Horeee!! dah boleh mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.
Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.
Katanya, rakyat Malaysia itu dibenarkan mengundi melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.
Tindakan itu bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.
Abdul Aziz berkata SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.
Sekiranya pindaan perlembagaan perlu dibuat, sistem berkenaan akan dalam dilaksana menjelang September, katanya.
Namun, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya tidak memerlukan pindaan undang-undang, kata Abdul Aziz lagi.
~Malaysiakini~
Mari2lah mari pergi mengundi..
ReplyDeletemengundi Bulan apa salahnya..
Marilah mari pergi mengundi..
mengundi Dacing sudah berkarat..
marilah mari pergi mengundi
mengundi roket harus berhati-hati..