Searching...
Monday, 25 June 2012
12:28 0

Airmataku Mengalir Melihat Gambar Ini...



Gambar yang memberikan 1000 makna.


Ia amat menyentuh perasaan . Betapa kasih dan hormat seorang yang berilmu seperti Dr.Asri terhadap seorang guru mursyid TG Nik Aziz tatkala mereka bertemu pagi tadi.

Itulah tradisi orang berilmu zaman berzaman umat Islam kerana umat Muhammad saw telah dididik untuk menghormati dan menyayangi seorang guru apatah lagi guru yang mengajar bab ukhrawi.

Secara jujur, sekalipun ada beberapa bab yang GB kurang setuju dengan pendapat Dr. Asri, tetapi melihat gambar di atas, maka GB terus dapat merasakan di hati ini ada getaran kasih sayang dan hormat kepada beliau juga, kerana beliau menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz.

Hanya si jahil dan si hati yang keras seperti batu yang tidak mengasihi dan menghormati seorang guru seperti TGNA. Apatah lagi yang mencaci, memaki, memfitnah dan mengutuk TG Nik Aziz, pastinya yang hatinya zulmat saja berkelaku demikian.


Lihatlah juga gambar-gambar ini:






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...