Searching...
Showing posts with label Zakwan. Show all posts
Showing posts with label Zakwan. Show all posts
Friday, 25 May 2012
14:43 0

Kipas Berbentuk Pesawat UFO



Memang unik rekaan kipas ini. Biarpun kipas ini masih lagi belum dipasarkan, namun konsep kipas ini ternyata tampak moden dan seakan-akan seperti pesawat UFO. Fungsinya masih tetap sama iaitu menghasilkan angin lalu dihalakan di sekelilingnya.



14:42 0

Bieber temui anak-anak Jackson


 

JUSTIN BIEBER (kanan) bergambar bersama anak Jackson, Paris (dua dari kanan), Blanket (dua dari kiri) dan Prince Michael di pekarangan Teater Graumen's Chinese di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menyertai majlis mengabadikan bekas tapak tangan dan kaki Raja Pop, mendiang Michael Jackson (gambar kecil) di pekarangan Teater Graumen's Chinese di sini kelmarin.

Bieber, 18, menyertai anak-anak Jackson, Paris, 13, Prince Michael, 14, dan Blanket, 9, menghadiri majlis itu.

Anak-anak Jackson menggunakan sarung tangan dan kasut bapa mereka pada simen tersebut.
Selain anak-anak Jackson, kaum keluarga penyanyi tersebut termasuk abang penyanyi tersebut, Tito Jackson turut hadir.

Ibu Jackson, Katherine juga hadir.
Antara selebriti lain yang hadir ialah pelakon Chris Tucker, komposer Quincy Jones, ahli muzik, Melanie Fiona. Smokey Robinson.

Bieber turut berucap pada majlis itu selain bergambar dengan keluarga Jackson.
Jackson mati selepas jantungnya gagal berfungsi di rumahnya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi
14:41 0

Pengedar dadah bodoh dijel tiga setengah tahun



LONDON: Seorang pengedar dadah ‘bodoh’ ditangkap oleh polis selepas gambarnya ditemui dalam telefon bimbit, menunjukkan dia memakai mahkota diperbuat daripada not $20 (RM100) dan satu beg kokain tergantung pada mulutnya.

Ayub Hagos dari Abbey Wood, London, ditangkap selepas polis menyelongkar rumah pangsanya di Southsea, Hampshire Oktober lalu dan menemui sejumlah dadah dan wang tunai.


Lelaki berusia 19 tahun itu menafikan dadah itu miliknya sehingga polis memeriksa telefon bimbitnya dan menemui gambar wang tunai, pistol, pisau dan serbuk putih.



Dia mengaku terhadap dua tuduhan memiliki dadah gred A dengan niat untuk mengedar.


Ayub semalam dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun oleh Mahkamah Portsmouth.


Polis yang menyerbu rumah pangsa berkenaan menemui 23 bungkusan kokain yang bernilai $920 (RM4,600), 11 bungkusan heroin bernilai $440 (RM2,200), dan wang tunai berjumlah $500 (RM2,500).



Ayub didakwa meninggalkan kediamannya di London untuk menjual dadah itu di kawasan pantai selatan.


Ketika perbicaraan, peguamnya, Alexander Thompson memberitahu mahkamah, lelaki itu mempunyai sikap lurus bendul.


“Dia merakam gambar itu untuk menunjukkan keberaniannya dengan tujuan menjadikan dirinya lebih penting di hadapan rakannya.” kata Thompson. - DM
14:39 1

NZ naikkan 40% cukai rokok



WELLINGTON: Sebelum ini sudah ada bar bebas rokok, taman bebas rokok, malah kolej atau kampus bebas rokok.

Tetapi, bagaimana dengan negara bebas rokok?


Kerajaan New Zealand semalam, menambah beban kepada perokok dengan mengumumkan kenaikan 40 peratus dalam cukai tembakau untuk empat tahun akan datang.

Harga rokok di New Zealand adalah antara yang termahal di dunia dan pada 2016, harga purata sekotak rokok akan melonjak ke NZ$20 (RM47.60).

Pegawai berharap cukai tinggi dan sekatan terbaru ini akan dapat menghentikan tabiat merokok di kalangan 4.4 juta penduduknya pada 2025.
14:31 0

Pengasuh saman Sharon Stone

Sharon Stone

LOS ANGELES: Bekas pengasuh warga Filipina, memfailkan saman ke atas aktres terkenal Sharon Stone kerana pemecatan salah dan gangguan, termasuk mengeluarkan kata-kata menghina terhadap kaum dan agamanya.

Walau bagaimanapun, jurucakap bintang itu mengatakan saman itu sebagai “tidak masuk akal” dan mendakwa bekas pengasuh itu hanya cuba mendapatkan “wang” daripada Sharon.


Dalam dokumen yang difailkan di Los Angeles, kelmarin, Erlinda Elemen mendakwa aktres itu menyifatkan orang Filipina sebagai bodoh dan mengarahkan dia tidak bercakap di hadapan anak-anaknya supaya mereka tidak “bercakap seperti anda.”

Bintang “Basic Instinct” itu juga mengharamka Erlinda, yang dipecat tahun lalu, daripada membaca kitab bible di rumah Stone walaupun dia tinggal di situ untuk menjaga anak aktres seramai tiga orang itu dan sering melancong bersama-sama.





Dari Ogos 2010, Erlinda “sering menerima kata-kata kesat dan komen menghina (dari Sharon) mengenai etnik Filipina dan keturunannya,” seperti yang ditulis dalam dokumen saman yang mempunyai 17 mukasurat. - AFP
14:29 0

Pegawai penyiasat percaya Sukhoi mungkin disabotaj AS



MOSCOW: Perisikan Russia menganggap pesawat Superjet yang terhempas ketika membuat penerbangan demonstrasi di Indonesia mungkin telah disabotaj oleh Amerika Syarikat.

Dalam tajuk utama akhbar tabloid popular Russia, Komsomolskaya Pravda, yang berbunyi, “Adakah Amerika terbabit dalam pesawat Superjet yang terhempas?”, ia memetik kata-kata pegawai yang tidak dinamakan, sebagai berkata, Amerika turut berminat untuk melihat pesawat itu gagal. Anggota perisikan tentera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami akan menyiasat teori sabotaj perindustrian.” Pesawat Sukhoi Superjet 100 adalah pesawat penumpang pertama diperkenalkan Russia sejak kejatuhan Soviet Union dan ia mewakili industri yang cuba mendapat kembali kegemilangan mereka - AFP
14:04 0

Bayi Putus Kepala Hasil Maksiat



AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan* di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya
.

14:02 0

Imej mumia berpenyakit kanser



LISBON, Portugal - Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu.

Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah, Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.

Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.

Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.

Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik seorang raja di Rusia. - Agensi
14:00 0

Kanak-Kanak 4 Tahun Dipaksa Diet



Kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun hingga 8 tahun mesti melakukan diet ketat semata-mata untuk memenangi pertandingan kecantikan. Padahal,kanak-kanak seusia itu harus lah mendapatkan gizi yang seimbang



Adriana (4 tahun) merupakan salah seorang peserta dari Toddlers and Tiaras,pertandingan kecantikan kanak-kanank yang ditayangkan stasion TV TLC, Amerika.


Di usianya yang tidak sepatutnya,Adriana menjalani diet salad dan sekarang berat badannya sudah turun 1,8kg.


"Namun agak sukar mencari gaun yang sesuai untuk nya,kerana ukuran badan nya yang terlalu kecil. Saya akan melakukan apa saja untuk memenuhi keperluan nya.saya akan gembira jika dia menang," kata ibu Adriana yang berasal dari dari Hot Springs, Arkansas,


Bukan saja Adriana, Ever Rose (8 tahun) juga mengalami nasib yang sama. Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang cantik,ibunya menghadkan makanannya hanya 1600 kalori sehari. Dengan diet ketat, berat badan Rose sudah turun 4,5 kg.


"Kamu tidak akan mendapatkan markah yang tinggi jika memakai gaun yang tidak sesuai"-ibu Rose.


menurut gadis kecil ini dia benar-benar ingin memenangi pertandingan kecantikan tersebut.dia akan mengurangkan makan walaupun perutnya lapar.


"Saya perlu berhati2 dengan apa yang saya makan tetapi kadang-kadang saya merasa lapar," akuinya.


Diet biasanya sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan cara menghadkan jumlah kalori atau jenis makanan tertentu. Namun kanak-kanak tidak perlu atau sebaiknya jangan melakukan hal tersebut.


ini kerana kanak-kanak masih dalam tahap pertumbuhan dan berkembangan. ketika ini dia memerlukan berbagai jenis makanan sihat untuk pertumbuhan dan perkembangannya optima.
13:58 0

Keistimewaan ibadah haji dipamerkan di Britain


 

LONDON - Untuk pertama kalinya, Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam. 

Kurator pameran, Qaisra Khan berkata, objektif utama pameran itu adalah untuk mendedahkan proses dari awal hingga akhir mengenai ibadah haji di Makkah dan keajaiban Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ia turut mengetengahkan perjalanan jemaah haji pada zaman dahulu dan persiapan awal orang Islam seperti menyelesaikan hutang, memohon maaf serta membuat wasiat sebelum mereka mengerjakan Rukun Islam Kelima tersebut.

“Pameran ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej keamanan berikutan pergolakan dan keganasan berterusan di beberapa negara rantau Arab telah menyebabkan dunia luar memberi tanggapan buruk terhadap mereka,” menurutnya.

Pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Raja Abdul Azizdi Riyadh tersebut akan turut akan mempamerkan pelbagai artifak termasuk Al-Quran tertua di dunia dari abad kelapan.
13:57 0

Lelaki ateis mahu bertaubat


 

JAKARTA - Seorang pengguna laman sosial, Facebook yang sebelum ini mencetuskan kemarahan orang Islam di Indonesia kerana tidak percaya dengan kewujudan Tuhan mungkin bakal berhadapan dengan dakwaan baru, menurut polis, semalam. 

Ketua Polis Dharmasraya, Chairul Aziz berkata, Alexander Aan, 31, dituduh memalsukan dokumen kerana mengaku dirinya sebagai orang Islam semasa dia memohon jawatan sebagai penjawat awam.

Akhbar dalam talian, Padang Ekspres turut mendedahkan semasa Alexander disoal siasat polis, pemilik akaun ‘Ateis Minang’ itu telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam dan menolak kepercayaan Ateisme.

“Dia mahu memeluk agama Islam dan bertaubat tetapi kami masih belum dapat memastikan bila dia akan melaksanakan perkara tersebut,” menurutnya.

Chairul berkata lagi, walaupun Alexander sudah insaf dan ingin bertaubat, dia tetap akan didakwa kerana menghina agama dan bakal berhadapan hukuman lima tahun penjara jika didapati bersalah.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (Mui) mendakwa Alexander telah mencemari kesucian agama Islam dengan menggunakan beberapa ayat dari Al-Quran untuk menolak kewujudan Tuhan yang dipaparkan menerusi halaman Facebook miliknya.
13:56 0

Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110


 

TOKYO - Populasi di Jepun dijangka akan mengecil kepada dua pertiga dari jumlah pada masa ini dalam tempoh seabad lagi, menurut laporan kerajaan, kelmarin.

Laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menunjukkan jumlah penduduk dijangka akan menurun dari 127.7 juta kepada 86.7 juta menjelang 2060 dan terus berkurangan 42.9 juta pada 2110 jika keadaan masih tidak berubah.

Unjuran oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Sosial dan Populasi Penduduk meramalkan secara purata hanya 1.35 bayi akan dilahirkan dalam tempoh 50 tahun lagi.

Laporan itu juga menyebut bencana berganda di utara-timur Jepun, Mac lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang maut atau hilang tidak menjejaskan jangka hayat purata sebaliknya dijangka akan terus meningkat.


13:25 0

Syarikat dijual, pekerja dapat bonus RM48 juta





MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa.

Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun.

Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka.

Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC.

Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion.

"Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News.

Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini.

"Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi.


13:20 0

Tepung dilempar ke arah calon Presiden Perancis


SEORANG wanita yang identitinya dikenali sebagai Claire Seguin (kanan) membaling tepung ke arah Francois Hollande di Paris kelmarin.
PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.
Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.

Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum.
Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku.

Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis.
Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian.
Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.
13:17 0

Penyakit misteri alat sulit menggeleber



PONTIAN - “Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.
13:16 0

Berbikini Tapi Berpurdah Di Kepala Untuk Hina Islam




KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam sedang mengadakan persiapan menjelang sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW esok, dunia dikejutkan laporan bahawa sebuah parti politik Belgium melancarkan kempen anti-Islam dan menghina agama Allah itu.
Lebih memburukkan lagi, ketua parti Vlaams Belang yang berhaluan kanan negara itu, Filip Dewinter, telah mempergunakan gambar anaknya, An-Sofie Dewinter, yang berbikini dan memakai purdah di bahagian kepalanya.
Pada poster itu juga ditampal slogan “Kebebasan atau Islam?” di bahagian buah dada gadis itu manakala dibahagian seluar dalamnya pula terdapat gesaan yang membawa maksud, “Kamu pilih!”.
Menurut laman berita antarabangsa, Dailymail.co.uk, poster kempen anti-Islam anjuran Filip itu bertujuan untuk menggesa golongan wanita supaya menolak Islam dan mereka berhak memilih ‘kebebasan’ berbanding agama tersebut.
“Kami mahu mereka (wanita) faham bahawa mereka sebenarnya mempunyai pilihan (untuk tidak memilih Islam,” kata Filip berhubung kempennya itu.
Selain itu, An-Sofie yang sebenarnya dipergunakan bapanya itu menafikan dirinya dipergunakan untuk tujuan kempen tersebut dan menegaskan bahawa dia bangga dengan poster gambarnya itu.
“Saya sendiri yang mencadangkan (poster tersebut)…kempen (melalui poster itu) ini memberikan gambaran jelas mengenai seluruh perasaan untuk isu ini..sebagai wanita, kita mesti memilih sama ada kebebasan atau Islam,” katanya tanpa rasa malu.
Parti Vlaams Belang turut berkempen bagi menghadkan kemasukan imigran beragama Islam ke Belgium dan bimbang dengan pengaruh Islam yang kian mendapat sambutan di negara tersebut.
Difahamkan juga bahawa Filip Dewinter merasakan dirinya sebagai patriot sejati Belgium dan bertanggungjawab bagi memastikan Belgium bebas dari pengaruh Islam.


13:15 0

Mengingati Rasulullah





Mari berselawat ke atas RASULULLAH..


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
13:12 0

Awas guna kondom di Afrika Selatan




SATU jenama kondom hampir sama digunakan dalam sambutan ulang tahun ANCANC tarik balik 1.35 juta alat elak penyakit kelamin kerana bocor ketika digunakan

JOHANNESBURG: Afrika Selatan mungkin perlu memastikan mutu kondom yang dijual di negara itu selepas menarik balik 1.35 juta kondom yang diberikan secara percuma pada sambutan ulang tahun ke 100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) kerana ada yang bocor ketika melakukan hubungan intim.
Ia bukan kali pertama perkara itu berlaku. Pada 2007, kerajaan menarik balik lebih 20 juta kondom yang rosak yang dikeluarkan dalam negara.
Media tempatan melaporkan, seorang pengurus ujian di biro penarafan dirasuah untuk mengesahkannya.

Pada 2008, 5 juta lagi kondom rosak turut ditarik balik.

Aktivis Aids, Sello Mokhalipi dari Kempen Tindakan Rawatan berkata, beliau mengadu selepas orang ramai tampil melaporkan bahawa kondom terbabit bocor ketika mereka berasmara.

Ada yang panik kerana sudah dijangkiti Aids dan bimbangkan mengenai pasangan mereka, katanya.
Jurucakap Jabu Mbalula dari Jabatan Kesihatan Free State yang mengedarkan kondom terbabit, sebelum sambutan ANC pada 6 hingga 8 Januari lalu berkata, mereka menarik balik semua kondom terbabit kira-kira 10 hari selepas itu.

Beliau berkata, tidak perlu panik tetapi tidak dapat memaklumkan berapa jumlah kondom yang digunakan atau ditarik balik.

Dakwaan terbaru membabitkan kondom diedarkan di hotel dan bar di tengah Bloemfontein ketika berpuluh ribu penduduk datang untuk perayaan ANC itu.
Afrika Selatan mempunyai 5.6 juta penghidap Aids.

Mokhalipi berkata, aduan berkenaan mula dibuat pada 11 Januari, memaksa pejabatnya mengendalikan ujian terhadap kondom yang didakwa rosak.

“Kami memasukkan air ke dalam kondom dan ia memang bocor,” katanya sambil menambah bahawa beliau juga boleh nampak ‘lubang kecil’ hanya dengan melihat melalui mata kasar.

Jabatan Kesihatan mengedarkan kondom baru minggu lalu, kata Mokhalipi yang tidak bocor selepas melalui ujian air.

Mbalula berkata, dengan mencurahkan air ke dalam kondom dan memberikan tekanan bukanlah satu ujian yang terbaik dan jabatannya menarik balik bahan itu untuk menjalankan ujian saintifik tetapi tidak tahu bila keputusan akan diperoleh.

Beliau menegaskan, semua kondom akan dicop untuk menentukan mereka dari kumpulan yang sudah menjalani ujian kualiti oleh biro penarafan yang bertanggungjawab memastikan ia memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jurucakap biro terbabit, Berna Schutte mengesahkan bahawa mereka menjalankan siasatan.

Mohkalipi berkata, penarikan itu terhad dengan pekerja jabatan ke hotel, rumah tumpangan dan bar di mana mereka menghantar kondom terbabit dan mengambil semula apa yang ada.

Beliau mengadu bahawa jabatan kesihatan tidak mengeluarkan sebarang amaran bagi memaklumkan kepada penduduk supaya tidak menggunakan kondom yang diedarkan ketika sambutan itu.
12:49 0

Larian maraton rosakkan jantung



SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.

Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.
12:48 0

Tahukah Anda Bahwa Nama Syaitan Ada Di Dalam Surah Al-Fatihah





BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM
AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.


Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
……dua harakat, MIN …. 3 harakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...