Searching...
Thursday, 5 April 2012
18:20 0

Ibu Shalabi: Hana terima gangguan semasa Mogok

Khamis , 05-04-2012 - Isnin lepas, ibu dan keluarga kepada tahanan yang telah dibebaskan, Hana Shalabi memohon kepada semua institusi antarabangsa dan Mesir, untuk bertindak sebagai sebagai pengantara bagi menuntut kepulangan anak perempuannya ke rumah, di kampung Burkin, wilayah Jenin. Hana telah diusir ke Gaza.

Ibunya telah mengesahkan dalam satu pertemuan dengan delegasi wanita dari 1948 wilayah Palestin yang diduduki, bahawa anaknya terdedah kepada tekanan dan gangguan di dalam penjara serta Hana juga mempunyai tahap kesihatan yang amat teruk, Tambah ibunya lagi menambah, Hana telah dipaksa untuk menandatangani perintah pengusirannya dan menghentikan mogok lapar.

Delegasi wanita telah melawat tempat perkhemahan mogok duduk di Kafr El-Patron dan Burkin di Jenin,telah menyatakan kesepaduan mereka terhadap isu-isu yang dibawa pemogok. Delegasi wanita, termasuk aktivis politik dan sosial dari Haifa, Nazareth, Galilea, dan Triangle, mengutuk keputusan IOF mengusir Hana ke Gaza dan polisi agresif IOF terhadap tahanan Palestin, terutamanya tahanan pentadbiran.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...