Searching...
Showing posts with label fb. Show all posts
Showing posts with label fb. Show all posts
Wednesday, 20 June 2012
16:07 0

Sejarah Asal-Usul Kewujudan Facebook



Sejarah Asal-Usul Kewujudan Facebook

Dunia Teknologi IT dan Internet pada masa kini mendapat perhatian ramai terutamanya selepas Facebook menjadi popular semenjak penciptaannya hampir 8 tahun yang lalu. Dengan potensi yang ditunjukkan laman sosial paling berpengaruh ketika ini, mungkin anda semua merasa terpanggil untuk mengetahui Sejarah Asal-Usul Kewujudan Facebook satu ketika dahulu.
Sejarah Kewujudan Facebook Oleh Mark Zuckerberg

Tahukah anda? Pengasas Facebook merupakan seorang pelajar bernama Mark Zuckerberg. Beliau mula terfikir untuk mencipta dan mengasaskan Facebook ketika berumur 23 tahun. Sungguh menakjubkan ya kerana pada usia semuda itu dia telah berjaya membina laman sosial yang kini terbesar di dunia. Sebelum ini Mark Zuckerberg pernah membina laman web untuk rakannya seperti laman web Coursematch dan Facemash.

Pada bulan Februari 2004 beliau telah melancarkan laman sosial yang bernama Facebook(sape x tau facebook ni ape?sila angkat tgn cam Usop Wilcha). Nama itu diambil daripada borang yang diedar kepada pelajar-pelajar baru di Universiti Harvard.

Dalam masa 24 jam Facebook dilancarkan, 1200 orang pelajar Universiti Harvard telah membuka akaun Facebook*WOW!. Sebulan setelah pelancaran Facebook, separuh daripada populasi pelajar Sarjana Muda di Universiti Harvard telah mempunyai akaun Facebook.

Selepas itu Facebook berkembang ke seluruh Universiti di Amerika Syarikat dan menjadi facebook.com setelah nama domain itu dibeli dengan harga USD 200 000 pada bulan Ogos 2005. Seterusnya Facebook terus tersebar di seluruh dunia dan mula dikenali ramai termasuk lah aku,kau,kita dan mereka semua.

Syarikat gergasi antaranya seperti Google dan Yahoo pernah menyatakan hasrat untuk membeli Facebook dengan harga hampirUSD 2 bilion tetapi ditolak oleh Mark Zuckerberg. Pada tahun 2007 Mark Zuckerberg mengumumkan jumlah ahli berdaftar di laman sosialnya lebih 30 juta orang ahli.

Kini, Facebook semakin berpengaruh dan hampir 99.98% penduduk di dunia pada masa ini mengenali jenama Facebook. Dengan pelbagai langkah bijak termasuklah Mengambil Alih Instagram, Facebook dijangka bakal menyaingi jenama besar lain seperti Google pada masa akan datang.
Thursday, 14 June 2012
Sunday, 10 June 2012
14:02 0

2020 Facebook akan berkubur??



Facebook, sebuah laman sosial popular yang menjadi pilihan semua golongan ketika ini dikatakan bakal hilang popularitinya dan kemungkinan 'berkubur' menjelang tahun 2020.

Menurut Penganalisis Kanan Pelaburan, Eric Jackson, kejatuhan nilai facebook di pasaran saham mungkin menjadi petanda buruk yang akan menimpa syarikat laman sosial gergasi itu pada masa akan datang.
seperti yang berlaku keatas syarikat gergasi internet, Yahoo.

Kata Eric lagi, persaingan dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang menyediakan pelbagai aplikasi baru dikatakan menjadi antara penyebab kejatuhan facebook. kerana menjelang 2020, laman sosial dan web portal tidak lagi menjadi pilihan utama terutama bagi golongan remaja berbanding aplikasi telefon pintar.

logik ke tak logik? haha...
Wednesday, 6 June 2012
22:58 0

Facebook Kini Memperlihatkan Lebih Daripada Satu Gambar Profil Pada Notifikasi


Setelah membawakan sokongan untuk menatal pada bar notifikasi di Facebook, kini Facebook turut sama membawakan perubahan dari segi paparan avatar di Facebook, dimana kini anda boleh melihat lebih daripada satu avatar dan gambar profil pengguna pada tab notifikasi.

Perubahan ini diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna, dan daripada apa yang dilihat, ia memaparkan sehingga 2 gambar profil pada sesuatu masa, sekaligus memudahkan anda mengenal siapakah yang meninggalkan komen, mahupun berinteraksi dengan anda.

Sejak daripada Facebook ke arah IPO, mereka memperkenalkan pelbagai perubahan minima secara berperingkat kepada para pengguna, termasuk sokongan mempromosikan kemaskini, serta beberapa penambahan pada Facebook Pages.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan kecil pada Facebook dalam masa minggu-minggu akan datang ini.
09:37 0

Sedang Hangat Berbulan Madu, Mark Zuckerberg Disaman Kerana Sembunyi Maklumat Saham Facebook


GAMBAR menunjukkan paparan harga saham Facebook di bangunan NASDAQ Marketsite, New York kelmarin.

NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg  mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.

Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.

Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.

Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.

Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.

Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.

Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96). - Agensi
Saturday, 2 June 2012
16:11 0

Integrasi Facebook Dan Kemaskini iTunes Bakal Didatangkan Bersama iOS6?


Dengan WWDC yang semakin hampir, lebih banyak perkara yang kedengaran berkenaan dengan iOS 6. Terkini, menurut beberapa sumber, ia diperkatakan syarikat gergasi peranti pintar dan perkomputeran tersebut bakal memperkenalkan kemaskini antaramuka yang baru untuk iTunes, AppStore dan juga iBookStore.

Melaluinya, ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk menemui perkara baru, disamping mempercepatkan lagi proses pembelian. Apple sebelum ini telah mengambil-alih syarikat Chomp yang memfokuskan kepada carian aplikasi, dan mungkin ia akan diintegrasikan dengan lebih mendalam pada iTunes, AppStore dan juga iBookStore.

Disamping itu, Apple juga diperkatakan akan membuat integrasi yang lebih mendalam untuk Facebook, sekaligus membawakan aspek sosial setapak ke hadapan lagi. Sebelum ini, Apple telah pun sedia mengintegrasikan Twitter dengan mendalam pada sistem operasi mereka, dan mungkin sekiranya benar, Facebook turut sama akan menerima impak positif daripadanya kelak.

Sama-sama kita nantikan WWDC yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Friday, 1 June 2012
01:15 0

Facebook Memperkenalkan Fungsi Admin Roles Untuk Pages



Jikalau Google+ sedia mempunyai sokongan menetapkan seseorang sebagai pentabdir Google+ Pages, tanpa menjejaskan kedudukan pemilik Pages tersebut, kini Facebook turut sama membawakan fungsi tersebut, membolehkan pemilik sesuatu halaman itu lebih terlindung.

Hari ini, Facebook menambah fungsi yang dinamakan sebagai Admin Roles untuk setiap Facebook Page, membolehkan pentabdir laman tersebut menetapkan peranan dan tahap akses kepada sesuatu halaman. Antara perkara yang disediakan, termasuk Manager, Content Creator, Moderato, Advertiser, dan juga Insights Analyst. Setiap peranan mempunyai tahap akses kepada sesuatu halaman, sekaligus menjadikan Facebook Pages lebih terlindung daripada digodam dan sebagainya.

Bagi pemilik Facebook Page sedia ada, anda boleh mengakses tetapan Admin Roles daripada halaman tetapan untuk Page, dan membuat had dan peranan untuk setiap pentadbir di sana bermula hari ini.
00:57 0

1 bilion Pengguna dalam Rangkaian Sosial Sekarang


Facebook kini dah pun tersenarai dalam bursa saham dan gergasi rangkaian sosial itu sedang menguasai lebih daripada 900 juta pengguna aktif seluruh dunia. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan angka itu meletakkan ke dalam perspektif apakah landskap rangkaian sosial kelihatan sekarang.

Satu kajian terkini dari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommunication Union, ITU) meletakkan jumlah rangkaian sosial adalah lebih 1 bilion. Facebook mempunyai 900 juta daripada mereka! Sudah tentu ada terikat menjadi pertindihan kerana kebanyakan orang menggunakan pelbagai platform yang berlainan.

Ini bermakna 200 juta atau lebih pengguna aktif Twitter boleh menjadi ‘Facebookers’. Sama juga dengan 150 juta pengguna sosial profesional dalam LinkedIn.


Di negara-negara membangun, ITU menyatakan, penembusan jalur lebar adalah serendah 4.8% secara purata. Di negara-negara maju, angka itu adalah lebih daripada 6 kali dari itu sebanyak 26%.

Syarikat-syarikat seperti Google telah berusaha untuk menyebarkan keseronokan rangkaian sosial di negara-negara membangun. ITU percaya bahawa dalam tahun-tahun akan datang, lebih ramai orang akan dapat menikmati kegembiraan penggunaan rangkaian sosial.
Tuesday, 29 May 2012
22:40 0

Rekabentuk Antaramuka Konsep Untuk Facebook Phone Diperlihatkan


Salah satu perkara hangat yang diperkatakan sepanjang hari ini di media antarabangsa adalah berkenaan dengan telefon pintar Facebook. Jadi bagaimanakah ianya akan kelihatan kelak? Seorang perekabentuk bebas, melalui halaman Dribble beliau, telah pun memperlihatkan beberapa rekabentuk antaramuka konsep untuk Facebook Phone.

Melalui konsep yang diperlihatkan, ia memperlihatkan integrasi pelbagai aplikasi terbina daripada Facebook, termasuk akses pantas kepada notifikasi permesejan, dan juga ikon-ikon yang lain, seperti Notes, Groups dan sebagainya.

Selain daripada itu, skrin utama untuk gambaran konsep tersebut juga turut memperlihatkan notifikasi berkenaan pelbagai perkara yang berlaku pada laman Facebook.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ianya hanya sekadar rekabentuk konsep sahaja, yang mana mengambil beberapa elemen daripada iOS padanya. Namun, apa yang diperlihatkan bukanlah sesuatu yang mustahil, dan sekiranya dilancarkan kelak, adakah anda akan mendapatkannya?


22:27 1

Rekabentuk Baru Halaman Profil Pada Timeline Diuji Dengan Lebih Meluas


Lanjutan daripada sebelum ini, kini kelihatan Facebook mula menguji rekabentuk baru halaman Timeline dengan lebih meluas lagi, dimana beberapa profil pengguna di Malaysia turut sama menerima kemaskini tersebut secara rawak.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sama ada Facebook masih lagi dalam proses ujian untuknya, ataupun sebaliknya, memandangkan Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Melalui kemaskini terbaru ini, info pengguna, seperti nama, tarikh lahir, dan tempat belajar/kerja. Pada masa yang sama, widget yang memperlihatkan gambar dan sebagainya turut dikemaskini, dan kini hanya memaparkan ikon sahaja. Secara kasarnya, rekabentuk baru ini kelihatan lebih menarik dan juga kemas berbanding sebelumnya.

Jadi, apakah komen anda berkaitan dengan perubahan pada Facebook Timeline ini?
Wednesday, 23 May 2012
11:36 0

Saham Facebook jatuh


NEW YORK - Harga saham Facebook jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjuman 11 peratus kelmarin.Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.

Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.

Kejatuhan tersebut berlaku selepas sesi dagangan bergelora pada Jumaat lalu yang menyaksikan saham Facebook meningkat pada awal dagangan sebelum kembali merudum pada hari yang sama.

"Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.

"Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum," kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.

Menurutnya, situasi tersebut didorong sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.

Salah seorang pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg.

Pada Sabtu lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.

Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat IPO bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.
Sunday, 20 May 2012
12:06 0

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg Berkahwin

 CALIFORNIA: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg, pada Sabtu mengemaskini statusnya kepada "berkahwin".

Zuckerberg dan Priscilla Chan yang berusia 27 tahun itu berkahwin pada satu upacara kecil di rumahnya Palo Alto, California, menjadikan minggu ini sibuk untuk pasangan itu.

Zuckerberg menyenaraikan syarikatnya dalam satu penyenaraian saham yang dinanti-nantikan dalam sejarah Wall Street pada Jumaat.

Chan, bergraduat pada Isnin, dari sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco, hari yang sama Zuckerberg berusia genap 28 tahun. Pasangan itu bertemu di Harvard dan telah bersama selama lebih daripada sembilan tahun.
 
Monday, 14 May 2012
02:06 0

Facebook Membawakan Sokongan Perkongsian Fail Untuk Facebook Groups



Pada tahun 2010, Facebook telah pun mengambil-alih sebuah perkhidmatan perkongsian fail, dinamakan sebagai Drop.io, dan kini nampaknya, Facebook bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian fail melalui laman sosial terkemuka mereka. Terlebih dahulu, sokongan perkongsian ini akan diperkenalkan untuk Facebook Groups .


Melalui fungsi yang bakal dibawakan oleh Facebook, ia menawarkan sokongan untuk memuat-naik fail bersaiz sehingga 25MB dalam pelbagai format, kecuali fail berbentuk muzik dan juga .exe. Ini mungkin untuk mengelakkan tersebarnya fail berbahaya (malware) dan juga berhak-cipta.

Perkara ini semestinya mengembirakan para pengguna Facebook tersendiri, sekaligus memudahkan mereka berkongsi pelbagai bentuk fail dengan mudah pada Facebook Groups. Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.
Saturday, 5 May 2012
16:51 0

Aplikasi Facebook Messenger Untuk iOS Dan Android Dikemaskini





Facebook Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan daripada Facebook, mengintegrasikannya bersama-sama dengan laman sosial tersebut. Selepas menyertakan ikon tambahan untuk Messenger apabila memasang di Android, kini Facebook memperkenalkan kemaskini aplikasi tersebut dengan beberapa perkara baru untuk semua platform.




Melalui kemaskini baru yang diperkenalkan, ia membolehkan anda mengetahui sama ada adakah rakan penerima anda telah membaca mesej tersebut ataupun tidak. Ini merupakan salah satu fungsi yang amat popular di BlackBerry Messenger (BBM), dan kini nampaknya Facebook mengintegrasikannya pada aplikasi permesejan mereka.
Facebook mengatakan kemaskini akan diperkenalkan kepada pengguna mudah-alih terlebih dahulu sebelum yang lain dan web menerimanya. Selain daripada sokongan ini, sebelum ini ia turut diperkatakan Facebook bakal mengintegrasikan sokongan panggilan video pada aplikasi mereka, menjadikannya lebih menarik lagi.
Wednesday, 2 May 2012
02:11 0

Super Facebook Ping







Cara paling mudah anda sebagai blogger untuk ping blog atau website anda. Anda boleh ping pada timeline anda sendiri, group dan timeline rakan-rakan hanya dengan satu klik.

Special thanks to KenapaBegituSerius

Subscribes me for awesome tips


Tuesday, 24 April 2012
22:47 0

Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif






Dengan IPO yang semakin dekat, hari ini, pihak Facebook telah mengubah beberapa perkara pada dokumen mereka, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan laman sosial terkemuka dunia itu bersama orang lain. Salah satu perkara menarik yang diketahui adalah dimana Facebook kini mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 900 juta pengguna aktif pada laman sosial mereka.
900 juta merupakan salah satu angka yang besar, dan mungkin dalam tahun ini, mereka akan melangkaui angka 1 billion pengguna, mungkin dengan penambahan pengguna melalui perkhidmatan mereka, ataupun dengan membeli perkhidmatan luar, seperti Instagram sebelum ini.
Selain daripada itu, Facebook turut berkongsikan yang mana kini melalui perkhidmatan mereka, sebanyak lebih 300 juta gambar dimuat-naik setiap hari, dan lebih 3.2 billion Like dan komen diterima. Pengguna daripada peranti mudah-alih pula dilaporkan sebanyak 500 juta orang seluruh dunia.
Dari segi pendapatan, pada suku tahun pertama sahaja, Facebook telah menjana sebanyak $1.05 billion, serta turut diketahui mereka telah membayar Instagram sebanyak $300 juta dalam bentuk tunai, dan selebihnya dalam bentuk saham. Perkara ini mungkin menguntungkan pihak pembangun Instagram dan pelabur mereka sendiri, dimana mungkin harga saham yang dipegang oleh mereka meningkat naik apabila Facebook menjual sahamnya kepada umum, dijangka sekitar bulan hadapan.
Sunday, 22 April 2012
03:15 0

Gadis Melayu 14Tahun Sanggup Hina Allah Kerana Teman Lelaki


Assalamualaikum... satu lagi cerita panas yang miera ingin utarakan dan ia bermediumkan facebook sekali lagi. Seorang hamba Allah ini sanggup menghina pencipta-Nya kerana 'pakwe tersayang'. miera rasa gadis itu sudah tidak siuman, ataupun dia ingat pakwe dia itu Tuhan. Astarghfirullahalazim


p/s:ya Allah, tolonglah jauhkan miera dan pembaca-pembaca sekalian dari menghina-MU. aku sungguh takot dengan azab-Mu di neraka.
Sunday, 8 April 2012
11:04 0

Facebook mudah alih dalam tiga bahasa



Tidak lama lagi, pengguna telefon mudah alih akan dapat mengakses Facebook dalam tiga bahasa kebangsaan, iaitu Hindi, Bahasa Melayu dan Vietnam melalui aplikasi “Facebook for Every Phone”.

Aplikasi itu juga akan ditawarkan dalam tujuh bahasa India tempatan, iaitu Gujarati, Tamil, Malayalam, Kannada, Punjabi, Bengali dan Marathi.

Pengurus Pertumbuhan Negara Facebook, Kevin D’Souza, dalam satu kenyataan berkata, aplikasi mudah alih dalam bahasa Hindi dan pelancaran berperingkat dalam bahasa-bahasa lain akan membolehkan pengguna berhubungan dan berkongsi dengan lebih senang.

Sebelum ini, pengguna hanya boleh mengakses Facebook dalam bahasa Inggeris.

Aplikasi itu mula dilancarkan pada Julai 2011 dan kini ditawarkan melalui lebih 3,600 telefon upaya Java di seluruh dunia.

India adalah pasaran kedua terbesar bagi laman sesawang perangkaian sosial selepas Amerika Syarikat.

Kini terdapat 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan 350 juta daripadanya mengakses Facebook melalui peranti mudah alih.
Wednesday, 4 April 2012
22:28 0

Ibu pejabat Facebook tidak segah perkhidmatan yang disediakan



Kanan: SEBUAH meja dan bangku dalam sebuah bilik untuk pekerja di ibu pejabat Facebook.

MENLO PARK, California – Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.

Terdapat banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan dalam bangunan ibu pejabat berkenaan.

Gambar-gambar ruang dalaman ibu pejabat baru Facebook yang dibina di kawasan seluas 23 hektar di sini disiarkan dalam laman web berkenaan awal bulan ini.

Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.

Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion).
Thursday, 29 March 2012
19:15 0

Cara besarkan gambar dalam facebook hanya dengan On Mouse

Besarkan gambar hanya dengan On Mouse

Teknik bagi mendapatkan gambar yang besar ni hanya boleh digunakan di Browser Google Chrome. Ok, kali ini kita cuma menggunakan AddOns Google Chrome. Cuma pergi ke Fb Photo Zoom melalui Chrome Stor,  yang atas sekali Fb Photo Zoom  from regis.gaughan. Cuma add to chrome dan install.


Lepas install, anda buka fb dan lihat mana-mana gambar yang di feed fb. Seterusnya anda cuma perlu gerakkan mouse dan gambar tersebut akan automatik besar. Contoh seperti gambar dibawah.


Kalau anda gerakkan mouse, tapi gambar tak besar, mungkin line internet anda slow atau anda tak on button Fb Photo Zoom di footer fb anda. Lihat gambar di atas. :)

Nota: Jika besar gambar yang di upload, maka, sebesar itu lah gambar itu akan membesar.. xD

P/s: Join Group RakanBlog di Facebook. Banyak tip untuk dikongsikan bersama.

Sample 

Subscribes me for awesome tips


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...