Searching...
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Monday, 30 June 2014
06:25 0

DUNIA Gambar-gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil

Sudah tidak asing lagi akan kehangatan Piala Dunia Bolasepak 2014 di Rio, Brazil ini. Sebagai seorang muslim kita semua tidak kira di mana sekali pun akan menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini. Pemain-pemain bintang ini juga tidak terlepas untuk berpuasa dan tidak menjadikan alasan untuk tidak berpuasa. Namun sedih juga di hati apabila dikatakan bahawa Mesut Ozil yg dikatakan tidak berpuasa kali ini serta tangannya yg kini mempunyai tattoo yg bertulis "Only God can Judge Me"

Bagaimanapun jom kita lihat gambar-gambar pemain yg akan berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini :



Benzema, France



Shaqiri, Switzerland



Sissoko, France



Khedira, Germany



Aboubakar, Cameroon



Sakho, France



Muntari, Ghana



Hazard, Belgium



Fellaini, Belgium


 

Sunday, 29 June 2014
05:49 0

DUNIA Antara bintang Piala Dunia yang akan berpuasa Ramadan dalam aksi 16 terbaik

 



Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.




KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yg akan memilih lapan  daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing.

Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.

Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat.

Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yg teribat dalam saingan Piala Dunia.


 


Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.


Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.

Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yg akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:


Xherdan Shaqiri (Switzerland)




Moussa Sissoko (Perancis)



Marouane Fellaini (Belgium)




Bacary Sagna (Perancis)

Sami KhediraSami Khedira (Jerman)




Vincent Aboubakar (Cameroon)



Mamadou SakhoMamadou Sakho (Perancis)

Saturday, 28 June 2014
11:01 0

MENARIK Beribu-ribu Penumpang Kapal Mewah Belayar Tanpa Pakaian

Kemudahan mewah yg ditawarkan pakej pelancongan di pelayaran memang dijamin memanjakan hari - hari anda selama perjalanan. Tapi, itu sudah biasa. Namun, Bare Necessities Tour and Travel, memberikan sensasi berbeza saat bercuti di atas kapal pelayaran.

Bukan hanya kemudahan mewah dan destinasi pelancongan menawan yg ditawarkan oleh syarikat perjalanan pelancongan asal Amerika ini, tapi juga " kebebasan " menunjukkan diri. Artinya seluruh awak dan penumpang kapal tersebut bebas, bahkan wajib menanggalkan busana mereka.

Menurut laman web rasminya, syarikat yg sudah mengkhususkan diri dalam bercuti tanpa busana sejak 1990 ini, ingin menyingkirkan ego banyak orang terhadap persekitaran sosial. Dengan fesyen, orang - orang sering memandang sesuatu dari tahap sosial mereka. Tapi, dengan bugil atau tanpa busana, mereka akan menyingkirkan ego tersebut dan menjadi diri sendiri.




" Kami ingin menggalakkan para penumpang untuk membebaskan diri mereka, agar mereka boleh menerima tubuh mereka apa adanya, " ujar Presiden Bare Necessities Tour and Travel, Nancy Tiemann.

Tidak hanya itu, bercuti tanpa pakaian ini juga dituntut membuat penumpang di kapal tersebut lebih mudah mendapatkan rakan baru. Sesuai dengan slogan mereka, "Tidak ada orang asing di Bare Necessities, yg ada hanyalah teman-teman yg belum pernah anda temui".

Selain itu, Tiemann meyakinkan ketelanjangan tidak selamanya berorientasikan pada kegiatan seksual. Bahkan para penumpang dilarang melakukan hubungan seks kecuali di bilik atau kabin peribadi.

Meski menggunakan konsep bogel, kapal ini tetap mempunyai peraturan-peraturan khusus. Salah satunya adalah wajib berpakaian saat kapal berada di pelabuhan atau saat kapten kapal mengumumkan bahawa pakaian diperlukan.

Tidak hanya itu, semua penumpang juga harus berpakaian lengkap semasa makan di ruang makan dan saat menghadiri pesta cocktail dari kapten kapal.


Setiap tahun, syarikat ini memberikan perjalanan dengan kapal layar dan tujuan yg berbeza. Daerah tujuan pelayarannya contohnya Caribbean, kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik dan daerah-daerah eksotik lain. ~ Sumber
Monday, 23 June 2014
14:57 0

ARTIS Farish Aziz Habiskan RM16,000 Demi Piala Dunia!


 





Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Temasya yg hanya muncul empat tahun sekali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yg akan ‘gila bola’ yg sudah bersedia untuk memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka.

Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yg terletak di Sao Paulo seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.

Menurut Farish Aziz atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yg hanya dianjurkan empat tahun sekali.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yg cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi

Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians.

“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yg terlalu mahal,” tambah Farish.



Selain itu, jejaka berusia 30 tahun ini sempat berkongsi pengalaman cemas melihat penyokong Brazil yg mabuk cuba mencetuskan pergaduhan dengan peminat pasukan Crotia selepas perlawanan.

“Kejadian berlaku sewaktu tamat perlawanan pembukaan. Saya dan Johan ambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke hotel penginapan. Dalam perjalanan kami di dalam keretapi, seorang penyokong Brazil yg sedang mabuk cuba membuat provokasi dengan mengejek sekumpulan penyokong Crotia.

“Saya agak cemas pada awalnya kerana takut akan ada pergaduhan besar, tetapi apa yg mengagumkan apabila penyokong Crotia tidak mudah melenting sebaliknya mereka sama-sama bergelak ketawa tanpa menimbulkan suasana tegang.

“Dari situ saya nampak sukan bola sepak sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai benua dan negara. Insya Allah kalau ada rezeki mungkin Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dianjurkan oleh Russia,” jelas Farish lagi mengakhiri perbualan.
Saturday, 21 June 2014
22:17 0

DUNIA Foto Wartawan Paling Cun Di Piala Dunia 2014



Sudah lebih seminggu Piala Dunia 2014 di Brazil berlangsung di mana kejohanan terbesar bola sepak 4 tahun sekali itu menjadi medan pelbagai perlawanan dramatik oleh pasukan-pasukan yg pertanding. Tidak cukup dengan itu, gelagat penonton juga turut mewarnai kejohanan besar-besaran ini terutama sekali gadis-gadis cantik dari pelbagai negara yg sering menjadi tumpuan lensa kamera.

 Namun, dalam kerancakkan Piala Dunia tersebut muncul seorang wartawan yg menarik perhatian ramai. Wartawan dari Mexico itu menjadi tumpuan ramai kerana kecantikan rupa paras dan potongan tubuh yg menarik di tambah lagi dengan fesyen-fesyen seksi yg dikenakannya.

Wartawan tersebut, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.
Dia kini diangkat sebagai wartawan kesukaan ramai di Piala Dunia kali ini.



 

Thursday, 30 August 2012
15:28 0

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki

Model ini berasal daripada China, memang cantik apabila dipandang dan nampak seperti wanita, tapi tahukah anda semua bahawa model ini sebenarnya adalah seorang lelaki. Di sini 1malaysianews berkongsi beberapa gambar model dari china ini, dan gambar terakhir itu adalah gambar sebenar model tersebut..
Ada 4 keping gambar dengan posisi dan baju berbeza, mungkin ada yang terliur melihat gambar-gambar ini.

Gambar Model China Cantik yang sebenarnya Lelaki







14:33 0

Gambar Rumah Hantu Terbesar dan Terseram

Dari sumber yang admin terima, rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan.



Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.


Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Dari sumber yang 1malaysianews terima, ramai diantara mereka yang cedera apabila berada berada di tempat ini, kebanyakkan mereka terlalu takut sehingga terjatuh







Wednesday, 29 August 2012
15:58 0

Gambar Sarang Labah-labah Terbesar di Dunia

Dari sumber yang admin terima, beberapa buah pokok yang berada di tepi sungai Pakistan ditemui dalam keadaan dilitupi dengan sarang labah-labah. Apa yang peliknya, sarang labah-labah tersebut dibina dengan menutupi hampir keseleuruhan pokok tersebut. Ia kelihatan seperti sebatang pokok yang bersalut dengan kapas. Ia dikatakan antara sarang labah-labah yang terbesar di dunia yang pernah dilihat. Di bawah ini, 1malaysianews akan berkongsikan 4 gambar untuk dilihat bersama.





Tuesday, 28 August 2012
07:54 0

Gambar Obor-Obor Gergasi Saiz Manusia


Gambar Obor-obor gergasi

Daripada sumber, bilangan obor-obor gergasi telah datang ke Jepun nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan suhu alam semulajadi. Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun 2011 telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura ini iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram.
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan. Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.




Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor. Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan. Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun
Monday, 27 August 2012
19:33 0

Minggu Orientasi Pelajar yang menghairahkan

Pada pandangan admin, selalunya hari orientasi paling membosankan pelajar baru sama ada di universiti atau sekolah tapi tidak bagi pelajar di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London. Mereka melakukan orientasi dengan keadaan sangat menghairahkan antara lelaki dan wanita.

Hari orientasi pelajar-pelajar ini sungguh menghairahkan. Dan ini adalah satu budaya yang paling tidak bagus ditunjukkan kepada pelajar-pelajar.





13:38 0

David Beckham Peoleh RM7 Juta Sebulan ?

Dari sumber yang admin terima, David Beckham menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.

Dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta. Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M. "Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk.

Malah untuk tahun 2012, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur. 
Friday, 24 August 2012
21:23 0

Gambar dalam seribu ikan paus muncul di kapal



Gambar yang 1malaysianews tunjukkan di atas ialah KEPALA seekor ikan paus humpback muncul dekat seorang peluncur laut (kanan) di San Luis Obispo pada 18 Ogos 2012.

Dari sumber yang admin terima, seorang jurugambar amatur, Bill Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi sebuah bot dan kayak dekat pantai SAN LUIS OBISPO, California pada 18 Ogos2012.

Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan gambar ikan tersebut. Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa ia makan ikan sardin. "Saya berasa amat bertuah," kata Bouton selepas dia berjaya menangkap gambar tersebut.
10:43 0

Sungai Pelik Berwarna putih dijumpa di china

Benarkah sungai putih yang boleh dipanggil sungai susu ini wujud? Merungkai di sebalik persoalan tentang sungai yang pelik ini.








Mengikut sumber yang admin terima air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.

Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...