Searching...
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts
Thursday, 30 August 2012
15:28 0

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki

Model ini berasal daripada China, memang cantik apabila dipandang dan nampak seperti wanita, tapi tahukah anda semua bahawa model ini sebenarnya adalah seorang lelaki. Di sini 1malaysianews berkongsi beberapa gambar model dari china ini, dan gambar terakhir itu adalah gambar sebenar model tersebut..
Ada 4 keping gambar dengan posisi dan baju berbeza, mungkin ada yang terliur melihat gambar-gambar ini.

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki







14:33 0

Gambar Rumah Hantu Terbesar dan Terseram

Dari sumber yang admin terima, rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.



Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.


Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Dari sumber yang 1malaysianews terima, ramai diantara mereka yang cedera apabila berada berada di tempat ini, kebanyakkan mereka terlalu takut sehingga terjatuh







Wednesday, 29 August 2012
15:58 0

Gambar Sarang Labah-labah Terbesar di Dunia

Dari sumber yang admin terima, beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut. Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Ia dikatakan antara sarang labah-labah yang terbesar di dunia yang pernah dilihat. Di bawah ini, 1malaysianews akan berkongsikan 4 gambar untuk dilihat bersama.





Tuesday, 28 August 2012
07:54 0

Gambar Obor-Obor Gergasi Saiz Manusia


Gambar Obor-obor gergasi

Daripada sumber, bilangan obor-obor gergasi telah datang ke Jepun nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan suhu alam semulajadi. Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun 2011 telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura ini iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram.
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan. Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.




Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor. Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan. Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun
Monday, 27 August 2012
19:33 0

Minggu Orientasi Pelajar yang menghairahkan

Pada pandangan admin, selalunya hari orientasi paling membosankan pelajar baru sama ada di universiti atau sekolah tapi tidak bagi pelajar di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London. Mereka melakukan orientasi dengan keadaan sangat menghairahkan antara lelaki dan wanita.

Hari orientasi pelajar-pelajar ini sungguh menghairahkan. Dan ini adalah satu budaya yang paling tidak bagus ditunjukkan kepada pelajar-pelajar.





Sunday, 26 August 2012
23:17 0

Ketahui Sikap Wanita Dengan Bantal

Tahukah anda semua sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Di sini admin ingin berkongsi 5 sikap wanita dengan bantalnya. Ini hanya sekadar informasi, dan tidak tahu kepastian samaada ianya betul ataupun salah. 1malaysianews hanya berkongsi informasi ini kepada anda semua



1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
11:40 0

Pendedahan Gadis Malaysia Ramai Curang

Dari sumber yang admin terima wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka. Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.



Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
Friday, 24 August 2012
10:43 0

Sungai Pelik Berwarna putih dijumpa di china

Benarkah sungai putih yang boleh dipanggil sungai susu ini wujud? Merungkai di sebalik persoalan tentang sungai yang pelik ini.








Mengikut sumber yang admin terima air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.

Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.
Thursday, 23 August 2012
18:39 0

Penyamaran Penjenayah Paling Bodoh

Mengikut sumber yang admin terima, Ronaldo Silva, 39 tahun ialah seorang banduan yang dipenjara di Penedo Prison , Brazil sementara menanti dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengedar dadah. Beliau berjaya melarikan diri dari penjara setelah menyamar menjadi seorang wanita.

Ronaldo menyuruh isteri beliau untuk menyeludup masuk baju, pakaian dalam, kasut tinggi,pewarna kuku dan rambut palsu untuk digunakan beliau. Yang menariknya taktik beliau berjaya mempedayakan pegawai penjara. Walaubagaimanapun beliau ditahan sejam kemudian oleh seorang Polis yang meragui tindak tanduknya. Menurut laporan media Ronaldo yang tidak biasa berjalan dengan tumit tinggi dan berjalan terhoyong hayang.

Melihat keanehan ini si Polis menahan beliau dan terkejut apabila mendapati beliau seorang lelaki

Berikut adalah penyamaran yang dibuat :




10:05 0

Gambar Haiwan Jilat Ais Berperisa

Mengikut sumber yang admin terima haiwan-haiwan di Zoo Bioparco Rom, Itali. diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas. Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.



Menurut seorang kakitangan zoo, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius. Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar.
Wednesday, 22 August 2012
11:33 0

Kisah Tauladan Si doktor dan Si Bapa

Cerita yang admin terima ini bermula apabila seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.



Bapa pesakit : kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?

Doktor : saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tue dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.

Bapa pesakit : bertenang kamu kata? kalau anak kamu berada dalam bilik tue sekarang nie, bolehkah kamu bertenang? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dgn marah.

Doktor : saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci “daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali” doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu. Bapa pesakit : memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang.

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

Doktor : alhamdulillah. anak anda selamat! dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa. kalau kamu ada sebarang soalan kamu boleh tanya jururawat!

Bapa pesakit : kenapa doktor tu sombong sangat? tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya? komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat berkata : anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.

lalu menyesallah si ayah dengan kelakuannya terhadap doktor yang dianggapnya tidak bertanggungjawab dan sombong itu..

Dari kisah cerita ini, 1malaysianews berharap kisah ini dapat menjadi iktibar kepada semua yang membacanya.
08:58 0

Pengarah Hollywood Tony Scott Mati Bunuh Diri


Admin mendapat tahu yang pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California. Dikenali dengan banyak filem aksi - termasuk Top Gun dan Enemy of the State - Scott dilaporkan memanjat pagar jambatan itu “tanpa teragak-agak” sebelum melompat ke air.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat kasut Scott terapung-apung di air sejurus selepas dia melompat. Polis dan anggota Pengawal Pantai AS menarik keluar mayat Scott tidak jauh dari Jambatan Vincent Thomas itu yang dibina tidak jauh dari Pelabuhan Los Angeles. Koroner berkata, Scott, 68, melompat dari struktur jambatan itu. Media pula melaporkan, polis menemui sekeping nota dalam kereta Toyota Prius dipandu Scott yang ditinggalkan di atas jambatan. Menurut sumber, nota itu menyenaraikan maklumat bagaimana isterinya, Donna Scott, boleh dihubungi untuk memaklumkan insiden itu. “Penyiasat kemudian menemui nota terakhir ditinggalkan Scott di pejabatnya,” katanya. Bagaimanapun, kandungan nota itu tidak didedahkan setakat ini.


Pasukan Polis Semasa Mencari Mayat Tony Scott

Pihak berkuasa menghubungi penyelam dan sebuah helikopter untuk mengesan mayat Scott sebelum ia ditemui kira-kira jam 3 petang (6 pagi waktu Malaysia), empat jam selepas dia membunuh diri. Pencarian itu juga menyebabkan operasi feri ke Pulau Santa Catalina tergendala beberapa jam. Scott adalah adik kepada seorang lagi pengarah terkenal, Ridley Scot, yang pernah memenangi Oscar bagi filem seperti Gladiator dan Black Hawk Down. Scott - lahir di Britain pada 1944 - banyak diingati kerana kejayaan filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise. Filem lain diarah Scott ialah Days of Thunder, Beverly Hills Cop II, Spy Game, Unstoppable dan Crimson Tide.
Tuesday, 21 August 2012
21:05 0

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan Posisi Sama

Sahabat Sejati - Setiap 5 Tahun mereka mengambil gambar di Tempat Sama dan  Posisi Sama

Gambar 5 orang sahabat sejati ini mengambil gambar yang sama selama 30 tahun, Mereka tidak menjangkakan gambar pertama yang mereka ambil ini membawa erti yang besar dalam persahabatan yang mereka bina ini.

Dari sumber yang admin terima

In 1982, five teenagers took a seemingly insignificant photo that became a longstanding tradition about true friendship.
Everything began near a Copco Lake in California, and now every five years for the past 30 years, John Wardlaw, Mark Rumer, Dallas Burney, John Molony and John Dickson have been meeting at the same place, sitting on the same bench and taking the same photo.
They call it the “Five Year Photo” and invite us to watch them “lose hair and gain forehead, gain and lose and gain and lose weight.”
The five friends plan on doing this for the rest of their lives up until there’s one guy just sitting in the same pose. “Even then, maybe someone will take a picture of an empty bench for us,” said Dickson in the interview for CNN.
The friends say that without this photo, there’s no way they’d be together.

Gambar Pertama Pada 1982



Gambar Kedua Pada 1987


Gambar Ketiga Pada 1992


Gambar Keempat Pada 1997


Gambar Kelima Pada 2002


Gambar Keenam Pada 2007



Gambar Ketujuh pada 2012






15:33 0

27 tahun cacat penglihatan, pendengaran, dan tidak boleh berjalan

Dari sumber yang admin dapat sepasang suami isteri terpaksa meletakkan anak mereka di bangsal, demi keselamatannya ketika berada seorang diri di rumah. Ibu, Che Rohana Sulaiman, 50 berkata, anaknya, Mohd Shahadan Md Nawi, 27, dilahirkan cacat penglihatan, pendengaran, tidak boleh berjalan dan bisu.



Katanya, anak ketiga daripada 10 beradik ini, masih lagi memakai lampin pakai buang memandangkan dia tidak mampu untuk berdikari. “Shahadan menerima bantuan kebajikan sebanyak RM80 sebulan, dan saya berharap jumlah ini dapat dinaikkan, memandangkan harga untuk mendapatkan lampin terlalu mahal,” katanya.

Bukan itu sahaja katanya, dua anaknya yang lain turut mempunyai penyakit kronik, sehingga memaksanya berulang-alik ke Hospital Pasir Mas, tiga kali seminggu. Rohana berkata, anak kesembilan, Abdul Rahman, 9, disahkan mempunyai penyakit buah pinggang. “Dah lama dia tidak ke sekolah, kerana dia mudah berasa penat akibat rawatan yang diterima. “Begitu juga dengan anak bongsu saya, Mohd Fatihi, 7, juga tidak dapat ke sekolah, kerana mempunyai penyakit uluran sejak kecil,” katanya.

Rohana yang juga seorang suri rumah, terpaksa membelanjakan wang kebajikan sebanyak RM 400, yang diterima untuk keperluan harian, bersama anak-anak yang lain. Katanya, dia akan menghadapi masalah sekiranya, memerlukan perbelanjaan persekolahan dua anaknya yang masih belajar di tingkat satu dan tiga. “Suami saya, Afendi Kamariah, 56, yang bekerja sebagai buruh, hanya mampu mencari rezeki dua kali seminggu, kerana mempunyai penyakit lelah. “Justeru, saya berharap, agar pihak berkenaan dapat meningkatkan bantuan kebajikan, agar ia dapat digunakan untuk persekolahan dan keperluan tiga anak saya yang sakit,” katanya.

1malaysianews amat bersimpati dengan keluarga ini, di harap mereka yang bertanggungjawab dapat memberi bantuan yang sebaik-baiknya
Monday, 20 August 2012
23:57 0

10 Design Cover Facebook Menarik

Dengan adanya Cover Timeline Facebook, pelbagai design boleh dilihat di facebook masing-masing. Semuanya berlumba-lumba untuk memberikan cover facebook mereka cantik dan menarik untuk dilihat.
Di sini admin ingin berkongsi beberapa design cover facebook yang unik serta menarik. Ada 10 koleksi design-design cover timeline facebook yang menarik boleh disaksikan.


20:58 0

Amaran Alat Solek Membahayakan dan Membawa Maut

Sumber yang admin dapati, sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran. Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak. Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia. Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.



Bukti kukuh

Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan. Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan. Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.

Fungsi jantung menurun

Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar. Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit.
07:24 0

Sebab UTAMA Hutang Malaysia Membimbangkan

Masyarakat Malaysia negara ini yang admin dapat tahu banyak menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang. Yang paling memeranjatkan apabila admin mendapati maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.



Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. Pembiayaan sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak. Lebih memburukkan keadaan, ketiga-tiga hutang berkenaan memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan.

Ia disebabkan sikap segelintir peminjam bertindak menambah lagi pinjaman ketika pinjaman asal masih belum selesai sekali gus menyebabkan hutang mereka terus bertambah. Bagi golongan isi rumah dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan pula, hampir separuh daripada jumlah itu terpaksa digunakan untuk membayar hutang berkenaan.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar) berkata, jumlah hutang yang terlalu tinggi dalam kalangan isi rumah akan mengurangkan keupayaan mereka untuk berbelanja. Beliau berkata, kebanyakan daripada jumlah gaji yang diterima oleh mereka terpaksa diperuntukkan untuk tujuan membayar semula hutang. “Akibatnya, ia bukan sekadar memberi kesan kepada individu itu sendiri, malah ekonomi negara turut terjejas kerana penggunaan isi rumah merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara,”
Saturday, 18 August 2012
23:38 0

Gambar Hantu yang Berbulu Ditangkap

Mengikut berita,Hantu Berbulu Berjaya Ditangkap Di Indonesia.

Tapi bagi admin, susah nak percaya sumber-sumber begini. Sebab dahulunya pernah satu ketika ada mereka mengatakan telah menangkap Hantu Jenglot, akan tetapi apabila diselidik ia hanyalah rekaan daripada tulang ayam dan beberapa cebisan daging.

Gambar hantu berbulu ini dikatakan di tangkap oleh seorang bomoh dari indonesia GDi Pasir Putih Situbondo, Jawa Timur kemudian di ikat di pokok di kawasan kampung mereka untuk tontonan umum. Apa pun di sini 1malaysianews ingin berkongsi paparan gambar yang diterima untuk tontonan



23:28 0

Gambar Sotong Pelik yang Bercahaya

Mengikut sumber yang admin terima, sotong bercahaya ini panjangnya hanya tiga inci. Sotong ini dilengkapi dengan organ yang khusus untuk menghasilkan cahaya yang disebut photophores yang memancarkan cahaya biru dari dalam.

Ribuan photophores kecil dapat ditemukan di seluruh tubuh sotong, memberikan kemampuannya untuk memancarkan cahaya sepanjang tubuh sotong tersebut. Sotong jenis ini boleh ditemukan dengan banyaknya di tengah laut Teluk Toyama, Jepun. Biasanya hidup pada kedalaman 1200 kaki di bawah air.Gelombang di teluk Toyama mendorong sotong ke permukaan air dalam jumlah besar dan dipancing pada bulan Mac sehingga Jun. Sotong ini juga dianggap sangat enak di Jepun..


Thursday, 16 August 2012
15:18 0

Gambar Bayi melecur akibat terbakar

Memang sedih admin mendengar apabila seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth terbakar. Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi.



Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.

Mangsa yang sempat diselamatkan pengasuhnya itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya. “Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.

“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...