Memang sedih admin mendengar apabila seorang bayi lelaki kini terpaksa bertarung nyawa selepas 70 peratus bahagian badannya melecur teruk apabila rumah pengasuhnya yang terletak di tingkat empat Flat Mak Mandin, Butterworth terbakar. Sebelum kejadian pada pukul 10.30 pagi.
Meysshvin berusia enam bulan yang sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah ditinggalkan berseorangan oleh pengasuhnya, G. Sarojh, 48, yang keluar untuk ke kedai runcit di tingkat bawah flat berkenaan.
Mangsa yang sempat diselamatkan pengasuhnya itu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh jiran sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Sarojh ketika ditemui di HSJ berkata, dia hanya mengetahui rumahnya terbakar selepas diberitahu seorang jirannya. “Semasa kejadian saya baru meninggalkan Meysshvin. Saya berada di tingkat bawah untuk beli barang dan saya tinggalkan Meysshvin kerana dia sedang tidur.
“Bila dapat tahu rumah saya terbakar, saya terus berlari masuk ke dalam rumah dan selamatkan Meysshvin yang masih berada dalam buai dan sedang menangis,” katanya yang memberitahu, ketika itu api mula membakar ruang tamu.
0 comments:
Post a Comment