KEMENTERIAN Dalam Negeri, KDN memutuskan tidak lagi melanjutkan tempoh proses pemutihan yang akan berakhir 10 April ini.
Keputusan dibuat di atas pertimbangan bahawa tempoh dan maklumat yang mencukupi telah diberikan kepada semua pihak yang terbabit melaksanakan proses pemutihan.
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien / Menteri Dalam Negeri berkata, "Jadi saya nak beritahu pada pihak majikan, kita dah tambah masa dua kali atas permintaan majikan dan kedutaan dalam proses pemutihan ini, cukup-cukuplah. Saya harap bahawa takda lagi tambahan masa dan kita nak teruskan dengan 4P, 5P dan akhirnya P yang keenam."
Walau bagaimanapun, pihak majikan yang telah memperolehi tarikh temujanji selepas 10 April boleh terus berurusan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Sehingga semalam, sejumlah 2.3 juta warga asing yang meliputi 1.3 juta pati dan 1.0-1 juta pekerja asing sah telah direkodkan maklumat serta data biometrik mereka.
Proses pemutihan yang sepatutnya berakhir 10 Januari lalu dilanjutkan dua kali kepada 15 Februari dan 10 April ini.
0 comments:
Post a Comment