KISAH Lindsay Lohan kemalangan dengan sebuah trak pada minggu lalu nampaknya masih belum berpenghujung. Walaupun Lohan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terkininya, Liz And Dick, masih ada pihak yang mahu memanjangkan cerita tersebut.
Kali ini, pemandu trak yang hanya mahu dikenali sebagai James memberitahu punca kemalangan yang membuat kereta dipandu bintang tersebut remuk teruk kerana kesilapan Lohan sendiri.
Menurut laporan Dailymail, James mendakwa dia mengalami kerugian besar selepas insiden tersebut.
"Dia yang melanggar belakang trak saya. Dia yang bersalah," ujar James. Dia turut memberitahu mempunyai ramai saksi tentang perlanggaran tersebut. "Saya tahu ada saksi yang merakam kejadian itu. Itu sebagai bukti saya tidak bersalah," katanya lagi.
Sementara itu, ada khabar yang mengatakan insiden tersebut sengaja dirancang oleh James untuk mendapatkan duit daripada Lohan.
0 comments:
Post a Comment