Searching...
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts
Wednesday, 25 June 2014
01:12 0

MENARIK Keputusan SPM 10 Artis Terkenal Malaysia Yang Mengejutkan


Sememangnya para artis seumpama ikon kepada para peminat-peminatnya dan menjadi contoh kepada mereka semua. Kali ini kita akan melihat dari sudut pendidikan di peringkat sekolah para artis yg cukup terkenal di negara kita.

Artis-artis yang sering memenuhi kaca televisyen di rumah kita ini ada yg begitu mantap keputusan SPM mereka. Boleh dikatakan tidak begitu teruk keputusan SPM mereka. Tidak mahu bercakap panjang lagi, mari kita lihat keputusan SPM 10 artis Malaysia yg popular-popular belaka:





*Gred 1 lebih baik dari Gred 2, Gred 2 lebih baik dari Gred 3 dan seterusnya.

 

Tuesday, 24 June 2014
08:10 0

BERITA Gempar...!!! (Video) Berbogel di Malaysia...?? Betul Kah Di Malaysia




Wah...ini satu perkembangan yg terbaru kami terlepas. Mungkin pembaca-pembaca blog ini sudah sedia maklum mengenai perkara ini, tapi kami agak

terketinggalan...heh!

Ok, kepada yg senasib dengan kami, sebuah video yg kini disebarkan 

melalui Facebook (sebar? sebenarnya ianya sebuah video rasmi ya..) sedang

popular tontonannya.

Video ini memaparkan sepasang lelaki dan wanita yg bertelanjang bulat

berada bertemu di sebuah hutan di Malaysia.

Terkejut juga kami melihatkan tajuknya. 

Namun setelah diteliti video tersebut, ianya adalah sebuah racangan realiti 

yg merepek-repek terbitan Discovery Channel. Seperti biasa, mat saleh 

akan menerbitkan rancangan pelik-pelik berunsurkan relaiti kehidupan manusia.


Racangan ini lebih kepada survival peserta-pesertanya dalam keadaan telanjang

bulat dan berada di dalam hutan selama 21 hari. Mereka akan hidup bersama

tanpa pakaian, mencari sumber makanan dan minuman serta perlindungan di 

dalam hutan.


Beberapa lokasi telah pun di pilih, dan yg paling menarik, Malaysia telah 

menjadi salah satu destinasi rancangan Naked and Afraid - Naked In Malaysia.

Tidak dapat dipastikan pula Malaysia di bahagian mana mereka lakukan

rakaman tersebut.


 

Wednesday, 13 June 2012
04:46 0

WWW 1 - Nizar Sedia Menghadap Sultan Dan Mohon Maaf Pada Rakyat Johor

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menyatakan kesediaan untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini (semalam) saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.

"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak... ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Sumber
Friday, 8 June 2012
08:04 0

DURIAN RUNTUH BR1M SEKALI LAGI BUAT RAKYAT MALAYSIA!

MUHYIDDIN (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa di Kuala Selangor, Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan reaksi positif mengenainya.

Beliau menegaskan, Najib dalam reaksi positifnya berkata: “Apa susah, kita ada sumber tetapi kadangkala pendapatan tidak dikutip.

“Sebab itu pada tahun lalu, beliau (Najib) mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil sehingga dapat menambah RM26 bilion tanpa menaikkan cukai.

“Pada tahun ini, saya dengar pula beliau meminta LHDN supaya meningkatkan hasil kutipan cukai sehingga RM30 bilion,” katanya.
Thursday, 7 June 2012
11:06 0

Jalani temu duga SPA waktu malam


PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga.

“Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,’’ katanya pada majlis pertemuan dengan media di sini semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...