
MALANG tidak berbau itulah nasib yang menimpa seorang lelaki yang hanya mampu melihat kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin
Difahamkan pemandu kereta Ferrari F430 tersebut sedang menghala ke Seremban dalam satu konvoi. Semasa perjalanan enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya yang berusia 50-an bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ia terbakar.

Nasib menyebelahinya apabila sempat keluar dari kenderaan tersebut sebelum kereta itu dijilat api dan hangus sama sekali

0 comments:
Post a Comment