Searching...
Friday, 11 May 2012
23:57 0

Melangkah yakin dengan penampilan anda!



Tahukah anda keyakinan bermula daripada langkah pertama, selain berfikiran positif dan penampilan menarik, pemilihan sepatu dan sandal yang bersesuaian akan menambah nilai gaya bagi wanita. Ia bukan sekadar pengalas kaki namun satu aksesori penghias diri. Kombinasi warna, rekaan dan material pencetus gaya hebat dan menawan. Sama ada anda memilih boot, wedges atau sandal, pastikan ia selesa dan sesuai dengan anda.

Disini ada beberapa tips untuk memilih kasut yang sesuai dengan anda :-
  • pastikan anda memakai stoking yang sesuai ketika memilih kasut. Dan jika anda ingin memilih memakai boot pastikan anda memilih stoking yang tebal.
  • jika anda mencuba kasut baru cubalah dengan kaki yang lebih besar. Selalunya kaki yang lebih besar adalah berlawanan dengan tangan yang menulis.
  • semasa mencuba pastikan anda berdiri dan berjalan sedikit. Kasut tersebut benar-benar sesuai jika anda boleh menggerak-gerakkan jemari kaki di dalam kasut.
  • jika anda banyak berjalan pada hari tersebut lebih daripada biasa janganlah membeli kasut bertumit tinggi. Saiz kaki dikatakan agak mengecil jika lebih berjalan.
  • elakkan kasut bertumit tinggi jika ada masalah sakit belakang. Begitu juga dengan pesakit diabetis. Pastikan kasut yang dipilih dialas pelapik lembut dan tidak ketat.
  • waktu petang dikatakan masa yang sesuai untuk membeli kasut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...