Searching...
Tuesday, 26 June 2012
14:37 0

Bantuan Kepada Pesara Tentera Tidak Perlu Dipolitikkan - Zahid




KUALA LUMPUR 26 Jun - Bantuan yang akan diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah bersara diharap tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu ini (bantuan) tidak harus dipolitikkan kerana usaha ini merupakan bantuan jangka panjang yang akan diberikan kepada mereka.

"Bantuan ini tidak perlu disalahertikan dengan menganggap ia sebagai pujukan daripada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu tersebut tidak seharusnya timbul kerana usaha ini akan dijalankan untuk jangka masa yang lama dan pihak kami telah melakukan pro-failling skills selama 3 tahun sebelum mereka bersara," katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pro-failling skills tersebut meliputi bidang kerja yang akan mereka ceburi selepas tamat berkhidmat dan bantuan kewangan akan diberikan bagi yang layak.

Akta yang akan ditubuhkan begi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari berkhidmat ini akan ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Sehubungan itu, seramai 202, 675 pesara diharap dapat mendaftarkan diri di persatuan- persatuan yang berkenaan bagi memudahkan penyaluran dan pengagihan wang ini kelak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...