Khamis , 05-04-2012 - Tokoh Hamas, Sholah Bardawil menegaskan kepentingan bagi Fatah untuk mempercayai rakan politik yang sebenar. Menurutnya, “Hamas adalah rakan politik dan bukan musuh. Fatah perlulah melihat Hamas sebagai rakan nasional dan bukan sebagai musuhnya.”
Dalam keterangan khususnya kepada Pusat Informasi Palestina, Selasa (3/4) Bardawil menekankan pentingnya Fatah membebaskan diri dari cengkaman musuh Israel. Beliau menambah, “Perpaduan tidak mungkin berjaya kecuali memenuhi kehendak nasional yang bebas.”
Bardawil menjelaskan, perpaduan Palestin memerlukan jaringan keamanan Arab dan Islam untuk melindungi kesatuan dan menyingkirkan rasa takut terhadap sekatan bantuan.
0 comments:
Post a Comment