidak kisah akan jantina anaknya nanti menurut Nabil, sebagai seorang bakal ayah dia, menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Apa yang penting buat dirinya adalah kehadiran penyeri dalam keluarganya itu nanti berada di dalam keadaan yang sihat.

“Kalau boleh saya mahu seorang bayi lelaki. Tapi sebenarnya di kala ini saya tidak terlalu sangat memikirkannya," katanya yang menggunakan nama panggilan Adam untuk berbual dengan kandungan isterinya.
10:33 1

Super Hot Izreen Azminda Dengan Baju Yang Jarang

IZREEN Azminda mula popular dengan drama bersiri Juvana apabila melakonkan watak sebagai seorang guru yang bersemangat dan bertudung.

Memang ayu betul lakonan tersebut, kena dengan watak guru yang dibawanya.

Kemudian beliau digossipkan dengan Johan As'ari namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Izreen akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan jejaka pilihan hatinya, Muhd Riza Baharudin, seorang jurukamera bebas.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 26, berkata keputusan mengahwini jurukamera bebas berusia 29 tahun itu adalah kerana dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri selain memiliki anak sendiri.
Tinggal kenangan...Cikgu Zakiah dalam Juvana
10:10 0

Khalid Ismath Dibicarakan Jumaat Ini - Tangguh Pengajian Untuk Cari Ketenangan

SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.
10:05 0

Wajah Ceria Walaupun Ditangkap Lakukan Maksiat

Empat remaja yang berjaya ditahan SRS Sungai Limau ketika disoal siasat oleh 
polis kerana disyaki melakukan maksiat di Jambatan Pulau Bunting.

SUNGAI LIMAU DALAM (Yan) - “Mereka tidak sedikit pun rasa gusar atau cuak setelah kami menahan mereka malah kelihatan ceria dan bersikap selamba,” demikian kata Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Limau Dalam, Shaharudin Abd Razak, 47, ketika menahan empat remaja di Jambatan Pulau Bunting, awal pagi semalam, kerana disyaki melakukan perbuatan maksiat.

Shaharudin berkata, sikap empat remaja terbabit yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berumur antara 25 hingga 17 tahun itu membimbangkan pihaknya berikutan sikap remaja pada masa kini yang tidak takut dengan perbuatan mereka malah bersikap selamba selepas ditahan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan jam 12 tengah malam, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat remaja yang berada di jambatan terbabit lewat tengah malam dan segera ke lokasi bagi meninjau keadaan.

“Setelah dalam perjalanan ke jambatan itu, kami dapati remaja terbabit dapat menghidu kehadiran kami dan cuba beredar dari lokasi dengan menaiki dua motosikal secara berasingan
lelaki dan perempuan.

“Namun kami berjaya menahan mereka sebelum dibawa ke Dewan Datuk Badruddin di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi (semalam) untuk disoal siasat mengapa mereka berada di jambatan terbabit dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Shaharudin berkata, bagaimanapun empat remaja terbabit enggan memberikan kerjasama setelah diminta untuk memberikan nombor telefon ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing.

Pihaknya kemudian menghubungi polis bagi menyerahkan empat remaja berkenaan kerana mereka tidak mempunyai lesen memandu dan dua remaja perempuan itu tidak membawa kad pengenalan bersama.

“Dua remaja perempuan itu berasal di daerah ini iaitu seorang dari Titi Serong dan seorang lagi dari Sungai Udang manakala dua remaja lelaki berkenaan berasal dari Pokok Sena.

“Setelah pihak polis menyoal siasat mereka, seorang daripada remaja perempuan itu mengatakan dia pernah ditangkap khalwat di kaki Gunung Jerai dan kesnya masih dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Shaharudin berkata, Jambatan Pulau Bunting selalu dijadikan lokasi pilihan remaja untuk melakukan maksiat atau terlibat masalah sosial lain khususnya pada waktu lewat tengah malam kerana keadaan jambatan itu yang gelap.

Tambahnya lagi, dia berharap ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan masing-masing dalam membendung anak mereka daripada keluar lewat malam untuk terlibat dalam
aktiviti tidak berfaedah seperti itu.

“Kami juga selalu melakukan rondaan bagi membendung gejala seperti ini khususnya di Jambatan Pulau Bunting ini.

“Selalunya mereka yang terlibat dan berjaya ditahan kami ialah mereka yang datang dari kawasan luar khususnya dari daerah lain,” katanya.
09:28 0

Pemandu Wanita Berani Mati - Pandu Kereta Dalam Keadaan Histeria & Acukan Pisau Ke Leher Sendiri

GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita memandu kereta dengan laju sambil sebelah tangannya mengacukan pisau ke leher sendiri mencemaskan orang awam dan pemandu kenderaan lain di Jalan Delima 7, Island Glades di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 malam, polis yang menerima maklumat mengenai gelagat wanita itu terpaksa mengejar kereta Toyota Vios dipandu suspek itu sejauh kira-kira 100 meter sebelum kenderaan tersebut berjaya dipintas polis.

Sepanjang dikejar, wanita itu menjerit-menjerit dan tidak menghiraukan arahan polis supaya berhenti.

Sebaik suspek memberhentikan kereta, wanita berusia 27 tahun itu enggan membuka pintu kenderaan malah terus menjerit-jerit dan meronta-ronta sambil memukul keretanya.

Bagaimanapun, ketika itu dia tidak lagi mengacukan pisau ke lehernya.

Polis mengambil masa kira-kira 20 minit memujuk wanita itu sebelum dia keluar dari kereta yang dikunci dari dalam.
Tuesday, 5 June 2012
20:42 0

Sedih ! Dakap Ayah Untuk Kali Terakhir

 DETIK PILU...anggota perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada Muhammad Rizwan sebelum dia meninggal dunia sejam kemudian.

KUANTAN: Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.

Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.
20:35 0

Bekas Kekasih Johan As'ari Berkahwin Untuk Buktikan Sesuatu?

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda berkata perancangan untuk berkahwin dengan Muhd. Riza Baharudin pada 30 Ogos depan bukan dipengaruhi perasaan kecewa selepas kegagalan hubungannya dengan aktor Johan As’ari.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 26, berkata keputusan mengahwini jurukamera bebas berusia 29 tahun itu adalah kerana dia sudah tidak sabar untuk bergelar isteri selain memiliki anak sendiri.

“Saya berkahwin bukan kerana marah, kecewa atau mahu membuktikan sesuatu kepada Johan. Tiada apa yang hendak dikenangkan, perkara itu sudah berlalu. Biarlah ia jadi teladan.

“Saya sudah bertemu dengan lelaki yang sesuai, jadi apabila Riza melamar, buat apa saya tunggu lama-lama. Lagipun, saya bukannya muda sangat. Pada tarikh pernikahan kami pada 30 Ogos depan, umur saya akan mencecah 27 tahun,” katanya kepada mStar Online.

Aktres drama Tentang Dhia itu bertunang dengan Muhd. Riza di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar, Kedah pada 1 Januari lalu.

Pada majlis itu, kedua-dua pihak sudah menetapkan wang hantaran sejumlah RM19,001 dan mas kahwin RM999 untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ditanya mengenai kontroversi yang mendakwa tunangnya seorang lelaki yang bermasalah dan bukan seorang yang berkedudukan tinggi, Izreen berkata dia menerima lelaki itu kerana yakin dan serasi untuk hidup bersama.

“Apa juga yang pernah berlaku dalam hidup saya atau Riza adalah perkara yang lepas dan tidak mahu dikenangkan lagi. Orang luar boleh bercakap dan membuat andaian apa saja walaupun mereka tidak mengetahui cerita yang sebenar.

“Saya menerima dia kerana keserasian dan kepercayaan walaupun kami baru berkawan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Ringkas mengenai perkembangan terkini, Izreen berkata dia baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Suri untuk TV3 dan telefilem Janji 7 Sepi (TV9).

“Saya baru sangat menamatkan penggambaran drama Suri untuk TV3. Tidak lama lagi telefilem terbaru lakonan saya di samping Neelofa dan Beto Kusyairy berjudul Janji 7 Sepiakan ditayangkan di TV9.

“Sekarang saya sedang terlibat dengan penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan(TV3) sebagai tetamu undangan,” katanya yang bakal muncul dengan dua filem Pak Pongdan Pecah pada tahun depan.
18:54 1

Yuna Cetus Kontroversi Lagi, Gambar Tak Pakai Tudung Pulak Dah!

YUNA tiba-tiba menjadi popular pulak dengan kontroversi. Sebelum ini beliau ditimpa kecelakaan setelah keretanya dirompak dan kehilangan beberapa barangan berharga.

Kemudian, kecoh pula apabila beliau dikatakan menyombong tidak mahu melayan wartawan yang mahu membuat liputan mengenai kecelakaan beliau.

Terbaru, posting gambar kakinya di Instagram pula menjadi kecoh kerana dikatakan mendedahkan aurat pada umum.

Kasihan Yuna. Walau bagaimanpun, Yuna tetap comel apabila mengambil gambar dengan dengan Adibah Noor ketika beliau masih kecil.

Gambar ini diperoleh dari web Meow. Dikatakan, foto ini diambil disekitar tahun 90 an.
Satu ketika dulu penyanyi yang popular pada masa kini iaitu Yuna pernah berfoto bersama Adibah Noor. Melihat pada warna solekan Adibah, MEOW kira gambar ini diambil sekitar dekad 90′an. Sekarang kedua-dua penyanyi ini berada di kelas tersendiri, dan pastinya gambar ini bisa menimbulkan nostalgia.
13:38 1

Suami Mengaku Duda - Adda Butterfly Dicerai Selepas 17 Hari Berkahwin

NUR Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Terkini, dia dalam proses mempromosikan album kumpulan Butterfly bertajuk 'Lelaki Pilihan'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...