5 Fakta Penipuan Pada Label Kosmetik
Baru Haku tau sebenarnya Haku pon tertipu jugek cis!. Pengeluar produk kosmetik kadang-kadang berjaya memanipulasikan fakta dan membuatkan kita percaya ditambah plak dengan retis yang berlakon dalam iklan tu sumenyer jelitakan.
Jom tengok apakah penipuan pada label kosmetik
1) Oil Free
Banyak sekarang ni syarikat kosmetik meletak ayat oil free pada label produk mereka. Kerana apa? Kerana kita sentiasa dimomokkan dengan kulit yang berminyak kulit kita mudah dihinggapi jerawat... Betul tak!.
Dari itu mereka-mereka ini menggunakan perkataan oil free supaya kita tanpa pikir panjang untuk terus membeli produk itu.
Ramai Dermatologist setuju bahawa label oil free tu hanya trick dan strategi market sahaja. Kajian telah dilakukan setiap produk yang berlabel oil free tetap mengandungi minyak malah lagi teruk minyak itu adalah minyak buatan dan boleh membuatkan kulit kita timbul jerawat.
Yang terbaik untuk memilih produk kosmetik ialah produk yang ada tertulis 'noncomedogenic' (bebas komedo)atau 'nonacnegenic (bebas jerawat) pada label," saran Elizabeth Tanzi, dermatologis di Washington D.C.
Lagipun tak semua minyak tak bagus ada juga minyak yang bagus digunakan antaranya tea tree oil yang boleh membunuh bakteria dan lavender oil yang berfungsi sebagai anti-inflamasi.
2) SPF Pada produk kosmetik
Ramai yang akan memilih produk kosmetik 2 in 1 seperti faundation yang kononya sudah dilengkapi sun block. Jadi kita tak payah buang masa lagi guna sun block lagi. Hakikatnya sun block yang terdapat pada 2 in 1 produk adalah tidak cukup. Sebaiknya mesti gunakan sun block SPF30 sebagai base make up sebelum menggunakan faundation, supaya kulit kita terlindung dari sinaran UV (bukan unique visitor muuhahhaha).
3) Bahan Natural & Organik dalam produk kosmetik
Sekarang ni banyak betul produk yang menggunakan bahan kononnya dari bahan semulajadi. Sedangkan Food & Drug Administration (FDA) mengatakan hanya 20% sahaja kebanyakkan produk mengandungi bahan semulajadi, 80% lagi adalah UNKNOWN.
4) Anti-Aging pada produk kosmetik
Label anti-aging hanyalah penyedap rasa dan mempengaruhi pembeli untuk membeli produk mereka. Lagipun nak menghapuskan kedutan bukan kerja senang melainkan melalui surgicall operation.
Sebaiknya eloklah menggunakan produk yang mempunyai label anti-acne yang mengandungi salicylic asid itu lebih bermanafaat. Tetapi produk anti-aging ini bukan tidak bagus cuma haruslah digunakan waktu malam sebagai krim malam. Seperti yang disarankan oleh dermatologist.
5) Fragrance free
Bagi anda yang tidak suka bau-bauan pada produk kosmetik tentulah produk yang mempunyai label fragrance free menjadi pilihan bukan. Sebenarnya banyak produk kosmetik ini mengandungi perfume ia ditambah untuk menutup aroma dari kandungan lain, padahal FDA tidak membenarkan memasukkan aroma lain dalam daftar kandungan," jelas Laura Verallo de Bertotto, CEO dari VMV Hypoallergenics.
Istilah hypoallergenic bermaksud produk tersebut memiliki kemungkinan kecil boleh menyebabkan reaksi dan alergi pada kulit. Jika Anda mengalami masalah dengan alergi kulit, Sebaiknya mencuba pada belakang tangan dahulu sesuatu produk itu.
Walau apa pun pilihan ditangan anda buatlah pilihan yang terbaik...huhuhuhuhu Tipah Tertipu!
0 comments:
Post a Comment