Searching...
Tuesday, 10 July 2012
15:16 0

Amar Baharin, Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Punca Keretakkan Rumahtangga Erra Fazira!

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional.

“Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu.

Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu.

“Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali.

“Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya. - mStar

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...