Searching...
Showing posts with label irma hasmie isteri kedua. Show all posts
Showing posts with label irma hasmie isteri kedua. Show all posts
Thursday, 12 July 2012
01:38 0

Foto Perkahwinan Suami Bukti Irma Hasmie Isteri Kedua Redza!

APA kebenda la Murai.com ni dok mengorek-ngorek cerita rumah tangga orang. Budak tu dah kahwin elok-elok lagi dok pegi cari benda-benda yang dah lepas.

Aku semenjak blog ni dah bercampur baur dengan dunia hiburan, memang banyak beza dengan tulisan politik semata-mata. Politik pun suka mengungkit kisah lama, tapi kesannya tak berapa ketara, tapi kalau artis, diungkit kisah-kisah lama, boleh cerai berai ooo...jangan main-main..

Murai.com merupakan salah satu blog hiburan yang cukup berpengaruh. Jadi, tugasnya untuk menyebar luas berita-berita sensasi amatlah berkesan.

Kadangkala, kalau penulisan tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri, tak payah la dikongsi-kongsikan...tambah pula hal rumah tangga orang. Nak ganti Zubir jugak ke?
"Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua.- ini laporan di Murai.com"
Tajuk berita yang dia tulis, Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar sedangkan gambar tersebut dia sendiri yang perolehi dulu. Jadi sapa yang menyebarkannya? Bunyi 'tersebar' tu macam dah spread out gila babi...hahahaha..
Entahlah, mungkin Murai.com masih merasa berbaloi bercerita mengenai kisah lampau suami orang dengan beranggapan artis itu hak peminat, so peminat berhak mengetahui apa yang berlaku pada artis yang diminatinya...hehehe, artis pun manusia juga...ada perasaan dan privasi..

Bila nengokkan komen-komen yang diberikan, rata-rata bengang dengan tindakan Murai.com yang menyebarkan foto-foto lampau suami Irma ni..jadi apa syoknya kena maki? Adoih... Lantak ko lah... - PilihanAnda


artikel berkaitan :
1. Status Terbongkar! Irma Hasmie Isteri Kedua Redza?
2. Ibu Irma Enggan Ulas Anak Isteri Kedua Redza
Tuesday, 10 July 2012
17:54 0

Ibu Irma Enggan Ulas Anak Isteri Kedua Redza

KL, 10 JULAI 2012: Minggu lalu, Murai Batu terkejut apabila mendapat tahu status suami Irma Hasmie yang tampan itu secara tiba-tiba telah dibahaskan dalam sebuah forum popular.

Menerusi perang komen itu, suami Irma yang bernama Redza Syah Azmeer atau lebih mudah dipanggil Redza didakwa pernah berkahwin pada awal Januari 2012.

Namun, perkahwinannya itu hanya bertahan dalam masa yang singkat saja sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.

Sebelum itu, persoalan ini pernah ditanyakan pihak media sewaktu Irma mengikat tali pertunangan pada Mac lepas. Ketika majlis pertunangan itu, ibu kandung Irma pernah menafikan status menantunya itu yang dikatakan seorang duda berhias.

Dalam sesi soal jawab itu, ibu Irma difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai soalan ini dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi.

Malah, ibu Irma disifatkan tidak mahu mengambil tahu dalam hal ini serta mahu anaknya bahagia.

Apa sekalipun, Murai Batu menanti saat Irma untuk mengesahkan hal ini. Seandainya benar suaminya itu seorang duda, ianya bukan satu kesalahan pun. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tidak semua orang bahagia dengan perkahwinan pertama dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Yang penting, jangan merampas suami orang. Nanti lagi rumit jadinya. - murai
Friday, 6 July 2012
19:05 0

Status Terbongkar! Irma Hasmie Isteri Kedua Redza?

SEPANJANG minggu ini, perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer memang menjadi topik perbualan hangat. Dan, pasti pengantin lelaki menjadi bahan bualan paling kerap.

Ramai memuji & mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang cuba mengungkit kisah silam Redza Syah.

Peminat hiburan melalui forum Cari mula mendedahkan yang sebenarnya Redza Syah Azmeer pernah berkahwin awal tahun 2012 yang lalu tetapi tidak kekal lama.

Kami menerima e-mail tentang punca perkahwinan Redza Syah Azmeer sebelum ini tidak kekal lama tetapi sangat tidak manis untuk kami ceritakan di’sini untuk hiburan anda.

Cukuplah kami katakan jika berkahwin tanpa restu keluarga terbukti mempunyai kesan yang tidak berapa baik. Bekas isteri Redza, bernama F pun sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Tidak salah sebenarnya untuk Irma Hasmie berkahwin dengan seorang duda & membuang ketepi masa silam suami’nya yang kini mungkin sudah benar benar dan ikhlas berubah. - rotikaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...