Searching...
Showing posts with label Piala. Show all posts
Showing posts with label Piala. Show all posts
Monday, 30 June 2014
06:25 0

DUNIA Gambar-gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil

Sudah tidak asing lagi akan kehangatan Piala Dunia Bolasepak 2014 di Rio, Brazil ini. Sebagai seorang muslim kita semua tidak kira di mana sekali pun akan menyambut bulan Ramadhan yg mulia ini. Pemain-pemain bintang ini juga tidak terlepas untuk berpuasa dan tidak menjadikan alasan untuk tidak berpuasa. Namun sedih juga di hati apabila dikatakan bahawa Mesut Ozil yg dikatakan tidak berpuasa kali ini serta tangannya yg kini mempunyai tattoo yg bertulis "Only God can Judge Me"

Bagaimanapun jom kita lihat gambar-gambar pemain yg akan berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini :



Benzema, France



Shaqiri, Switzerland



Sissoko, France



Khedira, Germany



Aboubakar, Cameroon



Sakho, France



Muntari, Ghana



Hazard, Belgium



Fellaini, Belgium


 

Sunday, 29 June 2014
05:49 0

DUNIA Antara bintang Piala Dunia yang akan berpuasa Ramadan dalam aksi 16 terbaik

 



Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.




KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yg akan memilih lapan  daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing.

Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.

Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat.

Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yg teribat dalam saingan Piala Dunia.


 


Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.


Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.

Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yg akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:


Xherdan Shaqiri (Switzerland)




Moussa Sissoko (Perancis)



Marouane Fellaini (Belgium)




Bacary Sagna (Perancis)

Sami KhediraSami Khedira (Jerman)




Vincent Aboubakar (Cameroon)



Mamadou SakhoMamadou Sakho (Perancis)

Monday, 23 June 2014
14:57 0

ARTIS Farish Aziz Habiskan RM16,000 Demi Piala Dunia!


 





Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Temasya yg hanya muncul empat tahun sekali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yg akan ‘gila bola’ yg sudah bersedia untuk memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka.

Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yg terletak di Sao Paulo seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.

Menurut Farish Aziz atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yg hanya dianjurkan empat tahun sekali.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yg cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi

Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians.

“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.

“Perbelanjaan yang agak besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yg terlalu mahal,” tambah Farish.



Selain itu, jejaka berusia 30 tahun ini sempat berkongsi pengalaman cemas melihat penyokong Brazil yg mabuk cuba mencetuskan pergaduhan dengan peminat pasukan Crotia selepas perlawanan.

“Kejadian berlaku sewaktu tamat perlawanan pembukaan. Saya dan Johan ambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke hotel penginapan. Dalam perjalanan kami di dalam keretapi, seorang penyokong Brazil yg sedang mabuk cuba membuat provokasi dengan mengejek sekumpulan penyokong Crotia.

“Saya agak cemas pada awalnya kerana takut akan ada pergaduhan besar, tetapi apa yg mengagumkan apabila penyokong Crotia tidak mudah melenting sebaliknya mereka sama-sama bergelak ketawa tanpa menimbulkan suasana tegang.

“Dari situ saya nampak sukan bola sepak sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai benua dan negara. Insya Allah kalau ada rezeki mungkin Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dianjurkan oleh Russia,” jelas Farish lagi mengakhiri perbualan.
Saturday, 21 June 2014
22:17 0

DUNIA Foto Wartawan Paling Cun Di Piala Dunia 2014



Sudah lebih seminggu Piala Dunia 2014 di Brazil berlangsung di mana kejohanan terbesar bola sepak 4 tahun sekali itu menjadi medan pelbagai perlawanan dramatik oleh pasukan-pasukan yg pertanding. Tidak cukup dengan itu, gelagat penonton juga turut mewarnai kejohanan besar-besaran ini terutama sekali gadis-gadis cantik dari pelbagai negara yg sering menjadi tumpuan lensa kamera.

 Namun, dalam kerancakkan Piala Dunia tersebut muncul seorang wartawan yg menarik perhatian ramai. Wartawan dari Mexico itu menjadi tumpuan ramai kerana kecantikan rupa paras dan potongan tubuh yg menarik di tambah lagi dengan fesyen-fesyen seksi yg dikenakannya.

Wartawan tersebut, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.
Dia kini diangkat sebagai wartawan kesukaan ramai di Piala Dunia kali ini.



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...