Khamis , 05-04-2012 - Tentera haram Israel (IOF) telah meratakan tanah pertanian Palestin dan menumbangkan pokok-pokok zaitun yang ditanam lebih dari 30 tahun yang lalu bermula dari Um NIR hingga ke timur bandar Yatta di selatan Al-Khalil Selasa lalu.
Ratib Al-Jibour, penyelaras jawatankuasa di Yatta berkata bahawa tentera IOF meratakan 50 ekar tanah
yang dimiliki oleh keluarga Jibour dan menumbangkan pokok serta anak-anak pokok Zaitun. Beliau berkata bahawa tentera Israel turut membawa beberapa pekerja dmereka untuk menumbangkan pohon-pohon zaitun, dan membuang anak-anak pokok keluar dari kawasan tersebut dalam usaha untuk “menyembunyikan jenayah”.
0 comments:
Post a Comment