Searching...
Showing posts with label amukan di JPM. Show all posts
Showing posts with label amukan di JPM. Show all posts
Tuesday, 10 July 2012
21:13 0

Video Amukan 'Imam Mahadi' Di Kompleks Jabatan Perdana Menteri Putrajaya 9 Julai 2012

VIDEO amukan si 'Imam Mahadi' di Perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri petang semalam.

Harap maaf, visual yang ingin dikongsikan ini kurang memuaskan kerana video ini dirakam oleh seseorang yang pastinya bukan jurukamera yang profesional tapi mungkin seorang driver ataupun seorang kerani am yang kebetulan lalu di situ ataupun mungkin juga seorang Pengarah di unit-unit tertentu.
16:02 0

Identiti Suspek Serangan JPM Diketahui!

DI bawah ini wajah dua individu yang dimaksudkan. Lelaki itu dilihat seperti orang kurang siuman, memakai penutup kepala dengan lambang kepala tengkorak. 
Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk kononnya mahu menggulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai sepertiyang dilaporkan oleh Utusan Melaya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid adalah pemilik blog Jaya Negara.

Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...pening baca penulisannya...
Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang  HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.



Dan ini petikan Metro yang melaporkan pengesahan Polis bahawa suspek mengalami masalah mental
Monday, 9 July 2012
19:51 1

Gambar-Gambar Kejadian Amuk Di Jabatan Perdana Menteri, 9 Julai 2012

PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.

Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai.

Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.

Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...