Gambar Obor-obor gergasi
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan. Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.
Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor. Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan. Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun
0 comments:
Post a Comment