Searching...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Thursday, 30 August 2012
15:28 0

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki

Model ini berasal daripada China, memang cantik apabila dipandang dan nampak seperti wanita, tapi tahukah anda semua bahawa model ini sebenarnya adalah seorang lelaki. Di sini 1malaysianews berkongsi beberapa gambar model dari china ini, dan gambar terakhir itu adalah gambar sebenar model tersebut..
Ada 4 keping gambar dengan posisi dan baju berbeza, mungkin ada yang terliur melihat gambar-gambar ini.

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki







14:33 0

Gambar Rumah Hantu Terbesar dan Terseram

Dari sumber yang admin terima, rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.



Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.


Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Dari sumber yang 1malaysianews terima, ramai diantara mereka yang cedera apabila berada berada di tempat ini, kebanyakkan mereka terlalu takut sehingga terjatuh







Tuesday, 21 August 2012
21:05 0

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan Posisi Sama

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan  Posisi Sama

Gambar 5 orang sahabat sejati ini mengambil gambar yang sama selama 30 tahun, Mereka tidak menjangkakan gambar pertama yang mereka ambil ini membawa erti yang besar dalam persahabatan yang mereka bina ini.

Dari sumber yang admin terima

In 1982, five teenagers took a seemingly insignificant photo that became a longstanding tradition about true friendship.
Everything began near a Copco Lake in California, and now every five years for the past 30 years, John Wardlaw, Mark Rumer, Dallas Burney, John Molony and John Dickson have been meeting at the same place, sitting on the same bench and taking the same photo.
They call it the “Five Year Photo” and invite us to watch them “lose hair and gain forehead, gain and lose and gain and lose weight.”
The five friends plan on doing this for the rest of their lives up until there’s one guy just sitting in the same pose. “Even then, maybe someone will take a picture of an empty bench for us,” said Dickson in the interview for CNN.
The friends say that without this photo, there’s no way they’d be together.

Gambar Pertama Pada 1982



Gambar Kedua Pada 1987


Gambar Ketiga Pada 1992


Gambar Keempat Pada 1997


Gambar Kelima Pada 2002


Gambar Keenam Pada 2007



Gambar Ketujuh pada 2012






Monday, 20 August 2012
23:57 0

10 Design Cover Facebook Menarik

Dengan adanya Cover Timeline Facebook, pelbagai design boleh dilihat di facebook masing-masing. Semuanya berlumba-lumba untuk memberikan cover facebook mereka cantik dan menarik untuk dilihat.
Di sini admin ingin berkongsi beberapa design cover facebook yang unik serta menarik. Ada 10 koleksi design-design cover timeline facebook yang menarik boleh disaksikan.


Friday, 17 August 2012
05:50 0

Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra di Hari Raya TV3


Istimewa sempena Aidilfitri 2012, admin mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana menyediakan beberapa program menarik buat tatapan seisi keluarga. Barisan penghibur hebat tanah air seperti Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira tampil menggamatkan raya pertama dalam Muzikal Khas Ziana, Amy & Erra.

Penonton akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu popular tiga bintang mega itu berselang-seli antaranya Sangkar Cinta, Pertemuan, Kerja Gila, Hanya Di Mata, Cinta Diam-Diam, Saat Ku Idamkan, Berpisah Jua dan Menadah Gerimis.

Menurut penerbit dan pengarah program tersebut, Nurul Huda Khalid: "Sudah menjadi tradisi TV3 menyediakan program menarik bersempena Aidilfitri. Meriah dan kecoh keletah Ziana, Erra dan Amy sudah tentu menepati cita rasa penonton." Persembahan dihangatkan lagi dengan penampilan istimewa Jaclyn Victor, Ezlynn dan Azlan The Typewriter menerusi rangkaian lagu Pawana, Jendela Hati dan Kekal. Selain menyanyi, mereka akan melakonkan semula babak menarik filem Zombie Kampung Pisang, Sembilu, Isabella dan Maria Mariana.

Tidak ketinggalan aktiviti iaitu cabaran membuat kuih raya sebelum diakhiri dengan persembahan lagu-lagu raya antaranya Seloka Hari Raya dan Suasana Hari Raya. Jangan ketinggalan saksikan Ziana, Amy dan Erra pada hari raya pertama, 19 Ogos 2012 pukul 6 petang.
Friday, 10 August 2012
21:49 0

Siapa Johari Pain? Pandelela Punya Pingat , Johari Pain Dapat Nama

Semasa admin menaip entry ni, sebenarnya masih lagi ketawa memikirkan nasib seorang mamat bajet hebat di facebook. Kalau semalam Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bergaya Pandelela Rinong dalam acara 10m Platform, tetapi hari ini, seorang lelaki menjadi terkenal kerana kemenangan tersebut, Mungkin boleh diumpamakan , Pandelela Punya Pingat , Johari Pain dapat nama.
Siapa Johari Pain? Selepas melihat foto dibawah mungkin anda akan faham.


Khabarnya , status ini telah dipadam dari wall facebook beliau tetapi ramai yang sudah printscreen statement “berani mati” beliau ini. Satu pengajaran kepada semua, jangan menilik atau meramal sesuatu yang belum berlaku. Kalau dah jadi macam ini, satu Malaysia dapat tahu . Kan dah malu. Mungkinkah abang ni kena sunat sekali lagi? heheheee


Percaya atau tidak, hanya dalam beberapa jam, sudah wujud fanpage seperti berikut :
  • Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat.
  • Kami nak Johari PAIN tunai janji
  • Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
  • Kami semua nak johari pain potong anu
  • Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia
**Dan yang pasti, nama Johari Pain ini sedang trending di twitter. Dan muncul hashtag #JanjiDikerati..Malaysian, you must be joking. Janji Dikerati?? hahaha.. Tak pasal pasal jadi terkenal. Boleh admin gelak lagi tak? hahahahahahhahahaaaaaaaaa.
Sudah puas gelak, mari kita kuatkan hati kita dengan menonton video yang menyentuh hati ini pula. Tipu kalau tak menangis tengok video ini.


Thursday, 9 August 2012
08:13 0

Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?


Betapa ironi’nya sebuah laman hiburan & gossip Malaysia tidak mempunyai set televisyen di’pejabat. Jadi’nya, kami terlepas untuk menyaksikan sendiri imej baru selebriti ini.
Namun, pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.


08:00 0

Majalah Mangga Difatwakan Haram

Majalah Mangga Difatwakan Haram: Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playbloy kini difatwakan haram.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”


Tuesday, 7 August 2012
02:21 0

Giliran Shila Amzah Berhijrah?


Kalau anda mengikuti perkembangan Shila Amzah melalui Twitter beliau, pasti perasan yang penyanyi ini sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu.
Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu Patah Seribu ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau.
Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung & ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.
“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”
Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.



Sunday, 1 April 2012
15:05 0

Koleksi Wajah Hero-Hero Malaya Jika Bermisai [10 Gambar]

Bagaimanakah rupa hero-hero Malaya jika mereka mempunyai misai? Semestinya nampak lain dan pelik sebab selama ini mereka tidak mempunyai misai. Di bawah ini tersedia 10 gambar hero malaya yang diedit menggunakan photoshop. Harap anda semua terhibur! 


Aizat AF5

Akim AF7

Aliff Aziz

Dafi

Kamal Adli

Nabil

Nazim Othman

Tomok

Aaron Aziz 

Bukan ke Aliff dan Aaron Aziz berasal daripada Singapore? Hentam sajalah. Haha 
Monday, 26 March 2012
22:20 0

Awal Ashaari Melamar Scha Hanya Lakonan Semata-mata?


Awal yang melamar Scha sewaktu siaran langsung Propaganza hanyalah lakonan semata-mata? Tidak, itu tidak benar sama sekali. Sewaktu siaran langsung Propaganza di Astro Ria, Awal Ashaari telah melamar Scha Al-Yahya di hadapan crew produksi dan para penonton Propaganza. Berita baiknya, Scha menerima lamaran tersebut setelah 2 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Awal.

Awal mengambil kesempatan untuk melamar Scha yang menjadi artis jemputan untuk Propaganza minggu ini. Selain menerima sebentuk cincin bertatahkan diamond, Scha juga turut menerima sejambak bunga dan sebuah patung teddy bear besar.

Pasangan Awal dan Scha menitiskan air mata tanda gembira dan terharu atas lamaran tersebut. Bilakah tarikh perkahwinan Awal dan Scha? Tarikh perkahwinan mereka masih menjadi rahsia dan akan diwar-warkan di hadapan media pada 27 Mac 2012 ini.

Bicara 1malaysianews: Semoga mereka selamat diijab-kabulkan sebagai suami isteri yang sah dan disatukan di jenjang pelamin. Apa yang pihak kami harap, semoga ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan selama-lamanya. 
21:03 0

Jom Saksikan Kehidupan Nyata Mr. Bean


Mr. Bean, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di dunia ini. Siapa tahu Mr. Bean Atau nama sebenarnya Rowan Atkinson boleh menjadi popular dengan lakonannya yang sangat lucu dalam sitkom Mr. Bean yang ditonton hampir semua penduduk di dunia.

Rowan Atkinson mempunyai kehidupan yang sangat bahagia di samping keluarganya. Tentu ramai dari anda yang belum tahu perihal keluarga Rowan Atkinson. Di bawah ini merupakan sedikit informasi mengenai Mr. Bean dan keluarganya.

Sekilas Profil Mr. Bean dan keluarganya

Nama Sebenar: Rowan Sebastian Atkinson
Tempat dan tarikh lahir: Newcastle, 09 Januari 1955
Isteri: Sunetra Sastery
Anak lelaki: Benjamin Atkinson
Anak perempuan: Lily Atkinson

Tahukah anda, Mr. Bean juga membeli dan menduduki sebuah rumah mewah hasil daripada pendapatannya dalam bidang lakonan. Di bawah ini disertakan beberapa gambar yang menunjukkan bahagian ruang rumah Rowan Atkinson:


 

 

 

 

 

 

 

Wahh memang besar dan mewah kan rumah yang diduduki oleh keluarga Rowan Atkinson ni? Semua ini tidak akan berlaku jika sitkom Mr. Bean tidak wujud di dunia ini. Sitkom ini lah yang membuatkan nama Mr. Bean naik dan seterusnya melihatkan penglibatannya dalam filem seperti Mr. Bean Holiday dan Johnny English.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...